Menuju Nikah Versi Lelaki

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Aku Abang Jago (Bukan nama sebenar). Umur akhir 20an. Asal pantai timur dan menetap di Kuala Lumpur. Terima kasih pada admin kalau cerita aku ni tersiar dan moga dapat manfaatnya untuk para pembaca sekalian.

Sebelum terlupa, saat aku tulis confession ni aku hanya tunggu dalam beberapa minggu je lagi sebelum akad nikah dengan tunang aku. Doakan dipermudahkan buat kami, (pengantin PKPB lah nampaknya) dalam melayari alam rumah tangga sehingga syurga-Nya. Amin.

Aku just nak share antara amalan yang aku dapat yang boleh dibuat untuk para lelaki khususnya dalam persiapan nak berkahwin dari para ustaz-ustazah, ceramah di youtube dan bahan bacaan yang ada aku baca sebelum-sebelum ni serta pengalaman aku sendiri.

Aku pecahkan tips ni mengikut 4 kategori utama yang aku rasakan penting.

1. Jaga MATA

Aku letak ni point first sebab benda ni akan ada kaitan rapat dengan point aku yang nombor 2 nanti. Secara jujurnya, semua lelaki aku rasa percaya bahawa mata adalah anggota badan kita yang paling senang untuk kita berbuat maksiat kepada Allah Taala.

Memang aku sendiri akui, akhir zaman ni memang fitnah perempuan untuk diri lelaki adalah godaan paling besar. Tak payah tengok contoh yang jauh, tengok yang dekat dalam handphone kita sendiri tu pun berapa ramai perempuan yang tunjuk aurat dalam media social (insta,FB, twitter) semua.

Ni belum kira lagi web2 pornografi yang boleh diakses bila2 masa dan di mana jua (Nauzubillah). Memang aku tahu susah untuk golongan lelaki yang sudah terjebak dalam ‘rutin’ ni utk tinggalkan semua ni. Tapi sampai bila bro kita nak duduk dalam keadaan hina mcm ni?

Kau tak rasa ke yang kau ni useless bila buat benda2 macam ni semua. Kalau kita dah terbiasa tengok aurat perempuan lain ni, aku takut nanti bila kau dah kahwin kau tak kan dapat rasa nikmat bila mana bersama dengan isteri kau yang halal tu. Nauzubillah, minta jauh Ya Allah.

Tapi nasihat untuk para wanita juga kat luar sana, tolong lah sangat-sangat jaga diri korang juga. Tolonglah dan bantulah kami para lelaki semua untuk tundukkan pandangan kami.

Dalam Al-Quran pun dah sebut bukan lelaki sahaja kena tundukkan pandangan tapi perempuan jugak kena buat disamping berpakaian lah mengikut syariat.

Memang kaum hawa ni suka berfesyen semua bagai tapi Islam dah letak garis panduan dan etika dia semua, so follow lah ye. Insha Allah, moga sama-sama kita dapat pahala dari semua usaha kita ni nanti.

2. Amalan ibadah (Wajib & Sunat)

Point nombor 2 ni berkait rapat dengan point nombor 1 sebab tanpa kita dapat tinggalkan maksiat, kita akan rasa malas nak beribadat. Tapi tak bermakna aku maksudkan selagi kita buat maksiat, kita semua tak payah sembahyang. Bukan begitu maksud aku.

Cuma dengan sebab kita tinggalkan maksiat, hati kita nanti akan dipermudahkan oleh Allah untuk beribadah semua dan dapat merasai kemanisan iman tu. Insha Allah.

Amalan wajib tolong lah jaga betul-betul sikit disamping topup dengan yang sunat. Solat fardhu 5 waktu kalau boleh segerakanlah bila masuk waktu dan berjemaah di masjid/ surau.

Aku tak minta semua waktu fardhu kita berjemaah, tapi dalam seharian tu kalau boleh pilih la satu atau dua waktu untuk berjemaah. Insha Allah akan ada kekuatan di situ nanti. Bab lain, puasa, zakat semua kita akan rasa mudah untuk buat kalau solat fardhu ni kita jaga.

Selain itu, usahakan untuk kita qada balik solat-solat fardhu yang pernah kita tinggal. Kita ni semua tak sempurna dan tak akan pernah sempurna. Tapi kita semua boleh duduk dan berusaha untuk berjalan di atas jalan kesempurnaan tu.

Qada sikit-sikit sedaya upaya semampu boleh. Macam yang aku buat, aku akan pilih dalam satu minggu untuk aku fokuskan qada solat tu. Setiap kali lepas solat fardhu, aku akan tambah another set of solat fardhu yang sama.

Jangan lah tinggal baca Al-Quran kalau boleh. Memang ade certain surah yang boleh dan digalakkan kita baca pada waktu tertentu seperti Al-Waqiah pada waktu pagi, Yassin/ Al-Kahfi pada malam jumaat, Al-Mulk sebelum tidur.

Tapi bagi aku selagi kau baca je mana-mana ayat Al-Quran tiap2 hari pun dah cukup baik dah. Tak perlu banyak pun takpe. Cukup satu atau dua muka surat pun jadi.

Banyakkan solat sunat dhuha dan qiam. Niatkan supaya Allah bagi kesihatan dan keselamatan buat kita supaya mudah kita nak berusaha mencari rezeki untuk dibawa balik kepada keluarga kita nanti lepas kahwin.

Aku jenis berpegang pada konsep tak perlu buat banyak pun dhuha dan qiam tu semua. Cukup dua rakaat dhuha dan dua rakaat qiam ( tahjud/taubat/hajat). Bangun dalam pukul 5.30-5.45 pagi pun insha Allah masih sempat. Boleh terus solat subuh lepas tu.

Amalkan berpuasa sunat sekali dalam seminggu. Boleh pilih puasa sunat hari Isnin atau Khamis, mengikut keselesaan kita masing-masing.

Disamping puasa ni bagus untuk kesihatan badan dan melatih diri kita untuk sabar serta berjimat-cermat, puasa dapat mengendurkan nafsu kita sebagai lelaki akhir zaman ni jugak (untuk point nombor 1 tadi).

Insha Allah banyakkan bersabar dan Allah akan mudahkan kita menuju ke alam berumah tangga tu nanti.

3. Kewangan

Untuk kahwin kita perlu buat tabung khas. Kena letak target masa dan jumlah yang kita nak capai tu. Contoh nya nak kumpul RM15k dalam tempoh 2 tahun.

Boleh bincang dan berpakat dengan bakal pasangan kita. Tak perlu berbelanja mewah semata untuk majlis kahwin tu sahaja. Banyak lagi duit nak kena guna lepas kahwin.

Selain tu, kita juga boleh pilih untuk start kumpul note duit-duit tertentu. Macam nak kumpul duit note RM5 @ RM20. Paksakan diri untuk tidak berbelanja guna note ni. Istiqamahkan diri perlahan-lahan. Sampai masa akan cukup jumlah tu nanti insha Allah.

Ada je jugak member pernah share dengan aku untuk join investment mcm ASBF, saham semua tu tapi aku tak join.

So kalau korang rasa ada peluang dan ruang boleh proceed untuk ni semua tapi just pastikan korang belajar dan tahu serba sedikit ilmu pelaburan/ kewangan tu sebelum join.

Bagi aku, yang terpenting bab duit ni dua-dua lelaki dan perempuan kena saling faham dan tolak ansur. Untuk lelaki, jangan lah letak terlampau murah sangat bajet kahwin korang untuk wang hantaran/ kenduri kahwin tu.

Cuba bagi semampu kudrat korang yang boleh korang usahakan. Untuk perempuan pulak, jangan lah demand dengan bakal korang sangat. Faham posisi dan kedudukan dia semua sbb dia mmg sedang berusaha untuk menghalalkan korang.

Boleh sama-sama bantu lelaki kumpul duit kalau kau pun mcm nak demand sesuatu untuk kenduri korang tu nanti. Kalau sebelum kahwin korang tak leh nak duduk bincang dan capai kata putus untuk benda ni, lepas kahwin lagi lah susah.

Apa pun yakin Allah akan mudahkan urusan orang yang hendak berkahwin semata-mata nak capai redhaNya.

4. Calon Isteri

Hahahahahha. Bab ni aku rasa pembaca perempuan mesti ambik port lebih sikit. Memang aku akui dari segi pengalaman aku sendiri, ada fasa dalam hidup aku ni yang aku boleh katakan fail la juga bila masuk bab cinta.

Sebelum aku bertunang dengan bakal aku ni, ada lah dalam 3-4 perempuan yang aku cuba kenal tetapi tak kesampaian untuk aku teruskan ke step seterusnya.

Kebanyakkan nya aku lah yang kena reject dengan perempuan ni semua. Huhuhuhuhu. Aku memang noobs sikit bab ni. Memang aku akui.

Pernah juga aku daftar masuk laman web cari jodoh tapi setakat join yang free tu je lah. Rasa tak yakin pulak untuk bayar yuran dia dan kenal lebih dalam lagi calon-calon yang ada dalam laman web tu.

Lepastu aku pernah cuba untuk guna dan kenal beberapa calon melalui Facebook Dating yang free tu tapi sekarang dah deactivated dah pun.

Pernah seorang kawan batchmate perempuan aku nak jodohkan aku dengan kawan baik dia. Tapi itu pun tak kemana sebab aku macam lambat buat first move tu dan dia pun macam tak berminat dekat aku.

Aku pun tak tahu sama ada aku ni jenis cerewet ke tak dalam memilih calon. Korang nilai lah sendiri ye. Aku jenis yang letak beberapa kriteria jugak sebelum pilih nak betul-betul kenal dengan calon perempuan tu.

Antara dua kriteria penting bagi aku untuk bakal isteri aku ni ialah pertama dia mestilah nanti bukan PJJ dengan aku lepas kahwin. Aku tak sanggup duduk jauh dengan wife lepas kahwin disebabkan faktor kerja.

So aku akan tengok calon tu dulu kalau dia sudah start bekerja, area KL sahaja lah yang aku akan cuba fokuskan sebab aku mmg kerja dekat sini dan tak boleh nak pindah.

Kriteria keduanya, sejujurnya aku nak calon yang berasal dari negeri yang sama atau negeri jiran je dari kg halaman aku. Sebabnya aku jenis family type sikit. Kalau ada je cuti, aku lebih prefer balik kg spend time dengan mak ayah dari pergi bercuti dengan kawan-kawan.

So Alhamdulillah, Allah mudahkan aku. Dua-dua kriteria ni ada dekat tunang aku. Kalau nak cerita bab macan mana aku kenal tunang aku ni rasanya aku kena tukar tajuk confession ni dulu lah kot. Hahahaha.

Memang bagi aku tak adil kalau nak kata bahawa lelaki tak perlu memilih. Lelaki perempuan ada hak untuk pilih pasangan masing-masing. Cumanya JANGAN TERLALU MEMILIH. Sebab bila cakap bab jodoh ni akan ada dua sahaja situasi kita nak dapatkan jodoh tu.

Sama ada kita yang PILIH atau kita yang DIPILIH. Kalau kita pada posisi yang memilih, pilihlah berpandukan agama dan melalui jalan yang kurang fitnah.

Kalau perlu berjumpa, jangan keluar berdua dan pilih tempat yang ramai orang. Kalau kita pada posisi yang dipilih pulak, jangan main tarik tali dengan si dia. Kalau kita rasa perlukan masa bagitahu tempoh utk kau perlukan tu dan bagi kata putus.

Jangan buat sia dia tertunggu-tunggu terlalu lama. Apa pun banyakkan jugak solat sunat istikhoroh walaupun kita masih belum jumpa atau masih samar-samar dengan jodoh kita. Moga Allah tolong tunjukkan jalanNya. Sesiapa yang istikhoroh, sesungguhnya dia tidak akan pernah rugi.

Mungkin itu je dulu kot untuk perkongsian aku. Kalau ada pembaca lain nak topup, komen je lah kat bawah ni nanti. Aku just nak mintak doa dari korang semua supaya urusan aku dan tunang untuk akad nikah ni dipermudahkan Allah.

Moga-moga Allah bimbing kami sebagai pasangan suami isteri di dunia dan seterusnya ke syurgaNya. Aamiin..

– Abang Jago (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *