Hi aku Noni. Berasal dari Terengganu. Pertengahan 20an. Mempunyai segulung ijazah perakaunan di salah sebuah ipta tempatan. Seorang akauntan cum admin di sebuah syarikat swasta bersaiz sederhana.
Aku baru bekerja di syarikat ini selama 3 bulan. Aku perlu mengendalikan 9 akaun syarikat. 3 akaun aktif dan selebihnya adalah tidak aktif atau dormant. Aku mula bekerja pada pertengahan Ogos 2020 dimana masih dalam musim covid 19 bernyawa di Malaysia.
Malang tidak berbau untuk aku kerana akauntan syarikat sebelum aku telah meletakkan jawatan pada Februari 2020. Jadi aku harus menyelesaikan semua akaun syarikat semasa dan tertunggak.
Hari pertama bekerja aku sangat positif dan sangat bersemangat. Aku melangkah dengan penuh riang. Mana tak nya, aku berjaya mendapatkan pekerjaan yang boleh dikatakan baik di kampung halamanku sesuai dengan bidangku.
Tapi rupanya disinilah bermula sebuah pekerjaan yang menghantui hidup aku. Boss aku, aku gelarkan dia Mr J. Berbangsa cina dan berumur pertengahan 50an. Seorang yang garang tapi bermulut manis.
Mana tak nya kalau bukan kerana mulut manisnya tidak lah aku terjerat disini. Melepaskan kerjaya yang agak selesa dan lumayan di kotaraya Kuala Lumpur. Downgrade kan gaji dahulu untuk sesuaikan dengan gaji purata di kampung halamanku.
Cukup bagiku seperti kehidupan yang aku inginkan. Bersederhana. Aku akur kerana apa yang dijanjikan adalah pekerjaan yang penuh ketenangan. 8.00 pagi hingga 5.00 petang, 5 hari seminggu, aktiviti syarikat yang simple dan internal auditor untuk dirujuk.
Btw, Mr. J tidak memaklumkan lagi ketika ini yang aku perlu handle 9 buah syarikat. Sambung kepada hari pertama aku bekerja. Aku dihadiahkan sebuah meja yang besar didalam sebuah bilik bersama bini boss. Cukup untuk aku rasa lega dan selesa.
Aku tidak meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap pekerjaan baru ku ini. Cukup sekadar tempat aku memperoleh rezeki yang halal disamping dapat bersama dan menjaga kedua orang tuaku.
Mungkin aku terlalu positif pada hari pertama ku. Komputer yang disediakan rosak, timbunan kertas, file dan resit diatas meja yang berhabuk dan bos yang tidak hadir menjadikan aku agak ketandusan pada hari pertamaku.
Sebentar kemudian telefon bimbitku berbunyi. Mr. J memaklumkan aku untuk menyemak akaun syarikat dan melakukan produk analisis untuk jualannya. Aku kebingungan. Mungkin aku harus lebih berdikari disini. Aku mula menyemak file syarikat.
Tetapi tanpa sebuah komputer agak sukar untuk aku mendapat idea. Admin memaklumkan komputer rosak dan sudah dihantar untuk dibaiki. Disitulah semua data syarikat dan software perakaunan disimpan. Mr. J masih tindak memunculkan diri.
Begitu juga dengan wife nya. Hari ke hari aku meminta admin untuk bertanyakan mengenai komputer. Aku meminta untuk menggunakan komputer diluar sementara untuk tunggu komputer dibaiki. Aku mula memasukkan data yang ada didalam Excel.
Hampir 3 minggu bekerja. Komputer masih tidak dapat digunakan. Mr. J mula menunjukkan perangai barannya. Aku memaklumkan padanya aku tidak mempunyai data syarikat. Bagaimana untuk aku melakukan analisis seperti yang dimintanya.
Dia mengarahkan aku untuk menghubungi akaun software untuk selesaikan masalah ini. Aku kebingungan lagi. Aku hanyalah seorang pekerja yang baru berpijak di syarikat ini.
Aku tiada masalah untuk menghubungi mereka, namun logik disitu belum aku temui kerana masalah yang dihadapi adalah hardware bukanlah software. Setiap hari aku hanya mampu meminta admin untuk update mengenai komputer dengan technician.
Aku berasa agak kurang enak jika aku meminta contact dan menghubungi sendiri. Iya. Kerana aku orang baru. Alasan nya barang komputer order dari China dan belum sampai. Setelah didesak, kami berjaya meminta mereka untuk menghantar back up data.
Pekerjaan harianku berjalan seperti biasa. Setiap hari aku perlu mengemaskini tunai di tangan untuk belian syarikat. Agak sukar kerana produksi syarikat berada di negeri lain. Manager baru juga tidak berpengalaman. Duit masuk dan keluar tidak direkod.
Dia hanya akan menghantar gambar resit harian setiap hari. Bagaimana pula dengan tunai di tangan yang tidak direkod selama 6 bulan sebelum ini.
Aku mula berasa tekanan. Syarikat ini sungguh mencabar bagi ku. Ini baru untuk merekod tunai di tangan. Bagaimana pula dengan jualan, pembayaran dan bank syarikat.
Aku cuba memenuhi permintaan Mr. J untuk membuat produk analisis. Namun dia tidak pernah berpuas hati. Katanya data ini tidak tepat.
Bagaimana aku untuk memberikan data yang tepat padanya sedangkan data akaun syarikat sangat messy.
Setiap hari jika Mr. J memanggil aku ke biliknya. Aku tidak tenang. Dia akan berikan aku tekanan untuk bekerja dengan cepat dan komen mengenai cara aku bekerja.
Dia selalu membandingkan dengan akauntan nya sebelum ini. Katanya aku melayu pertama dia lantik sebagai akauntan syarikat dan dia bukan nak racist, tetapi katanya melayu suka makan kacang ketika bekerja.
Ini adalah kata katanya ketika aku berjumpa kali pertama dengannya. Aku hanya mengiyakan sahaja.
Aku mula merasa curiga dengan sikapnya. Seumur hidupku, waktu hujung mingguku tidak pernah diganggu oleh boss atau manager aku sebelum ini. Dia menghubungiku pada hari sabtu jam 8.30pagi.
Aku masih dibuai mimpi sambil menikmati cuti dihujung minggu. Aku tergamam apabila menerima panggilan telefon dari Mr. J.
Bayangkan itu adalah weekend pertama aku bekerja disitu. Aku bangkit. Tapi aku tidak terus menjawab. Aku buka semula offer letter yang diberikan pada ku.
Aku masih baru disitu. Apa yang Mr. J ni mahukan dari aku. Ternyata aku tidak silap. Aku hanya bekerja 5 hari seminggu. Aku mengangkatnya pada panggilan ketiga. Dia menyuruh aku membuat surat dan hantar kepada Mr. M sebelum 12 tengah hari. OMGee.
Aku tergamam tapi aku turutkan saja. Ahhhh.. Ini kah yang dimaksudkan akauntan cum admin. Tugasan yang diberikan dilaksanakan. Kegigihan juga ditunjukkan. Whatsapp diberikan tanda selesai tugasan. Bluetick. Hahaha tak kelakar. Tetapi hidup masih diteruskan.
Ini adalah bulan ketiga ku disini. Hampir semua transaksi syarikat pertama telah berjaya dimasukkan. Aku mula dapat menarik nafas lega.
Namun musim audit sudah kunjung tiba. Ketenangan aku hilang lagi. Malamku kini tidak seindah dahulu. Seringkali terfikirkan apa yang bakal ku hadapi esok. Mr. J mula menunjukkan belangnya. Aku dimarahinya atas dasar yang tidak masuk akal.
Hal peribadiku juga dia mula untuk mengkritik. Kata-katanya amat pedas dan pahit untuk ditelan. 9 buah syarikat bermaksud 9 akaun harus diuruskan.
Syarikat juga sering dikenakan kompaun kerana gagal menyediakan keperluan syarikat tepat pada masanya seperti penyata kewangan yang telah diaudit, borang C, borang E, dan etc.
Dan Mr. J juga mengarahkan aku untuk mengisi sendiri borang E kepada LHDN untuk menjimatkan kos.
Untuk pengetahuan pembaca, borang E adalah mengenai maklumat dan bilangan pekerja sesebuah syarikat. Biasanya dilakukan oleh ejen cukai syarikat yang dilantik. Caj anggaran adalah lebih kurang RM200.
Selain akaun, aku juga harus melakukan analisis perniagaan. Untung atau rugi setiap produksi.
Mungkin aku juga perlu membetulkan lagi jawatan aku. akauntan cum admin cum HR.
3 syarikat aktif mempunyai pekerja. Pekerja tetap dan juga kontrak. Kwsp, Socso dan Eis juga dibawah tanggungjawabku.
Apa yang aku ceritakan diatas adalah pekerjaan dan tugasan harianku. Sungguh 3 bulan yang sangat bermakna dan mencabar bagiku.
Hasil daripada sedikit siasatan dan analisa peribadi, ini adalah faktor kenapa akauntan-akauntan syarikat sebelum ini yang sebangsa dengannya tidak bertahan lama walaupun ditawarkan gaji yang dua kali ganda dengan gaji ku sekarang.
Hakikatnya ini adalah tugasan dan amanahku. Aku redha dan akur. Dan aku cuba melaksanakan dengan terbaik.
Namun, apa yang menjadi dilema dan ketenangan yang benar benar meragut jiwa aku adalah aku perlu menyediakan penyata kewangan yang BEBAS CUKAI. Katanya, setiap syarikat pasti akan mengelak bayaran cukai. Tugas awak adalah untuk mengutamakan itu.
Buatlah macammana pun. Aku semakin hilang arah. Adakah ini hakikat bekerja sebagai akauntan syarikat. Jika aku sayangkan pekerjaan aku sekarang, aku harus akur.
3 bulan ini sangat memenatkan. Dan jujur aku belum bersedia untuk resign tanpa back up plan yang kukuh.
Adakah ini realiti seorang akauntan? Aku sangat memerlukan pendapat pembaca yang berpengalaman. Berhadapan dengan seorang JURUAUDIT pun sudah cukup memberikan aku kegelisahan. Bagaimana pula dihadapan Tuhan.
– Noni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit