Tips Bangkit Selepas Bercerai

Bismillahirohmanirrohim.. Assalamualaikum sahabat dunia akhirat. Aku kenalkan diri sebagai Nur Ain. Berumur 30 tahun. Mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun 9 bulan.

Seorang pemegang ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana. Tapi sudah lama meninggalkan dunia makan gaji dan sekarang dalam proses mengembangkan rangkaian perniagaan sendiri.

Based on tajuk. Tips bangkit selepas bercerai. Saya ibu tunggal? Ya, pasti. Kalau tak saya takkan dapat share tips ini dengan kalian. Saya merupakan followers KRT (Kisah rumah tangga) dan tangisan seorang wanita di facebook. Banyak, terlalu banyak kisah wanita ditinggalkan.

Lebih menyedihkan dengan alasan yang tidak munasabah. Tapi jangan disoal kenapa aku yang terima ujian ini, kenapa aku yang dipilih.

Percayalah bahawa ketika Allah swt menemukan kita dengan orang yang salah, lalu hati kita disakiti, percayalah bahawa Allah swt hanya ingin melihat sejauh mana dasar percaya dan kenyakinan kita kepada DIA.

Percaya atau tidak, selama 2 tahun saya menjadi ibu tunggal saya hanya memperuntukkn masa satu hari untuk saya menangis semahu2nya. Selepas itu, saya menjalani kehidupan seperti biasa.

Disini saya kongsikan beberapa tips yang saya gunakan untuk saya bangkit selepas diceraikan, untuk saya melawan sgala perasaan yang mungkin akan memudaratkan saya dan anak.

1) Hari pertama selepas balik dari mahkmah syariah. Saya mengurung diri di dalam bilik. Saya spend masa untuk saya menangis tanpa pertanyaan yang bertubi2 dari sesiapa sahaja termasuk keluarga saya.

Saya offkan hp, saya bawa roti dan air bawa masuk bilik. Saya minta keluarga saya jagakan anak saya. Saya ingin memberi ruang kepada diri saya untuk meluahkan segala rasa dan merancang apa yang perlu saya lakukan esok hri ketika saya membuka mata. Malam tu saya tido awal.

2) Masuk hari kedua saya ambil kertas dan pen. Saya tulis sebanyak mungkin apa yang saya perlu lakukan.

Memandangkan saya tak bekerja dalam satu tempoh yang lama sebelum ini, jadi agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan nak2 bila saya kembali tinggal dengan ibu bapa saya dipekan kecil. Agak sukar sebenarnya.

Saya ketepikan soal kerja makan gaji sebab benda take time. Saya fikir anak dan saya perlu makan, walaupun ayah saya pencen pensyarah tapi saya tidak boleh mengambil kesempatan pada mak dan abah saya.

Jadi, satu2nya jalan yang saya ada ketika itu adalah berniaga. Maka, saya mencari perniagaan yang bersesuaian dengan jiwa saya.

Syukur kerana sekarang saya kira saya sebagai usahawan yang berjaya kerana dalam masa 2 tahun saya sudah mampu menggaji orang, menyewa lot kedai dan sebagainya.

3) Untuk bangkit dari penceraian dan mewujudkan satu semangat dalam diri adalah dengan mengingatkan diri kepada punca kenapa kita bercerai.

Jujur saya katakan bahawa saya direzekikan dengan suami yang baik tapi bukan mertua dan ipar yang baik. Bukan aib mereka yang hendak saya highlightkan disini tapi untuk bangkit wajib mengambil setiap rasa sakit hati yang kita terima.

Sebolehnya ketepikan soal kebaikan. Sebagai contoh, dulu suami aku baik, selalu tolong aku dan bla bla bla.

Kenapa saya kata ketepikan, kerana ia akan jadik batu penghalang paling besar sebab bila kita teringatkan kenangan kita akan sedih dan akhirnya sedar tak sedar kita sedang meratapi sesuatu dan susah untuk bangkit.

Jadi walau ada 1000 pekara baik sekalipun, ketepi sebentar. Fokus pada 1 pekara yang menyakitkan supya kita ada satu semangat utk membuktikan sesuatu.

Betapa ramai wanita yang diceraikan ternyata mereka lebih berjaya. Jangan dilihat pada mereka yang gagal mewujudkan sesuatu yang berfaedah kepada diri sendiri. Lihatlah kepda orang yang berjaya untuk kita menjadi orang yang berjaya.

4) Kecilkan sgla masalah yang ada. Ada pepatah mengatakan, jangan besarkan masalah yang kecil tapi kecilkan masalah yang besar. Bukan mudah untuk kita lalui ujian pencerainan ini. Ujian ini meruntun jiwa setiap wanita. Walau kita dizalimi tapi tetap dipersalahkan.

Jadi, apa sahaja hinaan, cacian dan segala benda yang menyakitkan cuba kumpulkan di satu ruang didalam akal fikiran dan cuba bina peta minda untuk kita menyelesaikan satu2 masalah dengan cara yang bijak dan berhemah.

Minta tolong dengan mak ayah jika masih ada untuk mendoakan kita tanpa henti. Doa mereka dan doa anak yang masih kecil sangat mustajab.

Saya setiap hari minta mak abah dan anak saya untuk mendoakan saya walau saya tahu mak dan abah memang akan doakan saya dan anak tpi merendah dirilah dan merayu dengan mereka.

4) Perkara paling penting dari segala point diatas adalah ketetapan hati kita pada Allah swt..

Untuk bangkit dan mampu melompat setinggi langit, perlu ada izin dari Tuan Rumah Yakni Allah swt.. Perbanyakkan baca quran, solat sunnat dan banyakkan zikrullah..

Jangan rasa puas dengan amal ibadat kita. Lakukan sehingga kita rasa malu yang teramat sangat dengan jumlah bekalan yang kita ada untuk dibawa mengadap Allah swt.

Saya lakukan segala tips di atas. Syukur sehingga hari ini saya dan anak saya masih diberikan rezeki dari Allah swt.

Tak pernah tak makan + dapat selesai semua komitmen setiap bulan dan dapat reward sesuatu untuk anak dan mak abah. Bahkan kehidupan saya lebih baik dari sebelum ini.

Bila ada kawan2 yang bertanya kepada saya. Macam mana saya mampu manage emosi sendiri selama ini.

Saya jawab, saya selalu setkan dalam diri saya bahawa segala apa yang kita ada adalah milik Allah swt termasuk bekas suami. Dia adalah milik Allah swt dan Allah swt berhak mengambil kembali dengan cara apa sekalipun, bercerai mati atau hidup.

Itu semua hak Allah swt.. Ada masanya kita berfikir tapi jangan keterlaluan. Kita yang memegang tittle ibu tunggal ini harus banyak yang buruk yang kita akan hadapi dari kebaikan. Tapi niatkan segalanya kerana Allah swt, insyaAllah akan dipermudahkan.

Jika hari ini kita sudah berjaya asbab kita mengingati setiap keburukan yang kita terima dahulu, jadi bila sudah senang ambillah kembali kebaikan yang kita ketepikan tadi untuk mudah kita memaafkan.

Bersyukurlah bahawa kita diceraikan kerana sekurang2nya satu doa terhapus dari dalam kita iaitu dosa seorang isteri kepada suami. Jangan rasa down, listkan setiap kebaikan dari penceraian ini agar hati kita mudah untuk redha.

Semua benda adalah ditangan kita. Baik jahat, bahagia sengsara. Hakikatnya kita yang pilih.

Jika selepas bercerai kita memilih untuk meratapi, kita akan meratapi. Tapi jika kita pilih untuk bangkit, maka tidak ada satu pun yang boleh menghalang kita untuk bangkit kecuali Allah swt..

Sampai disini sahaja penulisan saya. Semoga segalanya bermanfaat.

Ibu Tunggal,

– Nur Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *