Tentang Zuriat

Assalammualaikum…

Terlebih dahulu saya memohon maaf jika penulisan saya akan menguris hati sesiapa yang membaca.

Saya kenalkan diri saya sebagai Zuriaty (tentu sahaja nama samaran)

Mengapa saya memilih nama samaran Zuriaty.. ini kerana kisah Zuriat..

Ini adalah maklum balas saya sebagai wanita yang telah berkahwin selama 10 tahun dan masih belum memiliki zuriat…

Pada tarikh 4/11/2020 perkongsian wanita bernama puan Rina Z (https://iiumc.com/pesanan-buat-yang-tak-ada-anak-lagi/) yang telah memberi nasihat kepada mereka yang tidak memiliki zuriat.

Berdasarkan ayat2 puan Rina Z itu.. ayat dan nasihatnya terlalu kurang sopan dan membawa kepada menguris hati ramai pihak yang tidak mempunyai zuriat termasuk saya.

Benar setiap perlakuan berbalik kepada dosa dan kebaikan kita sebagai hambaNya. Tetapi setiap ujian yang hadir bukan sekadar kerana dosa, ada juga Hikmah yang Allah aturkan. Bukan untuk kini mungkin untuk akan datang ataupun untuk Di Sana kelak…

Perkongsian puan Rina Z seolah2 kami yang tidak memiliki zuriat ni adalah Pendosa yang Tidak melakukan taubat. Subhanallah…panas biji mata baca tulisannya itu..

Buat puan Rina Z dan sekutu serta sekepala dan seangkatan dengannya… Bukan kami minta ujian ini tetapi kami di pilih untuk menghadapi ujian ini…. Setiap hamba ada ujian. Sedangkan para Nabi dan Rasul juga Allah hadirkan ujian inikan kita hamba yang sangat2 kerdil.

Salah satu ujian Zuriat ini.

Soalan saya kepada mereka yang berfikir seolah kami yang tiada zuriat ini amatlah buruk keadaan dan terlalu hina,

Adakah memiliki ZURIAT akan menjadikan kamu ibu bapa yang terus menuju ke syurga?

Adakah memiliki ZURIAT ini adalah mereka yang dari golongan soleh solehah sahaja?

Adakah memiliki ZURIAT ini di jamin kebahagian alam rumah tangga?

Adakah memiliki ZURIAT ini adalah pasangan yang tidak pernah melakukan dosa?

Adakah memiliki ZURIAT ini adalah rezeki terbesar untuk seorang HambaNya?

Sememangnya memiliki zuriat ini adalah yang terbaik di dunia dan akan bawa kebahagian di akhirat kelak?

Allahu….

Apa yang saya baca daripada tulisan puan Rina Z..dia merupakan wanita lewat mendapat jodoh. Jodohnya sampai ketika usianya 36 tahun. Tetapi rezeki memiliki zuriat awal dan dia di kurniakan 2 orang cahaya mata.

Alhmdulillah untuk pasangan seperti puan Rina Z, khawin lewat tapi dapat zuriat awal berbanding kami2 yang khawin seawal usia 20an tetapi tetap menunggu zuriat di usia 30an dan ada sehingga 40an..

Tidak keterlaluan jika saya bertanya….

Yakinkah bahawa anak2 itu tidak akan menjadi ujian kepada kamu sekalian ?

Yakinkah kamu akan menjadi ibu bapa yang terbaik buat zuriat kamu sekalian?

Jangan pandang kami yang tiada zuriat ini pendosa semata2 dan kami manusia tidak berguna.

Rasanya dengan adanya sosial media kini.. ramai ibu bapa berkongsi bertapa struggle mereka berusaha untuk memiliki zuriat.

Sehingga usia 16 tahun perkhwinan juga ada. Tanyalah mereka semua bagaimana mereka berusaha. Rasanya kalian tidak akan sanggup hadapinya..percayalah.. tidak mudah.

Paling mudah untuk saya katakan, kamu bersama pasangan terus memiliki zuriat tetapi kami perlukan modal yang besar, bersabar untuk menunggu giliran dan mengawal emosi, pemakanan serta usaha ulang alik ke hospital dan pakar.

Jika mempunyai wang yang lebih, bolehlah ke swasta dan mendapat setimpal layanan dengan apa yang di bayar.

Tetapi ada juga yang beribu-ribu habis akhirnya gagal juga. Sedihkan itu belum kira berputus asa dan menganggu emosi dan mental pasangan.

Bagi yang mengikuti di hospital kerajaan, perlu bersabar dengan waktu yang kosong untuk sesi kami. Itupun belum tentu lagi kami akan berjaya. Lakukan lagi proses dan terusan sehingga berjaya… Alhmdulillah kalau berjaya. Jika tidak, ulangi lagi dan lagi…

Untuk pengetahuan puan Rina Z dan sekutu yang suka memandang enteng kami yang tidak memiliki zuriat.

Tanyalah mereka.. bukan sehari dua proses kami, paling2 pun hmpir 2 tahun dan ada bertahun2 berusaha.

Belum kira ulang alik setiap bulan ke hospital yang terpaksa naik turun jumpa pihak atasan untuk mohon cuti atau tinggalkan kerja hakiki. Belum kira duit gaji, simpanan dan sebagainya untuk di bayar proses demi proses.

Ingat semua orang yang tak ada zuriat tu bila buat iui atau ivf terus memiliki zuriat dengan sekali proses. Berkali2.. Itu belum kira lagi pengorbanan menahan sakit, malu ketika melakukan ujian.

Nak di senaraikan ujian step by step mahu boring kalian untuk membaca pula nanti.

Kalau ada sedikit perasaan.. tolong hormati kami yang tidak memiliki zuriat seperti mana kalian mahu kami menghormati cara kali mengendalikan dan mendidik zuriat kalian.

Jika kami yang tidak memiliki zuriat menegur cara dan layanan kalian pada anak2 mesti kalian akan cakap tak ada anak bolehlah cakap, pandai lah nak ajar kita, belum tiba waktu bolehlah nak berlagak, nanti ada anak barulah tahu tinggi rendah langit.

Marahkan…..

Habis kami2 yang asyik di aju soalan tidak bermoral di tambah pula ayat seperti puan Rina Z itu bagaimana pula. Tidak terasa kami2 sekalian.

Puan Rina Z. Sepatutnya kamu menasihati pada pasangan muda bukanya pasangan yang sudah berumah tangga.

Bagaimana kami mahu pusingkan masa supaya kami tak melakukan kesilapan seperti yang di nyatakan.(Hal dosa krcil di alam couple katanya) Betul pintu taubat masih di buka sebelum mata tertutup.

Cumanya takkanlah semua nak di beritahu di sosial media. Yang kami tengah bertaubat ni, kami nak baiki kehidupan, kami nak lalui fasa itu dan ini.

Harapnya janganlah ramai di luar sana masih memandang kami seperti kami ni pesalah da masih terus menyoal kami berbagai.

Jika ingin memberi cadangan dan menasihati, berilah yang terbaik bukan menekan kami dengan soalan2 yang bisa dan kata2 nasihat yang tidak mendatangkan kebaikkan.

Kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang tidak memiliki zuriat, terimalah mereka seadanya..

Buat mereka yang bergelar mertua, ipar duai, belajar untuk tidak mendesak dan menyalahkan menantu kerana bukan semua pasangan suami isteri itu, tidak memiliki zuriat di sebabkan wanita tetapi banyak juga kes di sebab lelaki.

Kelemahan mereka bukan mereka yang minta. Mereka di pilih untuk Ujian tersebut. Kelemahan mereka juga bukan menjadikan mereka anak menantu tidak berguna..

Terimalah mereka seadanya dan sesungguhnya kami tidak meminta tetapi kami di beri ujian dariNya.

Sebagaimana kalian menyenangkan hati dan menerima mereka, insyallah Allah akan memudahkan dan menenangkan hati kalian juga…

Aku yang masih menanti ZURIAT,

– ZURIATY (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *