Untuk part I, (https://iiumc.com/jangan-manjakan-isteri-berlebihan/).
Assalammualaikum para pembaca. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dorongan tuan-tuan dan puan-puan semua.
Di sini saya menulis part II untuk menjawab beberapa persoalan yang disoal di ruangan komen.
1. 5 tahun bertahan?
Sebenarnya saya dah sedar sifat isteri saya ni pada tahun ke-3 perkahwinan. Mula saya tersedar bila satu hari tu saya tengah memasak untuk makan malam. Kemudiannya saya dipanggil oleh isteri. Dia marah2 saya kerana saya terlupa menyediakan milo panas.
Isteri saya memang ada habit minum milo panas waktu pulang kerja. Selalunya saya yang hidangkan. Tapi haritu saya terlupa, dia marah marah dan terus keluar rumah. Dia off telefon dan malam baru je balik rumah. Sejak dari haritu saya tahu saya tersilap manjakannya.
2. Mengapa tidak angkat kaki?
Tipulah kalau saya tiada rasa nak cari perempuan lain. Tapi saya berpegang dengan kata2 isteri adalah cerminan suami. Saya cuba memberinya masa supaya berubah..
Saya ajak memasak, ajak kemas rumah dan sebagainya. Dia akan join tetapi dalam keadaan marah marah dan akhirnya dia akan mainkan video video yang mengatakan memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawab suami bukannya isteri.
Setiap malam saya akan bacakan doa Nabi Daud untuk lembutkan hati, saya baca waktu memasak dan jugak tiupkan di ubun ubun isteri waktu dia tidur. Saya masih mengharapkan isteri berlembut hati.
3. Tidak kenal hati budi?
Dia memang crush saya dari sekolah rendah. Saya ada meluahkan perasaan kepada dia waktu sekolah dulu tapi saya ditolak.
Saya memang setia menunggu, saya pun belajar rajin2 supaya saya boleh masuk sama Universiti dengannyadan saya pilih sama kos dengannya. Dia masuk awal sebab dia matrikulasi setahun, saya dua tahun
Saya tahu dia sudah ada BF, tapi saya tetap tunggu. Setelah dia putus cinta sebanyak 3 kali, akhirnya dia setuju untuk memberi peluang kepada saya untuk kenal hati budi. Tapi kami kawan pun tak lama, terus saya hantar rombongan jadikannya isteri yang sah.
4. Mainkan video balik?
Percayalah, saya kadang kadang bila terlampau geram saya akan mainkan video semula tentang tanggungjawab isteri,
Tetapi saya berhenti buat macam tu sejak dia pernah ambil kunci kereta dan keluar rumah dua hari tidur di hotel, sebabnya saya mainkan video tu. Sejak tu saya tidak lagi mainkan video.
5. Upah orang gaji?
Ye, saya memang berniat untuk upah orang gaji. Tetapi kewangan saya tidak lah mencukupi. Saya cuba buat Grab tetapi isteri tak bagi katanya nanti makan minumnya dan rumah terabai.
6. Cerai?
Saya dari keluarga yang kedua ibubapa bercerai. Jadi sebolehnya saya ingin mempertahankan hubungan ini, tetapi saya mengakui yang saya teramat penat.
7. Ibubapa mertua?
Ibu mertua sedia maklum perangai anaknya. Ibu mertua saya apuan penah meminta maaf pada saya kerana anaknya perangai sedemikian.
Ibunya pujuk untuk saya bersabar dan beri masa pada anaknya untuk berubah. Ibu mertua saya cakap tiada lelaki lain yang boleh jaga anaknya seperti saya. Saya berjanji degan ibu mertua saya yang saya tak akan mengalah dalam hubungan ni.
8. Unit beruniform tapi tidak mengemas?
Saya akui isteri saya tidak mengemas atas sebab kemas tu tugas suami. Jadi sayalah yang cucikan, keringkan dan seterikakan baju dan seluarnya supaya nampak line dan kemas.
Saya ada mengadu bahawa saya penat, tetapi dia cakap saya adalah suami yang gagal kerana tidak mampu sediakan rumah yang selesa bersih, pakaian yang kemas dan makanan yang bersih utk isteri. Jadi saya turuti sahaja
Saya mohon pembaca semua untuk mendoakan supaya isteri saya berubah dan lembut hati, disamping itu mohon doakan isteri saya juga dimurahkan rezeki, panjang umur dan diampunkan dosa dosanya.
Doakan saya kuat untuk mempertahankan hubungan ini..
Terima kasih.
– Suami Belajar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit