Bismillah… Rasa berdosa jika saya tak share ilmu yang diberikan oleh Allah Ta’ala melalui seorang tok guru kepada saya sekitar tahun 2005 dahulu.
Zaman tersebut ialah zaman kesulitan saya yang baru keluar dari alam kehidupan kampus, dimana saya tak habis belajar pun.
Ketika itu, saya datang menemui salah seorang tok guru di daerah kelahiran saya setelah selesai solat fardhu Jumaat. Saya adukan kesulitan yang saya hadapi terutamanya dalam bab rezeki kepada beliau.
Wajah tok guru tersebut kelihatan tenang dan memberi perhatian sepenuhnya kepada saya layaknya seperti seorang ayah mendengar luahan isi hati anaknya.
Beliau menjawab: “Matahari tu ada disebalik awan”. Namun begitu ilmu tu, saya tidak dapat dalam satu jumaat sahaja kerana ego masih ada dalam diri.
Dalam jumaat berikutnya setelah keadaan saya bertambah sulit, barulah tok guru tu kata: “Matahari tu ada disebalik awan dan kamu boleh (minta) buka awan tu”.
Kenyataan tok guru membuatkan diri ini tersentak. Apabila tok guru tu mungkin menyedari bahawa diri ini sudah mula menampakkan ‘desperate’ akan jalan keluar dari kesulitan kewangan,
Dan sudah kehendak Allah mahu memberi ilmu dan jalan keluar kepadaku, barulah babak memperolehi ‘ilmu kekayaan’ bermula.
Tok guru tu mula berbicara: kalau kamu mahu pangkat sambil tangan beliau menunjukkan ke arah pusat pentadbiran di daerah kelahiran saya kerana masjid daerah saya terletak tidak jauh dari bangunan pentadbiran,
Beliau menyarankan saya untuk mengamalkan doa Nabi Isa a.s dalam surah Al-Ma’idah Ayat 114 pada waktu solat dhuha dan solat tahajjud.
Beliau juga menyarankan saya untuk mengamalkan potongan ayat dalam Surah An-Nur iaitu Ayat 35.
Namun dalam hati saya ketika itu terdetik, saya tak minat dengan pangkat ni kerana dahulunya memang saya tidak berminat untuk kerja dengan kerajaan sehinggakan keluarga saya bengang dengan diriku.
Ialah sebahagian ahli keluargaku bekerja dengan kerajaan seperti cikgu, pensyarah, tentera udara dan sebagainya dan pasangan mereka ada yang bekerja sebagai doktor perubatan dan jurutera.
Entahlah kenapa diri ini tidak berminat untuk bekerja sebagai penjawat awam walaupun bapaku pada ketika itu ingin sangat saya bekerja dengan kerajaan. Mamaku pula hanya menyokongku dari belakang apa jua pekerjaan yang ingin kuceburi.
Sehinggalah satu ketika setelah selesai solat fardhu Jumaat, saya bertemu dengan tok guru tu untuk benar-benar mahupun ‘ilmu kekayaan’ dari dia. Dia menyuruh saya mengambil Al-Quran dalam rak masjid.
Punyalah diri ini kebingungan pada ketika itu sehingga saya tak fokus pun apa yang diarahkan oleh tok guru tu sehingga beliau sendiri mengambil Al-Quran tersebut dari rak.
Itulah berkat bergaul dengan ulama. Kita akan memperolehi ilmu sedikit demi sedikit. Tok guru tu membelek Al-Quran pada permulaan Juz 29 iaitu Surah Tabarak (Al-Mulk).
Beliau mula membaca ayat surah tersebut satu persatu di hadapan saya sambil menerangkan maksud setiap ayat demikian sehinggalah selesai 30 ayat semuanya.
Tok guru tu menyuruh saya untuk menghafal Surah Al-Mulk dan juga ertinya sekali dalam Bahasa Melayu.
Beliau membuka rahsia mengamalkan surah tabarak tu:
“kalau kau baca surah ni, rezeki akan turun mencurah-curah kepada kau… semua makhluk akan tunduk kepada kau… perempuan (oppss) akan tunduk sama kau… bahkan malaikat pun akan tunduk sama kau… baca surah ni pagi dan petang…”
Saya hanya terdiam ketika mendengar kata-kata tok guru tersebut. Saya bertanya lagi: “Berapa lama?”. Maksud saya hanya ingin tahu berapa lama untuk memperolehi hasil tersebut. Tok guru tu menjawab tiga bulan.
TabarakAllah…memang benar apa yang dikatakan oleh tok guru tu. Adik perempuan saya mula perasan sehinggalah suatu hari dia mengatakan kepada saya dengan kagum: “Rezeki kamu mencurah-curahkan…melimpah-
Tidak sampai sebulan saya mengamalkannya pintu rezeki mula terbuka Alhamdulillah.
Pendek cerita, berkat amalan tersebut ditambah lagi dengan amalan solat tahajud, sedekah dan sebagainya, rezeki saya terbuka luas sehinggalah Allah menjemput saya untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun 2014,
Ianya melalui Tabung Haji Brunei Darussalam dengan pakej istimewa, dimana bilik hotel lima bintang untuk perjalanan ke Madinah dan Makkah termasuklah hotel di Jeddah hanya untuk dua orang sahaja.
Mustahilkan seorang warganegara Malaysia boleh menunaikan ibadah umrah dengan menggunakan pakej Tabung Haji Brunei dengan pakejnya bernilai sekitar RM11,000 kalau ditukarkan kepada wang Malaysia.
Even, staf Tabung Haji Brunei pun hairan dan bertanya kepadaku ketika di Madinah, macam mana seorang bukan warganegara Brunei boleh menggunakan khidmat Tabung Haji mereka. Saya juga menggunakan bendera Negara Brunei Darussalam pada beg dan tag namaku.
Tahun berikutnya pada penghujung tahun 2015 saya mendirikan rumah tangga dengan gadis Brunei warganegara Malaysia. Alhamdulillah, kini kami dikurniakan sepasang anak perempuan dan lelaki yang comel.
Beberapa negara juga telah kujejaki sebelum ni. Jika dihitung-hitung nikmat yang Allah kurniakan kepadaku tidaklah terkira banyaknya.
Episod terbukanya pintu rezeki saya bermula dengan mendekati alim ulama dan seterusnya mengamalkan Surah Al-Mulk, ditambah dengan amalan tahajjud, sedekah dan doa yang bersungguh-sungguh.
Demikianlah fadhilat amalan Surah Al-Mulk yang merupakan salah satu surah amalan Rasulullah SAW sebelum baginda SAW tidur pada setiap malam.
Ok pembaca sekalian, jomlah kita mula mengamalkan surah ni. Al-Quran itu kan mukjizat. Sudah namanya mukjizat dan sudah tentunya mampu menghasilkan pelbagai keajaiban dalam kehidupan orang yang rapat dengan Al-Quran.
Surah ni amatlah sesuai diamalkan pada saat ini ketika ujian Covid-19 melanda. Kesian melihat rakan-rakan kita ramai yang ‘depressed’ akibat pandemik ni.
Semoga kalian juga diluaskan dan dilapangkan rezeki sehingga mampu memberi manfaat kepada orang lain terutamanya keluarga yang tercinta. Aamiin.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit