Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-yang-punya-kisah-silam/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/suami-yang-punya-kisah-silam-ii/).
Terima kasih admin siarkan confession aku yang entah habis ke tak cerita aku di confession ketiga ni. Kali ni aku nak jawap nasihat korang yang menyarankan aku dan suami supaya tinggal berjauhan dari family mertua mahupun family aku sendiri.
Selepas berkahwin, aku dan suami merantau jauh dari family aku mahupun family suami. Pkp nilah yang buat aku dan family mertua duduk sebumbung.
Mulanya mertua datang berziarah sebelum pkp. Datang jauh atas sebab tertentu. Dan mereka sudah pun ada tiket balik kampung sebelum pkp.
Oleh sebab pkp yang tiada berpenghujung ni, maka mak dan bapa mertua ‘terperangkap’ tinggal bersama kami. Itu punca utama kami tinggal sebumbung buat masa ini.
Bila refer komen, ada yang nasihat supaya suami tak payah nak tegur bapa mertua kalau dah penerimaan macam tu sebab akan berakhir dengan pertengkaran dan sumpah seranah.
Situasi dia macam ni, suami takkan tegur kalau silap kecil. Tapi bila melibatkan kesilapan besar, suami tak tahan untuk berdiam.
Salah satu silap bapa mertua yang selalu menjadi teguran buat suami ialah kesalahan bacaan AlFatihah dalam solat. Ada ayat yang diubah malah ada Ayat dilebihkan. Kalau korang d tempat suami, korang diam ke?
Suami tegur sebab takkan nak biarkan bapa mertua buat ibadah yang sia². Apa yang aku belajar, solat tak sah kalau bacaan Al-Fatihah tak betul (tolong betulkan jika aku salah).
Kalau suami dengar, dia akan terus tegur minta bapa mertua betulkan bacaan. Dan macam biasa teguran tu akan d balas dengan sumpah seranah.
Aku dan suami yakin ini ujian buat kami. Hikmah pkp sehingga membuat bapa dan mak mertua stay dengan kami. Salah satu mungkin Allah nak tunjukkan pada kami, silap yang bapa mertua buat dalam beribadah. Allah juga uji kami samada nak perbetulkan ataupun biarkan.
Walaupun teguran tu selalunya berakhir dengan sumpah seranah, suami tak pernah berhenti. Bagi suami, selagi dia dengar bacaan bapa mertua tak betul, selagi itu dia akan betulkan. Nak harap siapa lagi yang akan tegur? Dan sampai bila? adik beradik lain masih ‘sesat’
Suami tak peduli d sumpah. Tapi bila bapa mertua sampai ke tahap tak mengaku anak, hati anak mana yang tak terluka?
Itu baru silap bacaan. Lain pula bab bapa mertua pandai² buat fatwa dan dalil sendiri. Takkan nak biar? Ujian ni terlalu besar buat kami yang masih merangkak ni.
Korang tolong doakan aku dan suami kuat untuk hadap ujian² ni. Ya, Mental kena kuat. Tapi kami hanya insan biasa. Luka melihat kesilapan bapa mertua, luka juga bila dengar sumpah seranahnya.
Lepas korang baca sebab suami tegur bapa mertua, korang sampai hati lagi ke nak cakap tak payah tegur? Kami sayang bapa mertua bukan hanya d dunia, tapi sayang sampai syurga. Cumanya kami kena kuat.
Ada yang komen minta aku nasihatkan suami supaya berhenti tegur bapa mertua. Bagi aku Apa yang suami buat tu betul. Aku cuma nasihatkan suami kawal diri supaya tak jadi pertengkaran antara diaorang.
Kita nak betulkan bapa mertua, bukan semua orang boleh terima teguran lagi² orang yang lebih tua. lagi² suami ada bayang² hitam.
Bagi aku, yang penting kita dah sampaikan, d terima atau tidak itu terpulang pada bapa mertua. Yang pasti aku dah ada jawapan bila Allah tanya d padang masyhar nanti.
Kalau korang ada cadangan lain selain tegur, tolong komen. Aku akan baca satu² nanti. Tolong juga doakan supaya bapa mertua aku dilembutkan hatinya.
Itu bab ibadah kan. Ada juga hal lain. Oleh sebab masa silam suami tu, memang betullah korang cakap, suami tetap akan jadi pesalah dimata sebahagian family dia.
Selama mertua stay dengan kami, ada satu masa tu, mak mertua kehilangan emas. Masa kejadian, mertua bukan bersama dengan kami. mertua bersama adik suami yang lain. Tapi suami juga jadi suspek utama.
Bapa mertua tanpa siasat menuduh suami yang curi sebab nak beli dadah. Isu dadah tu jadi bayang² hitam buat suami.
Aku pula, terasa juga sebab mereka anggap yang aku bersekongkol dengan suami untuk curi benda alah tu. Yelah, aku je kan yang 24 jam dengan mertua kat rumah ni.
Bapa mertua dan sebahagian adik suami menganggap suami masih bermain dengan dadah.
Aku saksi utama yang suami dah betul² tinggalkan benda tu. Mungkin diaorang fikir aku cakap macam tu sebab nak backup suami. Yelah, isteri mana tak sayang suami kan. Haha. Tapi itulah kenyataannya.
Diorang tak tahu aku yang kontrol kewangan suami. Jadi aku tahu ke mana perginya duit suami. Walaupun aku yakin suami takkan buat lagi, tapi aku tetap berjaga². Hati kita ni sifatnya berbolak balik. Iman senipis kulit bawang, bila² boleh tersungkur d lembah yang sama.
Sebab tu aku yang kawal sepenuhnya duit suami. Tapi takkan aku nak bagitahu diaorang aku yang pegang duit kan? nanti tak pasal² kena cop queen control pulak. Haha.
Aku selalu berharap supaya pkp ne cepat berakhir. Sebab aku dah penat. Aku juga manusia biasa. Aku juga ada nafsu amarah.
Aku risau satu saat nanti aku tak kuat untuk berdiam bila suami di sumpah. Aku risau kalau aku tak kuat lagi bila dengar suami di tuduh macam². Bagi aku, bila suami di sumpah, di tuduh macam², semua tu di tuju untuk aku juga.
Nampaknya confession ni ada sambungan lagi. Haha. Confession seterusnya aku nak cerita tentang ipar yang bagi aku toksik.
Aku tak minta banyak. Aku harap korang tak berhenti doakan untuk aku dan suami. Mana tahu doa korang antara doa yang makbul kan. InShaaAllah.
Tolong doakan juga untuk bapa mertua aku ye. Minta di lembutkan hatinya supaya senang nak terima ilmu. Aku hargai doa², kata² semangat dan pendapat korang.
Sayang sampai syurga.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit