Pesanan Buat Yang Tak Ada Anak Lagi

Hi, Assalamualaikum semua. Saya Rina Z (setentunya bukan nama sebenar) hendak mencoretkan sesuatu di sini, terutamanya kepada mereka yang sudah lama berkahwin tapi Allah tak izinkan ada anak lagi.

Sebenarnya benda yang saya nak cakapkan ni, saya nak cakap pada kawan-kawan saya, tapi, tapi, tapi, itulah, saya takut dorang terasa hati. Yelah, saya tak rasa apa yang dorang rasa tapi memandai-mandai nak nasihat orang, huhu.

Apa yang saya nak cakap ni sebenarnya saya nak sampaikan je sebab semuanya adalah dari nasihat ustaz-ustaz dari ceramah-ceramah yang saya dengar, tapi yelah, takut kang dorang terasa hati bila saya yang cakap.

Jadi saya fikir-fikir tulis jela kat sini, mana tahu bermanfaat untuk orang lain juga.

Buat pengetahuan semua, saya tidaklah menghadapi masalah takde anak ni setelah lama berkahwin. Saya dah ada anak, Alhamdulillah dua orang, memang selepas kahwin tu memang terus mengandung.

Cuma saya ni kurangnya saya kahwin lambat, umur 36 baru dapat kahwin.

Jadi saya juga pernah melalui satu fasa kesedihan dalam hidup saya di mana tengok kawan-kawan sorang-sorang dah kahwin padahal saya tak kahwin-kahwin lagi.

Jadi saya tak nak kawan-kawan saya sedih, saya nak juga dorang gembira macam saya, ada anak semua.

Tapi itulah, nak bercakap terus kat dorang takut dorang terasa hati, hmm, takpelah, saya tulis jela kat sini. Moga bermanfaat juga untuk orang lain.

Ok, berbalik pada apa yang saya dengar dari ceramah-ceramah, salah satu sebab mungkin doa kita tak makbul adalah sebab dosa-dosa kita.

Dan dosa yang mungkin kita tak perasan adalah dosa berkapel dengan pasangan kita tu.

Janganlah ingat bila kita dah kahwin dengan pasangan yang kita kapel tu maknanya Allah dah redha dengan apa yang kita dah buat dengan pasangan kita tu dulu-dulu masa zaman tengah bercinta, dosa tetap dosa kata ustaz tu.

Iye, kita mungkinlah tak bersetubuh sebelum bernikah apa bagai, itu berzina besar, tapi jangan lupa zina-zina kecil yang kita dah buat dengan pasangan kita tu sebelum berkahwin.

Berdating, berpegang tangan, pergi ke sana ke sini bersama walaupun bukan muhrim, bermesra-mesraan, itu antara zina kecil yang kita tak perasan.

Iyelah, sebab budaya berkapel ni dah sebati dalam masyarakat kita. Kita anggap benda tu biasa padahal sebenarnya Islam tak benarkan.

Takpelah, mungkin kita dulu masa muda tak tahu yang benda tu salah tapi sekarang bila dah tahu,

Walaupun kita dah kahwin dengan pasangan/ kapel kita tu, tapi sebab kita tak bertaubat atas dosa-dosa tu, mungkin itu juga satu asbab Allah tak izinkan lagi ada anak.

Saya kata mungkin ya, janganlah cakap saya cakap sebab dosa ni lah korang yang takde anak, Allah tak bagi anak kat korang. Bukan, ini semua mungkin je. Tapi tak salah kalau kita nak ambil ia sebagai satu pedoman.

Benda ni juga bukan untuk pasangan yang takde anak je, sebenarnya ia kepada semua pasangan.

Walaupun anda dah berkahwin dan hidup bahagia dengan pasangan kapel anda tu, takde masalah dalam rumahtangga, tapi dosa tetap dosa, tetap kena bertaubat.

Jadi insyaAllah dengan solat taubat yang dibuat dapat menghapuskan dosa-dosa ni.

Saya ni pun bukanlah suci maksum sangat, saya juga ada buat perkara-perkara zina kecil ni dengan suami saya sekarang. Jadi jomlah sama-sama kita bertaubat. Taubat yang sungguh-sungguh.

Keduanya adalah bernazar. Ni banyak ustaz juga dah pesan dan pesanan ni memang dorang khas cakap untuk yang tak dapat anak lagi. Siap cakap lagi, bagi siapa yang tak dapat anak lagi, bernazarlah.

Bernazar ni tak boleh niat je dalam hati, bernazar ni kena cakap kat orang, kena bagitahu orang, itu baru bernazar kata ustaz tu.

Setahu saya pun bernazar ni memang sesuatu yang serius sebab kalau kita meninggal pun kemudian tak sempatkan nak lunaskan nazar kita tu, memang dikira hutang. Tak boleh nak bahagi-bahagikan harta pusaka kita selagi hutang nazar tu tak selesai lagi.

Jadi ia memang sesuatu yang serius. Jadi memang kena ada orang yang tahu pasal nazar kita ni kot kot kita dah meninggal dulu sebelum sempat tunaikan nazar tu, bolehlah dia tolong setelkan.

Ustaz-ustaz ni cakap bernazarlah apa sahaja pun, asalkan bernazar, menunjukkan kita memang sungguh-sungguh nak benda tu.

Ok, itu jela dua pesanan yang saya nak sampaikan. Apa pun dapat anak ke tak dapat anak ke itu semua ketentuan Allah.

Walau dah bertaubat dan bernazar, tapi itu semua Allah punya perancangan, Dia Yang Maha Mengetahui, tapi tak salah kan kalau kita usaha selagi boleh.

Akhir kata, saya doakan semua yang tak ada anak lagi supaya dapat merasai nikmat anugerah Allah ini, jika tidak di dunia pun di akhirat nanti, aamiin.

– Rina Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *