Miskin Bukan Pilihan, Tapi Ujian II

Untuk part I, (https://iiumc.com/miskin-bukan-pilihan-tapi-ujian/).

Terima kasih untuk segala doa kalian, moga Allah permudah urusan kita semua.

Betul miskin itu ujian, kaya juga ujian, dan semua dari kita tak lekang dari ujian. Lain orang lain cara diuji, aku diuji dengan kemiskinan.

Mungkin orang lain lagi miskin, aku bersyukur sebab Allah sentiasa bagi kesedaran dekat aku yang aku masih ada keluarga dan adik2, tanggungjawab aku untuk mereka.

Ada yang cakap “nafkah biar mak ayah yang cari” tapi sebagai seorang anak, sebagai seorang abang, bila mak ayah dan adik2 dalam kesusahan pasti diri ini yang akan membantu.

Penat letih tolak tepi sebab penat tu mungkin akan hilang tapi kebaikan pasti kekal.

Aku biasa hidup miskin sejak dari sekolah menengah, time sekolah menengah pernah duduk asrama sampai form 3 dan terpaksa keluar sebab yuran terlalu mahal,

Yuran asrama sangkut time nak ambik result pmr, hampir 3k yuran sangkut, alhamdulillah hujung tahun nak ambik result, time nak bayar yuran, pihak asrama kurangkan separuh dari yuran tadi.

Selepas 3 tahun di asrama, aku terpaksa keluar dari asrama sebab dah tak mampu dan menyewa di asrama kebajikan (rumah khas yang disewa oleh pihak sekolah untuk orang2 susah).

Time ni baru belajar berdikari, makan ape yang ada sahaja, jarak antara rumah kebajikan dengan sekolah hampir 15-20 minit jalan kaki, pernah makan nasi berlaukkan keropok dan kicap, pergi sekolah dengan jalan kaki.

Waktu sekolah memang kena jimat, time rehat aku jarang makan nasi, rutin harian ku hanya makan donut 2 biji dan keropok, RM1 dibelanjakan setiap hari.

Tipulah kalau tak terliur tengok orang makan nasi, tak terliur tengok orang minum air sedap2, tahan dan buat2 tak nampak sebab aku tahu duit tak mungkin cukup.

Kena jimat dan terus jimat. Sikap jimat tadi terbawa2 hingga ke universiti, memang aku jimat untuk diri sendiri, aku kena berkira dengan diri sendiri, tapi dengan orang lain jangan berkira.

Abah selalu pesan, “kalau jumpa orang susah kena bantu diorang” walaupun kita susah, kena ajar diri bantu orang lagi susah.

Ajakan member selalu saja aku tolak sebab nak jimat, bukan tak nak enjoy tapi aku ada mak ayah, aku ada adik2 yang mesti di bantu.

Umur mak ayah semakin tua, kesihatan juga selalu tak megizinkan untuk diaorang kerja lebih, aku sebagai anak sulong kena ambik alih, aku tahu aku boleh, aku tahu aku kuat,

Semangat tu yang aku pegang, kadang penat, kadang pernah give up tapi tak lama sebab aku ada tanggungjawab, tanggungjawab sebagai anak dan tanggungjawab sebagai abang,

Sibuk bekerja/ bisnes tapi aku tak pernah lupa tanggungjawab sebagai pelajar, aku tak boleh jadikan alasan hidup susah sebagai penghalang untuk berjaya,

Dikir barat “bangkit asal” nyanyian halim yazid aku jadikan sebagai pembakar semangat untuk aku berjaya.

Pesanan abah yang selalu aku ingat “kalau orang lain boleh, abe mesti boleh” dan akhirnya aku survive di universiti, aku bersyukur dengan result yang aku dapat, agak struggle nak maintain result sampai hujung sem.

Sebelum habis zaman degree, aku dah set target simpanan kena lebih 10k sebab mungkin belanja dirumah agak besar di samping boleh bekal untuk cari kerja nanti.

Alhamdulillah aku berjaya simpan lebih 10k, mana dapat duit banyak?

Semua ni dari kerja/ bisnes, mungkin juga berkat dari aku selalu bagi duit dekat mak ayah, doa mak ayah sentiasa mengiringiku.

Walaupun hampir setiap bulan aku bagi 200-500 sebulan, plus adik nak belajar tambah lagi duit hampir 500-1000 (dua orang adik daftar uni/sekolah), aku bagi sebab aku tahu balasan lain mungkin akan ada dan betul rezeki sentiasa ada, akhirnya simpanan aku di akhir sem lebih 10k.

Bekalan duit lebih 10k tadi aku bawak balik rumah dengan harapan mungkin duit ni boleh bantu family saat terdesak, duit simpanan tapi saat terdesak pasti akan guna.

Hampir 10 bulan aku habis belajar, pengalaman yang tak mungkin aku lupa, susah senang aku hadap di zaman remaja buat aku kuat,

Aku yakin benda yang aku buat pasti akan ada hasil, dan kini aku masih di kampung, tengah mencari kerja sambil buat bisnes secara lebih serius,

Alhamdulillah aku mampu sewa kedai dan berjaya pencenkan abah aku dari kerja penat. Bisnes yang banyak dibantu oleh family.

Aku pernah tolak tawaran kerja cikgu swasta di kl sebab nak fokus bisnes, cita-cita dan minat untuk jadi pendidik masih lagi kuat walaupun belum rezeki jadi cikgu,

Banyak group guru2 yang aku join walaupun aku bukan guru, aku tolak peluang kerja tadi atas nasihat dari mak ayah sebab tengah covid dan family perlukan aku untuk usahakan bisnes ni.

Aku stay untuk teruskan bisnes, tapi sampai bila?

Benda ni selalu buat aku risau dan kacau fikiran aku, bisnes yang kadang slow kadang laju, tapi aku kena usaha, aku hampir di landasan yang betul dalam bisnes, niat sepenuhnya demi keluarga, sebab aku tolak peluang kerja tadi semuanya demi keluarga,

Bisnes aku nampak berhasil, kalau aku kerja mungkin bisnes ni akan terkubur, aku terpaksa stay dan teruskan bisnes, dari bisnes tadi aku mampu bagi upah dekat family hampir 4k sebulan plus bantu beli barang dapur setiap bulan.

Syukur dan terima kasih family yang sentiasa support, tiada yang lebih bahagia melainkan melihat mak ayah dan adik2 tersenyum gembira.

Doakan perjalanan hidup aku sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Aamiin.

– Muhamad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *