Macam Mana Nak Redha dan Bersyukur

Pernah tak bila kita share kat someone something sad about our life and they just said, “redha je lah”.. nak buat macam mana. Tetapi bagaimanakah kita untuk betul-betul redha dengan perkara tersebut? Susah, serius susah.

Aku tidak dibesarkan dengan cara “family person”. Entah aku sendiri tak tahu apa maksud family yang sebenarnya.

Kamu yang membaca confession ini sekiranya kamu dibesarkan dengan cara family person, janganlah menilai aku. Kehidupan kita berbeza.

Aku sendiri tidak pernah merasa nikmat berkeluarga atau mungkin aku terlepas pandang. Entahla… Aku masih mempunyai kedua-dua ibu bapa namun perkataan “cerai” itu sudah acapkali didengari. Bertindaknya tidak, atas dasar anak.

Sepanjang aku hidup selama 20s ni, aku sendiri tidak pernah merasa untuk menyambut “anniversary” parents. Tarikhnya pun aku tidak tahu.

Cabaran buat aku bila membesar dizaman digital ini, aku kerap membandingkan kehidupan family aku dengan rakan yang lain. Teringin nak merasa sambut benda-benda yang melibatkan family tapi aku tahu benda tu agak mustahil.

Aku tak pernah pergi family day even cousin pun aku tak kenal sangat. Aku selalu tertanya, kenapa aku? Kenapa aku yang kena hadap semua ini?

Aku benci bila orang tanya something pasal family. Aku tak tahu nak jawab apa akhirnya memilih untuk berdiamkan diri.

Kehidupan aku semata-mata untuk study. Result teruk kena makian, cacian, dan ungkitan. Tidak pernah menerima ungkapan ‘tahniah’ sedangkan rakan aku yang mempunyai result yang lagi rendah menerima kata-kata positif daripada keluarga mereka.

Semakin lama aku rasa lebih baik untuk menjauhkan diri daripada semua orang. Aku tak ada apa-apa. Nothing at all. Im lost.

Bila dah 20s ni, aku pernah terfikir pasal jodoh tapi tak ambil serius pun.

Pernah tak terfikir macam mana someone yang kita cintai dan kita memutuskan untuk mempunyai sebuah ikatan yang halal bersamanya yang dinamakan sebuah perkahwinan akhirnya terputus jua selepas beberapa tahun. itulah rahsia allah.

Salahkah jika aku bertekad dengan kepada diri sendiri bahawa aku tidak akan sesekali jatuh cinta dengan sesiapa?

Aku trauma dengan kehidupan aku sekarang. Aku penat dengan segalanya. Aku tak nak perkara sebegini berulang lagi dalam kehidupan ku.

Sebab utama aku bertekad tak nak kahwin, aku tak nak pasangan aku turut merasa perkara yang sama. Aku takut sekiranya aku tak mampu berikan kau kebahagiaan seperti mana yang kau rasai bersama keluarga kau sekarang. Keluarga aku broken.

Aku tak nak disebabkan aku, kau merasa kesedihan dalam kehidupan. Biar saja aku yang merasainya. Aku dah biasa berpura-pura bahagia.

Bayangkan kalau kita kahwin, tiada siapa pun from my family yang akan datang wedding kita. Parents aku pun tidak mempunyai hubungan yang baik bersama ipar.

Aku penat nak hadap semua ini. Bila bercerita dengan orang lain, mereka akan kata, “kau patut bersyukur sebab orang lain dah takde parents tapi kau masih ada”.

Persoalannya sekarang, macam mana aku nak bersyukur? macam mana aku nak redha? aku dah tak tahan.. Teringin nak merasa keluarga bahagia..

Bila membesar ni kau akan sedar bahawa semua benda akan tinggalkan kita dan akhirnya hubungan keluarga yang erat sahaja akan kekal sampai mati.. tapi aku tak merasa..

Kenapa aku? bukan kah perkahwinan itu dimulakan dengan kebahagiaan dan patut diakhiri dengan kebahagiaan juga?

Macam mana orang yang datang daripada broken family tetap meneruskan perkawinan bersama pasangan masing-masing sedangkan kita tak tahu apa yang bakal jadi kelak adakah kejadian hitam dalam kehidupan akan berulang semula atau sebaliknya?

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *