Suamiku Mengaku Bisexual Selepas 5 Tahun Berkahwin

Namaku AISHAH, anak 2 orang, suka bersangka baik dalam hidup sampaikan rasa adakah salahku terlalu bersangka baik percayakan suami.

Selama 5 tahun tidak pernah aku cek hp suami sebab aku percaya padanya padahal passwordnya aku tahu.

Benarlah kata segelintir orang masuk 5 tahun perkahwinan kita akan diuji dengan ujian besar dalam perkahwinan.

Kami berniaga. Suami uruskan operasi aku uruskan urusan2 staff dan marketing secara online dari rumah sahaja.

Suatu hari ketika aku bangun sebelum subuh bagi menyelesaikan tugasan di sudut ruangan meja kerja di rumah kelihatan suamiku mundar mandir seperti tidak keruan berpeluh.

Aku abaikan sahaja teruskan buat kerja anggap tu perkara biasa. Suami duduk makin dekat dari kerusi turun ke bawah kerusi tempat aku membuat kerja seperti nak menyampaikan sesuatu tapi berat mulutnya.

Melihat suamiku resah aku turun ke bawah dari meja tersedia laptopku. Aku duduk berdepan suamiku sambil memegang muka diusap rambutnya memujuk dia.

“Abang ni kenapa cuba bagitahu?” maklumku kepadanya. Fikiranku da mula fikir luar jangka apa yang bakal aku ketahui ni rasa takut pun ada tapi terus ku memujuk.

Dengan berat dia nak menyatakan, “ABANG MINTA MAAF SAYANG ABANG BUAT BENDA TAK ELOK. ABANG SUKA SESAMA LELAKI” Terdiam seketika. Aku bagitahu “Tapi kenapa abang?” Abang sakit ye sejak bila?

Suamiku pelik kenapa aku tenang saja terima pengakuan dia.

Bermula kisah silam dia sejak mula masuk ke Sekolah Menengah telah dirosak akan minda dan fizikalnya oleh bapa angkat yang dipercayai disayangi sudah merosakkan dia.

Sampaikan menjadi tabiat ketagihan bila sudah masuk ke universiti sehingga berkahwin anak 2.

Aku kenal dia sejak universiti baik orangnya. Aku suka dengar ceramah suka juga doa soal jodoh. Aku sangat percaya soal jodoh aku ada sehingga aku buat istiqarah mimpi dia hadir dalam mimpiku.

Serba sedikit aku nak maklum kami ni kawan baik. Masa kat universiti aku suka nasihat kawan mana yang aku sayang soal menjaga batas dalam pergaulan kadang dilabel ustazah. Ah tak kisahlah nak kata apa asalkan punchline nasihat sampai.

Berbalik semula pada awal penceritaan setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga suamiku mengaku dia bisexual terkejut dan agak marah bukan pada dia tapi pada penjaga dia yang merosak dia di alam persekolahan masih muda.

Tapi bila da dewasa dia ada akal fikiran dosa tetap dosa yang salah tetap salah.

Aku takut nak tanya lebih lagi apa dia buat belakang aku sebab aku takut aku tak kuat nak terima semua serentak.

Cuma aku minta dia bertaubat dan maklumkan pada ibunya terutamanya supaya dapat berkat doa dari ibu untuk berubah. Esoknya kami jemput ibu dan ayah datang ke rumah bagi makluman semua menangis.

Kali ni aku menangis kuat terima 1 lagi pengakuan sambil dia kata masa atas urusan kerja dia tidur hotel buat maksiat sesama lelaki. Ya Allah, hati aku lagi hancur.

Tak henti dia minta maaf pada aku lagi. Ibu cakap, “tak kasihan ke kat isteri dan anak?”

Ye dia kasihan sebab tu dia nak berubah tak sanggup nak menipu isteri lagi.

Aku terdiam mulut cakap maafkan da tapi belum sebenarnya aku takut banyak lagi yang aku tak tahu dan takut nak tahu lagi hatiku semakin hancur.

Berkali2 dia minta maaf padaku tak kisah la katanya sampai bila2 pun dia akan minta maaf menyesal dengan apa dia da buat dan dia buat solat Taubat.

Esoknya tiba di pertengahan malam aku bangun nak buat solat hajat. Aku kejutkan dia. Aku tanya apa lagi yang dia buat belakang aku yang aku tak tahu minta dia beritahu semuanya malam tu.

Tak apa bagitahu saja biar hancur hati aku ni aku terima. Tiba malam tu datang kekuatan nak tanya pada suamiku. Memang hancur betul hati aku tersangat hancur.

Aku kejutkan suamiku malam tu sebab aku bagitahu hati aku tak betul2 maafkan dia. Aku nak betul2 maafkan dia aku nak cakap dengan Allah sebab tu aku nak tahu apa dia buat lagi.

Ya Allah… Aku ceritakan semula apa dia buat dalam sujudku suamiku hancurkan hati aku dengan buat perkara2 tu semua padahal aku kat rumah jaga diri jaga anak tak pernah curang apatah lagi membelakangkan dia.

Aku bagitahu dia aku ni eksklusif untuk dia sentuh lelaki pun tak pernah.

Aku meraung dalam sujudku sampai basah sejadah. Ku sebut2 dosa2 dia buat sampai tak ingat berapa kali buat maksiat berzina.

Aku baca mesej2 ajak buat maksiat setelah 5 tahun baru cek hp cuba bayangkan suami aku percaya belakang aku buat maksiat.

Ya Allah… Setelah aku sebut apa dia buat sampai hati aku hancur luluh akhir sekali aku cakap dalam sujudku AKU REDHA YA ALLAH AKU MAAFKAN SUAMIKU.

Perasaan datang tu lain bila ingat semula peristiwa hitam ni aku tak rasa benci pada dia tak rasa nak ungkit2. Aku rasa betul2 maafkan dia. Doakan kami bahagia sampai syurga ye.

Kami buat test darah Alhamdulillah resultnya semua baik termasuk hiv negatif. Dia paling takut seminggu lebih kami tunggu result dia risau da rosakkan hidup aku jika dia pembawa penyakit.

Allah sayang abang kataku padanya. Sebelum dapat result dia hari2 minta maaf padaku.

Aku kata apa pun resultnya aku minta dia terus buat taubat dan jangan buat lagi sebab aku takut hati aku da tak kuat untuk terima dia lagi jika masih buat. Dia janji dia tak buat lagi kini hp dia bila2 aku nak tengok memang dia tak kisah.

Kami solat jemaah sekarang rasa lebih bahagia. Aku minta dia buang semua kawan2 lelaki bisexual yang dia kenal block sebab bagi aku kalau kita tak kuat kita boleh hanyut sebab nak berubah mental kena kuat.

Rezeki kami lagi murah dan berkat rasa lebih bahagia hidup dan solat tak tinggal. Ni kisah silam aku hanya keluarga dia dan aku saja yang tahu. Kini tiada rahsia antara kami.

“Doakan kami bahagia sampai syurga”

– AISHAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *