Assalamualaikum semua, harap pihak admin tak siarkan nama aku dan maaf kalau cerita ini membosankan. Aku tidak pandai berkarang.
Aku gelarkan si dia T. 2012 kami berkenalan di sebuah ipts, berkenalan dan bercinta selama 3 tahun. Banyak susah senang kami bersama di ipts.
Pada masa tu kami tiada apa, T hanya ada sebijik motor 2nd LC yang aku sama tolong dia beli pada masa tu. Manakala aku, tiada apa, pi balik kelas dengan sepasang kaki.
T dari keluarga yang tidak bahagia, bermasalah. Si ayah T duduk asing dengan mak. Abang jauh di utara, kakak di sarawak, dia di ipts dan adik di hostel.
Mak dan ayah T susah nak dapat kata sepakat bila buat keputusan, selalu bercanggah dan ayah si T sangatlah berkira sehingga T mengikut jejak si ayah.
Level berkira ayah T tu, nak belikan anak motor sebijik tak boleh, tapi beli katil kesihatan pebenda ntah dari Korea dengan jumlah RM20k sanggup berhabis kesudahannya pakai bila perlu je.
Manakala aku, dari keluarga yang cukup bahagia, tidak kaya tapi syukur senang. Semua keputusan dibuat atas dasar perbincangan dari keluarga bukan keputusan sendirian meskipun tidak lengkap tanpa ayah.
Long short story, selama 3 tahun bercinta, kami selalu bergaduh, maki hamun, carut tu dah umpama zikir buat kami.
Dan T merupakan lelaki yang sangat berkira dan mengungkit pada masa tu. Itu tidak dikira kalau T ada perempuan lain. Aku pulak seorang perempuan yang cepat panas, melenting jika ada tidak kena.
Tiap kali bergaduh, aku selalu berkata “kau lelaki takde masa depan” atas faktor family dia yang bermasalah. Selama 3 tahun tu jugak, kami banyak melakukan hubungan haram tapi tidak sehingga “main dalam” bak kata orang “luar2 je”.
Perkara tu hanya kami berdua sahaja yang tahu, tidak orang lain. Bahkan kami sukar nak dapatkan kata sepakat, tunggu gaduh maki dulu baru dapat kata sepakat selepas salah seorang rendahkan ego.
Selagi ego tinggi, selagi tu tiada kata sepakat dari kami. Sebabkan perangai T camtu, aku tidak tahan dan putus pada 2015.
Ku impikan hubungan yang bahagia, tidak berkira meskipun sekecil perkara. Tapi macam mana aku tidak berkira kalau dia punya berkira tu sangat teruk.
Bayangkan secawan kopi starbucks yang berharga RM18 venti size tu terlalu mahal pada T dan aku ada membelanjanya secawan kopi starbucks dan aku secawan.
Cup dia sudah habis dengan beberapa sedutan, dia sambung lagi dengan sendutan air starbucks aku. Aku cukup marah, air T, T habis sorang sampai turn aku. Aku kena kongsi. Beli tak mahu katanya mahal.
Selepas 5 tahun putus, aku tidak jumpa jodoh baru dan jugak sama dengan T. Selama 5 tahun tu jugak kami sebenarnya saling stalking each other tapi masing2 menggunakan fake acc. Sehingga pada tahun 2020, aku beranikan diri add T di IG semasa mco dulu dan berkawan seperti biasa.
Pada masa tu, perasaan rindu aku sangat membuak-buak pada T, semua kenangan dengan T terbayang-bayang dimataku. Allah aku rindukan perasaan disayang-sayang, dirindu. Rupanya dalam masa 5 tahun ni, kami saling mengingati.
Selepas sahaja PM announced boleh rentas daerah, pada masa tu aku terus jumpa si T di Klang. Aku di Shah Alam ketika tu, jumpa dah meluah rasa dan selepas 5 tahun kami terbuat sekali lagi maksiat haram tu dan berlanjutan tiap kali berjumpa.
Masa tu, aku baru tahu si T sudah ada kerjaya, kereta 2nd dan rumah pada usia sebelum 30.
Setelah 5 tahun berpisah, ku kirakan sifat berkira makin berkurang rupanya makin parah dari dulu. Sehinggakan dia bising yang duit dia selalu habis selepas kami get back together.
Dia berkira dulu dia boleh menyimpan sebulan RM1k tapi bila kami get back begitu sukar dia nak dapatkan saving RM1k T.
Padahal aku dengan T tidak pernah keluar dating yang lawa2 pakai mekap, dia handsome2. Yang dating formal, kami selalunya berjumpa selepas habis office hours. Jumpa sekitar 3/4 jam, then pulang ke rumah.
Itu pun bukan setiap hari berjumpa, kadang seminggu sekali, kadang 2 minggu sekali baru berjumpa. Tu je masa kami berasmara, jumpa berborak dan makan. Tu sekali makan RM50 pun tidak habis juga tapi dia punya berkira macam sekali makan tu RM100 jugak yang habis.
Perkara itu berlanjutan sehingga berbulan. Dan lebih parah, dia sejenis sanggup membeli barang 2nd tapi cari tiptop condition dari keluar duit beli yang baru. Misalnya kereta. Apa dia fikirkan sebiji kereta perdana secondhand mampu bertahan sehingga 10 tahun lagi? Aku sungguh hilang sabar.
Hubungan kami berlanjutan sehingga satu tahap family aku dapat hidu aku get back dengan si T, dan family aku sangat membangkang sekerasnya aku bersama si T. Family aku risaukan aku, mereka kerap berkata “lepas kahwin biar jadi manusia bukan jadi punching bag”.
Sehingga itu abang dan kakak aku ingatkan aku. Kerana dulu, kami pernah bergaduh, dia pernah cederakan aku tapi pada masa tu, itu jugak salah aku kerna aku suka mencabarnya sehingga dia terlalu marah dan cederakan aku.
Aku tidak berdaya ketika tu dan aku menelefon keluarga tu utk pickup aku. Tapi aku masih bodoh jugak kan.
Selepas berlanjutan berbulan, aku melihat family aku masih tidak boleh menerimanya meskipun aku sudah cuba jujur dan bagi hints pada mereka.
Dan sekalian kalinya aku terpaksa putus, kecewakannya atas desakan keluarga. Tapi kalini kami sudah berjanji mahu kahwin selepas dua tahun, sama2 kumpul duit kahwin, susah senang bersama.
Tapi family aku masih tidak boleh menerima dia, aku tak boleh fikirkan keseronokkan aku saja sebab mereka lebih makan garam dibandingkan aku. Kalini aku lebih nampak effort dia sayangkan aku, lebih bersabar.
Aku pernah bagitahu dia dulu, “sayang lebih rela hadap baran, marah, makian abg tapi bukan sifat berkira abg” ku sangkakan dia faham tapi hampa. Tapi ada disudut hati aku, aku selalu berkata aku mampu ke berhadapan sifat berkiranya selepas berkahwin?
Aku takutkan perkara tu, sampai aku rasa nanti2 la dulu kahwin kalau dengan T. Kerna aku bukan seorang yang berkira. Aku percaya kan rezeki allah, lebih banyak kau memberi lebih banyak kau akan dapat. Tapi benda tu sukar aku nak terapkan pada T.
Maka disini aku ingin melihat pandangan semua, secara rawaknya adakah patut aku meninggalkan T atau teruskan sehingga keluarga aku boleh menerimanya?
– UI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit