Assalamualaikum semua. Macam tajuk di atas, di sini saya nak cerita pengalaman berniaga online as agent untuk satu produk. Dan salah seorang ex agent yang pernah di aibkan dalam group. Awalnya aku tertarik dengan sorang founder ni.
Seperti mana kebanyakkan peniaga-peniaga online yang selalu ‘brandingkan’ diri di media sosial untuk tarik follower dengan cara update quote motivasi setiap hari, positivity dsb.
Cuma this founder cara dia brandingkan diri melalui agama. Setiap bulan never miss to pergi pondok untuk mendalami Ilmu agama and I was wow, sebab kita ni selamanya insan jahil.
Jadi dari situ aku teringin sangat nak dapatkan Ilmu agama yang mana kita tak jumpa sangat di tempat lain. Dengan apa yang dia curahkan tu membuat aku rasa agama yang aku tuntut sebelum ni hanyalah surface sahaja.
Then the journey as agent began, lepas je training apa semua tu, akan ada surah yang diberikan untuk diamalkan setiap hari seperti al-mulk, al-waqiah, al-kahfi dan lain-lain lagi.
For me it’s a new thing that I want be more closer to Allah. Cumanya ada suatu hari dalam mana aku lakukan apa yang di ajar dan masih baru beberapa minggu kesilapan yang aku buat terus di screen shot masuk dalam group dan kene marah-marah. That the first one.
Sampai ada agent lain text aku bagitahu yang dia takut bila aku kene marah sedemikian rupa dan akhirnya agent tersebut undur diri bila aku teruk kena marah.
Bagi aku kene marah bukan satu isu yang aku tak boleh terima tapi di malukan pada khalayak dalam group buatkan hati aku rasa sakit. Tapi aku masih bertahan sebab aku nak belajar betul-betul.
Kemudian untuk kali ke dua, akibat aku tak close sale teruk aku kene maki dalam group. Sampai tahap aku dipersoalkan tahap keimanan aku pada Allah. Adakah iman aku kuat? Kalau kuat kenapa nak kene takut lagi pada manusia/ makhluk?
Dengan berterusan aku mohon maaf but deep down dalam hati aku, apa yang aku rasa dia marah sebab hilang seorang customer tapi lagi aku tak boleh terima kenapa nak kene kaitkan dengan level keimanan seseorang dalam mengukur kekayaan?
Kerana level sahabat para Nabi s.a.w itu tinggi sebab tu mereka kaya. Kau punya hidup level-level bawah ni sebab keimanan kau tara tu je. Tapi aku masih sabar dan this time aku da start jadi pemerhati.
Disebabkan mulut that founder dan lagi satu sebab aku diaibkan dalam group aku da mula dapat depression. I keep questioning myself and talk to Allah.
Ya Allah aku sayang Engkau, aku mohon ampun iman aku tak kuat, aku rasakan hidup aku dah tak bermakna andai tiada cintaMu. Begitulah doaku.
Alhamdulillah, aku tak jatuh lama-lama sangat dalam depression, hanya dua hari aku alami benda tu yang mana aku tak pernah lalui sebelum ni.
Walaupun hanya untuk dua hari wallahi dua hari tu dirasakan terlalu panjang sebab over thinking aku masa tu dalam kepala sedang bayangkan masa depan aku yang dah hancur.
After that I got myself back. This is not me. Ayat lepas tu pergi mamp*s la dengan all that kind of sh*t. Biarlah aku tak capai sebanyak kau pun.
Aku mula nampak mak cik yang jual nasi lemak tepi jalan lagi mulia dari penjual produk sampah. Sabun Kurus tu pun aku dah pakai tak berkesan pun.
Bagi aku kalau nak kurus usahakanlah secara sihat. Dan terbaru KKM dah pun bagi kenyataan bahawa sabun kurus tu antara kategori produk scammer. Nanti korang visit la sendiri.
Aku bertahan lagi after depression tu. Cuma salah satu ending sebab aku keluar dari group tu sebab nak kene jual pulak sabun ket*t & mont*k pej*l.
Dalam masa yang sama ahli keluarga aku juga memerhati founder tersebut. Sampai suatu hari salah seorang ahli keluarga aku buka mulut “duk update pasal agama tapi jual produk sampah.
Apa benda bagi pej*L & mont*k semua tu”? Walaupun aku punya level agama belum sampai pondok tapi aku cukup malu nak promot apatah lagi nak jual barang-barang macam tu.
Lagipun masa aku dah tak lama sebab bila dah tak capai target jualan kau kene tendang. So cepat-cepat la aku undurkan diri.
After that experience, aku sekarang dah serik bila orang guna agama. Segala Ilmu tujuh petala langit semua tu aku tak berani nak amik tahu. Mulut boleh ucapkan sudah memaafkan tapi hati belum tentu sudah memaafkan. Aku belum kuat lagi nak maafkan.
Sebab juga aku rasa macam pernah di manipulate, bila kau dah diaibkan datang pulak nasihat yang kau sedang diuji. Ujian itu semua dari Allah dan kau adakah kau tak layak di uji?
Aku mohon pada Allah supaya kesabaran aku ni dibalas dengan rezeki dan dijauhkan dari golongan pening ni. Maafkan aku juga andai banyak toksik dalam penulisan aku kali ni.
Doakan aku gaiss untuk move on. Aku tak tahu kenapa aku nak marah sangat tapi aku sayangkan agama aku. Aku tak boleh nak kompromi kalau kau tunggang agama.
Sebenarnya aku pun malas nak menaip, nak fikir ayat-ayat lagi cuma kali ni aku nak meluahkan. Aku mohon maaf sangat-sangat andai ada silap dari pihak aku.
Sekian,
– Bubu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit