Perihal Aku Tidak Pernah Gentar Dengan Hidup Ini

Perihal confession, (https://iiumc.com/aku-tidak-pernah-gentar-dengan-hidup-ini/).

Assalamualaikum. Agak terketar ketar tangan menahan marah dan sakit. Aku menulis untuk membuka mata dan minda dan orang ramai.

Aku dan kalian cuma manusia biasa yang tuhan ciptakan masih normal. Masih ada belas, kasih dan ihsan. Namun, percayalah wujud insan ‘luar biasa’ seperti RARA.

——————————

Aku mulakan dengan kisah aku terlebih dahulu. Aku cerita seringkas yang mungkis sebagai iktibar.

Menikahi wanita HOT, CANTIK dan BEKERJAYA. Bekas isteri ku seorang guru Biologi. Lebih stabil dari aku. Aku cuma ada bisnes kecil kecilan yang aku usahakan sendiri. Kami berkahwin atas dasar cinta.

Tidak pernah aku terfikir jurang kerjaya antara kami akan menjadi punca kemusnahan hidup aku.

Hasil pernikahan aku dan Maria kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Seorang puteri yang sangat aku kasihi. Disebabkan waktu kerja aku yang lebih fleksibel Ana (anakku) lebih manja dan rapat dengan ku.

Segalanya aku yang uruskan. Aku kasihan dengan isteri ku. Penat bekerja melayani anak anak murid yang ramai.

Aku banyak bertolak ansur dengan Maria. Kami seringkali berdebat dan bertengkar. Pada Maria aku cuma lelaki yang lemah yang terlalu banyak menghabiskan masa di rumah.

Dia menggesa aku untuk mengembangkan bisnes ku lagi. Aku pula memilih untuk berdiam diri kerana aku tahu untung dan rugi aku.

Tidak perlu untuk aku bermegah megah mencanang profit aku. Tapi tidak pada Maria. Dia mahukan kemewahan. Pada Maria kemewahan perlu dicanang canang. Bukan disimpan simpan.

Setiap kali pertengkaran kami Ana akan menangis teresak esak kerana takut dengar jeritan ibunya sendiri. Ana akan lari pergi pada aku dan mengatakan mama nya jahat.

Aku pujuk anak kecil itu. Aku tenangkan dia. Semua ini hanya membuatkan Maria semakin benci dengan aku. Dia minta aku untuk ceraikan dia.

Tapi aku masih Sayang kan Maria. Kalau Maria gagal sebagai isteri, maka akulah yang gagal sebagai suami.

Aku sayangkan Ana. Aku tidak mahu Ana dibesarkan dengan cara yang salah. Aku tidak mahu Ana hidup tanpa kasih kedua ibu bapa. Aku terus bertahan. Namun aku gagal. Maria tidak dapat menerima Ana lebih dekat dengan aku.

Pada Maria, dia ibu yang bersusah payah melahirkan anak. Atas dasar ego. Setelah habis cara, dengan kuasa ibu dan wanita tidak semena aku dituduh merogol anak sendiri. Anak kecil yang dibawah umur.

Meringkuk bertahun tahun aku dipenjara angkara ego Maria. Setelah lama, aku dibebaskan. Tiada lagi gelak tawa Ana dapat aku dengar dan lihat.

Entah ke mana Maria membawa pergi Ana. Aku sebagai banduan tidak punya hak mencari kembali kasih anak sendiri.

Aku bangkit. Jodoh aku atas pilihan keluarga, aku bernikah dengan janda anak satu. Siti, seorang isteri yang sangat baik. Gadis kampuang yang penuh keibuan. Sanggup menerima kekurangan aku. Bersusah payah dengan aku.

Menjual nasi lemak bersama dengan aku. Sentiasa mendukung cita cita ku. Sentiasa membetulkan aku jika aku salah.

Kadang aku rasa. Aku tidak layak mendapat peluang kedua. Aku ada tanya pada Siti kenapa menerima pinangan dari keluarga ku. Sedangkan Siti tahu status aku dari awalnya, dia jawab ringkas. Takdir.

Terlalu perit pengalaman yang lepas. Aku terlalu bahagia kini. Syukur ya Tuhan. Alhamdulillah anak kami sudah masuk yang ke tiga. Termasuk Eshal (anak Ana) ini yang keempat. Rezeki kami sangat mencurah curah.

Tentang Maria dan Ana sudah terlalu jauh dengan ku. Seandainya Ana tahu, kasih Papanya tidak pernah berkurang walau sedikit.

Hanya doa yang papa kirim kan buat Ana.

——————————

Berbalik pada cerita Rara, aku tahu semua itu bukan hal dongeng.

Perkara pertama, hal penculikan yang Rara sebutkan. Aku masih ingat tajuk akhbar hujung tahun lalu di Harian Metro “Rupanya Bapa sendiri yang culik”.

Itu satu satunya berita yang sangat segar pada ingatan ku. Aku tidak mungkin lupa. Aku pasti berita itu tentang Ean. Berita itu sangat menjentik hati aku sehingga kini.

Aku ingin sekali tahu hal yang sebenar sedari dulu lagi. Bukan kerana ingin membawang tetapi berita seperti itu sangat dekat dengan aku.

Perkara kedua, Hadhanah. Hak penjagaan anak yang jelas cuba diketengahkan oleh Rara. Rara sedang berusaha bertungkus lumus untuk memadamkan terus hak Ean sebagai Hadhanah. Rara mahu kuasa penuh.

Walaupun Rara sedia maklum Ean berkerja di lautan, hanya sesekali dapat bertemu dengan anak anak.

Sepatutnya, Rara sudah tahu dia pasti ada point yang kuat disitu. Namun, Rara Nusyuz dan curang. Automatis nya kuasa ibu dan wanita Rara sudah hampir terhakis.

Rara seorang yang bijak. Aku yakin dia sebijak Maria. Dia sanggup buat apa sahaja untuk mengadakan apa yang tiada seperti benar benar ada.

Tindakan Ean “menculik” Irfan anak mereka membuatkan Rara betul betul berdendam. Aku dalami Rara kata dia berjaya buktikan Ean mendera Irfan ketika penculikan itu berlaku. Disitu.

Benar telahan aku. Rara bijak. Rara licik. Rara sekarang bagai menang 2-1 dengan Ean. Hal culik dan dera mengatasi hal nusyuz dan curang yang Rara lakukan.

Jackpot. Rara win. Ean tertangkap meringkuk dalam lokap. Profil Ean tercalar. Mana mungkin “PENJENAYAH” layak untuk mendapat hak hadhanah. Maka si NUSYUZ lah yang paling layak menjadi Hadhanah. BIJAK RARA BIJAK.

Perkara ketiga, Aku tidak menunding jari. Tapi ini pengalaman aku. Maria punya orang dalam yang mampu menggelapkan hidupku. Kau akan tetap bersalah jika kau tiada duit dan orang dalam. Aku tidak mahu mengetengahkan hal ini lebih lanjut.

Namun perbuatan Rara takkan kemana mana jika tiada pihak ini yang terlibat. Maka, tidak hairan jika Rara mampu mendabik dada seperti itu.

Perkara keempat, seperti yang diceritakan oleh Rara, Ean tidak mengaku bersalah bermakna kes ini masih dalam siasatan. Ini melibatkan hal mahkamah baik sivil mahupun syariah. Peguam peguam serta hakim hakim yang bijaksana. Aku berharap kes ini akan diadili seadilnya.

Cukuplah aku menjadi mangsa. Janganlah ada mangsa seperti aku lagi. Mangsa kekejaman nafsu dan ego.

Buat Ean, aku tahu kau penat berjuang. Kau rasa dunia terlalu kejam pada kau. Tapi kau jangan sesekali hilang kebergantungan pada tuhan. Aku lelaki. Kau pun lelaki. Jangan jadi bodoh sebab cinta. Belajar untuk redha dan benar benar melepaskan. Kau dah cuba yang terbaik.

Jika hak anak bukan berpihak pada kau. Kau perlu yakin Dia MAHA MENGETAHUI. Jangan gelapkan masa depan kau. Sentiasa cari cara untuk bahagiakan diri kau. Jangan lakukan perkara sia sia. Hidup mahupun dunia ini tidak panjang. Akhirat tu yang abadi. Selagi hidup di dunia ini.

Cari keredhaan Allah. Cari kebahagiaan kau. Anak anak kau masih kecil. Allah akan sentiasa lindungi dia. Aku yakin Ana juga begitu.

Aku selalu takut corak pembesaran Ana. Tapi aku serahkan semua pada Dia. Aku kasihkan Eshal anak tiri ku seperti anak sendiri aku berharap Ana juga akan sentiasa disayangi.

Kelak anak anak akan membesar. Mereka akan ambil tahu siapa tiap tiap orang tua mereka. Kita terus berdoa untuk keselamatan mereka. Semoga Allah lindungi kita semua.

– Nazeef (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *