Hi assalamualaikum, firstly saya nak cakap yes my family is perfect. Maksud perfecf is, not a broken family. My mom and dad has a decent career in government. Gaji tinggi. They can provide us anything. Pendek kata, takde ape yang susah. And now im in mid 20s lah.
Since pkp, after saya graduate, susah nak cari kerja so saya duduk rumah until now. Jadi bile dah duduk serumah, hampir setahun ni, kita tak boleh pegi mana mana sebab pandemik kan, slowly i show them my relapse moment.
Saya ada panick attack and anxiety, mood disorder dan juga insomnia. Okay to begin the story, i start to develop it masa saya start study university which maybe around 6 years ago. This thing tak selalu happen unless sesuatu akan triggered saya, dia akan jadi. Usually panic attack lah.
Tapi masa saya study, it was just mood disorder dimana saya akan rasa sedih, marah, tak puas hati, saya tak perfect, akan nangis tak berhenti,
Then, mula lah self harm dengan kelar pergelangan tangan, rasa nak bunuh diri tu takpayah cakap lah, memang ada tapi alhamdulillah saya tak pernah cuba pun lagi. Tapi jarang berlaku.
So now saya nak cerita macam mana saya boleh ade depression ni. Masa saya sekolah rendah sampai sekolah menengah, saya hidup dalam keadaan dibanding bandingkan. Saya ade sedara yang sama umur dengan saya dan saya bagi nama teddy (bukan nama sebenar).
Keluarga saya dengan sedara sedara belah ayah saya memang rapat lah sebab kami selalu balik kampung ayah saya. Okay dipendekkan cerita, maksud saya dengan dibanding bandingkan tu, mereka selalu lebih kan teddy, nenek saya memang sayangkan teddy,
Jadi dia selalu puji puji teddy dan cakap “haa tengok ni teddy pandai mengaji bukan macam kau” “teddy takkan rosakkan barang nenek,teddy bukannya kasar macam kau” teddy tu teddy ni.
Teddy ni jugak suka mengadu, bila teddy mengadu dekat nenek saya, nenek saya akan sampaikan dekat ayah saya. Dan ayah saya akan marah saya dah pukul saya.
Walaupun teddy ni macam ni, saya tetap main degan dia. Yelahh kita kan kecik lagi masa tu, main main ni seronok lah. Lagi lagi sedara sedara saya yang besar besar memang suka dia, jadi saya nak taknak kena lah buat baik dengan dia kalau tak nanti orang marah marah saya.
Semua tu start dari sekolah rendah bayangkan hidup saya masa kecil, dibanding bandingkan, selalu di marah atas benda yang bukan salah saya. Teddy kuat menipu dan kuat mengadu, dia akan salahkan saya dah semua orang akan percaya kan dia. Saya cakap ape pun, orang akan marah saya balik.
Teddy tak pandai memang tak pandai, jadi saya berfikir, itu kelemahan dia. Saya perlu jadi pandai supaya orang pandang saya dan puji saya. Jadi saya belajar rajin rajin walaupun saya memang tak pandai, kat sekolah selalu dapat nombor last.
Tapi disebabkan saya nak buktikan dekat mak ayah saya, nenek saya, sedara saya yang saya ni sebenarnya lebih bagus dari teddy, jadi saya belajar rajin rajin dan dapat 5A upsr.
Tapi sayang, cuma keluarga saya je yang peduli dah happy. Nenek saya sedara saya semua tak peduli. Malah nenek saya siap cakap dekat ayah saya “jangan cakap tentang upsr tu depan teddy, nanti dia sedih” sebab teddy tak dapat A langsung. Orang bertambah simpati dekat dia, dan saya?
Tetap dibanding bandingkan dan diketepikan. Masuk sekolah menangah adalah moment yang paling azab bagi saya sebab apa? Sebab teddy sekolah dengan saya dah tinggal dirumah saya. Saya tinggal dengan teddy…. Bayangkan.
Di situ segala galanya menjadi lebih huru hara. Ayah saya lebihkan teddy, selalu marah saya kalau teddy mengadu.
Kakak saya lebihkan teddy. Kalau teddy nak sesuatu barang saya, saya kena bagi atau dia akan mengadu dekat ayah saya dan saya akan dipukul. Satu hari tu saya tak ingat tentang ape tapi saya marahkan teddy.
Yang pastinya, dia memang ade buat sesuatu. Teddy menangis dan telefon mak dia kat kampung. Ayah saya mengamuk dan pukul saya dengan teruk. Kakak saya juga menambah nambah perisa buatkan ayah saya lebih teruk pukul saya. Masa tu waktu malam, ayah saya kurung saya luar rumah.
Saya merayu meraung menangis, saya lari ke tingkap bilik dan merayu pada mereka untuk menolong saya supaya ayah saya beri saya masuk rumah semula. Tapi mereka hanya buat tak tahu. Saya nampak teddy senyum sinis. Allahu kejadian tu sampai sekarang kalau saya ingat, sesak nafas saya.
Sejak hari itu, saya menjadi sangat rebel dan kuat melawan. Masa tu tahun 2009 ke 2013 macam tu jadi perkataan depression ni orang tak fully aware. Penyakit ni tak fully aware.
Bile saya dah besar saya baru perasan saya ada depression masa saya kecil sebab saya ingat lagi macam mana saya selalu berdoa pada Allah waktu sembahyang supaya matikan saya.
Bayangkan saya cuma tingkatan 1 dan 2 pada tahun 2009/2010, hari hari saya doa saya nak mati. Saya selalu hantukkan kepala saya dekat dinding. Boleh dikata kan hari hari. Saya tarik tarik rambut saya. Saya tumbuk tumbuk diri saya.
Saya selalu menangis dan bercakap, kenape semua orang selalu pukul saya? Kenapa semua orang selalu lebihkan teddy? Kenape semua orang selalu salahkan saya? Kenape semua orang tak pernah percaya cakap saya? Saya ade diari waktu tu ye. Dalam diari tu penuh dengan amarah dan dendam.
Hari hari bila saya marah saya akan tulis dalam diari. Saya punya taknak hidup waktu tu, sampai saya mempersoalkan kenapa nabi adam pegi ingkar cakap Allah dulu? Kalau dia tak ingkar, mungkin manusia tiada. Bermakna mungkin saya pun takkan dilahirkan dan perlu lalui semua ini.
Sampai macam tu sekali tahap bencinya saya pada kehidupan. Hari hari tanpa henti saya doa Allah matikan saya.
Saya hanya kanak kanak berumur 13-15 tahun masa tu dan normal kanak kanak yang baru nak membesar seperti saya perlukan perhatian. Perlukan kasih sayang. Mahukan hidup macam orang lain, mahukan pujian. Mahu didengar.
Tapi tidak bagi saya, semua orang waktu itu dengar dan lebihkan teddy, saya ini tiada siapa siapa. Teddy buat jahat pada saya, saya diam je sebab kalau saya mengadu, saya kena balik.
Tapi kalau teddy mengadu, saya teruk kena. Saya menjadi sangat kasar, kuat melawan dan tak dengar kata.
Sebab bagi saya waktu tu, saya adalah pelindung diri saya sendiri. Jadi saya perlu protect diri saya sendiri. Saya perlu pertahankan diri saya sendiri.
Perkara tu memberi impak pada saya bila saya dah meningkat dewasa hingga ke harini. Masuk tingkatan 4, perkara tu mula berkurang, teddy masuk asrama dan perangai dia juga sudah tak seperti dulu.
Dan demi Allah, perlahan lahan saya lepas kan. Tapi apa kan daya, semua kejadian itu beri kudis pada saya dimana sekarang,
Kalau saya ditriggered dengan situasi itu, saya akan dapat panick attack. Sebagai contoh, kalau sekarang ni saya dengar nenek saya cakap “kau kenape tak kerja lagi, teddy tu dah kerja dah sekarang” dada saya akan jadi berat dan nak jadi panick attack. Jadi saya akan lari dan tukar topik cepat cepat.
Dan saya sedar mungkin setengah perkataan saya tak boleh dengar sekarang dan setengah situasi saya tak boleh hadap atau saya akan relapsed. Saya sembunyikan penyakit ni dari ketahuan keluarga saya kerana saya taknak mereka risau.
Tapi saya tak pernah berdendam pada sesiapa. Malah sekarang saya berfikir, ayah saya buat macam tu sebab dia tak nak adik beradik dia cakap dia lebihkan anak, jadi dia tersepit.
Perkara terbaik dia boleh buat pada masa itu adalah dengan tidak melebihkan saya. Demi Allah saya paham sekarang.
Saya tak marah pada sesiapa lagi. Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Ia adalah trauma yang sudah berada dalam diri saya. Saya tak boleh hilangkan nya dimana sekarang trauma tu menyebab kan saya ade panick and anxiety attack,insomnia dan juga mood disorder pada harini.
Jadi fast forward, selama saya menyembunyikan penyakit ni, akhirnya keluarga saya tahu juga. Semuanya terbongkar setelah pkp ni berlaku dimana saya hanya duduk di rumah sahaja. Ia bermula pada waktu puasa haritu. Saya tak berapa sihat jadi saya tak tolong mak saya masak.
Kami hari hari berbuka di rumah nenek saya sebab rumah kami dekat. Jadi bila dah nak buka, kami gerak ke rumah nenek kami. Mak saya mengadu dekat nenek saya yang saya tak menolong dia masak tadi. Nenek saya geram dan terus cakap dekat ayah saya. Kenal tak situasi ni?
Situasi ni sama macam situasia yang terjadi 11 tahun lepas. Secara automatik dia triggered saya. Dada saya mula menjadu berat. Saya dengar lagi nenek saya cakap dekat ayah saya “engkau ni tak didik anak kau macam mana aku didik engkau” boom! That one hit right in the spot.
Sebijik, saya dibandingkan lagi. Saya terus pandang abang saya dah bagi dia signal untuk ikut saya. Saya naik atas dan terus saya kena panick attack. Saya tak boleh bernafas, dan abang saya panick dan terkejut tengok saya.
Dia terus tolong saya, ajar saya bernafas. Ayah saya mungkin perasan saya tetiba tinggalkan dapur, dia naik ke atas untuk tengok kenape saya dan abang tinggalkan dapur. Di situ pertama kali dia lihat saya kena panick attack. Dia sangat terkejut dan peluk saya.
Dia suruh saya bernafas sambil berkata “Yiyi (nama saya tapi bukan nama sebenar) ayah sayang Yiyi, jangan buat ayah macam ni Yiyi” sambil menangis dah sambil dia suruh saya bernafas. Itulah kali pertama dia lihat saya kena panick attack disaat saya berumur 24 tahun.
Saya sembunyikan penyakit saya tapi akhirnya diketahui. Bila keadaan dah redha, fast forward kami balik rumah.
Malam sikit, ayah saya ketuk pintu bilik saya. Dia kata dia tak boleh tidur. Dia tanya saya kenapa saya ada panick attack. Saya pada awalnya tak mahu cerita tapi dia mula mengalirkan air mata. Saya berterus terang dan ayah saya mula menangis.
Ayah saya rasa saya ada penyakit ini adalah salah dia. Tapi daya berkali kali kata padanya, saya tak pernah berdendam pada dia pada sesiapa.
Saya dah lama lepaskan semua tu dah saya takkan pernah menyalahkan sesiapa tentang penyakit ini. Tapi apakan daya, dia adalah trauma yang saya sendiri taktahu caranya untuk hilangkan.
Mak dan abang saya keluar bilik bila dengar kami berbincang. Mak saya tanya ape terjadi, dan mulanya semua orang diam.
Tapi bile mula cakap tentang situasi petang tadi, ayah saya terus cakap “sudahlah tu! Awak tahu tak anak awak ni dah nak mati dah tadi. Sudah sudahlah tu” terus abang saya ceritakan semuanya.
Ayah saya mula cerita apa yang saya cerita tadi. Sejak hari itu setelah mereka mengetahui penyakit saya, sudah tentu mak ayah saya lebih berhati hati dengan percakapan dia.
Cuma saya sekarang lebih kepada mood disorder dan insomnia. Bila saya tengok orang lebih dari saya, saya terikut ikut perasaan dan menjadi stress. Saya nak jadi macam mereka supaya saya boleh tunjuk dekat orang sekeliling saya yang saya pun boleh.
Saya akan menjadi sangat tertekan dan mula murung dan self harm. Kami sekarang sedang cari masa yang sesuai dah orang yang sesuai untuk sesi counseling saya.
Doakan segalanya dipermudahkan. Terima kasih kerana membaca!
– No One (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit