Pengalaman Bekerja Dengan Perempuan Toxic

Aku terpanggil untuk menulis selepas aku terbaca satu confession kat iium confession tentang ex GF nya yang toxic dan confession ‘Aku Outcast’.

Tapi aku lain sikit, aku pengalaman bekerja dengan perempuan toxic 7 tahun lepas. Dah lama, tapi perit dia sampai hari ni aku terasa.

Aku dah karang 1 minggu lebih, tapi aku tak hantar ke iium confession (sebab malas nak ungkit benda lama) hinggalah hari ni.

Selepas aku baca 1 kisah pakcik India yang langgar kilang tempat dia bekerja dan kemudiannya mati dilanggar, katanya disebabkan masalah dengan management atasan yang toxic.

Aku harap kisah aku boleh jadi tauladan.

Sepanjang aku sekolah, universiti dan tempat kerja-kerja aku dahulu, tak pernah aku ada masalah dengan kaum hawa. Bila aku masuk kat kerja di Johor, first time aku berdepan dengan seorang perempuan macam ni.

Nak pendekkan cerita, masa aku masuk kerja takde apa-apa, kerja cam biasa. Tapi ada sorang minah ni, kira senior lah.

Awal-awal dia ok, cuma dia tak suka bercakap. Dan aku perasan dia ni kalau dengan customer agak garang, tapi dengan boss, baik nak mampus. Tapi pada masa tu aku tak kesah sebab bukan hal aku.

Berapa bulan pastu satu minah ni tiba-tiba mengamuk dan start campak2 file kerja kat aku dan cakap ngan nada kuat. Terkejut aku.

Mula-mula aku rasa aku ada buat salah ke? Aku tanya staff lain takde paper. So aku biarkan.

Tapi problemnya, perangai kurang ajar dia kat aku berterusan. Paling aku tak suka kalau aku tanya pasal kerja dia taknak jawab. Naik geram aku sebab buat kerja aku susah.

Pastu lama-lama dia start racun kawan-kawan sekerja perempuan lain (dalam 3 orang) dan sampai sekarang aku tak tahu apa benda yang diracunnya sampai dak-dak perempuan start boikot melalui silent treatment, walau aku tanya pasal kerja.

Bila tanya depan2, semua kata tak ada apa2. Tapi aku dok perasan la diorang gelak2 lepas aku tanya.

So disebabkan aku susah nak wat kerja, dan emosi aku terganggu, dengan boss suruh siap kerja itu ini, dan aku tak leh buat kerja sorang-sorang, aku gi jumpa minah ni tanya apa salah aku. Dia cakap takde apa2.

So aku cakap maaf, kalau ada apa-apa bagitau, aku akan betulkan. Ingatkan lepas tu keadaan jadi okay, rupanya lagi sial. Lagi enjoy dia boikot aku.

Hinggalah satu hari, ada satu lagi member aku tanya aku, kenapa budak2 perempuan ni kurang ajar kat dia dan tak beri kerjasama dengan dia (bererti bukan aku sorang je kena boikot).

Dari aku situ aku sedar aku berdepan dengan perempuan toxic. Aku sudah sedar aku memang tak salah dan dibuli. Hati mereka memang kotor.

Aku jenis tak suka ngumpat orang, tapi sebab nak kepastian aku membawang dengan staff lain buat julung kalinya. Rupanya diorang pun tak suka minah ni sebab suka menolak dan berkira kerja.

Jadi lepas aku dah confirm diorang ni toxic, aku ambek kuputusan berhenti kerja, cari kerja lain walaupun pada masa tu anak masih kecil. Aku tekad. Sebab aku dah tak tahan stress.

Aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga sederhana dan keluarga aku pernah susah masa krisis ekonomi 97/98.

Walaupun aku masih remaja ketika itu, sedikit sebanyak mengajar aku yang hidup ni kena ada cash untuk survive selama 1 tahun. Jadi aku takde lah berhenti membabi buta.

4 bulan lepas berhentu, aku dapat kerja baru dan berpindah ke Melaka.

Dan alhamdullilah, aku sekarang masih bersama syarikat yang sama dan aku dapat kerja dengan rakan sekerja yang aku kira normal.

Yang laki ok, yang perempuan pun ok. Boleh bersembang, keluar makan ramai-ramai dan tegur menegur. Alhamdullilah back to normal.

Jadi apa aku nak sampaikan, apa aku belajar, dalam hidup ni :

1. Akan ada manusia hatinya memang kotor (dengki, rasis, memang hati dia macam tu dari kecil). Kalau kau jumpa diorang ni, elakkan berbaik dan bila diorang dah mula nak hentam kau tanpa sebab.

LARI!!!!! Bukan bermakna kita kalah. Kita jaga emosi kita. Tak guna berbaik sebab niat diorang adalah hendak merosakkan emosi kita.

2. Ya, kalau ramai orang tak suka kita, mungkin kita salah. Tapi JANGAN TERTIPU dengan game diorang.

Kadang2, kita akan terasa kita yang bersalah (sebab mereka akan bagi macam-macam alasan separa logik untuk salahkan kau).

Kalau kita dah buat apa Quran ajar, dah buat sebaik mungkin, tapi masih lagi diorang hentam kita secara berjemaah, yakin diri dan blah. Katakan ‘Pergi Mampus!’ dengan diaorang.

3. Dan sekiranya pembaca masih ada rakan sekerja yang baik, boss baik, staff-staff yang baik, ucapkanlah Alhamdullilah hari-hari sebelum, semasa dan selepas kerja kerana ianya adalah antara nikmat yang besar.

4. Management dan rakan sekerja boleh betukar bila-bila. Syarikat yang indah sekarang boleh jadi neraka. Oleh itu, bila senang, simpan cash supaya kita boleh survive jika apa-apa berlaku.

Diharap pengalaman aku boleh dijadikan pedoman.

– Zam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *