Siapa Yang Patut Terluka?

Hi Assalammualaikum, ini kali pertama saya cuba meluahkan apa yang terbuku di dalam hati saya dalam bentuk karangan.

Maaf kalau kurang faham atau terlalu panjang. Mungkin bakal terjadi luahan bertukar seakan diari hidup tetapi harap semua bagi nasihat yang baik baik ya terima kasih.

Serba ringkas, saya merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik. Punya abang, adik, kakak dan kedua ibu bapa yang masih hidup. Dari luar, kelihatan keluarga saya sangat normal dan hidup dengan sederhana.

Tapi kalau normal tidaklah saya di sini kan. Saya mula menyedari akan abnormaliti keluarga saya ketika saya berumur 12 tahun.

Seperti kisah drama di kaca TV, saya tahu ibu bapa saya tidak bahagia seperti orang lain. Keluarga saya tidak rapat antara satu sama lain seperti orang lain.

Ketika saya di Tingkatan 1, ayah kantoi curang. Dia menjalinkan hubungan dengan isteri orang berkenalan melalui kawannya di Facebook.

Di saat inilah semuanya bermula. Mak pastinya meminta untuk diceraikan. Ayah pula menjustifykan perbuatan dia kerana mak yang tak pernah melayan dia dengan baik.

Saya pula oleh kerana sering mendengar mak menangis, bertukar menjadi seorang yang melawan kata-kata ayah sehingga pernah ditampar.

Saya juga selalu cuba-cuba menggores tangan saya dengan pisau cukur. Keluarga dan kawan-kawan tak menyedari perbuatan saya sebab setiap kali saya melakukannya, saya akan memakai lengan panjang.

Apatah lagi saya dari kelas aliran agama. Mana mungkin orang akan menyangka perwatakkan sebegini rupa. Ayah memilih untuk meninggalkan perempuan itu kerana abang saya mengugut perempuan itu. Tetapi sejak itu, mak berdendam.

Hubungan keluarga saya tidak pernah baik tetapi tidak juga tahap yang memudaratkan. Tidak sehingga saya berumur 18 tahun, mak pula kantoi curang.

Dia menjalinkan semula hubungan dengan kekasih lama yang dia jumpa ketika “reunion”. Ketika ini, teruk mak dikerjakan oleh ayah sehingga kami adik beradik harus masuk campur.

Abang takde pula masatu. Setelah itu, mak mengungkit apa yang berlaku dulu dan sekali lagi minta dilepaskan. Mak juga tidur di bilik berasingan. Saat inilah segala aib mak ayah dihambur dari mulut mereka kepada saya.

Sehingga kini, di kala saya sudah berumur 20+ tahun, mereka masih berkelakuan begini. Mak minta dilepaskan. Ayah seksa mental mak dan paksa mak untuk filekan sendiri di Mahkamah.

Mak tahu ayah buat begini kerana tak mahu harta jatuh banyak kepada mak dan ayah sendiri pernah berkata dia memang saje nak mak appoint lawyer dan fight habis-habisan di Mahkamah kerana nak mak habiskan duit mak.

Mak bukanlah orang senang. Kenapa ibu bapa yang berkelakuan seperti ini tidak sedar anak anak yang terhimpit di tengah? Bagi saya mak dan ayah dua-dua ada salah mereka sendiri. Tetapi dua-dua terlalu ego untuk mengakui kesalahan masing-masing.

Mak

Mak seorang yang sangat baik. Lembut dan sentiasa pemurah. Semua orang sayangkan mak. Tetapi mak tidak pernah lembut pada ayah.

Kata mak, mak tak boleh terima ayah dalam hidup dia. Mak berkahwin dengan ayah sebab dipaksa oleh abang dia. Setelah berkahwin, mak cuba untuk sayangkan ayah tetapi sikap ayah sangat mak benci.

Ayah seorang yang panas baran. Mak kata dulu kalau masa kami kecik, ayah kalau marah sampai hempuk kepala mak ke dinding. Ayah tak buat sejak arwah wan saya tinggal bersama untuk menjaga kami. Ayah juga seorang yang bercakap kasar.

Ini tak janggal bagi kami, perkatan bodoh dan celaka sudah biasa didengari. Bila ditegur, dia kata dah ini memang perangai dia, terima sahajalah.

Ayah juga seorang yang kedekut. Tahap kedekut ayah, bila mana mak nak inginkan sesuatu seperti kalau mak nak beli ketam, ayah ‘pinjamkan’ duit.

Tapi mak tak pernah mengadu pada sesiapa seperti yang saya kata tadi mak bukan dari orang senang dan tak mampu untuk menanggung kami ketika itu. Orang dulu-dulu kan mana ada sumbangan untuk janda malah dipandang serong.

Hidup mak mulai senang sedikit apabila mak mula berniaga menjual biskut. Itu pun setiap tahun membuat pinjaman dengan ayah.

Mak juga berkerja sepenuh masa. Tapi semua kerja mak buat sebab ayah kata semua kerja rumah tanggungjawab isteri.

Suami bagi sekadar cukup ada tempat berteduh, boleh makan dan ada baju sudah cukuplah. Kalau nak lebih-lebih usaha sendiri. Duit nafkah tiap bulan pun ayah bagi 100 ringgit sahaja pada mak.

Ayah

Tidak adil kalau saya katakan ayah saya tidak ada baik dalam diri dia. Ayah berikan kami peluang didikan sepenuhnya.

Tak pernah dia mengeluh kalau apa yang kami minta berkaitan dengan pendidikan. Dia kasar tetapi dia tetap beri kami wang saku ke sekolah. Tidak pernah rumah ada bil yang tertunggak.

Cuma prinsip dia yang berbeza. Bagi dia, cukuplah hidup sederhana. Tak perlu membeli apa-apa barang yang tidak perlu.

Tetapi mak, apatah lagi berkerja di ibu Kota, sering saja membazir wang pada baju baru. Bagi ayah juga makan hanya sekadar untuk mengenyangkan. Suami tak pernah salah. Isteri kena taat pada suami.

Isteri tak boleh bermasam muka dengan suami. Ini betul. Mak tak pernah senyum pada ayah. Saya tahu perbuatan ini salah tetapi saya tak tahu siapa patut mengalah.

Mak kata, kalau beri peluang pada ayah, ayah akan pijak kepala mak. Tapi ayah sendiri pernah kata suami tak perlu minta maaf pada isteri sebab bukan suamilah namanya kalau begitu.

Sehingga kini, saya tak tahu macam mana mereka masih boleh bertahan. Kalau atas alasan sayang, kenapa biarkan ego menguasai diri? Kalau atas alasan anak, tidakkah mereka sedar jiwa anak mereka yabg terganggu?

Terlalu banyak lagi aib yang dikatakan oleh mereka kepada saya cuma tak sanggup saya tuliskan dengan lebih lanjut. Mereka berdua sangat pelik. Ayah kuat agama. Mengaji hari-hari, dengar ceramah hari-hari. Mak pula seorang yang terlampau baik. Hari-hari bersedekah.

Tetapi saya rasa mereka seakan tak tahu pahala dan dosa mereka bercampur haur. Saya sendiri pernah menegur mereka tetapi mereka katakan saya masih kecik, saya takkan faham.

Setiap kali ayah katakan, “kau tengoklah suami kau nanti macam mana kalau kau buat perangai macam mak kau, Aku menyesal kahwin ngan mak kau”

Setiap kali mak katakan, “kau janganlah cari laki macam ayah kau tu menyakitkan jiwa menyesal tak sudah berkahwin dengan laki macam ayah kau” tak terdetikkah di minda mereka yang aku sendiri pun tak ingin pun lahir di dunia ni, kenapa bawa aku ke sini?

Situasi sekarang, mak sudah bawa diri ke kampung sejak raya kerana pergaduhan yang berlaku pada waktu itu yang mana sehingga membuatkan adik beradik aku yang lain sangat bencikan ayah Aku. Aku pula menjadi orang tengah yang sering menjadi mangsa luahan hati mereka berdua.

Ayah sekali lagi tak nak ceraikan mak dan mahu filekan nusyuz sekiranya mak menfilekan penceraian.

Mak pula asyik berubah hati mahu diceraikan tetapi mahu cerai cara baik tetapi menunggu diceraikan. Mak kata kalau sampai mati digantung tak bertali pun takpe asalkan tak jumpa ayah kau.

Tapi ayah tak malu untuk pulang ke kampung membawa aku bersama untuk melihat hasil tanaman dia di kebun dan buat seolah olah tiada apa yang berlaku tapi dalam masa yang sama katakan mak isteri derhaka dan menyeksa mental mak.

Aku taknak ceritakan tentang perihal adik-beradik aku kerana cukuplah keaiban aku sahaja di sini. Mudah untuk aku katakan mereka juga terseksa. Tetapi jika tentang aku? Seorang graduan yang tidak berkerja.

Tidak pula mencari kerja kerana aku perlu menguruskan rumah. Sejak mak aku balik kampung, aku lah yang harus memasak dan mengurus rumah.

Abang aku ada membantu tetapi apa apa pun aku seperti hilang tujuan hidup. Rakan-rakan yang lain berlumba-lumba mencari peluang pekerjaan tetapi Aku tidak mampu melangkah.

Aku seperti terperangkap dalam penjara yang aku cipta sendiri. Terasa seolah- olah ada tali di leher yang menjerut tetapi tidak pula membuat Aku berhenti bernafas.

Aku penat. Tidak Aku ceritakan pada rakan Aku yang lain kerana bagi aku “no one genuinely care about you, they are simply curious”.

Tetapi ada seorang sahabat aku yang aku harap akan maafkan Aku. Aku sendiri katakan pada dia Aku ada trust issue. Tapi dia hanya tahu trust issue tersebut disebabkan teman lelaki aku curang pada Aku.

Kenapa lah semua orang dalam hidup Aku harus curang ya? Hshs. Aku sentiasa tolak dia ketepi jauh dari hati aku sehingga akhirnya kami tidak lagi rapat seperti dulu.

Salah Aku yang pasti. Walaupun selepas apa yang Aku buat, dia masih berkata “btw if ada nak cite pape, just text me. We might not be like before but i am always here and I’ve always been”. Terima kasih sahabat.

Aku tahu kau pembaca setia iium confessions. Aku tak mampu luahkan apa apa tentang aku sebelum ini walaupun sudah 8 tahun kita berkawan rapat. Andai cerita ku sampai kepada mu, Terima kasih untuk segalanya.

Kepada yang masih membaca hingga saat ini, terima kasih membaca diari hidupku. Aku tidak tahu lagi apa yang patut harus Aku lakukan. Malah ketika saat Aku mahu menghantar post ini pun Aku khuatir akan reaksi yang akan aku peroleh.

Jika ada yang dapat mengenal pasti siapa aku, tolong jangan petik namaku. Cukuplah untuk Aku luahkan keaibanku. Terima kasih semua.

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *