Kisah ini aku ambil dari kisah kawan lama pejabat aku, Malik. Malik ini hari-hari pulang awal setiap petang jumaat. Malik akan pulang ke Kuantan melawat Ibu dia yang tidaklah uzur tapi umurnya sudah menjangkau 89 tahun (2020).
Antara aku dan Malik, kami sekampung di sana, habis belajar di Gombak, Malik membuat keputusan untuk kerja di tempat kami praktikal.
Aku kahwin dulu dari Malik, maybe sebab jodoh aku awal, hehe tapi Malik ini bukanlah anak tunggal dia masih punyai kakak, abang dan beberapa adik-beradik yang lain.
Sifat pendiam Malik ini kadang-kadang tidak disukai rakan pejabat yang lain, sebab Malik lebih fokus pada design bangunan (Arkitek).
Bila ada orang lain hantar task kat dia, dia akan ambil dan senyum lalu sambung semula buat kerja. Orang tak suka sebab dia banyak diam, tak bersosial sangat.
Bila aku lepak dengan Malik, dia selalu cerita tentang Ibu dia, ibu dia suka masak makanan kesukaannya, masak lemak cili api ikan patin.
Sebelum sampai Kuantan, Malik dengan Aku biasanya akan singgah ke Termeloh demi mendapatkan ikan patin segar disana dan balik ke kampung untuk Mak Malik masak.
Masih aku teringat satu kisah tentang perihal Malik yang mengubah hidup dia menjadi abdi bakti kepada orang tuanya seterusnya berhenti kerja dan duduk di Kampung. Kisah ini berlaku dalam 2 tahun yang lalu, Malik pernah bercinta dengan budak kewangan satu pejabat kami.
Jadi aku bagi nama kat budak perempuan ni ‘Aishah (bukan nama sebenar). Malik ini ciri fizikal dia alah macam Remy Ishak pelakon tu, tapi muka dia tak macam Remy Ishak lah jauh beza. Orang dia, “Tall dark and erm boleh hensem”
‘Aishah orang pertama yang ingin melamar Malik (so terbalik kan ?), disebabkan Malik ini adalah lelaki ciri-ciri yang dia nak sangat.
Satu hari ‘Aishah jumpa aku di pantri pejabat, punyalah besar pejabat tu sanggup ‘Aishah redah dua blok untuk jumpa aku di Pantri pejabat blok c. ‘Aishah meminta pandangan aku tentang Malik dan aku menjadi hairan bila masa minah ni kenal Malik.
Rupanya, masa pegi site dengan bos kewangan dia, Kak Ed, Malik ada sekali tapi watak Malik bukanlah desprate nak kenal dengan mana-mana orang samada lelaki atau perempuan.
Sebab Malik ini pemurah dengan senyuman. Lagi hairan kenapa Kak Ed cari Malik sampai kat site, puncanya sebab budak despatch dia buat hal. Masa tu pulak Malik takde kat pejabat turun site, nak tak nak dia pun pergilah.
Oh ya, Malik ni kira jawatan dia agak besarlah dalam company ni sebab Malik rajin dari aku kan, so HR naikkan pangkat dia atas usaha dia, so kira-kira Malik bos aku lah tapi aku bukan macam dalam drama melayu atau dunia realiti luar yang lain, dengki dengan pangkat, Syukur apa ada.
Semenjak hari itu, panahan cinta ‘Aishah terpaut pada Malik. Sanggup tak payah hantar budak despatch lagi dah untuk ke blok aku sebab ‘Aishah sanggup redah dua blok.
Jadi, aku bagitahu hasrat ‘Aishah pada Malik. Mulanya Malik sengih-sengih tapi seminggu kemudian Malik macam setuju kenal dengan ‘Aishah, bertukarlah no telefon dan sebagainya.
‘Aishah pernah berkata pada Malik, kalau dah suka apa lagi masuklah minang, terus ‘Aishah bagi no parent dia kat Malik.
Tersengih-sengih Malik masa tu, balik pejabat dia tersenyum sorang-sorang, mana taknya, selalu bermesej dengan ‘Aishah. Masa tu aku tak kahwin lagi, so kadang-kadang bila offer balik sekali Malik kata dia nak ambil ‘Aishah. Orang tengah hangat bercinta takkan aku nak kacau.
Hari demi hari, berganti demi masa, bulan demi bulan, pernah sekali Kak Ed datang blok aku terjah kata mana ‘Aishah. Aku jawab, ‘Aishah takde kat sini hari ini, pastu dia tanya aku mana Malik, aku cakap Malik kat site, bila Kak Ed call Firdaus kat site dia kata, Malik takde kat site.
Kebetulan datang pula Kak Fadhilah Ketua Department aku ni, bertekak dengan Kak Ed sebab Malik selalu teman ‘Aishah pegi Bank sedangkan ada Driver boleh hantar tapi kenapa nak juga guna Malik jugak.
Ok dari tu aku dah nampak konflik dalam pejabat. Malik ada dua handphone dan handphone lagi satu adalah no telefon semua family dia, Malik memang tak campur adukkan, tapi hari tu, aku rasa dia tertinggal hp lagi satu ni, selalunya tidak.
Sementara nak tengok dua-dua ketua department ni gaduh dalam blok aku, aku terpandang satu mesej yang sangat banyak. Sebab handphone ni tak lock, aku terpandang banyak gila mesej mak dia masuk, belum cerita mesej kakak dia lagi, kakak dok bebel kat dia bagai semua.
Aku syak hangat bercinta memang tinggal family ke? tapi ‘Aishah tak macam tu pun. Rupanya ayah Malik sakit, sakit jantung. Dia cuma nak Malik balik je, yelah dulu sebelum kehadiran ‘Aishah, Malik setiap jumaat balik kot, tapi sekarang yang aku nampak dia dahulukan ‘Aishah.
Balik rumah sewa, aku perasaan, Malik macam moody. Task Malik banyak tertangguh, banyak diabaikan.
Lepas solat Isyak, aku kata kat Malik aku kena balik pejabat sebab ada barang tertinggal. Malik ok. Masa turun dari blok aku terperasaan Aqilah depan kereta aku dan tanya mana Malik.
Oh ya, Aqilah adalah housmate ‘Aishah. Aku macam tak suka ambil port tambahan bila orang bercinta gaduh, apatah lagi yang berkaitan dengan segala hal tersirat dan tersurat.
Bila aku dengar cerita Aqilah, terbongkar satu kisah yang, ‘Aishah pernah lari balik rumah Malik di kampung sebab gaduh dengan someone ntah aku tak tahu sapa, kemudian senjak dari itu, Malik dan ‘Aishah kerap bergaduh tak tentu pasal.
Aku tanya Aqilah kenapa datang jumpa aku, Aqilah minta aku pujuk Malik untuk tak putuskan hubungan. aku macam. oh ok tapi satu hal aku tanya Aqilah, kenapa jadi macam ni, dia kata ada kaitan dengan Hisham, budak office aku juga. aku dah jadi pening.
Balik dari pejabat jam 1 pagi, gila hang, ingat arkitek macam drama melayu ke? Hahaha aku balik sebab pejabat aku tu suam-suam seram hahaha. Masa aku balik, aku nampak Malik buat kerja dan design beberapa task. (Sorry aku tak nak cerita lebih bab kerja, so sekadar yang tahu jelah ya).
Aku beranikan diri tanya Malik. Mulanya Malik tak mahu bercerita tapi bila aku acah give up nak pergi tidur, dia start bukak mulut.
Kisahnya, Mak ‘Aishah seolah memaksa Malik untuk kahwin dengan ‘Aishah, dan selalu bertanya bila nak hantar hantaran meminang ‘Aishah.
Malik bawa ‘Aishah balik kampung kerana ingin perkenalkan dengan family Malik dan Aishah terima dan Malik tak tahu yang pada masa itu ‘Aishah ada masalah dengan Hisham, tapi satu masalah ‘Aishah yang Malik perlu hadap adalah keikhlasan dan kejujuran.
‘Aishah tidak ikhlas dengan Malik. Nampak macam biasa hakikatnya tidak! Nampak seperti ‘Aishah mahu Malik masuk minang cepat tapi gayanya seperti, ” nanti dulu lah, nanti saya fikir kemudian ” stress Malik dibuatnya.
Malik khabar lagi, Aishah bergaduh dengan beberapa budak rumah dia kerana salah faham yang tiada kaitan langsung. Sehinggalah Malik ikut campur turut serta sebab tu aku dan Malik boleh kenal Aqilah. tapi aku tak tahu apa masalh berikutnya.
Akhirnya, disebabkan tiada kaitan tersebut, satu hari tu, ‘Aishah minta putus, seminggu kemudian sambung balik, aku pun macam ‘erm guys perempuan memang macam tu eh bila ada masalah’.
Setiap hari Aishah nak Malik bagi perhatian pada dia sehingga Malik tak boleh buat kerja, mybe sebab tu Kak Fadhilah asyik marah Malik yang task tak siap.
Jadi malam tu, Malik kata dia nak istiqarah, kalau betul itu jodohnya, dia terus masuk minang kalau bukan, bukanlah. Aku cuma tak cakap banyak dengan Malik tapi soal jodoh aku tanya Malik, sebab masa tu ayah dia masih ada.
“Malik, pernah kau tanya ibu pasal hal ini ? kalau kau selesa tanyalah pendapat orang tua, benar masa depan kau Malik, tapi aku tak nak hati kau remuk untuk selepas perkahwinan.
‘Aishah tu jauh orangnya, kita masih boleh comunicate untuk berbincang, tapi kalau sekarang, Aishah tak jujur dengan perhubungan kau, macam mana kau nak dia selepas kahwin ?, lets parents first”
Malik terdiam. Selepas selang beberapa hari, aku dikhabarkan Ayah Malik meninggal mengejut kerana sakit jantung. Malik terus bergegas balik ke Kuantan, macam biasa Kak Fadhilah menyerahkan task Malik pada aku selama mana Malik bercuti ke Kampung.
Manakala ‘Aishah tak habis mesej aku nak jumpa, bila aku contact Aqilah, dia dah give up dengan housmate dia dan malas nak ambil tahu lagi.
Aku cuba untuk faham, tapi aku rasa tak perlu kot nak faham, masalah orang, biar diorg selesaikan sendiri. Masa aku tengah sibuk siapkan kerja, Aishah datang ke meja aku dan menangis untuk minta Malik getback kepada dia. Aku bertanya kepada Aishah,
“Kau sayang Malik, tapi kau tipu diri kau malah kau tipu Malik juga” kata aku pada Aishah,
“Mana ada aku tipu malik, aku tak tipu. aku jujur dengan Malik, Malik orang yang memahami aku ” ujar Aishah pula,
“Kalau betul, kenapa sebelum ayah dia meninggal, mak kau mesej nak tunangkan kau dengan kenalan rapat mak kau?
Pastu kau boleh tipu, kata kau menolak lamaran adik Kak Ed, sedangkan masa tu aku tanya Kak Ed, kau sendiri yang setuju untuk berkenalan dengan adik Kak Ed, kau sendiri yang mesej Kak Ed bagai apa semua”
“Eh tolong sikit, pasal adik Kak Ed, dia yang offer, aku just ok je tapi aku tak kata menolak tapi..” kata Aishah,
“Eh peninglah dengan kau, kau cerita kat Malik, kau tolak lamaran tu, hakikatnya, kau sediri yang berkenalan dengan adik Kak Ed dan setuju untuk dipinangkan” jawab aku,
“Mana ada Hussin, dia macam ni, masa tu Kak Ed tanya siapa single, dia nak jodohkan adik dia, jadi aku mesej personal Kak Ed tanya macam mana apa semua, pastu Kak Ed sediri cakap dia tengok keadaan macam mana semuanya ” balas Aishah,
“Jadi masalah sekarang, kau dah tipu Malik. Sebab waktu tu, kau tengah putus dengan Malik, hati kau berbelah-belah tak tentu pasal,
Sebab tu bila Kak Ed tanya, kau terus setuju sedangkan hati kau masih kat Malik tapi kau sengaja nak sakitkan hati kau, pastu kau libatkan semua orang, nampaklah macam kau terseksa macam tu, sedangkan itu masalah kau”
Aishah terdiam…
“Aishah, cinta tu kalau nak kejujuran dan kepercayaan, kau tanya diri kau sendiri, kau jujur tak dengan Allah?
Kau nak cakap kau dapat ujian Allah atas asbab ini pun tak boleh sebab semua itu bergantung pada hati kau sendiri. Kau takboleh salahkan Aqilah atau housmate kau yang lain pasal masalah diri kau, kau tak boleh letakkan Hisham sebagai punca.
Ni lagi satu pasal kes Hisham, kau cerita buruk kat Malik pasal Hisham, kau cakap Hisham desprate nak kat kau, sampai malu kawan tu nak jumpa Malik tau, padahal diorg ok sebelum ini. Apa ni Aishah, tak cun lah macam ni”
Aku tazkirah Aishah kaw-kaw punya, sampai aku rasa dia stress kot dengan aku, hehehe. Sebelum balik ke office dia, dia tanya aku mana Malik. Aku cuma cakap,
“Biarlah Malik rehat. Kau balik pegi buat kerja kau, aku dengar kau dah tukar department dengan Kak Ed kan, so takyah fikir pasal Kak Ed tu, kalau aku jadi dia pun aku marah juga.
Sakit hati tetap ada, tapi manusia lama-lama oklah tu. Kau patut syukur Kak Ed tu bukan kaki bawang dalam pejabat ni, aku dengar pun dari mulut dia sendiri bukan mulut makcik-makcik bawang lain.” Balas aku lagi.
Selepas dua bulan, Malik mula berperagai pendiam dan bercakap bila perlu sahaja. Aku lebih nampak Malik fresh dari yang sebelum-sebelum ini. Malik memang tak banyak cakap. Kalau ada budak kewangan datang, dia akan minta jumpa aku sahaja, bukan jumpa dia lagi.
Malik lebih sibukkan diri dia dengan kerja. Aqilah pindah rumah sebab takboleh lagi untuk serabutkan diri dia dengan Aishah.
Satu perkara tentang Malik adalah, dia mula mengutamakan Ibu dia selepas ayah dia meninggal, sibuk macam mana pun Malik dengan kerja, persatuan dan aktiviti riadah. Aku respact Malik boleh balik kampung setiap hari jummat petang. Dia akan balik dengan bawa barang-barang kerja dia.
Dan hari ini, Malik masih Malik yang aku kenal. Aku masih ingat masa aku kahwin, Malik orang yang make-up aku, acah sangat, buruk gila dia make-up terpaksa basuh muka dua kali.
Dia kata kita arkitek jadi kita patut kahwin berpayungkan pembaris yang paling panjang ataupun helmet sebagai tanda kebangaan.
Satu aku respek Malik, masalah dia,tak pernah dia babitkan kepada keluarga dia. Sampai hari ini kakak dia tanya aku mana Aishah, aku cakap tak tahu. Tanya Aqilah pun dia pun tak tahu sebab bukan lagi serumah
Bila balik Kuantan dulu, anak aku selalu nak ikut Malik balik bersama, sebab dah terbiasa dengan Malik, bini aku okey sahaja.
Selalunya bila sampai kampung, aku akan singgah rumah Malik kemudiaan sebab mestilah kita balik rumah mak kita dulu kan. Tapi hari tu masa raya lain suasana dia, family aku pun sedih dengan Malik.
Kami memang rapat. Dari zaman sekolah, belajar sampai tempat kerja, kata orang jodoh persahabatan kami sangat panjang, cuma dimasa Malik jatuh, Malik hilangkan diri, Malik tak nak datang pejabat dan sebagainya, Malik akan cuba bangkit dengan sendiri.
Tapi hari tu, berubah segalanya, Mak Malik pergi buat selamatnya akibat sakit tua.
Malik cuma berpesan sebelum Malik berhenti kerja, bukanlah tempat kerja kami tak bagus tapi Malik ingin bakti di Kampung semenjak mak dia sakit hingga meninggal dunia.
“Dalam masa mak aku hidup, dia selalu berpesan,
– Jangan pernah kau benci akan orang yang bukan jodoh mu.
– Jangan pernah kau benci akan teman yang pernah rapat dengan mu.
– Jangan pernah kau tinggal akan Tuhan yang mencipta mu.
– Jika seseorang itu pernah baik dengan mu, ingatlah Allah hadirkan dia adalah peringatan dan satu hari dia pasti akan menghargaimu.
– Benar masa depan terletak di tangan kita, tapi sebaik-baik merancang Allah juga akan menentukan yang mana terbaik buat kita, samada kita syukuri atau kita masih ego dengan sikap kita.
– Jika seseorang itu dikatakan menceritakan keburukanmu, bertanyalah, jangan bertnya pada pihak selain dia. Selesailah secara hikmah bukan meninggikan ego kerana masalah.
– Hiduplah secara bahagia. Kerna jika kita baik dengan sekeliling kita, bahagia kita tetap ada,
Jika hati kita masih ada sekelumit benci atau sedang berpura-pura ingin melupakan masalah, ingatlah bahwa kita sebenarnya sedang berpura-pura bahagia, meskipun dengan keluarga, malah paling perit kita tipu Sang Maha Pencipta ”
Malik, kalau aku balik Kuantan selepas PKPB pasti kau pula akan masak lemak cili api masak ikan patin buat aku sekeluarga.
– Sang Pencerah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit