Assalamualaikum semua. Nama aku F. Aku lelaki dan berumur XX tahun baru. Cukup intro aku.
Sorry kalau luahan ni tak sampai point. Korang fahamkan macam mana keadaan orang sakit. Dia dah dapat meluahkan pun walau berterabur dia dah rasa lega. Hmms admin approve lah ya?
Tahu tak apa antara perkara yang sedih bagi aku?
Bila kita baru berumur XX tahun dan dah ada masalah emosi tapi dipersendakan oleh orang2 yang lebih dewasa bila luahkan. Sakit tau korang. Tak baik. Aku pernah luah kat sini tapi komen2 semua mengejek aku.
Ya Allah. Apa ni. Kenapa buat aku camni? Ingat aku bodoh ke? Tak ada emosi? Alien ke? Langsung daripada tu, aku tak meluahkan suatu apa pun daripada jiwa aku. Tapi aku tahu, aku tak ada kaitan sesiapa pun dalam hidup ni.
“NO ONE LOVES AND CARES ABOUT YOU, THEY JUST WANT TO USE YOU”
Itu ialah moto hidup aku.
Kepada sesiapa suruh aku pergi dapatkan rawatan mental dan kata aku sakit, ya aku dah pergi dan aku memang sakit tapi aku dah sihat sekarang. Tapi sometimes, fasa2 gelap kembali lagi kepada aku. Aku pun tak pasti. Orang kata tu relapse. Entahlah. Mungkin.
Dan jangan komen benda tu lagi, nanti aku trigger. Kadang2, bukan semua orang boleh terime keadaan dia sekian sekian, lepas tu kau kata dia sekian sekian, hmm tak boleh lah macam tu.
Aku ada ramai kawan yang baik dengan aku tapi aku dah mula menjauh sebab.. sebab.. entah. Tak apa lah.
Aku hanya boneka saja yang digunakan untuk kepentingan sesuatu.
Aku tak anggap orang2 dekat aku sebagai kawan pun. Aku dah putuskan semuanya walaupum aku fake.
Aku ada masalah aku just tenangkan diri sendiri dan pendam. Aku buat benda lain yang boleh hiburkan aku. It’s okay. At least, ada jalan penyelesaian kan.
Selalu kena bahan. Ya itu aku. Selalu kena buli verbal. Ya itu aku. Orang yang baik dengan aku tapi sebenarnya ada tujuan lain pada aku. Ya itu berlaku pada aku.
Hilang rasa kasih sayang. Itu aku. Percaya semua manusia sama je. Ya Itu aku. Boleh baca tak personaliti aku?
Sebenarnya korang tak hairan pun dengan aku kan? Tapi aku sebenarnya macam bercakap dengan seseorang bila aku menulis macam ni. Tak apa. Tak kisah^_^
Aku tak ada kawan yang bagi moral support. Tak ada kawan yang ada ketika susah. Tapi aku, aku ada dengan kawan yang lain ketika susah. Kawan?
Hmm all of you are not my friends. I have no any friend. Aku psiko dan aku tak perlukan kawan. Sunyi? berat nak kata tapi ada juga lah kadang2. Mostly, aku encounter dengan buat benda aku happy. Nampak tak? Aku struggle sorang2 tanpa sesiapa
I’m alone but stronger.
Nak luah dalam Group Depression Survivor Malaysia? Hmm aku dah join tapi haramm aku kena layan.. macam cakap sorang2.
Ahli2 layan pun orang2 yang macam hebat2 je dalam tu walaupun luahan bodoh je. Padahal sama saja luahan aku dengan ahli yang lain. Porahhh. Ahh tak kisahlah. Aku tak peduli. Korang semua tak penting.
Ya aku si psiko yang tidak memercayai manusia itu baik melainkan para Nabi sahaja. Itu sebab aku fake dalam dunia ni tapi bukan fake yang menganiaya orang tapi pura2 berkasih sayang dengan orang2 terdekat aku.
Cinta, sayang tu semua dah lupus daripada hati aku kecuali kepada Allah dan Nabi.
Aku hanya hidup untuk struggle bukan untuk adakan hubungan. Hati aku kosong. Kesian aku. haha. Tapi aku kuat.
Aku pun tak nak kahwin sebab aku tak percaya cinta. Serious. Bagi aku semua perempuan jahat. Macam mana aku pernah kena dulu.
Aku benci dia sampai aku hembuskan nafas terakhir. Aku benci percintaan dan mana2 perhubungan. Bagi aku, kuasa itu lagi penting.
Ya, aku perasan diri aku makin lama berubah secara perlahan2 berubah jadi monster.
Aku terlalu percaya bahawa tiada siapa sayang aku dan peduli pasal aku. Korang semua fake. Aku sedih sebab aku banyak kali hanya kena guna saja untuk kepentingan orang2 sekeliling aku.
Dulu aku naif. Aku suka peduli dan timbul rasa sayang dengan manusia2 tapi sekarang tak.
Aku dah berubah. Terima kasih kepada semua manusia pernah buat macam tu kat aku. Kau dah buatkan aku rasa aku berguna dalam hidup ni.
Aku paranoid dan agak pelik sikit. Mak ayah dan adik beradik aku semua rapat dengan aku. Kami keluarga normal.
Tiada masalah pelik2 tapi sekarang aku mula pudarkan sayang aku sebab aku tahu suatu hari nanti, orang yang aku sayang akan khianat dan tinggalkan aku juga.
Korang, aku tengah sebak sekarang tapi aku tahan. Hahaha. Nak cakap macam ni kat mak, tapi nanti aku nangis dan ingat aku pelik.
Aku hanya teruskan kehidupan macam biasa dengan diri yang baru dan heartless. Aku bahagia tanpa memikirkan sesiapa. Aku bahagia tanpa rasa cinta. Aku bahagia menjadi seorang yang fake. No love no pain.
Okay lah. Sampai situ sahajalah korang. Minta maaf kalau berterabur, pendek dan tak best. Assalamualaikum.
– Mr, Strong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit