Toksik Dalam Rumah

Aku tak tahu kenapa susah sangat untuk aku terima hakikat ni, yang perkahwinan aku macam neraka dah sekarang. Kalau baik cuma 2/3 hari selebihnya hanya duka.

Mungkin ni balasan aku dulu, sebab terlalu nak sangat kawen tanpa aku berfikir. Berfikir mana yang terbaik untuk diri aku dan masa depan aku.

Aku terlalu lemah untuk berdiri, back up diri aku, cakap benda yang aku tak suka. Kerana sepanjang perkahwinan ni aku ditidas. Aku tak dihormati sebagai seorang wanita, sebagai seorang ibu apatah lagi sebagai seorang kekasih hati katanya.

Yaa, aku mula tawar hati. Suami aku sering salah kan aku, untuk menutup kesalah diri dia, sering menampakkan aku ni kurang sempurna, demi menutup kekurangan dia.

Dia tak pernah bangga dengan aku, apatah lagi nak puji atas kebaikkan aku, apa yang dia nampak cuma salah aku dan kekurangan aku.

Sentiasa mencari salah tu lah kerjanya. Walau sekecil2 kesalahan tetap berpihak pada aku, im so sick about it.

Aku seorang saja yang bekerja, malah bisnes yang aku dan suami run sama sama dulu pun dah dilepaskan ke tangan aku, atas alasan dah tawar hati sebab perangai aku.

Padahal dia yang musnahkan semua, sampai perniagaan dah hancur, lepas tu macam biasa terus salah kan aku.

Dia tak bekerja, katanya nak jaga anak2, which aku dah sarankan untuk hantar ke pengasuh atau pun dia boleh buat kerja sambil jaga anak. Jalan penyelsaian adalah aku berhenti kerja, tu yang dia nampak.

Padahal selama ni aku yang menyara keluarga, bukan tu saja, sebelum aku pergi kerja kena make sure dah siap masak, oh lupa rumah pulak kena sentiasa tip top. Kalau tak akan jadi isu.

Pernah sebelum ni beberapa kali dia tarik muka dengan aku, puncanya rupanya aku tak sempat nak kemas rumah.

Btw, rumah aku tak besar mana pun dan tak salah pun kalau dia nak tolong aku kemas sikit. Nope. Aku jugak yang kena, u know mentaliti zaman batu, tu kan semua kerja perempuan.

Aku yang kena sara keluarga, aku jugak yang kena make sure semua tip top, aku jugak from A-Z. Alasanya penat jaga anak, yelah aku ni tak penat.

Dia tak ambil peduli lagi tentang hari hari kerja aku, apatah lagi makan minum aku. Bagi dia janji dia dapat makan, dan dah di sediakan.

Aku hidup dalam environment yang toksik kerana suami aku. Aku tak kan nampak baik dimata dia apatah lagi nak disayang2 dan diagung-agung.

Anak anak lah punca kekuatan aku sekarang, aku memang all out untuk anak-anak.

At the same time, aku cuba terima hakikat yang aku diberi suami macam ni, aku tak pasti sama ada ini dugaan untuk aku which aku kena terus bersabar, atau ini adalah jawapan untuk doa2 aku sebelum ni dan aku kena ambil tindakkan.

Perkahwinan aku memasuki tahun ke 4, aku dah rasa macam neraka. Oh, kami dah pernah banyak kali berbincang, tapi tak menjadi.

Setiap kali aku menjawap dalam perbincangan dia suruh aku diam, seolah olah aku dah melawan kata kata suami. At the end takda penyelesaian. Selalu akan berakhir dengan emosi. Dia marah marah, nasib aku je baik sikit tak kena pukul.

Baik lah macam mana pun, masak ke, kemas rumah ke, sara keluarga, kerja siang malam pun aku tetap nampak buruk pada mata dia. Aku memang rasa frust. Aku ada impian aku, dalam keadaan macam ni, terasa jauh aku dengan syurga.

Suami kalau baik, 10x isteri akan membalas kebaikkan, i must break this circle. Aku tak nak anak anak aku membesar dengan bapa yang macam ni.

Sekarang cerita dah diputar belit dalam kepala anak aku, which is ‘dia tak dapat kerja sebab kena jaga anak2 dan dia dah korbankan masa depan dia untuk aku pergi kerja’.

Fyi, sebelum kawen aku memang dah kerja di tempat yang sama, bukan dah kawen baru aku dapat kerja. Itu salah satu contoh kekurangan dia yang dia tolak ke aku, jadi nampak kat sini yang macam dia dah berkorban kan?

Perkahwinan bukan lah sesuatu perkara yang mudah, lagi lagi bila pasangan tak boleh bawa bincang dan rasa dia je betul. Its sick. Setiap kali balik rumah, aku rasa tak happy. Aku tahu akan ada sesuatu yang tak kena.

Sampai bila lah aku boleh tahan dengan keadaan macam ni, aku sangat stress tapi aku fikirkan anak anak aku je sekarang supaya aku kuat.

Doakan lah aku ya, supaya aku jumpa jalan untuk keluar daripada masalah ni. Tolong doakan aku.

– W (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *