Assalamualaikum semua. Thanks admin kalau confession ni tersiar. Aku Farah (semestinya bukan nama sebenar). Dah berkahwin dan tengah pregnant anak pertama.
Sebenarnya dah banyak kali aku cuba nak hantar confession ni tapi banyak kali jugak batalkan. Entah la, rasa serba salah. Aku harap pembaca tak judge aku terlalu awal apa yang aku nak sampaikan ni. Ceritanya begini..
Aku anak bongsu dan ibuku seorang ibu tunggal. Sebagai anak bongsu, aku tinggal serumah dengan ibu walaupun dah kahwin. Mesti korang dah nampak akan ada masalah kan?
Pada mulanya suamiku tak begitu bersetuju, dia ajak aku pindah. Aku faham yang kami sepatutnya kena tinggal sendiri.
Tapi disebabkan ibu akan tinggal sorang kalau kami pindah, aku pujuk suami untuk tinggal bersama ibu. Adik beradik aku ada yang sokong, dan ada yang tak kisah aku tinggal kat mana lepas kahwin.
Ibu pulak memang nampak tak berapa happy aku kahwin dan tak pernah tanya pun selama ni, walaupun aku kahwin masa umur dah masuk 3 series.
Masa keluarga suami nak datang meminang aku pun, respon ibu dingin dan macam tak nak bagi dorang datang.
Betul la orang kata, bila jauh bau bunga, dekat bau tahi. Masalah bermula bila aku dan suami balik ke kampung belah suami kali kedua selepas kahwin. Jarak masa 3 bulan daripada kali pertama kami balik kampung.
Ibu sebenarnya tak puas hati dan kata selalu sangat balik kampung. Aku pulak masa tu rasa geram dan balas, suami aku nak jalankan tanggungjawab dia sebagai anak kat ibu bapanya dan ayat aku tu buat ibu marah dan bertanya suami ada bagi duit ke kat ibu bapa dia?
Aku pulak rasa ibu cakap macam tu sebab dia tak puas hati abang aku tak bagi duit kat dia tiap2 bulan dan lepaskan kat aku. Ibu seolah tak redha kami nak balik kampung.
Sebelum balik kampung, kami tanya ibu ok ke sorang2. Dengan muka masam dan mata merah (aku syak ibu nangis), ibu kata nanti mati pun sorang2.
Astaghfirullah.. ke situ pulak.. 1 hari masa di kampung, aku dapat voice note daripada abang sulungku dalam group whatsapp adik beradik.
Rupanya voice note tu perbualan telefon antara ibu dan dia (memang kadang2 dia suka record dan share dengan adik beradik). Aku pun play voice note tu depan suami tanpa apa2 syak wasangka.
Tiba2 abangku tanya pasal kami yang balik kampung kat ibu. Ibu pulak tak disangka2 luahkan perasaan tak puas hatinya dan kata kami tinggalkan dia sorang2 kat rumah.
Aku cepat2 matikan voice note tu tapi malangnya suami pun dah dengar dari awal dan dia suruh aku habiskan play voice note tu. Aku terpaksa habiskan.
Antara isi lain perbualan tu pasal rumah yang kami tumpang, abangku kata nanti rumah ni bagi kami je yang duduk.
Dengan nada tinggi ibu kata, “mana boleh! Rumah ni berapa orang yang bagi duit tiap2 bulan kat ibu dan duit tu la ibu guna untuk settlekan bayar” Kami tak jangka akan dengar ayat tu. Kami tak berharap pun untuk duduk rumah ni selama-lamanya.
Suamiku tersinggung dengan apa yang dia dengar. Ye la, kalau aku pun akan tersinggung jugak. Nampak macam nak menumpang kesenangan isteri kan.
Tapi dia memang banyak kali ajak aku pindah cuma aku tak sampai hati nak tinggalkan ibu. Lama2 ibu mula complaint pasal suamiku.
Tak tolong buat keje rumah la (ada je dia tolong tapi di belakang ibu) sebab bagi suamiku tak perlu tolong sangat sebab tu rumah ibu, bukan rumah kami (aku tau dia cakap macam ni sebab terasa, konon kami nak sangat rumah ibu ni).
Kadang2 bila ada benda bersepah, tak berkemas gara2 suami, cepat saja ibu nak marah dan tuduh suamiku walaupun kadang2 aku ada jugak sepahkan
(Tapi kalau suami aku yang buat aku pun geram jugak tapi malas nak bising. Paling2 pun lepas tu aku ingatkan suami untuk buat benda yang sepatutnya, bukannya jangan buat itu jangan buat ini).
Contoh : dia tinggalkan plastik makanan atas meja lepas makan. Kali tu takpe la, aku buangkan. Lepas2 tu bila lepas makan dan ada plastik makanan aku akan cakap kat suami, “nanti buang tau plastik tu” instead of bebel2 “haritu nape tak buang plastik lepas makan?”
Suprisingly cara ni berkesan jugak la lepas aku dah ulang beberapa kali. Lepas2 dari tu tak perlu suruh dia dah tau dia kena buat dan aku bukan sentiasa boleh buatkan. Kecuali kalau datang malas dia, memang dia biarkan atau suruh aku buang. Huhhh fine.
Masuk bab barang2 rosak kat rumah. Ibu bukan jenis yang akan minta tolong directly dengan menantu untuk tengokkan apa2 yang rosak kat rumah.
Kadang2 ibu akan cakap dengan aku dan suruh sampaikan kat suami atau kadang2 tak bagitau langsung yang dia nak suamiku tolong repair.
Kami bukan ada keupayaan mind reader. Memang kami boleh nampak apa yang rosak atau tidak tapi bila nk repair kadang tu dia kata tak payah tapi lepas tu bising takde orang nak tolong repair. Apakah…? So perlu repair ke tak..? Confuse dibuatnya.
Baru2 ni pulak abangku bercerai dengan wife dia (bukan abang sulung yang tadi tu). Dia tumpang sementara kat rumah ibu.
Aku takde hak pun nak halang tapi dia sorang yang kuat merokok. Bila dia ada kat rumah @ cuti mesti ada bau rokok yang kuat boleh masuk sampai ke bilik aku kalau tak tutup pintu.
Aku ni dah la tengah pregnant, nanti anak dah lahir, kena hidu jugak bau rokok dia? Terus terang aku kata perangai dia lebih kurang saja part sepah2 ni. Maksud aku dari segi penjagaan rumah. Air tumpah kadang2 tak lap, plastik makanan atas meja tak buang.
Bila ibu nampak benda2 tu, laju saja la kata itu kerja suami aku. Stress aku dibuatnya. Masa tengah pregnant ni pernah jugak la menangis sebab kes2 camni. Aku plan nak upah CL masa berpantang nanti tapi sekarang ni ada isu bilik pulak. Huhu..
Kami memang nak pindah tapi sekarang PKPB. Sebelum ni ibu ada merancang nak jual rumah ni kepada salah sorang kakakku dan nak buat agreement yang ibu masih nak tinggal di sini tapi ditegah kakak yang lain sebab katanya masa depan kita tak tau camne.
Tadi ibu kata pulak nanti lepas2 ni tak tau la kalau aku dan suami kena pindah bila rumah ni dah dijual pada kakak.
Aku pun balas, tengah tengok2 jugak rumah ni tapi PKPB kan. Lepas tu dia tukar pulak ayat, bukan la sekarang.. Takkan nak tinggal ibu sorang2 pulak. Aku kata, abang kan ada (kejam ke aku cakap camni?)
Akhirnya dia kata, abang tu duduk sementara je.. Dalam hati aku, sementara pun dah berapa bulan jugak..
Barang2 kami pun dah makin banyak, tunggu anak lahir lagi bertambah2 banyak barang tapi semua sumbat 1 bilik. Haritu aku beli car seat dan stroller pun ibu dah bising nk letak mana tapi dia tak nak bagi kami pindah.
Ibu mertua aku pulak ada ura2 nak datang melawat aku lepas bersalin, aku fikir mana dia nak tidur? Hotel?
Kampung mertuaku di pantai timur, takkan nak balik hari pulak kan. Pening aku. Stress. Kadang2 rasa macam nak lari sebab rasa tersepit sangat.. Apa perlu aku buat..?
Isu pindah ni memang dah lama. Selalu jugak jadi punca pergaduhan kami suami isteri. Aku tak pernah jangka keadaan akan jadi teruk macam ni.
Selalunya dengar konflik macam ni antara ibu mertua dan menantu perempuan. Tapi ni menantu lelaki pun ada masalah juga.
Aku tak salahkan ibu 100%. Aku faham dengan umur yang dah lanjut (69 tahun) orang tua akan mula berperangai kebudak budakan.
Adakah aku sebagai anak bongsu perlu ambil tanggungjawab jaga ibu walaupun ibu tak suka suami aku? Boleh nampak dari cara dia layan suami aku, dia memang tak suka.
Pernah depan2 aku suami bergurau2 dengan ibu, tapi ibu buat tak tau je. Disebabkan aku kesian dengan suami, aku layankan apa yang dia guraukan tu. Dalam hati aku sedihnya rasa. Kenapa boleh jadi sampai macam ni..
Tolong bagi kata2 semangat kat aku boleh? Aku betul2 serba salah dan rasa tersepit..
– Farah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit