Dulu waktu aku di tahap 2 (sekolah rendah), aku pernah buat beberapa kali cubaan bunuh diri sebab aku rasa tak disayangi dan aku rasa aku ni tak berguna. Aku hanya bebankan ibu bapa aku sampai aku rasa aku tak layak langsung hidup.
Kadang-kadang tu aku tidur ja, tunggu bila aku nak mati. Benda ni melarat dan affect kehidupan aku sampailah ibu bapa aku bawa aku pergi jumpa psikiatri private. Selepas buat terapi untuk beberapa sesi, takda lagi cubaan bunuh diri tu.
Aku tak pernah tahu masalah aku sebab psikiatri tu hanya cakap pada ibu bapa aku. Dan, aku pun tak tahu macam mana perasaan tu hilang sebab aku hadap benda tu dah lama. Entahlah…
Korang rasa ibu bapa aku betul-betul nak tolong aku ke? Bila dah besar ni, segala kisah silam aku dijadikan bahan jenaka buat diaorang. Tak habis-habis ungkit, ungkit dan ungkit. Kalau sekali dua tak apalah tapi banyak kali sangat sampai aku rasa aku ni orang yang terpaling jahat.
Aku taktahu di mana lawaknya tapi benda tu sumpah tak lawak. Kadang-kadang aku harap diaorang kena sendiri kesakitan yang aku tanggung supaya diaorang sedar benda yang aku hadap ni bukan satu bahan jenaka.
Aib aku juga habis tersebar pada keluarga dan kenalan mereka. Aku jadi malu. Memanglah mereka sebagai ibu bapa ada hak untuk bercerita tentang aku tapi cerita tentang aib aku tak melampaui batas ke? Terpaksa aku tebalkan muka dan sakit hatinya, hanya Allah yang tahu.
Sekarang, aku rasa perasaan tu datang balik dan teruknya, tahun ni. (Semestinya tahun ni banyak memberikan kesan kepada semua orang dekat dunia ni)
Tahun ni memang berdramakan air mata. Otak aku sakit sangat fikir macam-macam. Setiap hari kalau tak overthinking tu memang tak sah lah. Aku calon SPM tahun ni dan cabaran tahun ni lain macam. Aku tak dapat nak gambarkan dengan penulisan untuk beritahu bertapa frustnya aku.
Ibu bapa aku kata waktu pkp ni, habiskan masa dengan belajar. Ya, aku tak nafikan betul lah apa yang mereka cakap tu tapi memang hidup aku ni kena 24 jam belajar eh?
Diorang kan, kalau boleh nak suruh aku belajar 24 jam. Bila aku nak tolong masak, kata aku buang masa sebab tak belajar tapi bila tak tolong, kata aku pemalas pula.
Lepastu kadang-kadang dah habis makan dan kemas dapur semua tu, terus suruh aku naik belajar. Kalau aku rehat sekejap, kata aku buang masa.
Waktu aku nak berbonding time dengan family pun, cerita itu ini, gelak sana sini, kata aku buang masa. Aku rasa rimas sangat. Takkan sampai nak sekat komunikasi aku. Dah la aku stress dengan pkp ni, tak boleh keluar rumah dan tak boleh bersosial.
Aku into drama jepun sebab kalau aku tak tengok apa-apa entertainment, aku rasa macam tak hidup. Aku rasa lemas. Tapi tahu-tahu jelah, asyik kena cakap BUANG MASA, BUANG MASA, BUANG MASA. Aku dah penat dengar perkataan tu.
Jujur aku cakap, sebab kena desak suruh belajar sangat, aku dah hilang motivasi nak belajar. Aku rasa nak memberontak, beritahu yang aku pun perlukan rehat tapi aku taknak dicop anak derhaka. Aku tahu suara aku akan ditentang oleh mereka habis-habisan.
Itu tak masuk lagi dengan harapan mereka yang nak aku dapat semua A+, semua tu merepek.
Guru kaunseling aku kata, kami kena target A berdasarkan syarat kemasukan ke Universiti tapi ibu bapa aku tak habis-habis kata kena dapat semua A.
Mereka sendiri tahu tahap aku di mana. Mereka tak percaya anak mereka ni boleh masuk Universiti (kalau aku tak dapat semua A).
Terguris hati aku.
Tu belum masuk lagi dengan isu online class…
Sebab aku banyak pendam, perasaan bunuh diri tu datang balik. Dan aku dah cuba berjinak-jinak dengan self-harm. Bila aku frust, aku akan cakar/toreh tangan aku dengan apa-apa objek tajam sampai berdarah dan berbekas.
Yang lawaknya, mereka tak pernah perasan lansung parut aku (padahal aku pakai baju tangan pendek). Betul ke mereka kisahkan aku?
Aku tahu hukum bunuh diri itu sendiri, tapi kadang-kadang semuanya jadi luar kawal sebab aku dikawal oleh emosi. Pendam ni lagi sakit daripada parut di tangan aku.
Aku takda tempat mengadu. Lansung tiada. Macam mana aku nak mengadu dekat ibu bapa aku sendiri? Mereka takkan faham aku. Selalu bandingkan masa aku dengan masa mereka yang dulu-dulu. Padahal zaman dah berubah, tak sama macam mereka dulu.
Mereka takkan faham aku. Mereka tak pernah nak dengar aku, hanya rajin memberi nasihat yang aku rasa tak berguna pun.
Lagipun mereka sibuk. Kedua-duanya bekerja dan balik lewat petang. Mereka penat, takkanlah aku nak tambah beban mereka.
Aku ada seorang kakak juga. Dia tak habis-habis kata semua subjek SPM tu senang. Ya, kakak, otak kita memang sama, kan? Selalu mendesak aku dengan kata-kata semua subjek “senang”.
Kalau bagi dia subjek tu senang, memang pada aku subjek tu auto senang eh? Dahla bila aku luahkan perasaan, dia nak layan tak layan je. Asyik-asyik buat tak dengar.
Kawan-kawan aku? Mereka lagilah tak faham aku. Silap aku juga sebab tunjukkan sisi periang aku sampaikan kadang-kadang bila aku luahkan apa yang aku rasa, mereka tak percaya dan menafikan perasaan aku. Lepastu gelak. Aku trauma betul bila orang gelakkan kesakitan aku ni.
Sekarang pun, emosi mereka terjejas dengan waktu pkp ni, takkanlah aku nak menambahkan lagi tekanan mereka? Itu bukan cara aku. Sudahnya aku pendam saja.
Aku punya takda tempat mengadu sampai aku cakap sorang-sorang lepastu menangis sampai sakit kepala. Aku penat.
Aku cuba nak percaya orang, aku cuba nak luahkan perasaan aku pada orang tapi aku taktahu. Aku lost, aku rasa aku ni satu bebanan dan aku rasa orang lain takkan faham aku.
Overthinking aku teruk sangat. Kadang-kadang bila aku nak luah dekat orang (terutamanya kawan), aku rasa diaorang akan jatuhkan aku dengan kelemahan aku.
Aku rasa mereka semua ada motif. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni. Tapi ini pun antara satu sebab aku tak boleh nak luah dekat orang. Aku jadi tak percaya dekat semua orang, lansung.
Kalau family aku sendiri aku tak percaya, macam mana aku nak percaya orang lain?
Aku rasa aku perlukan pertolongan. Aku nak jumpa psikiatri sangat-sangat sebab aku tahu ada sesuatu yang tak kena dengan mental health aku tapi kalau aku cakap dekat ibu ayah aku, mesti kena gelak. Aku jadi terperangkap. Aku jadi taktahu nak buat apa.
Korang boleh rasa tak bertapa remuknya hati aku? Tapi ini dalaman. Di luarnya, fizikal ini hanya memaparkan senyuman, bagai boneka yang tidak punya perasaan.
– Sukma Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit