Dizalimi Oleh 3 Lelaki II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dizalimi-oleh-3-lelaki/).

Assalamualaikum semua. Terima kasih atas kata2 sokongan dan cacian bila baca para komen. Tak mengapalah, rezeki kalian tak perlu hadapi masalah seperti aku yang malang ini. Kali ini aku akan sambung dengan kisah lelaki kedua, iaitu saudara sulungku.

Ingat tak sebelum ini aku pernah ceritakan yang aku telah membuat pinjaman bank bagi menyelesaikan hutang hampir 200k. Aku dan dia telah sepakat utk membayar sesama pinjaman tersebut, yang mana abang akan bayar sebanyak RM1k dan aku sebanyak RM600..

Berdasarkan kemampuan aku pada masa itu, jumlah itu sahaja yang mampu aku sumbangkan demi menyelamatkan ayah dari dipenjara..

Tapi benarlah kata orang, bila bab duit, adik beradik pun boleh bermusuhan. Perjanjian mulut yang termeterai hanya berlangsung hingga beberapa bulan sahaja.

Saban bulan aku umpama ceti merayu, meminta semula wang RM1000 yang sepatutnya menjadi hak aku (pinjaman bank dibuat melalui potongan gaji aku).

Ada rezeki dapat la dalam 3-4 ratus. Tapi yang pasti rasanya dah 3 tahun aku tak terima sebarang bayaran daripadanya lagi. Aku jadi letih dan meluat nak meminta2 duit yang telah dijanjikan.

Secara tidak langsung aku terpaksa menanggung sendiri hutang jahat ini yang langsung tidak memberi faedah pada aku. Bayangkan duit sebanyak RM1600 dipotong dari hasil titik peluhku bekerja tanpa melihat hasilnya selama 10 tahun.

Kalaula duit sebanyak itu diguna untuk beli rumah ke, boleh juga jadi aset aku. Namun aku bersyukur, kereta aku telah habis dibayar.

Jadi cuma punyai komitmen hutang kad kredit saja yang tak seberapa.. itu pun guna untuk shopping atau repair kereta, malumlah kereta dah lebih sedekad usia.

Apa yang aku kesalkan disini, saudaraku itu bukan tidak berduit. Kalau lihat di socmed, makan di cafe2 hipster, holiday di hotel berjenama, ada bibik. Jadi hidupnya adalah dari golongan senang. Apatah lagi bekerja di syarikat yang gah di Malaysia.

Aku faham, itu adalah haknya dalam merasai nikmat hidup bersama familinya. Tapi tidak kah dia rasa bersalah akan hutang nya terhadap aku. Aku juga perlu duit lebih untuk keluarga aku. Untuk anak2 aku.

Mungkin aku boleh lagi terima jika dia bergaji kecil dan sebagainya. Tapi realitinya tidak begitu. Dan paling aku kecewa bila kejadian terbaru berkenaan pinjaman RM10k daripada ahlong tu, dia sedikit pun tidak peduli bila ibuku menelefon dia mengadukan kejadian itu.

Terus lepas tangan dan akhirnya aku juga yang menjadi mangsa keadaan. Aku sedih. Kalau nak diungkitkan zaman muda dulu, dia lah yang paling beruntung.

Di zaman Uni, minta kenderaan untuk ke kuliah, diberikan kereta oleh parents ku. Dibelikan laptop bila diminta untuk tugasan. Sedangkan aku? Walau si bongsu..

Kereta aku beli sendiri selepas bekerja. Buat tugasan di U, aku guna pc di CC atau pinjam pc housemate. Nak ke kuliah, aku terpaksa jalan kaki atau naik bas. Sebab pada aku, tak sampai hati meminta2 daripada parents aku. Tapi bila masing2 dah berkerjaya, aku juga yang bernasib malang..

Dan kisah lelaki ketiga, tentulah suami aku. Entahlah, aku ni dalam kategori dizalimi ke, tak tahu bersyukur ke.. Perasaan terasa dizalimi ini lebih dirasai sejak anak2 aku dijaga ibuku bila kami keluar bekerja. Sebelum ibuku pencen, anak2 aku dihantar ke rumah pengasuh.

Selepas pencen, ibuku offer untuk jaga anak2 aku memandangkan kami tinggal dalam kawasan yang sama. Apa yang aku sering terasa hati, suamiku tak seperti suami orang lain. Malang bagiku ditakdirkan berjodoh dengan orang yang panas baran. Sama seperti ayah aku.

Mungkin silap aku, terlalu buta dengan cinta biarpun sifat panas baran dan berkira sering ditunjukkan semasa zaman bercinta. Mungkin aku beranggapan sifat berkira akan hilang selepas aku sah menjadi miliknya.

Sesungguhnya aku cemburu dengan keluarga yang beratkan bab agama dalam kehidupan. Seperti mana dalam part I, aku bukan dibesarkan dalam keluarga yang beratkan bab agama.

Aku sendiri mula berhijab selepaa berkahwin. Ibuku pula hanya berhijab selepas mendapat cucu pertama, iaitu anak sulungku.. takpa, itu antara dia dengan Allah.

Aku pun bukan baik sangat. Aku cemburu dengan keluarga orang lain yang mana suami yang solat berjemaah. Bertaklim. Menegur pakaian isteri dan anak2 jika tidak menurut syariat. Tapi tidak dalam keluarga kecil aku.

Masa mula2 kahwin pernahla beberapa kali bersolat jemaah dengan suami. Tetapi aku perasan, bacaan al fatihah dia tak berapa betul, atau mungkin pelat negeri asal dia.

Aku jadi was2 dengan solat ku. Bila aku ajak belajar betulkan bacaan, dia ego. Bangga dengan statusnya cucu kepada guru yang ajar mengaji.

Pernah dia sound aku, you tak payah nak ajar i, you tu pakai tudung pun i yang suruh. Kalau tidak…hmm.. sombong bukan? Sampai sekarang aku tak kan lupa kata2 itu.

Paling sedih bila anak2 sakit. Aku lah yang terpaksa ambil EL menjaga siang dan malam. Pernah beberapa kali juga, anak demam dan muntah di tilam waktu malam. Rasanya suami orang lain pasti akan bantu samada bersihkan muntah atau settlekan tukar baju dan jaga anak.

Tapi yang aku alami, aku terpaksa uruskan sendiri, dan dia sedap sambung tidur. Bila si anak nangis, dia suruh diamkan anak kerana dia nak tidur. Esok perlu bekerja. Allahu.. So kalau nak berangan suami bangun malam susukan anak, tukarkan lampin anak, memang mimpilah.

Apatah lagi kerja aku kadang kala menuntut aku keluar malam untuk ke site ataupun aku terpaksa outstation. Pasti drama pergaduhan akan tercetus. Alasannya susah bila anak nangis. Tidurnya terganggu.

Bapa apa serupa itu yang langsung tak mahu diganggu tidur malamnya. Tidak mahu langsung bersusah sedikit. Sikapnya sebegini akhirnya membuatkan aku bosan.

Dia hanyalah bapa atas kertas dan mesin ATM anak2. Bab uruskan anak, pelajaran anak, makan minum anak, ajaran agama pada anak2, semua jatuh atas bahu aku seorang.

Hidupnya adalah kerja, rehat dan HP. Tapi aku bersyukur juga dia bukan jenis lepak2 keluar malam dengan kawan. Aku bukan tak pernah slow talk dengannya pasal tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa, tapi dia terlalu ego. Bab membantu bersihkan rumah apatah lagi.

Aku jadi fedup. Maka sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, aku jadi memberontak. Aku hanya uruskan rumah, makan minum anak2, dan pakaian mereka. Baju suami, makan minum dia, pandai2 la dia uruskan sendiri. Sebab aku sendiri penat dengan kerja aku, anak2, diri sendiri.

Aku penat nak masak, aku suruh dia beli shj diluar..aku rasa malas nak mengemas, lantaklah rumah jadi kapal pecah. Kalau Dia nak komplen rumah sepah, aku suruh dia kemas sendiri.. Which at last memang macam tu jugala. Aku juga yang kena buat.

Cuma kebelakangan ini, aku terasa sifat berkiranya semakin menjadi2. Duit bulanan yang diberi hanyalah RM800.

Itulah duit nak bagi pada mak sebagai upah jaga anak (RM650 sama amaun yang dikeluarkannya untuk bayar pada pengasuh) baki nya itulah buat duit van sekolah anak (RM130). Habis duit dapur belanja RM20 sahaja sebulan?

Duit beli lauk untuk anak2 dan kami makan di rumah mak? Duit nafkah untuk aku?

Pernah ku suarakan duit bulanan yang diberi tak cukup untuk beli makanan anak2. Alasan dia, anak2nya bukan makan banyak pun.. seolah2 duit yang diberi parents aku perhabiskan buat makan. Dia tak sedar ke setiap hari balik kerja, pasti akan dinner dulu di rumah mak.

Aku malas nak bergaduh sebab libatkan sedikit portion yang parents aku makan, jadi setiap bulan aku terpaksa belanja hampir RM400 sebagai duit lauk anak2 yang mana sepatutnya menjadi tanggungjawab dia untuk keluarkan bagi makan kat anak dan isteri.

Tak termasuk lagi duit kudapan untuk anak2 yang tengah membesar. Lagilah pkpb ni, anak2 asyik lapar aje. Kalau kami keluar jalan2 di mall, kalau ada teringin nak makan, jangan harap la dia nak keluarkan duit. A

ku pernah sekali kena, “u kerja kan.. Ada duit kan.. i takde duit nak spend makan macam ni” pilunya hati.. Dan sesungguhnya aku tak redha.

Lantaklah, kau menjawab la di sana kelak atas perbuatan nya dan tanggungjawab sebagai suami dan bapa di dunia. Aku letih.. Dengan masalah parents aku..

Masalah suami aku yang tak bertanggungjawab.. Sesungguhnya aku benar rasa dizalimi. Semoga setiap doaku dalam solatku diangkat Allah kerana aku merasakn aku tergolong dalam orang yang dizalimi.

Oh ya, untuk info aku pernah jumpa kaunselor untuk masalah ayah dan suami aku. Sebab aku tak tahan. Korang doakan aku kuat ye..

– Cik Bongsu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *