Assalamualaikum buat semua pembaca dan terima kasih admin sudi approve luahan saya.
Sebelum ini saya dah pernah buat confessions di sini, lebih kurang dah empat kali saya menulis di sini. Saya sekadar ingin berkongsi tips berguna buat semua pembaca yang alami masalah sama seperti saya.
Maaf cerita saya mungkin agak berterabur, tapi saya dah merasai kekuasaan Allah tanpa batasan yang luar biasa sejak diuji begini (setiap saat Allah itu berkuasa, namun apa yang saya hadapi mungkin sesetengah saja yang hadapi).
Korang mesti pernah hadapi ujian yang buat korang bertanya, ‘Allah, kenapa aku?’ kan? Kadangkala korang rasa tak mampu nak hadapi ujian yang diberikan. Jatuh bangun korang tak yakin bagaimana korang mampu hadapi hari esok.
“…dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87)
Saya pun tak terkecuali dari merasai semua itu. Itulah perjalanan kehidupan, bukanlah dugaan bagi saya. Ujian atau bala persoalannya? Setiap kita pastinya hadapi ujian yang berbeza.
Allah telah berfirman,
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286)
Jadi, jika korang dah berjaya survive sehingga hari ini dengan ujian yang datang, maksudnya korang tidak keseorangan. Allah sentiasa bantu. Alhamdulillah. Hadapi tentangan, namun hadapilah dengan jalan kebenaran dan tidak tersasar dari landasan agama.
Ujian yang saya sedang hadapi pula, disihir oleh seseorang. Saya tak pasti sejak bila disihir, tapi gangguan bermula sejak bulan Mac 2020.
Sihir saya bukanlah calang-calang juga, sihir yang menyesatkan akidah dan mental saya. Alhamdulillah Allah masih lindungi saya buat benda yang bukan-bukan.
Saya pernah terbaca sihir berlaku sejak zaman dahulu sehinggalah sekarang, cuma sekarang lebih ekstrem dan lebih banyak yang praktik sihir. Semoga kita semua dijauhkan daripada mensyirikkan Allah.
Alhamdulillah saya tak tahu mengapa, tapi sejak bulan Disember 2019, saya sangat suka share tentang Rabiatul Adawiyah sehingga jadikan beliau idola saya, setanding dengan para wanita solehah yang lain.
Bila diuji sebegini, saya cemburu dengan orang-orang yang dapat beribadat dengan sempurna tanpa gangguan dahsyat dan saya cemburu dengan Neelofa yang dapat hidayah berniqab dan lebih baik dari semalam. Ya, saya memang mudah terinspirasi dengan wanita solehah.
Oh ya berbalik kepada ujian yang saya alami, saya pasti korang pun ramai sangat yang kena sihir. Pada mulanya, saya tidak tahu kenapa harus saya.
Bila saya adu pada keluarga, mereka katakan saya ni orang yang baik, kenapa disihir? Saya bukanlah orang baik, nak khusyuk dalam solat dan jaga hubungan sesama manusia, masih lagi gagal.
Betapa iman kami sangat nipis, mempersoalkan takdir Allah. Sedangkan kita tak tahu sehalus-halus kesalahan yang kita lakukan kat orang tu.
Saya disihir dengan macam-macam gangguan, kebanyakan benda ghaib saya dah boleh nampak secara bayangan, lintasan, mimpi, mahupun ketika pejam mata. Bayangan seram tidak pernah lalu secara lintasan, tapi melalui pejam mata sahaja.
Ajaibnya, Allah nak bantu saya, banyak kali kalimah-kalimah Allah Muhammad, ayat-ayat al-Quran timbul melalui lintasan, bayangan, mimpi dan pejam mata. Saya juga pernah mimpi diajar bertasbih kepadaNya.
Sehingga sekarang sihir ini masih tidak pulih. Sehinggalah saya mendapat perawat yang ditunjukkan oleh Allah melalui pejam mata katakan kepada saya,
“Awak tak perlu fokus siapa yang menyihir, tapi awak perlu fokus kenapa awak disihir. Kenapa awak dipilih?” Saya terus rasa bagaikan dilempang.
Kira-kira 5 orang perawat juga saya dah jumpa untuk merawat. Alhamdulillah yang terakhir saya dapat jawapan melalui istikharah yang tidak henti2. InsyaAllah 30% lagi saya akan pulih. Doakan saya ya. Saya nak rasa nikmat Islam semula.
Saya nak flashback diri saya yang dulu. Sebelum ini, saya sejenis yang tidak jaga solat. Saya buat banyak benda lagha.
Bercinta dengan orang itu, orang ini, asyik dengan dunia maya, tak dengar cakap mak ayah, suka mengumpat, suka buka aib orang dan macam-macam lagi. Lihatlah, azab Allah bagi kejap je. Jangan tiru saya. Kembalilah kepadaNya.
Bulan Disember 2019 bermulanya saya rasa penghijrahan saya, saya mula suka share pasal Rabiatul Adawiyah tu, namun belum lagi episod saya jaga solat.
Saya start jaga semuanya bermula Mac 2020. Saya mula solat dalam kepayahan, sihir itu sangat menyakitkan. Masa tu saya tak dapat rawat lagi atas sebab PKP dan saya jauh dari keluarga.
Masa tu juga saya tak terbuka hati untuk cari perawat Islam secara jarak jauh. Rupanya hati saya dah dikawal ketat oleh sang anasir. Beratus-ratus jugalah yang hinggap di tubuh saya. Saya balik sebelum raya haji, lepas PKP dah dilonggarkan. Lama jugalah kan saya bertahan.
Saya dapat macam-macam petunjuk dan siapa yang buat, orang yang sama, namun biarlah rahsia kerana bukan itu fokusnya. Ada juga dapat petunjuk tapak sihir dah kembali kepada tuannya, banyak kali. Sepanjang merawat dengan perawat yang terakhir, saya banyak belajar.
1. Apabila ditimpa musibah, janganlah salahkan musibah itu, salahkan diri. Cari salah itu, betulkan.
2. Jangan berdendam jika musibah itu melibatkan orang sekeliling, sebaliknya, biarkan ia berlalu dan jadikan sempadan buat diri.
3. Jika melibatkan orang juga, jangan rasa lemah. Kuatlah kerana Allah.
4. Jangan sesekali tanya kenapa Allah pilih korang hadapi benda ni. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Sama ada ia ujian atau bala, hanya Allah yang tahu.
5. Banyakkan merawat diri sendiri.
Saya mula belajar untuk merawat diri dalam tidak sedar. Benda ini saya buat sejak bulan Mac. Jika percaya pada Allah, rawatlah diri dengan muhasabah diri kenapa sesuatu tu berlaku. Adakah atas kesalahan diri? Tebuslah kembali kesalahan dengan cara:-
1. Kenal diri (Fahami Islam).
2. Kenal Allah & Rasulullah SAW.
3. Awaluddin makrifatullah. Kedua-dua di atas memerlukan masa, namun ia berkesan untuk semua ujian yang korang hadapi, tinggal yakin sahaja kepada Allah. Tak lambat tak cepat, tetap berkesan.
4. Mulakan kedua-duanya dengan betulkan ibadat yang salah. Kena tahu kenapa kena solat, kena ambil wudhu, kena tutup aurat, kena hormat ibu bapa dan sebagainya. Carilah guru. Banyakkan dengar ceramah ulama. Kena tahu siapa kita di bumi Allah ini.
5. Dah tahu semua tu, belajarlah ambil wudhu dan solat dengan sempurna. Ini adalah pokok pangkal kepada sempurnanya segala apa yang kita lakukan. Jika tak faham bacaan solat, silakan belajar fahami maksud setiap bacaan.
6. Setiap ibadat lakukan dengan hadirnya Allah di sisi, tunduk rasa malu padaNya. Buat sahaja walau hati tengah gundah gulana. Saya lalui dengan bisikan-bisikan kristian di hati. Alhamdulillah sekarang makin berkurang.
7. Belajarlah cari makna zikir-zikir lazim. Bermula dari istighfar, selawat dan zikir-zikir lain. Carilah guru untuk latih. Setiap zikir membawa makna indah jika difahami.
8. Praktikkan zikir-zikir di dalam hati. Lama-lama hati akan sentiasa berzikir. Mulakan dengan zikir pada lidah dahulu.
9. Nak redha Allah, cintailah Rasulullah SAW. Amalkan sunnah-sunnah baginda, insyaAllah lebih mudah jalan menuju kepadaNya.
10. Banyakkan solat sunat taubat, jika berkemampuan, buatlah 70 kali semalaman, lama-lama akan hadir rasa ikhlas dan cinta itu. Jika tak mampu, memadai 2 rakaat sahaja setiap malam. Praktikkan juga solat sunat syukur setiap hari.
11. Lunaskan perkara yang tertangguh sesama manusia (habluminanas), contohnya hutang piutang. Jika tiada, minta maaf dengan mereka sekerap yang mungkin.
12. Praktikkan 4 sifat Rasulullah SAW, kerana khalifah sejati ada 4 sifat ini. Mulakan dengan sekecil-kecil perkara, setiap 4 sifat itulah kebenaran.
13. Amalkan sifat mahmudah lain, Allah sangat suka. Boleh jadi apa yang kita hadapi kerana terlalu banyak sifat mazmumah kita samada kepada manusia atau kepadaNya.
14. Hidup sederhana itulah amalan orang mukmin.
15. Lunaskan hutang-hutang lama dengan Allah. InsyaAllah Allah akan redhai kita.
16. Belajar faham Asmaul Husna dan 20 sifat Allah. Boleh juga berzikir hari-hari setelah faham.
Apa yang saya nak sampaikan, bila diuji, Allah nak kita cari DIA, bukanlah cari sahaja, tapi cari redhaNya. Redha dalam setiap tindakan kita, samada yang lepas, yang sedang kita buat atau yang kita akan buat.
Saya bersyukur ujian saya ni tidaklah hebat mana, ada yang sampai tak boleh sujud meminta ampun kepadaNya. Ada yang hatinya dibutakan untuk tidak meminta, ada pula yang kerap mempersoal dan menyalahkan. Apabila diberi nikmat kesihatan, gunalah sebaik-baiknya untuk DIA.
Betapa payahnya nak mendapat keampunan Allah, hanya mereka yang menyedarinya tahu. Namun, perlulah yakin Allah Maha Pengampun, cuma perlu istiqamah padaNya.
Bersyukurlah bila diuji di saat kritikal mahupun di saat senang, kerana manusia itu dicipta untuk diuji, sedang dunia pun dicipta untuk ujian Allah.
Nikmat dalam ujian itu sangatlah indah sebenarnya, Allah tidak pernah menipu hambaNya. Jika kita rasa lemah, manakan hari ini kita boleh hidup lagi.
Doa iftitah itu, dalamilah maksudnya. Al-quran itu tadabburlah seikhlas hati. Carilah DIA tanpa persoalkan, fikirkan itu ujian atau bala. Kemudian, baikilah diri.
Bila ada Allah dalam diri, insyaAllah Allah akan lindungi setiap sudut. Nasihat saya yang terkena sihir, rawatlah diri di samping cari perawat Islam.
Jika ada yang perlukan bantuan untuk rawat diri, komenlah di bawah. Saya akan cuba bantu.
– RA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit