Moknab

Kenapa tajuk Moknab? Sebab aku ter inspired dengan cerita Rebecca kat Netflix. Tajuk Rebecca tu aku rasa memang tak kena betul. Main character dia aku tak tau pun nama. Diorang duk panggil Mrs. De Winter je tapi nama Rebecca yang muka pun tak pernah tunjuk pulak dapat jadi tajuk.

Sama la dengan cerita aku ni. Main character sah-sah la aku. Moknab ni watak picisan je. Cerita aku ni mungkin panjang, maaflah, aku memang dah terbiasa tulis karangan panjang-panjang zaman sekolah dulu.

Nama aku Catalina, berumur awal 30-an. Main plot aku nak cerita adalah pasal percintaan aku yang putus di tengah jalan. Aku namakan si dia ni as Alejandro.

Aku kenal Alejandro masa aku duk boarding school form 4. Awal-awal kenal sebagai kawan je lepas tu lama-lama kitorang couple.

Alaaaa macam budak-budak baru nak up tu. Nak diingatkan di sini yang dia dulu yang approach aku ya, then lepas lama dia menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan dia baru aku terima. Bukan aku yang terhegeh-hegeh nakkan dia. Ok, clear kan kat situ sebab info ni penting for my own pride hahahaha.

Aku start couple dengan Alejandro rasanya dah dekat nak SPM. Kadang-kadang belajar sama-sama masa prep. Ilmiah sangat kitorang alahaiii.

Lepas habis je exam SPM, memang aku tak jumpa dia langsung, just contact dengan SMS je. Zaman tu 1 sen satu SMS. Selalu sangat tertidur masa tunggu SMS then esok pagi mesej cakap sorry tertidur.

Time tu nak mesej panjang-panjang pun kena alert dengan character limit, kena check dah kira 1 mesej ke 2 mesej kalau tak kena caj 2 sen.

Kitorang jumpa balik masa ambik result SPM. Alhamdulillah, aku dapat straight As SPM. Alejandro dapat 8As 1B, so dia tak lepas nak apply scholarship untuk pergi oversea.

Masa tu aku nak sangat pergi study oversea tapi parents aku tak bagi, so aku tak apply la. Since dah tak boleh pergi oversea, kitorang pun decide untuk apply local university yang sama tapi course lain-lain sebab aku tak minat dengan course yang dia nak ambik tu.

Bila kat uni, kitorang tak de lah hari-hari jumpa sebab aku dan Alejandro kan lain course, so lain faculty. Jumpa pun masa weekend keluar sama-sama tengok movie. Tu pun bukan every weekend keluar sebab ada masanya dia balik rumah kakak dia, Alicia, yang memang dekat je dengan uni.

Dia pernah bawak aku balik rumah kakak dia. Kak Alicia memang baik dan lepas tu ada jugak datang jumpa aku kat uni bawak jalan-jalan makan-makan.

Masa kat uni ni baru aku kenal sikit perangai Alejandro ni. Dia memang extremely susah nak bangun pagi. Dia akan mintak aku kejutkan dia kalau dia ada morning class.

Kejutkan macam mana? Through wake up calls haha. Aku pernah call dia sampai more than 100 times tapi still tak bangun-bangun. Solat subuh dia memang aku tak tahu macam mana, aku just husnuzon mungkin dia tidur balik lepas solat.

Seriously masa tu aku rasa fed up dengan si Alejandro ni tapi pikirkan mungkin dia adalah masa depan aku, dia kena bangun untuk pergi class, study, then dapat result gempak, seterusnya dapat kerja best, bolehla kami bersama-sama cari rezeki yang halal.

Punyalah jauh aku merancang masa depan. Ye lah, bila dah couple, aku fikir akan ke jinjang pelamin la kan.

Lepas study kat uni tu hampir 3 bulan, Alejandro confess kat aku yang dia actually tak minat dengan course yang dia ambik tu that’s why dia macam tak ada hati nak pergi kelas semua.

Alahaiii aku dah macam rasa nak hempuk je Alejandro ni asal wehh kau pergi apply course tu kalau kau tak minat.

Then mulalah dia cakap sebab parents dia nak bla bla bla bla. After confession dia tu, aku memang dah stop buat wake up calls sebab memang no point pun actually.

Kalau aku convert kan to percentage, just less than 10% je dari all wake up calls aku yang dia bangun. Alejandro pun memang selalu tak pergi kelas dah lepas tu.

Result first semester keluar, dia dapat pointer tak sampai 1 pun. 0 point something something. First time aku tengok result macam tu seumur hidup aku.

Masa Alejandro e-mailkan result dia tu kat aku, aku pending jap. Tak reti baca pointer dia, ye lah biasakan pointer at least ada la 1 ke 2 ke 3 ke kat depan. Ni terus 0.

Dan hari tu baru aku tau wujudnya pointer macam tu hahahaha. Tapi tak de la aku gelakkan dia dan dia pun tak frust pun tengok result dia tu.

Thanks to that 0-point-something-something pointer, Alejandro managed to convince his parents to change to the course that he truly loves. Dia quit soon after that and enrolled to other university. Dia pun macam dah ok lepas ambik course yang dia suka, nampak semangat sikit nak study.

Uni baru dia tu sama negeri dengan rumah aku so masa cuti aku selalu bawak Alejandro jumpa family aku tapi tak de lah dia bermalam kat rumah aku ke apa.

Parents aku suka dia. Kakak and abang aku pun ok dengan dia. Anak-anak sedara aku pun suka dia. Dia jenis yang suka budak-budak and pandai layan diorang. Memang cepat je anak-anak sedara aku jadi rapat dengan dia. Even masa aku study kat uni and tak de kat rumah pun, dia selalu jugak datang rumah jumpa parents aku.

Aku grad awal dari Alejandro sebab dia kan dah lambat satu sem. Aku cari kerja dekat dengan rumah dan masa tu Alejandro still study dekat uni tu lagi.

Bila dah start kerja ni aku dah mula merancang masa depan, dah fikir soal kahwin. Alejandro janji lepas dia habis belajar and dapat kerja, dia akan masuk meminang.

Selama aku kenal Alejandro, baru sekali aku jumpa parents dia sebab parents dia jauh. Tapi dia selalu bawak aku jumpa makcik dia yang satu negeri dengan aku.

Lepas hampir setahun aku kerja, Alejandro masih tak habis belajar. Ada a few papers yang dia repeat. Aku masih tunggu dia. Aku decide nak sambung masters sementara menunggu. Aku slow talk dengan parents aku untuk merealisasikan impian nak study oversea yang dulu tak kesampaian.

Parents aku akhirnya bersetuju sebab diorang rasa aku dah besar bukan macam lepas SPM dulu. Alejandro pun ok, dia siap teman aku pergi interview untuk scholarship lagi. Alhamdulillah aku dapat. Tak lama pun master tu, setahun lebih je.

Hari aku nak pergi oversea tu, Alejandro hantar aku bersama-sama dengan family aku. Aku nampak dia nangis huhu. Tak tau kenapa tapi memang rasa sayu je. Rupa-rupanya sebab tu la last time aku jumpa dia. Disclaimer: ni bukan cerita sedih ya. Jangan predict Alejandro meninggal dah la.

Masa kat oversea, kitorang still call and whatsapp macam biasa. Zaman ni dah ada whatsapp. Tapi time difference tu yang buatkan aku tak boleh nak call dia lama-lama macam dulu-dulu. Aku baru balik kelas pukul 6 petang kat Malaysia dah 2 pagi.

Tup tup 2 bulan sebelum balik Malaysia, dia confess yang dia dah ada orang lain. Dia mintak aku untuk terima.

Dia bukan mintak putus dengan aku okay, dia mintak untuk aku terima the other girl tu. As if aku ni wife dia and dia nak kahwin lagi satu cam tu la. Aku namakan girl tu Moknab. Betul kan aku cakap Moknab ni watak picisan je, tengah-tengah cerita baru muncul.

Lama aku pending. Terkaku. Terpana. Otak aku tak boleh process. Tak tau nak cakap apa. Sebab dia ada Moknab satu hal, satu hal lagi sebab dia suggest aku untuk share dia dengan Moknab hahahahahahak. Aku tanya Alejandro, dia nak kahwin dengan aku hari ni, esok kahwin dengan Moknab?

Ke nak kahwin serentak? Mahu tak kena terajang dengan mak bapak aku, sekali-kali aku kena terajang nanti. Oh lupa nak bagitau, Alejandro masa ni dah kerja dah.

Moknab aku tak sure pulak macam mana, entah betul ke tak dia sanggup nak ‘bermadu’ dengan aku. Aku tak tau la apa Alejandro sembang dengan Moknab. Alejandro ada bagi screenshot whatsapp Moknab marah-marah dia sebab tipu cakap single and macam bagi dia harapan.

So, dalam hal ni aku anggap Moknab tak salah sebab dia pun macam mangsa keadaan jugak la. Yang salahnya si Alejandro tu la.

Even aku tau Moknab tak salah, rasa insecure tu still ada. First and the most important thing yang perempuan nak tahu bila kitorang ada saingan is:

Perempuan tu cantik tak? Sape lagi cantik, aku ke Moknab? Benda-benda lain tu comes second. Tak penting. Yang penting aku nak tau Moknab dengan aku sape lagi cantik.

Aku stalked Moknab, Instagram dia, facebook dia, twitter dia, dengan linked in dia pun aku tibai. Facebook Moknab, nampak la education dia semua tapi aku tak heran pun semua tu. Yang lagi penting aku nak tengok rupa Moknab ni. Alaaa, DP facebook dia gambar kucing la pulak.

Since aku tak friend dengan Facebook Moknab, just ada a few tagged photos yang di public kan je aku boleh tengok. Tu pun gambar Moknab dalam tu punyalah kecik, nampak tak nampak je.

Tapi dah dapat gambaran sikit, Moknab ni kurus tak gemuk. Instagram pun private, DP gambar kucing jugak. Moknab ni suka betul kucing aku rasa.

Ohhh dekat Twitter Moknab letak gambar dia. Private jugak tapi bolehla tengok muka Moknab dari DP dia tu. Moknab ni boleh tahan cun jugak. Cuma sekarang aku tak boleh decide aku ke Moknab yang lagi cantik. Okay, I need second pair of eyes to judge.

Housemate aku masa kat oversea, Georgia (minah melayu ye, aku je yang bagi nama gempak) memang tahu pasal percintaan aku dan Alejandro. Ye la, selalu tengok aku bergayut call je.

Tapi aku belum cerita pasal kecurangan Alejandro. Lepas je aku meluah rasa kat Georgia, the first question yang Georgia tanya memang as expected. ‘Lawa tak si Moknab tu?’

Aku tunjuk DP Twitter Moknab. Georgia terus cakap ‘kau lagi cantik’, lepas 0.1 saat tengok gambar Moknab.

Sampai sekarang aku still tak tahu aku patut percaya ke tak apa yang Georgia cakap tu. Aku harap sangat Georgia tak tipu aku just untuk nak sedapkan hati aku. Ye la, mesti la kau support kawan kau instead of her rival kan?

Apa-apa pun, berbekalkan keyakinan yang aku lagi cantik dari Moknab (bak kata Georgia) dan memori 10 tahun kami bersama, aku terus confront Alejandro. Aku pujuk dia mintak dia tinggalkan Moknab, aku cakap it’s still not too late and I’m ready to forgive you, as long as you leave Moknab.

Punyalah sayang aku kat Alejandro sampai sanggup terima dia even dah terang-terang curang. Tapi dia tak nak. Dia cakap dah too late. Dia sayang Moknab and at the same time still sayangkan aku. Aku rasa Alejandro ni terlebih layan lagu Ukays di sana menanti di sini menunggu agaknya.

Alejandro terus terang dengan aku yang dia dah kenal Moknab dah lebih setahun. Wait wait wait, meaning that right after aku fly dia terus on dengan Moknab? Or before aku fly lagi? Uncertainty kat situ. Oh oh oh, ni memang kena siasat ni.

Aku buat fake account Instagram and twitter, pas tu follow Moknab. Nasib baik Moknab accept. Aku stalked Instagram Moknab, jumpa a few gambar Moknab dengan Alejandro. Paling lama 6 bulan lepas, gambar makan-makan kat Seoul Garden dengan Alejandro.

Ni mesti dah declare couple baru la berani post gambar sama-sama. Caption boleh tahan catchy, memang Moknab ni tak tahu dia dating dengan boyfriend orang gamaknya.

Alejandro masih tak nak tinggalkan Moknab even aku dah menangis teruk-teruk pun. Aku dah la jauh beribu batu. Main reason aku tak nak end our relationship sebab aku tak nak start over. Aku dah invest masa aku 10 tahun untuk Alejandro. Aku dah rasa dia part of aku.

Masa suka duka aku, dia ada. Lagipun dia rapat dengan family aku. Tapi bila Alejandro masih tetap dengan keputusan dia, masa tu aku tahu aku patut undur diri. Alejandro dah tak sayang aku.

Tapi dia pandai play victim, as if aku yang bersalah sebab undur diri. So, macam aku yang end kan hubungan kitorang.

Aku tengok at a good side. Bagus apa aku undur diri, Alejandro tu tak de la elok sangat. Dia perokok, suka carut maki-maki aku bila marah, kerja pun so-so, muka pun tak de la handsome mana. Tapi aku ok je dulu, aku terima dia seadanya. Setia pulak tu. Boleh pulak dia curang.

Masa undur diri tu aku dah plan, kalau aku tak de jodoh kat dunia ni pun tak pe la. Masa tu aku pikir aku dah tua sangat padahal baru 27 tahun.

Balik Malaysia, Alhamdulillah aku terus dapat kerja best, tak sempat nak menganggur lepak-lepak dengan family. Kerja aku mostly banyak deal dengan lelaki dan officemates aku pun ramai lelaki. Rupanya kejap je dah ada orang tackle aku, aku je yang risau terlebih.

Aku namakan si dia sebagai Sebastian. Mula-mula macam biasa aku tak layan. Tapi lama-lama (tak lama sangat pun, just a few months je hahaha) nampak kesungguhan dan keikhlasan dia. Aku cakap kalau nak, terus masuk meminang. Aku dah tak nak bazirkan masa aku macam mana aku bazirkan 10 tahun zaman muda remaja aku kat Alejandro dulu.

Memang cepat betul, tahun yang sama kitorang kenal, tahun yang sama dia masuk meminang, tahun yang sama bertunang, tahun yang sama nikah. Setel sekali lafaz je. Senang betul tup tup dah jadi bini orang.

Masa tu aku terfikir apa la si Alejandro tu buat sampai 10 tahun. Sebastian datang dalam hidup aku tak sampai setahun terus jadi laki aku dah.

Nampak sangat Alejandro tak sungguh-sungguh nak kahwin dengan aku. Tapi masak jugak kalau masa mula-mula kenal Alejandro terus ajak kahwin. Kitorang baru form 4 kot masa tu hahaha.

Conclusion dia simple, Alejandro bukan jodoh aku. Alejandro pun jadi kahwin dengan Moknab, a few months before aku kahwin. Dia ada jemput aku datang wedding dia, tapi memang tak la aku nak pergi. Wedding aku memang aku tak jemput dia langsung.

Ohh lupa pulak nak bagitahu. Lepas aku break up dengan Alejandro tu, ada mutual friend kitaorang bagitahu aku yang Moknab tu bukan first Alejandro curang.

Kitaorang kan satu sekolah, so ramai la mutual friends. Dah banyak kali Alejandro menduakan aku dia kata, just aku je yang tak tahu.

Mati-mati aku ingatkan jarak yang beribu batu tu yang buatkan Alejandro berubah hati. Sampai aku rasa partly salah aku jugak Alejandro cari Moknab sebab aku tak de masa untuk dia. Time difference pun aku salahkan jugak masa tu.

Rupanya memang azali, wholly and exclusively salah si Alejandro. Memang jenis yang suka test market. Cuma dengan Moknab ni dia dah terjatuh sayang. Lagi la aku syukur Alhamdulillah tak kahwin dengan Alejandro.

Good luck lah kau Moknab huhu. Eh, aku gurau je. Aku ikhlas doakan Alejandro dan Moknab bahagia sampai syurga.

Exactly one year lepas aku kahwin, aku lahirkan baby girl comel sangat, sebijik macam aku.

Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki cahaya mata cepat je. Bukan sebab aku maksum tak de dosa okayyy (opps siapa makan cili, dia yang pedas). Sah-sah aku banyak dosa, 10 tahun bazirkan masa sia-sia bercouple.

Perancangan Allah is the best. He gave me what I need, not what I want, and at a right time too.

Sebastian memang best. Sentiasa solat di awal waktu, muka boleh tahan, tinggi, tak merokok, kerja best, suka tolong aku buat kerja rumah, tolong jaga anak lagi. Kalau marah tak maki-maki carut tapi buat silent treatment je hahahaha.

Lagi la aku haru macam mana nak pujuk. Bila tengok Sebastian ni aku heran macam mana la aku boleh gila sayang dekat Alejandro tu dulu. Tapi manusia mana ada yang perfect, ada la sikit-sikit kekurangan Sebastian yang aku buat-buat tak nampak.

Contohnya, Sebastian anti sosial sikit, dia tak mudah nak rapat dengan orang. So, dia tak rapat sangat dengan family aku. Tapi bukannya Sebastian nak hidup 24/7 dengan family aku pun kan.

Sekarang anak aku dah 3 tahun dan aku baru je sambut 4th Anniversary dengan Sebastian. Just beli kek tiup-tiup lilin cam tu je musim PKP ni. Doakan jodoh kami kekal hingga ke syurga k. Doakan jugak anak aku jadi anak solehah.

Thanks sudi baca panjang-panjang.

– Catalina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *