Mengenal Nikmat Kejahilan

Assalamualaikum semua. Hari ini saya gagah diri menulis untuk tatapan umum dan muhasabah diri sendiri. Mengenangkan kisah diri ini yang hina apabila hilang sesuatu nikmat yang Allah beri.

Izinkan saya menggunakan “aku” kerana saya orang utara. Aku di sini bukan la seorang yang hebat akan tetapi atas ehsan doa orang dikeliling membuat diri ini tabah dan berusaha untuk menjadi orang berjaya.

Kisah bermula selepas darjah enam, aku di uji dengan buta huruf untuk membaca quran. Pada mulanya, aku sudah membaca quran. Aku selalu datang awal ke kelas mengaji tetapi secara tiba-tiba aku buta huruf. Merasa diri ini sangat la bodoh dan hina.

Ditakdirkan guru mengaji aku pindah, aku mula belajar mengaji quran dengan orang lain. Mulai detik itu, aku mula menghafal dan lebih perit setiap kali aku salah. Aku dirotan dan dibelasah.

Sampai detik ketika aku merasa hendak bunuh diri dan berdoa agar nyawa ini ditarik kendatipun aku tidak tahu bagai mana hendak lakukan.

Aku menangis dan meronta-ronta kenapa aku ditakdirkan buta huruf. Suatu hari, ayah aku bertanya “kenapa tangan tu berbirat?”. Aku berdiam diri dan mengatakan aku jatuh. Sedangkan hati tahu bertapa sakitnya melayan sakit dirotan dan dibelasah.

Demi melarikan diri untuk mengaji, arwah kawan baik ku sanggup datang ke rumah untuk mengajak aku keluar bermain, memancing dan bersiar-siar.

Semenjak detik itu, ini ialah langkah aku untuk lari daripada mengaji tetapi langkah ini tak jadi. Aku pun lama kelamaan belajar menghafal.

Habis separuh Al-Baqarah aku hafal akan tetapi jika aku silap siap sedia akan dilibas-libas dengan tangan mahupun rotan.

Ada dikalangan yang melihat keadaan aku yang tertawa-tawa akan kebodohan aku. Aku dapat sekolah asrama dan masih tidak tahu mengaji quran.

Aku didenda pada awal sesi asrama kerana tidak boleh hafal wirid dan ketika detik itu aku masih tidak boleh membaca.

Aku masih berpura apabila kelas hafazan dengan bantuan kawan baik yang membantu menjawikan ayat hafazan supaya aku mudah menghafal. Alhamdulillah, aku mendapat hidayah.

Pada suatu hari ada seorang senior yang menawarkan diri untuk mengajar aku setelah dia tahu akan kejahilan aku.

Tetapi akan keegoan diri ini menebal dan malu untuk belajar, aku tidak sempat belajar. Apabila sudah habis PMR. Aku ditakdirkan dan tukar ke SBP.

Pada awalnya, aku sendiri pergi belajar semula mengaji quran di rumah kawan ibuku. Belajar daripada muqaddam dan balik ke asrama semula.

Ada dikalangan budak-budak yang bertanya. “Ustazah, kenapa abang ni, baca muqaddam?”. Aku diam malu. Ustazah untuk marah budak-budak tersebut. Aku tebalkan muka demi mengubah kejahilan ini.

Dalam kelas pendidikan Islam, ustaz ini akan suruh seorang untuk membaca suruh sebelum bermula kelas.

Aku amatlah gementar akan kejahilanku. Bersyukur kepada Allah yang aku tidak terpilih tetapi tak tahu kenapa aku beranikan diri berjumpa ustaz tersebut dan aku menangis menceritakan buta huruf yang aku alami.

Ustaz itu menangkan diriku yang menangis teresak-esak. Semenjak detik itu aku mula letak usaha untuk berubah.

Setelah berapa bulan, lidah aku semakin petah dan lancar membaca. Akhirnya, aku sudah mengenal makhraj dan membaca quran. Tetapi aku kecewa sebab aku sudah hilang nikmat semasa aku jahil. Aku hilang kemanisan berusaha memahami kalam illahi.

Masa aku mencari dan belajar, aku merasa tenang dan mudah menghafal. Setelah itu, merasa cukup membuatkan aku lalai.

Kenangan ini membuatkan aku memahami akan ujian yang Allah beri kepada setiap hamba-Nya. Oleh itu, kepada diri ini dan semua orang berusaha untuk membaca quran sekurang-kurangnya sekali sehari.

Doakan aku berjaya walaupun aku bukan insan yang baik.

– Hanya insan kerdil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *