Terlepas Pandang Tanggungjawab Sebagai LELAKI

Assalamualaikum. Hai semua, terima kasih admin jika coretan aku disiarkan. Besar hati aku jika coretan ini mampu memberi pengajaran kepada pembaca.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Zack, berusia 37 tahun, seorang pegawai anggota beruniform, sudah berumahtangga hampir 14 tahun, dikurniakan 3 orang cahayamata. Isteri aku surirumah tangga sepenuh masa, berusia 35 tahun.

Maaf coretan aku agak panjang tapi aku cuba untuk ringkaskan. Aku harap cerita ini mampu jadi pedoman buat sahabat semua.

Aku mengenali isteri ketika kami sama-sama study di universiti awam, aku yang memulakan dahulu perkenalan. Isteri aku seorang yang sangat biasa, bukan dalam kategori hot tapi ada sesuatu yang menarik saat aku pandang. Pada ketika itu aku bekerja sambil belajar.

Manakala isteri aku junior aku. Oleh kerana bimbang isteri disambar orang, aku minta untuk bernikah awal. Tambahan pula isteri aku adalah anak yatim piatu, maka tidak lah sukar untuk aku menghalalkan hubungan kami. Tiada majlis besar-besaran, sekadar majlis biasa.

Short story, bila isteri tamat belajar dia menyusul aku di seberang laut. Pada ketika itu dia sedang hamil 5 bulan dan aku yang menguruskan segala proses berpantang isteri dengan bantuan kawan-kawan seperjuangan dan isteri mereka.

Syukur aku kerana mereka sudi memberi tunjuk ajar dan aku sangat menghargai. Malah aku semakin mahir ketika isteri melahirkan anak kedua dan ketiga. Alhamdulillah.

Penghujung tahun lepas aku mendapat tahu bahawa Januari 2020 aku ditawarkan berkhidmat di ibu kota. Saat yang aku impikan sekian lama setelah 15 tahun aku berkhidmat.

Aku membuat keputusan menempatkan keluarga aku di kampung halaman aku di Pahang. Aku mahu keluarga aku lebih dekat dengan emak aku kerana selama ini aku berjauhan,

Malah aku membeli rumah di sebelah rumah emak aku. Senang untuk aku menjenguk dan menjaga kebajikan emak aku.

Setelah berbulan-bulan berlalu, aku berulang alik seminggu sekali, jika ada tugasan luar dua minggu sekali aku pulang ziarah keluarga dan emak aku.

Aku rasa bahagia sangat kerana aku dapat melihat wajah emak gembira sejak aku sekeluarga pulang. Dan sepanjang ini juga aku perasan perubahan pada isteri, aku nampak dia jadi pendiam, tidak banyak celoteh dan sedikit susut badannya.

Tapi aku tidak bertanya tentang perubahan ini kerana aku beranggapan dia sedang menyesuaikan diri dengan tempat baru. Disini lah silap aku…!

Satu hari aku dikhabarkan isteri dan anak-anak kemalangan. Jantung aku bagai nak gugur. Aku tidak dapat fokus maka bos aku menawarkan seorang driver untuk aku pulang ke kampung. Saat aku tiba di unit kecemasan, aku ternampak anak sulong aku sedang memeluk adik-adiknya yang sedang menangis.

Syukur aku kerana mereka tiada kecederaan serius, hanya luka kecil pada kaki dan calar pada tangan. Isteri aku masih dirawat. Anak sulong aku nyatakan ibu luka parah, banyak darah keluar dari hidung ibu, tangan pun luka. Aku jadi sayu bila anak sulong aku katakan,

“Abah kkk takut, jangan lah ada apa-apa berlaku pada ibu, biar kkk aje gantikan tempat ibu luka-luka semua tu, kkk tak sanggup, kkk nak ibu”

Saat itu jua adik-adiknya turut menangis dan aku berusaha memujuk. Serius aku bimbang bila anak aku ceritakan keadaan ibu mereka.

Dua jam menunggu, doktor menyampai keadaan isteri aku stabil, masih belom sedar dan ayat yang agak pelik doktor nyatakan…

“Maaf encik, kami tidak dapat selamatkan anak encik. Harap encik sabar dan minta encik beri sokongan pada isteri encik. Kemungkinan emosi isteri encik akan terganggu”

Pada ketika ini aku ternampak nurse menyorong katil baby yang ditutupi kain putih. Otak aku masih belom dapat proses apa sebenarnya berlaku. Aku buka kain putih itu, apa yang aku nampak adalah dua jasad kecil yang sudah cukup sifat.

Allah… dugaan apakah ini. Sumpah aku tidak tahu isteri aku sedang hamil. Aku menyesal kerana aku abaikan kebajikan isteri. Aku tidak pernah bertanya keadaan dia. Ya baru hari ini aku sedar.

Aku mengambil cuti yang panjang untuk menjaga isteri dan anak-anak. Aku mengambil tanggungjawab aku semula menguruskan anak dan isteri. Alhamdulillah keadaan isteri semakin pulih dan aku kagum dengan semangat dia.

Sepanjang tempoh cuti ini, aku perasan perubahan pada anak sulong aku. Dia seolah-olah membenci aku.

Setiap pagi aku menghantar dia ke sekolah dia hanya salam tiada lagi peluk cium seperti dulu. Tidak lagi mesra, rasa kekok dan dia memilih duduk dibelakang. Tiada lagi cerita menarik untuk berkongsi. Sunyi hidup aku.

Suatu petang, aku berbual dari hati ke hati dengan anak sulong. Aku minta dia luahkan segalanya, biar aku tahu.

Aku : Kkk, abah nak tanya, knp kkk sekarang byk diam ? Kkk tak suka ke abah cuti panjang jaga kkk dan ibu ?

Kkk : Kenapa pulak kkk tak suka abah ada. Kkk tak cakap pun. Kkk suka je, boleh ibu rehat, kesian ibu. Selama nie ibu tak cukup rehat.

Semua benda ibu buat. Kkk kesian kat ibu.

Aku : Apa maksud kkk ? Cuba kkk citekan pada abah, apa sebenarnya berlaku. Abah janji abah takkan marah kkk.

Aku lihat ada air jernih jatuh. Dia ambil masa untuk ceritakan pada aku. Aku sabar menunggu sambil aku menggosok lembut belakang badan dia.

Kkk : Abah, tau tak ibu tu penat. Semua keje ibu perlu buat. Ibu tak sempat nak rehat, kadang-kadang kkk tengok makan pun tak sempat.

Terkejar-kejar uruskan opah, mandikan opah, kisahkan ubat-ubat opah. Lepastu nak uruskan kkk dan adik-adik, ulang alik hantar ke sekolah kafa pulak. Mana nak masak makan lagi untuk anak-anak abah dan opah. Abah rasa bila ibu rehat..???

Masa ibu banyak habiskan atas jalan dan uruskan semua orang tanpa pikir diri sendiri. Tak cukup jaga opah, abah minta ibu jaga makngah sekali, kononnya makngah tu kkk ibu juga, apalah sangat.

Abah, kkk pernah suarakan pada abah kkk nak naik bas atau van sekolah, tapi abah yang tak setuju, abah cakap ibu boleh drive, biar ibu je hantar dan ambil kkk, jangan membazir.

Kalau abah nak tau, makngah tu buat macam-macam kat ibu. Opah pun sama, opah baling pinggan bila ibu suap makan, opah marah ibu, opah cakap ibu tu abah kutip je, tak tau asal usul.

Kkk sedih tengok ibu macam tu. Kkk pernah nak citekan pada abah, tapi ibu halang. Ibu cakap ibu ikhlas jaga opah dan makngah.

Ibu cakap ibu tak ada keluarga seperti abah, jadi ibu nak merasa ada kkk, ada emak. Tapi kkk tak nampak pun makngah dan opah melayan ibu dengan baik.

Kami nie berapa kali dah nampak ibu terlelap di trafic light sebab penat sangat. Tapi ibu tak pernah mengeluh. Tambah pulak ibu ada baby dalam perut. Ibu tak fikir pun pasal diri ibu, yang ibu tau keje ibu siap.

Aku kelu mendengar. Selama ini aku sangkakan isteri aku tiada masalah dan aku tidak pernah bertanya. Ya aku mengaku aku silap. Aku benar-benar menyesal kerana terlepas pandang mengenai tanggajawab aku.

Aku konon mahu berbakti pada orang tua tapi tanggungjawab itu bukan aku yang pikul. Aku meletakkan sepenuhnya tanggaungjawab itu pada isteri yang tidak berdosa walau secalit.

Dalam tempoh cuti ini juga aku memohon kuaters perumahan, aku mahu bawa keluarga aku bersama aku, aku membuat pertukaran sekolah anak-anak.

Aku mahu menebus kembali segala kekhilafan aku yang lalu pada isteri dan anak-anak. Aku mahu kehidupan berkeluarga seperti dulu.

Mengenai emakku, aku tidak marah dia sama sekali kerana dia syurgaku, tapi jauh disudut hati aku terkilan dengan apa yang berlaku. Aku mengupah sepupu aku untuk menguruskan emak, dan aku akan tetap pulang seperti biasa. Aku tidak akan sesekali mengabaikan emakku.

Kakngah pula aku minta anak-anaknya lah yang mengambil tanggungjawab. Cukuplah selama ini mereka mempergunakan isteriku, aku takkan biarkan berlaku lagi.

Selepas aku selesaikan segalanya mengenai emak, pindah ke kuaters, urus sekolah anak-anak, aku dapat rasakan sedikit ketenangan.

Aku bangun tengahmalam tunaikan solat sunat. Aku mohon Allah ampunkan aku kerana aku adalah punca segala yang berlaku.

Aku punca kehilangan anak kembarku, aku punca isteri aku sengsara, aku punca membuat anak sulungku jadi tekanan emosi dan trauma. Aku lah punca sebenarnya.

Aku memohon maaf pada isteriku kerana telah mengabaikan dia sebelum ini.

Aku minta dia beri peluang untuk aku tebus kesilapan, aku mahu isteri aku yang dulu, isteri yang tidak lekang dengan senyuman, isteri yang banyak bicara, aku janji aku akan jaga dia seperti nyawaku sendiri.

Isteri : Bie, semua yang berlaku adalah kehendak Allah. Siapa kita untuk menolak kuasa Dia. Sayang berlapang dada menerima setiap ketentuanNya. Pada sayang Allah sedang menegur kesilapan kita. Syukur kerana Allah masih beri peluang untuk kita berubah.

*Bie… Sayang dah maafkan semua orang, bie jangan risau. Sayang tak berdendam pun.

Sayang tak mahu menjadi penyebab mengheret bie ke neraka. Sayang reda dengan apa yang berlaku. Semua ini kerana kasih, cinta dan ikhlas sayang pada bie.

Lagipun bie melayan sayang dengan baik sepanjang kita bersama, malah bie tak pernah meninggikan suara, bie menyantuni sayang dengan lemah lembut.

Saat bie minta sayang menjaga emak, betapa lah sayang berbesar hati kerana beri kepercayaan pada sayang. Ini lah peluang sayang membalas kebaikkan bie selama 14 tahun kita bersama.

Terima kasih bie kerana memberi sayang menikmati kasih sayang berkeluarga yang mana selama ini sayang tidak merasa*

– Zack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *