Mesti persepsi pertama anda sewaktu membaca tajuk ini adalah ;
“Aduh, teens problems lagi”
“Tak habis-habis ‘parents tak faham aku’ punya confession”
“Teens sure are rebel this days huh”
Mungkin ya, mungkin tidak. Terpulang pada anda.
Saya di sini ingin meluah sepertimana apa yang judul katakan. Ibu bapa saya tidak faham dan tidak tahu malah boleh dikatakan agak ‘uneducated’ tentang situasi saya sekarang ini.
Tw// mentions of death, self harm and hallucinations.
(Also, im using english + malay. Saya tidak fasih berbahasa melayu)
Aku Caixia (bukan nama sebenar), orang penting sekolah dan sentiasa di puji guru-guru di sekolah kerana komitmen saya sebagai seorang yang memegang tanggungjawab yang besar.
Ramai yang menyukai aku kerana sikap aku yang open-minded dan sangat matang dalam apa sahaja situasi.
Prestasi aku bagus dan aku menjadi idola kepada junior-juniorku. Kata mereka suka lihat aku berbicara ada campur bahasa melayu dan bahasa inggeris. Ada accent british pula tu. Ala-ala hermione granger kata mereka.
Aku sentiasa di puji dan diberi komentar yang berbaur pujian apabila mengupload gambar di media sosial. Cantik, jelita, trendy semua ada. Boleh dikatakan memang tidak putus kata pujian orang sekeliling saya untuk diri saya.
Kalau mahu tahu, aku memang seorang child prodigy sejak kecil lagi. Medals after medal, wakil negeri, tokoh murid. Itulah aku.
Nampak seperti kehidupan seorang remaja yang ideal bukan? Seperti apa yang sentiasa di tulis di buku-buku novel cinta remaja ataupun aplikasi penulisan wattpad. Nampak normal dan indah.
Pantas sahaja orang bertanggapan yang aku akan mempunyai kehidupan yang indah di masa hadapan.
Kalau kamu bertanggapan sebegitu rupa, then i’m sorry. You’re quick to judge.
Aku mahu mati. Tidak mahu tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Yang penting aku mahu mati. Siapa kisah kalau ada yang menangis? Bukan mereka betul-betul kenal aku pun. Berkawan dengan aku semata-mata mahu nampak baik dimata guru juga. Sialan.
Hidup aku penuh dengan expectation yang tinggi dari orang sekeliling aku terutamanya kedua orang ibu bapa aku. How can they not? I have achieved so many awards since i was a child, failure and me just doesn’t sound right kalau kau kenal aku. I used to think like that.
But recently, i think i am slowly going towards failure. Who knows? Maybe i already am! Thats why i want to die so badly.
Aku sejak masuk S.T.E.M result aku semakin lama semakin teruk. Boleh katakan sepuluh subjek yang aku ambil aku gagal. Tiada langsung yang 60 keatas (kecuali bahasa inggeris).
Long story short, kedua orang tua ku tidak berpuas hati dengan pencapaian aku yang sangat mengecewakan. Terlalu kecewa sehingga mengkritik dan membuatkan aku rasa kecil dan tiada kuasa apabila aku bersama mereka.
Tidak pernah aku dengar mereka kata perkara yang boleh menggembirakan aku. Melainkan aku achieved something that they can brag about. Kalau tiada achievements, well, we’re back to the daily criticizing then.
Memandangkan aku semakin lama semakin merosot dan merundum dari my expected image, setiap hari ada sahaja kata-kata atau aksi yang membuatkan aku rasa kecil.
“Gemuk”
“Paha besar”
“Bod0h”
Apabila aku nyatakan rasa tidak keselesaan aku terhadap ejekan mereka, mereka akan sentiasa invalidate perasaan aku dengan mengatakan bahawa aku terlalu serius dan tidak faham apa itu lawak. Jadi aku sentiasa salahkan diri aku apabila mereka mengejek.
Baru-baru ini, ibu bapa aku perasan yang aku mempunyai luka dari mengelar tangan. Mereka marah. Siapa saja yang tidak marah?
Pada waktu itu, aku sangka, mungkin ini adalah peluang untuk aku luahkan segala beban yang aku sudah gendong sejak aku kecil lagi. Tapi hakikatnya, aku di dorong untuk memotong tangan aku memandangkan aku sudah mengelar mereka.
“Kenapa tidak potong sahaja terus tangan tu?!” kata ayah aku, sambil melemparkan pisau di hadapan mata aku.
Waktu itu aku sabar, aku bersangka baik. Mana tahu ibu aku akan faham? Aku mula menjelaskan bagaimana aku rasa dikongkong dan sedih apabila aku bersama mereka. Aku sangka ibu aku faham. Tapi…
Ibu aku bandingkan tekanannya sewaktu berada di sekolah dengan tekanan ku sekarang.
“Mama dulu stress juga, tiadalah sampai mahu kelar-kelar tangan ni”
“Mungkin sebab kamu tidak cuci darah period kamu bagus-bagus kot”
“Kamu sudah cuci belum cadar katil kamu? ni mesti sebab cadar katil kamu kotor kan?!”
“Apa pula yang mama ejek-ejek? mana ada! kau memang gemuk pun!”
“Ini semua shaytan punya kerja”
Mahu tahu apa yang jadi seterusnya? tiba-tiba cerita itu beralih kepada ibu bapa aku. playing the victim like she always do.
Hmm…
Aku cuba menjelaskan pada mereka bahawa aku mungkin suffering from a psychological factor more than a religious spiritual factor. Aku cuba jelaskan mungkin aku ada depression and anxiety.
Tetapi ibu bapa aku bukan jenis yang percaya benda- benda ini. Yang mereka tahu kalau kamu buat benda gila maka konklusinya dibuat orang atau kamu berkawan dengan jinn.
Aku naik bilik dalam keadaan kecewa. Ibu bapa aku memang uneducated tentang perkara yang berkaitan dengan psikologi.
Dalam keadaan kecewa aku luahkan segala perasaan aku di close friend instagram aku (aku selalu meluah di situ). Penat yang aku rasa pada waktu itu tiada siapa yang tahu melainkan diri aku sendiri.
Namun entah siapa yang mengscreen shot luahan hati aku dan menghantarnya kepada ibu bapa aku di whatsapp.
Esok paginya, aku dikejutkan dengan tamparan dan maki hamun dari ibu bapa aku. Katanya kecewa kerana aku kata mereka ‘uneducated’ padahal maksud aku adalah mereka tidak arif tentang psikologi bukan kerana mereka orang kampung.
Oh! Bukan itu sahaja. Ada satu kali aku diserang panic attack sewaktu berada di sekolah kerana aku terlupa membawa laptop ke sekolah.
Boleh katakan panic attack aku teruk sehingga aku menangis teresak-esak. Tidak mampu bercakap. Dada aku menjadi sakit kerana tidak mampun bernafas selama setengah jam.
Rakan-rakan aku bantu aku menghubungi ayah aku dan memberitahu pihak kerani situasi aku. Aku duduk di pejabat dengan keadaan mata merah dan tidak mampu bercakap, hiccups here and there. You can barely make out what i’m saying on that time.
Bila ayah aku sampai, perkara pertama yang aku dengar dari dia ialah “hish!”. Dengan mukanya bengap dengan aku. Benci benar ayah aku terhadap diri aku.
I think the kerani’s waktu tu sedar. Tapi mereka tidak bersuara. Keluar sahaja dari premis sekolah, aku dimarah. Kononnya aku berlakon semata-mata mahu ponteng sekolah.
Oh also, did i mentioned that i once got thrown a metal broom stick just because i exhaled loudly? (i have breathing problems because i have anxiety attacks regularly). Pintu bilik aku ada bekas tumbukan dari ayah aku yang cuba menumbuk aku tapi aku sempat tutup pintu.
Baru-baru ini, aku tabahkan hati dengan mennyatakan keinginan ku untuk bertemu dengan doktor pakar psikologi dalam keadaan tangan aku yang beradarah dengan luka-luka kelar baru. Ibu bapa aku surprisingly considered my request.
But, instead of sending me to the hospital, mereka hantar aku ke jabatan rawatan islam untuk di ruqyah. Takut kononnya ada shaytan dan jinn berada dalam tubuh badan aku. Ketawa aku mendengar.
Aku mahu mati bukan kerana apa. Tiada sebab pun. I have been emotionally numb for over a year now. What do you expect? Aku hilang rasa. Makanan pun mula rasa tidak sesedap yang selalu.
Sekarang aku hanya mampu educate myself about mental health because i know my parents does not have a higher understanding nor do they know about mental health. So i read and watch about psychology so i can help myself.
I am not self-diagnosing myself but it helps me to get an insight over the things that i am suffering now.
Apa tujuan saya menulis ini? Tiada. Sengaja. Mahu mengalih kan perhatian saya dari bisikan-bisikan di kepala saya.
Kepada ibu bapa yang membaca ini, anak kamu bukan mesin. Kalau kamu rasa kamu itu berkuasa hanya sebab kamu memberikan dia bumbung dan nasi untuk disuap, itu tanggungjawab kamu sebagai ibu bapa.
Yang kamu perlu lakukan untuk menjaga kewarasan anak-anak kamu ialah berikan mereka kasih sayang sepenuhnya dan jangan pernah bandingkan tekanan kamu dengan tekanan anak kamu.
Educate yourself about mental health. Jangan terlalu percaya dengan cerita karut. Anak kamu bukan diganggu shaytan, kamu sahaja yang tidak mempunyai insight yang sepenuhnya tentang mental health.
Last but not least, never ever consider having a child if you can’t accept that your child will grow having their own ideologies, beliefs and insight about life.
Apa-apa pun, ibu bapa, kalau anak tengah pening kepala, bukan sebab kami terlalu main telefon ya.
– Caixia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit