Assalamualaikum. First of all, terima kasih sebab sudi baca. Second, aku harap apa yang aku cerita dan kongsi, boleh beri aku sedikit positivity untuk aku teruskan hidup aku..
Aku umur 26, masih belajar dan dalam tahun akhir degree di universiti swasta. Tapi disebabkan COVID 19, aku mungkin akan extend sebab FYP (lab work) aku masih tak berjalan.
Aku seorang yang pemalu, pendiam, sejenis yang tersangat introvert, jenis pemendam semua jenis perasaan dan masalah.
Aku jujurnya tak tahu nak cerita macam mana, but aku nak sangat cerita apa yang terjadi pada aku pada tahun 2012 dan penyebab utama aku yang sekarang.
Back to 2012, aku berjaya masuk sebuah IPTA di pantai timur. To be honest all family members aku tahu aku bukan jenis yang senang nak bergaul mahupun nak menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang baru.
So disebabkan itu, aku memohon untuk pertukaran IPTA area dekat dengan negeri rumah aku.
Cut the story, pihak IPTA tak bagi, so terpaksa la aku pergi IPTA di pantai timur tu. Dah settle semua, parents aku balik.
Satu bilik 4 orang, dan sejujurnya masa tu aku berasa tersangat malu (tak sure kenapa) and nak pergi tandas, solat, makan pun terpaksa macam sorok2 sebab malu dan segan!
Aku rasa orang pandang aku pelik macam membenci aku, dan aku rasa tak boleh kalau orang pandang aku. Aku rasa gelabah panik macam nak lari. That time juga, aku hilang keyakinan diri aku. Bayangkan nak bercakap dengan roomate pun aku segan dan malu! Betapa chronicnya..
Dan esoknya aku dapat panggilan dari HEA, yang nama aku dah ditukarkan ke IPTA dekat negeri bersebelahan dengan rumah aku.
Aku diberi peluang nak stay atau tukar, tanpa fikir banyak aku minta tukar, dan haritu juga aku tinggalkan IPTA pantai timur tersebut. Dan smpai sekarang aku tak tau pun siapa exroomate aku.
Kisah yang betul2 bermula dekat IPTA di negeri minangkabau.. Jujurnya, aku daftar lewat sebulan, so memang banyak dah aku ketinggalan untuk setiap subjek.
Maka, dekat sini aku dah rasa hilang keyakinan diri, rasa takut, nervous semua. Classmates aku semua baik2 alhamdulillah dan tersangatlah pandai, tapi… disinilah terjadinya perang dengan diri sendiri.
Aku rasa sangat kerdil, aku hilang keyakinan diri, aku takut, aku rasa aku tak pandai macam kawan2 aku, aku malu nak berkawan dengan orang pandai macam dorang dan macam2 perasaan negatif ada dalam diri aku.
Bila aku sorang2 semua perasaan negatif ada tapi bila aku dengan kawan2, aku rasa happy but bila sendirian balik perasaan negatif datang.
Aku pandai sembunyi, dan dorang tak tahu langsung keadaan aku. Bila bersama dorang aku happy, bila balik bilik aku sorang2 jujurnya aku rasa lonely, aku down, aku rasa aku takde siapa siapa..
Kalau dapat markah test and quiz, aku selalu kantoi, dan semua kawan2 aku score. Dan aku cepat cepat tutup markah aku supaya dorang tak tengok. Aku malu.. Nak minta tolong dorg ajar pun aku rasa menyusahkan sangat.
Pernah sekali tu, aku kene hantar sijil PLKN dekat pegawai koko untuk dapat pengecualian kesatria (HAHA korang mesti dah dapat agak IPTA mana kan?) seminggu aku kehulu kehilir depan bilik pegawai koko semata mata nak hantar borang tu.
Aku takut nak ketuk pintu, aku nervous aku shaking sedangkan nak hantar sijil je pun. Aku hanya perlu hantar sijil je tapi tu pun aku tak mampu… Chronic betul..
Dan disebabkan semua perasaan negatif ini juga lah, setiap sem aku akan ada repeat paper. Dan aku macam biasa tak bercerita pada dorang mahupun family aku.. Tapi aku pandai sorokkan, aku tak pernah bercerita masalah ni dekat kawan aku mahupun family aku..
Setiap sem mesti ada repeat paper. Dan genap 4 semester/ 2 tahun aku dekat IPTA di negeri minangkabau, batch aku di transfer ke kampus baru di negeri labu sayong.
Dekat IPTA labu sayong ni sebenarnya lebih teruk terjadi.. sampai aku kene dismissed sem 5 pastu mohon rayuan teruskan pengajian and kene dismissed sem 6,
Ketua program benci and gagalkan aku dan gaduh dengan aku, lecturer yang benci aku sebab aku selalu ponteng kelas dia sebab aku ada perasaan takut, nervous nak masuk kelas dia..
Termasuklah, betapa takut, shakingnya aku masuk kelas junior untuk repeat paper, termasuk pandangan orang yang pada aku pandangan yang negatif.
Aku rasa malu, segan, hilang keyakinan diri and semua perasaan negatif. Dan dekat IPTA ni juga la, berkali2 aku menangis, aku down aku stres, dan akhirnya aku pernah nak suicide.. Sebab aku dah rasa sesak sangat kat dada, aku tak boleh hadap keadaan macamtu.
Tapi masa tu, aku tak tahu pasal mental illness.. Aku tak tahu wujudnya depression. Dekat IPTA tu aku pernah nak terjun dari tingkat 3, aku pernah masuk toilet nak pecahkan cermin and kelar tangan aku.
Senang cerita aku banyak kali fikir yang “mati lebih baik daripada hidup”, so that aku tak perlu rasa negatif dalam diri aku lagi.. Dan akhirnya, sem 6 aku kene dismissed buat kali kedua.
Dan tahun 2017 baru aku macam tersedar, selama ni aku depression ke? Aku ada anxiety ke? Dan selama tu juga suicide thoughts pernah berkali2 terjadi di dalam bilik aku sendiri… Dan, Last aku rasa nak suicide tahun 2018 seingat aku.
To be honest, semua ni family aku tak tahu, and maybe few my closest friend tahu.
Lepastu aku cuba busykan diri dengan study dekat new place and surrounding and trying make a friend.. Lepas kene dismissed, 2015 tu aku sambung IPTS tapi selama setahun tengah aku kat IPTS tu aku takde kawan langsung atau lebih tepat lagi, i am a lone ranger.
Dan tahun 2017 tu baru la tersedar pasal depression and try make a new friend (alhamdulillah, she is now my bff), and cuba hidup dengan positivity (lepas awareness mental illness ni dah spread all over the world).
Masa ni aku cuba cuba tapissssss negativity termasuk suicide thoughts. But still terbabas 2018 tu aku ada suicide thoughts masa first sem degree aku. Sebab apa? Nantilah aku cerita.
TAPI, 2020 ni tahun yang teruk untuk aku dan semua org sebab COVID. And yes, skrg aku tengah rasa down dan macam2 lagi. Study, kewangan, masa depan semua tu aku fikir sampaikan aku menangis tengah malam sebab tak tahan betapa susahnya nak hadap benda ni..
Dalam erti kata lain, aku benci diri aku, aku salahkan diri aku sebab masa belajar kat IPTA smpai kene dismissed, dan akhirnya aku masih degree sedangkan kawan aku dah 10 langkah maju kehadapan (another things yang buatkan aku down).
Dan sekarang aku sedang cuba untuk tidak berfikiran negative dan sewaktu dengan nya (worst thing = suicide).
Sebenarnya banyak aku nak cerita tentang aku sambung diploma semula dekat IPTS, keadaan aku masa IPTS,
Sampai aku berjaya sambung degree dengan result diploma flying colours, dapat biasiswa, first semester degree aku suicide thoughts sebab down and keadaan aku dekat IPTS ni. Tapi lain kali je lah.
P/s : I’m still not seeking a specialist because I’m afraid. Maybe I’m not having depression? Or else? I don’t know. But please please pray for me.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit