Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya bahasakan diri Kak N, pembaca setia page ni. Kak N terdetik nak menulis ni bila terbaca satu confession yang di dalam kandungannya ada mengenai bisnes online.
Ada beberapa komen yang meminta cara menjalankan bisnes dikongsikan. Kak N faham ramai yang terkesan dengan situasi pendemik ni. Semoga situasi ni cepat2 pulih.
Ok sebelum Kak N share mengenai bisnes, meh Kak N share tentang diri Kak N. Kak N seorang suri rumah. Ada beberapa orang anak yang masih kecil berumur antara 2 hingga 6 tahun.
Kak N urus sendiri semua anak2 tanpa ada maid. Makan pagi tengah hari dan malam. Mostly Kak N masak sebab pada Kak N masakan kat luar tu sama je tak sedap macam Kak N masak haha.
Baik Kak N masak hahaha Memang jarang makan kat luar. Kalau datang mood malas Kak N order je Grab Food. Biasa order Mcdonald, Dominos, TeoChew Chendol, Texas Chicken, makanan yang franchise sebab biasanya kedai-kedai macam ni dah tentu sedap.
Sekarang dah 2 tahun Kak N jadi suri rumah sambil bisnes online. Alhamdulillah sale bulanan belasan ribu. SALE ya Kak N cakap.
Keuntungan Kak N belum sampai 5K sebab modal besar, profit dalam 10 ke 15 % saja. Lepas la untuk Kak N bayar insuran, hutang PTPTN, bagi mak ayah sebulan RM500, shopping dan loan rumah atas nama Kak N. Alhamdulillah sebelum berenti kerja dulu sempat Kak N beli rumah.
Sebelum ni Kak N kerja di sebuah syarikat swasta selama 6 tahun. Kerja Kak N ni sangat sibuk sampai terpaksa bawak balik kerja kat rumah. Balik kampung pon kadang kena mengadap kerja.
Dengan anak masih kecil jadual pam susu ebm pon terganggu sampai stop dan bagi formula. Tak salah pon bagi formula, cuma bagi Kak N breast milk is better.
Masa preggy anak yang ke 3, Kak N sampaikan hasrat pada suami untuk berhenti kerja selepas beranak dan jaga anak sendiri. Alhamdulillah husband setuju. Sebelum berhenti, Kak N plan untuk start bisnes online.
Kak N mulakan bisnes online ni tanpa join mana2 program atau kelas bisnes. Kak N memang pernah bisnes dulu dari zaman belajar. Jadi dropship walaupun hasil 2 3 puluh ringgit je sebulan, kadang tu takda hasil pon.
Cuti2 semester Kak N meniaga makanan tepi jalan, meniaga di bazar ramadhan. Jadi keinginan nak bisnes tu memang dah sebati dengan Kak N walaupun kecil-kecilan je. Habis belajar degree terus kerja, dan bisnes Kak N pon mati.
Berbalik pada plan Kak N untuk berhenti kerja tadi. Ok Kak N ada guna satu produk tempatan ni. Sebagai pengguna saja. Satu hari tu Kak N terfikir untuk jual produk tersebut memandangkan produk tersebut memang ada buka untuk pengambilan agen/ pengedar.
Pada masa tu Kak N ni memang sejenis kaki shoping online di Lazada. Jadi Kak N decide untuk marketkan produk tersebut di platform Lazada.
Masa tu Kak N belum berjinak dengan Shopee lagi. Kak N pon try lah buka akaun seller di lazada dan belajar sendiri cara2 nak berniaga di platfom tu. Tak faham Kak N akan tanya support mereka.
Nak jual produk tersebut pon bukan mudah sebab di platform tersebut pon dah memang ramai seller yang menjual produk yang sama.
Kak N beranikan diri keluarkan modal RM600 duit gaji Kak N untuk beli stok. Sebulan Kak N tunggu tak ada satu pon yang laku produk Kak N tu. Kak N jadi down sekejap. Husband Kak N bagi kata-kata positif dan semangat.
Alhamdulillah masuk bulan ke dua dah jalan bisnes Kak N. Bisnes di Lazada jalan dan terus maju. Kak N masok pulak shopee. Di shopee bisnes Kak N agak slow. Biasalah ramai pesaing dan juga ramai yang main harga. Husband Kak N selalu pesan percaya pada rezeki.
Kak N kekalkan harga yang ditetapkan. Buat apa nak ambil untung sikit sedangkan boleh dapat lebih.
Alhamdulillah sejak PKP dilaksanakan pada bulan Mac 2020. Permintaan terhadap perniagaan online ni meningkat. Bisnes Kak N di shopee pon terkesan meningkat sampai dapat Preferred Seller.
Dalam tempoh 2 tahun bisnes online di platform Lazada dan Shopee, dengan ilmu yang tak seberapa ni Kak N nak share la sedikit dengan pembaca.
1. Jangan takut. Berniaga ni ada jatuh ada bangun. Kena berani ambil risiko.
2. Rajin buat carian di internet cara2 nak berniaga online, berniaga di shopee dan lazada. Kalau masih tak faham, tak salah untuk join kelas2 online yang ada. Atau macam Kak N lebih suka tanya support mereka tak payah bayar apa pon. Chat atau email saja tanya.
3. Kak N memang galakkan berniaga di 2 platform besar ni. Sebab satu Kak N memang malas nak layan wasap customer kalau berniaga direct.
Berniaga di 2 platform ni pon bukan tak payah balas pertanyaan pembeli. Ada saja yang bertanya tapi sangatlah kurang. Dah intergrate dengan perkhidmatan kurier. Lepas tu korang tak payah nak market teruk2. Duduk saja tiba2 order masuk. Haaa best kan.
Platform besar macam ni dah promot di TV, buat konsert untuk promot. Cuma kita kena bagi 2 hingga 5% hasil barang kita yang terjual pada platform ni. Yang terjual saja ya. Tak perlu bayar apa2 untuk daftar. Barang dah sampai kepada customer baru kita dapat payment
4. Tengok persekitaran kita dulu. Apa yang ada, sangat di perlukan dan boleh dipasarkan. Kak N nasihatkan pilih produk yang senang atau dekat untuk anda dapatkan stok.
Waktu sekarang memang orang prefer untuk beli online. Bukan waktu sekarang saja, orang2 yang sibuk bekerja pon memang akan beli online saja. Ikan bilis, kopi, teh pon laku.
Cuba cari pusat2 borong disekitar kita. Kalau tak dapat harga borong, kita boleh markup harga sikit. Barang-barang ni mungkin pada sesetengah orang alah benda tu ada je jual di kedai sana tu.
Tapi tahu tak benda macam ni sangat laku dalam e-commerce sekarang. Macam Kak N boleh survive jual produk sekian, walaupun ramai yang jual ramai yang main harga tapi masih boleh jalan. Sebab produk tu ada permintaan terutama di kalangan wanita.
5. Kalau tak mampu keluarkan modal, boleh join dropship. Konsep dropship ni maksudnya berniaga tanpa modal dan pegang stok. Pembekal yang akan uruskan order anda hingga sampai ke tangan pembeli.
Ramai saja pembekal yang mencari dropship dan menggalakkan berniaga di shopee dan lazada.
6. Bagi yang ada kemahiran pon boleh jual di platform macam ni. Pandai menjahit, pandai buat kek, biskut boleh jual. Pandai mengurut boleh jual. Pandai conteng muka orang pandai cuci muka orang pon boleh jual.
Haa platform macam ni pon boleh jual servis. Tapi anda kena hadkan kawasan mana saja yang anda cover.
7. Buat kek macam mana nak pos nanti seminggu tak sampai lagi. Jangan risau!
Terdapat beberapa perkhidmatan untuk meningkatkan operasi e-commerce terutama dalam perkhidmatan penghantaran. One stop shiping solution seperti Delyvia.com, Easyparcel.com.
Platform seperti ni menawarkan perkhidmatan seperti runner, cod, sameday delivery, hantar barang sejuk beku dan lain2 perkhidmatan penghantaran.
Kita boleh book perkhidmatan kurier (Poslaju, DHL, Jnt dan lain2) yang kita nak dengan harga yang lebih murah berbanding pergi direct kepada satu-satu kurier. Tracking nombor nanti kita masukkan dalam shopee.
8. Kalau dah jalan dengan satu produk, cuba tambah lagi produk lain untuk dijual. Pelbagaikan produk dalam kedai online anda. Kak N pon tak depend pada satu produk. Kak N try jual macam2 jugak. Ada yang tak laku dan rugi. Try ambil sikit dulu untuk test market.
9. Kalau boleh mohon sekali sijil perniagaan SSM. Setakat ini berniaga di 2 platform ni tak mintak pon sijil SSM. Daftar online sahaja. Tapi kena jugak pergi SSM untuk thumb print ni untuk activate akaun. Setahun tak sampai seratus pon.
10. INGAT! Jangan berkira dalam berniaga. Plastik pon nak cas.
11. Selitkan doa perniagaan selepas setiap waktu solat. Kongsi rezeki dengan anak2 bagi yang ada anak. Jangan lupa mak ayah bagi yang masih ada. Sedekah setakat yang mampu.
Alhamdulillah bisnes Kak N banyak dibantu suami. Kak N packing malam. Siang memang jaga anak. Suami yang tolong pos barang sebab tempat pos tu bawah ofis saja.
Ok sampai sini saja Kak N share. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Anda usaha anda dapat. Percaya pada rezeki berniaga. Jatuh bangun tu normal.
Doakan perniagaan Kak N terus maju. Kak N pon doakan kalian dapat tambah rezeki dengan berniaga. InsyaAllah…
– Kak N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit