Assalamualaikum. Saya N, seorang wanita berumur 23 tahun. Tujuan saya menulis di sini ialah kerana ingin memberi peringatan kepada semua wanita di luar sana agar sentiasa berwaspada kepada golongan lelaki tak kira sama ada keluarga atau pun bukan.
Kisah yang akan saya kongsikan ini merupakan satu rahsia yang saya simpan kemas selama ini. Dan saya berniat untuk bawa rahsia ini sampai ke akhir hayat saya demi kebaikan semua yang terlibat. Jadi biarlah saya kongsikan di sini sekadar untuk dijadikan pengajaran buat pembaca.
Sebagai latar belakang cerita cukuplah bagi pembaca untuk mengetahui bahawa saya merupakan satu2 nya anak perempuan dalam keluarga. Saya mempunyai beberapa abang dan adik lelaki. Waktu kecil, kami adik beradik sgt rapat antara satu sama lain.
Sampai kadang2 batas antara lelaki dan perempuan pun samar2. Pada ibu bapa saya, rapat antara adik beradik perlara normal. Dan ibu jugak berasa tenang hati melihatkan abang2 boleh menjaga adik2 dengan baik sewaktu mereka sibuk bekerja.
Tapi sayangnya, kepercayaan yang ibu letakkan pada abang telah disalahgunakan olehnya. Rasanya semua pembaca boleh meneka apa yang mereka perlakukan terhadap saya kan? Ya, saya mendapat gangguan seksual oleh abang kandung saya sendiri sejak dari kecil.
Saya xkan cerita dengan detail apa yang berlaku kerana ianya bukan cerita yang sesuai dikongsi di tempat umum. Mungkin semua tertanya tanya kenapa saya tidak mengadu kepada ibu tentang perkara ni, bukan? Pada waktu tu secara jujurnya saya tak faham apa yang berlaku.
Bila saya tanyakan pada ibu sama ada boleh atau tak, ibu hanya kata, “mestilah kena pegang, kan abang nak mandikan adik”. Beberapa kali saya tanyakan soalan yang sama tapi semuanya tidak diambil peduli oleh ibu.
Silapnya ibu saya kerana tidak mencurigai langsung anaknya. Dan silapnya saya? Saya masih terlampau kecil untuk faham apa yang boleh dan apa yang tidak. Masih terlampau mentah untuk tahu batasan antara lelaki dan perempuan.
Tambahan lagi, tiada sapa pun beritahu saya tentang perkara2 ni. Nobody. Perkara ini berlarutan sampailah abang saya masuk masuk ke sekolah asrama beberapa tahun kemudian.
Bila saya tahu semua yang dilakukan pada saya adalah salah? Saya dapat tahu secara kebetulan dimana salah seorang kawan saya berkongsi tentang pesanan ibunya mengenai isu laki dan perempuan. Waktu tu saya sgt tergamam. Saya terkedu dan lost tak tahu kepada sape saya patut mengadu.
Saya ingin sangat mengadu kepada ibu atau guru tapi saya teringat “pesanan” abang saya. Saya jadi takut dan akhirnya saya pilih untuk rahsiakan sahaja. Nasib baik setelah abang saya keluar rumah dan masuk ke asrama, saya sangat jarang berjumpa dengan dia lagi.
Dan dia pun tidak lagi melakukan sebarang perkara tak elok kpd saya. Mungkin kerana dia tahu saya dah besar dan dah faham. Jadi risau perbuatan kejinya akn terbongkar. Adakah ini bermakna saya sudah selamat?
Semasa di sekolah menengah, saya boleh dikatakan agak aktif. Dan maklumlah budak tengah membesar lagi2 perempuan sekolah menengah.
Faham2 jelah. Sepanjang sekolah menengah, saya masih okay dan xberapa terkesan dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya cuba sedaya upaya untuk lupakan apa yang berlaku. Saya cuba untuk percaya dengan keluarga saya terutamanya abang.
Saya cuba percaya bahawa setiap yang bersalah perlu diberi peluang kedua untuk berubah. Saya cuba hidup macam remaja lain. Happy and carefree. Tapi tanpa saya sedari saya mulai mempunyai masalah trust issue dan perasaan benci pada lelaki mulai perlahan2 menyelinap dlm diri.
Kan awal2 tadi saya beritahu bahawa saya satu2nya permpuan dalam keluarga bukan? Dan saya jugak nak tekan kan bahawa saya bukan datang dari keluarga berada.
So obviously, saya berkongsi bilik dengan adik2 saya. Ya, saya, seorang remaja perempuan berkongsi bilik tidur dengan adiknya, yang merupakan seorang remaja lelaki.
Benda yang paling saya takut berulang kembali. Dan kali ini, si pelakunya merupakan adik saya sendiri.
Tell me now, how am I supposed to trust a man ever again? Setelah apa yang berlaku saya mengugut untuk memberitahu ibubapa tentang perkara tersebut dan adik berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
Dan mulai hrtu juga, saya seorang tidur dalam bilik manakala adik saya tidur di luar bilik. Apabila ibu bertanya saya hanya jawab tak selesa tidur sekali. Kali ni saya beritahu tak pada parents? Tidak. Saya tak beritahu. Kenapa? Sebab saya terlampau malu.
Saya rasa benci dengan diri sendiri. Dan saya takut kalau ibu tak percaya pada saya. Saya takut ibu tak berpihak pada saya macam apa yang berlaku waktu kecil dulu. Terlampau banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan dan akhirnya saya pilih untuk terus memendam.
Sekarang, saya berumur 23 tahun. Did I forgot about everything that happened? I wish. Kesannya sekarang saya ada masalah trust issue yang sangat teruk. Saya bukanlah feminis mahupun pembenci lelaki secara membuta tuli. Tapi saya jugak tak percaya pada mana2 lelaki.
Walaupun ibu terus menerus mengasak saya untuk mencari pasangan dan berkahwin, tapi entahlah. Hati saya seolah2 tertutup untuk bercinta.
Saya takut untuk dirikan keluarga. Saya takut perkara yang sama akan berulang kepada anak2 saya. Saya juga rasakan diri ni tak layak untuk berpasangan. Walaupun saya tak pernah buat perkara2 terkutuk tu.
Walaupun saya jaga kesucian diri saya secara bersungguh2 selama ni. Semua tu tak berguna kan? Sebab hakikatnya hak yang perlu saya pertahankan telah pun dirampas sebelum saya faham apa2. Saya tak tahu kenapa saya yang dipilih untuk diuji sebegini tapi saya yakin semua ni ada hikmahnya.
Saya minta pohonon doa para pembaca agar saya terus dikurniakan kekuatan untuk terus hidup bersama trauma ni. Doakan saya lupa tentang apa yang dah berlaku. Doakan saya untuk maafkan diri saya yang terlalu lemah untuk pertahankan harga diri dan menegakkan keadilan.
Doakan abang dan adik saya supaya mereka benar2 berubah dan tak ulangi kesilapan yang sama. Saya berharap tiada sapa pun perlu hadapi nasib yang serupa mcm saya.
Dan kepada para wanita di luar sana ingatlah supaya sentiasa berwaspada. Kepada ibu2 jangan abaikan kata2 anak kecil. Berikan didikan yang secukupnya. Pastikan mereka faham batas2 lelaki dan perempuan. Tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.
Jadikan Islam sebagai garis panduan. Sebab tulah dalam Islam pun sangat menganjurkn untuk pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan.
Walaupun adik beradik, ahli keluarga, ingatkan supaya mereka, baik yang lelaki mahupun yang perempuan untuk sama2 menjaga aurat dengan elok. Nafsu manusia tak dapat kita jangkakan. Lebih baik untuk kita sentiasa berwaspada daripada menyesal di kemudian hari.
Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindunganNya. In shaa Allah.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit