Comel je aku baca confession Kak Siti Mengenai tips hamil. Korang boleh baca disini, (https://iiumc.com/wanita-dan-mengandung/).
So aku nak share tips berdasarkan kajian ilmiah mengenai kehamilan pada pasangan yang Trying To Conceive (TTC). Kaedah ini boleh di aplikasikan pada pasangan yang tiada masalah zahir dan batin.
Yang ada masalah cyst, PCOS, period tak teratur, fibroid, keabnormalan sperma dll agak kurang keberkesananya. Tapi tak salah mencuba kan?
Ini bukan penulisan lucah ye. Ini ilmu yang aku nak share. Aku mohon maaf jika kalian baca dan tidak selesa. Aku bercakap based on capacity aku di dalam bidang perubatan.
Ramai yang confuse antara Ovulation Kit Predictor (OPK) dan Urine Pregnancy Test (UPT).
Untuk pengatahuan semua penggunaan alat ini hampir sama. Just dip in atau add few drop of urine. Then akan keluar 2 line sebagai indicator positif tapi sebenarnya 2 ujian untuk fungsi yang berbeza.
OPK ialah alat untuk mengesan LH (sejenis hormon-korang boleh google sendiri fungsi hormon ini).
Dipendekkan cerita, OPK ialah alat mengesan hari subur kita atau dalam erti kata lain mengesan hari -hari dimana ovary mempunyai ovum yang matang untuk di senyawakan.
Lets say, kita buat hubungan pada hari-hari kita positif OPK ini kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi.
OPK ni tak wajib pun, ada orang tak buat pun tahu-tahu je hamil. As I said ini hanya kajian ilmiah. Nak follow pun tak salah.
UPT ialat alat untuk kita mengesan hormon HGC (hormon chorionic gonadotropin), Hormon yang dihasilkan oleh plasenta setelah proses implantasi berlaku.
HCG berada dalam darah atau air kencing kita seawal 7-8 hari pensenyawaan berlaku. UPT ialah ujian untuk mengesahkan kita hamil atau tidak.
Tapi ada setengah orang UPT ni invalid, susah nak detect HCG dalam urine so kena ambil darah untuk ujian BHCG (Beta Human Corio Gonadotrophin)…
So, siapa yang perlu buat OPK?
Jika kita tak confident hari subur kita bila, boleh je kita buat OPK ni setiap hari selepas kita haid. Actually dalam subjek sains tingakatan 5 cikgu dah ajar waktu subur wanita.
Mungkin kita je tak perasan. LoL. OPK perlu buat setiap hari ye, sebab tu OPK dijual lebih banyak berbanding UPT. After dah buat OPK dan result kita positif (bila timbul double line) itulah hari subur kita.
Makanya, hubungan suami isteri tebih afdal di buat ketika ini jika korang TTC lah. Kalau tak nak biarlah hari-hari subur korang berlalu pergi. Hahahaha.
Soalan: Adakah OPK perlu di buat setiap hari?
Jawapan: Ya, perlu, sehari selepas haid sehingga muncul “double line” dan berterusan sehingga hari hilangnya “double line”.
Soalan: Bilakah masa yang sesuai buat OPK?
Jawapan: Waktu pagi dan petang.
Soalan: Adakah hubungan suami isteri perlu dilakukan setiap hari sepanjang OPK menunjukan Positif?
Jawapan: Ya, kerana kita tidak tahu bilakah hari dimana ovum di lepaskan dari Ovari. Boleh jadi hari ke 5 selepas haid, boleh jadi juga hari ke 14 selepas haid.
So bab OPK dah Khatam ye murid-murid. Hehehe.
Kita berbalik pula pada kaedah. TTC ni tak bertepuk sebelah tangan tau. Suami dan Isteri kena mainkan peranan.
1. Both pasangan elakan stress.
2. Makanan yang sihat itu wajib. Kurangkan makanan pedas, bergas dan beralkohol.
3. Elakan melakukan hubungan ketika perut lapar, ianya akan menganggu konsentrasi.
4. Kenali waktu subur lelaki, antara jam 5-10 pagi. Waktu ini sperma sangat aktif. Jika melakukan hubungan dalam tempoh waktu ini kebarangkalian peluang untuk hamil adalah tinggi.
5. Lakukan hubungan sepanjang waktu OPK isteri positif. Kalau 5 hari positif OPK maka 5 hari lah direct kalian berhubungan.
6. Akhir sekali berdoakan kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Moga di tumbuhi zuriat yang soleh solehah. InshaAllah.
Cukuplah aku share ni. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
– Abang Long Kawasan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit