Aku tertarik dengan posting ni, (https://iiumc.com/anak-muda-
So terpanggilah aku untuk berkongsi dengan korang berdasarkan pengalaman aku sendiri, maaf agak panjang sikit, pengalaman 5 tahun kot, hehe. Anggaran bacaan sekitar 7 minit je untuk korang faham ilmu asas tentang emas.
Ok baik, sekadar pengenalan. Aku umur 29, habis belajar UIA 2014 terus buat business dan mula menyimpan emas Gold Bar dan Dinar pada tahun 2016, masa tu harga 1 gram sekitar RM 185 per gram, dan harga hari ini sekitar RM 274.
Aku simpan emas ni untuk diri aku, family iaitu isteri, anak-anak dan syarikat aku. Aku simpan emas dalam bentuk emas fizikal untuk simpan sendiri dan juga dalam account simpanan emas.
Untuk anak-anak, memang fully aku simpan dalam account simpanan emas, buka account sorang satu, simpan je dalam tu, diaorang dah besar nanti, aku target paling kurang ada 200 gram setiap sorang.
Untungnya simpan dengan account simpanan emas ni, kita boleh mula start simpan dengan bajet yang kecil, ianya percuma tidak ada yuran simpanan,
Boleh keluarkan emas dalam bentuk fizikal mengikut berat gram yang kita ada pada bila-bila masa dan yang paling penting urusan jual belinya di sahkan patuh Syariah.
Ok baik, untuk kita faham emas ni sebagai simpanan atau pelaburan. Aku rasa korang kena faham dulu beberapa perkara asas ni.
1. Ketulinan Emas. Emas ni dia ada beberapa peringkat ketulinan, atau mudah nak faham berapa peratus kandungan emas tulin dalam emas tersebut, semakin tinggi peratusan ketulinan, semakin tinggi lah harga emas tu. Yang biasa kita dengar Emas 999 dan 916.
Kebiasaanya emas 999 ni adalah emas dalam bentuk Gold bar & Dinar, manakala emas 916 adalah emas dalam bentuk perhiasan, barang kemas, cuma untuk kes terpencil, kadang ada jugak emas gold bar & dinar guna emas 916, barang kemas guna 999, boleh confirmkan dengan penjual emas tu.
Jadi untuk kedua-dua jenis emas ni, kalau memang niat untuk simpanan, yang lebih sesuai adalah emas 999 iaitu dalam bentuk Gold Bar & Dinar, kerana ketulinan dia lebih tinggi, susut nilai dia lebih rendah & ia tiada cost upah.
Barang kemas pun boleh juga untuk simpanan, cuma sekarang lebih sesuai untuk perhiasan, dipakai, kalau dulu zaman mak ayah, tok nenek kita ya, memang diaorang simpan barang kemas ni, sebab masa tu Dinar & Gold Bar, mungkin masih kurang lagi.
Sekarang kita ada option yang lebih baik untuk emas sebagai simpanan. Tapi kalau nak pakai untuk hiasan, belilah barang kemas untuk wife korang, tak kan dia nak pakai dinar dan gold bar pulak, hahaha Emas tetap emas.
2. Susut Nilai. Kita kena faham yang emas ni dia ada susut nilai. Cuma ada yang rendah, ada yang tinggi. Susut nilai ni mudah nak fahamnya. Harga kita beli tolak harga kita jual, ia akan ikut harga semasa.
Contoh beli emas hari ini RM 260 untuk berat 1 gram, kalau kita jual pada hari yang sama jugak, kedai mungkin dengan harga RM220 sahaja atau kurang lagi,
So kita boleh kira kat situ berapa susut nilai, dan ini juga salah satu cara peniaga emas dapat untung, benda ni biasa, kalau kedai beli RM 260, dia jual balik RM 260, mana nak ada untungnya.
Untuk Emas 999 Gold Bar atau Dinar, susut nilai dia lebih rendah, almost kurang dari 10%. Kalau untuk barang kemas, susut nilai dia lebih tinggi, ada yang sampai 25%-35% dari harga emas semasa, berbeza mengikut kedai.
Ingat, semakin rendah peratusan susut nilai semakin baik. Sebab apa, Jika susut nilai rendah, bila harga emas naik sikit je kita dah boleh cover dah harga masa kita beli, dan mungkin dapat untung, incase kalau kita terpaksa jual balik emas tu dalam masa terdekat.
3. Mindset. Kita kena jelas kita simpan emas ni sebagai simpanan atau pelaburan. Macam aku sendiri, aku simpan emas sebagai simpanan dan asset untuk kami, ada duit lebih je, beli dan simpan, target simpan 1 gram 1 bulan untuk setiap orang.
Emas yang aku beli dengan harga RM 185 1 gram dulu, walaupun tahun ini dia pernah naik sehingga RM 304 1 gram, aku tak pernah rasa pun nak jual,
Ya kalau aku jual memamng untung lah, tapi sebab mindset aku memang nak simpan emas ni sebagai asset, tak ada keperluan buat apa nak jual.
Macam orang yang ada asset property lah, adakah semua orang yang ada property, bila harga naik je dia akan jual? Tak semua akan jual sebab kita sayang asset tu. Ada orang tanya kalau harga rendah balik nanti, rugi lah sebab tak jual masa harga tinggi.
Selagi mana korang tak jual emas yang korang ada tu, selagi tu lah korang tak tak rugi sebab emas tu still bersama korang dan nilainya tetap ada, emas tetap emas. Kecuali korang terpaksa jual ketika harga rendah, itu memang rugi lah.
Salah satu sebab aku tak pernah rasa nak jual emas yang ada tu, sebab aku tak nak kehilangan nilai rendah yang aku pernah beli dulu. Maksudnya aku beli dulu emas-emas tersebut dengan nilai rendah, dan bila aku jual balik dengan harga tinggi, memang aku akan untung.
Cuma bila aku dah jual emas tu, maka aku dah tak de jumlah gram emas yang aku pernah simpan dan untuk aku dapatkan balik jumlah yang sama dengan gram emas yang pernah aku simpan dulu, aku kena beli balik dengan harga yang tinggi iaitu harga sekarang.
Tu mindset aku sebagai penyimpan emas, berbeza dengan mindset orang yang beli emas memang focus untuk pelaburan. Orang yang belie emas untuk pelaburan, memang dia akan focus beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi untuk dapat untung.
Cumanya bila nk beli emas untuk pelaburan ni, korang kena main kuantiti. Kalau ada sekadar 1 gram, 10 gram, 20 gram, korang still boleh dapat untung tapi tak rasa sangat tambah lagi dengan susut nilai.
Kalau ada 300 gram, 500gram, 1 kg sesuai, tu pun untuk berat atas 1 kuantiti sebab semakin berat satu-satu emas tu semakin rendah susut nilai. Berbeza kita ada Gold bar 1 gram sebanyak 1000 pcs dengan goldbar 1 pcs yang beratnya 1000 gram.
Susut nilai 1 pcs 1000 gram lebih rendah. Sebagai contoh Harga emas Gold Bar 1 kg Nov 2019 RM 208 000, harga untuk November 2020 1 kg Gold bar RM 274 000, kalau jual tolak susut nilai dapatlah untung RM 50 000. Untuk pelaburan emas ni, 1 je nasihat aku.
Jangan sesekali terlibat dengan pelaburan emas yang menjanjikan pulangan bulan-bulan atau apa-apa skim emas macam yang pernah duk ada sebelum ini.
Nak melabur, melabur sendiri, beli ketika harga murah, jual ketika harga mahal, kalau modal tak tinggi, jadi je penyimpan emas dulu macam aku.
4. Harga Emas. Ok untuk harga emas pulak, kita kena faham yang harga emas ni ada naik dan ada turun, itu benda biasa, Cuma untuk jangka masa Panjang, harga emas insya’Allah sentiasa naik, boleh semak harga emas untuk tempoh 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun di goldprice.org
Naik turun harga emas ini antara nak mudah fahamnya adalah disebabkan oleh kuasa beli matawang kertas. Turunya harga emas bukan disebabkan emas tersebut semakin kurang bernilai, tetapi disebabkan factor kuasa beli matawang semakin mengukuh.
Contoh bila ekonomi semakin baik kuasa beli matawang semakin tinggi, so kita hanya perlukan sedikit sahaja wang untuk dapatkan 1 gram emas pada masa itu,
Sebab itu kita rasa harga emas jadi rendah dan bila kuasa beli matawang kertas menurun, kita perlukan agak banyak wang untuk dapatkan 1 gram emas,
so harga emas akan tinggi, tapi 1 gram emas tetap 1 gram emas, nilainya ada pada dirinya sendiri, iaitu berat emas dan ketulinan emas tu, yang berubahnya ialah kuasa beli wang kertas.
Sebab tu kita selalu dengar good news akan menyebabkan harga emas rendah, bad new akan meyebabkan harga emas tinggi, macam news penemuan vaksin covid 19 baru-baru ini.
Antara sebab orang beli emas ketika harga rendah, adalah dia nak puratakan harga emas-emas yang dia ada.
Contoh dia beli 1 gram dengan harga RM 300, kemudian harga turun RM 250 1 gram, dia beli lagi 3 gram berjumlah RM 750. So RM (750 + RM 300) / 4 gram emas yang dibeli bersamaan RM 262.5 untuk 1 gram emas.
5. Emas sebagai asset. Ni antara salah satu sebab aku simpan emas, sebab emas adalah asset sebagaimana asset property, rumah, bangunan dan sebagainya.
Mungkin ada agent property yang tak setuju, aku bukan nak cakap yang beli property sebagai asset tak bagus, sebab aku sendiri pun beli rumah jugak, cuma aku share based on pengalaman aku yang ada rumah sebagai property dan emas sebagai asset.
Baik, antara beza emas dan property sebagai asset ialah 1. Emas adalah asset yang boleh kita kumpul sikit-sikit, 1 gram 1 gram atau sekarang dah ada option untuk mula simpan minimum RM 100. Untuk property korang tak boleh beli 1 kaki 1 kaki.
Emas adalah asset yang mudah untuk di cairkan incase kalau kita nk guna cash urgent, kita boleh pergi pajak kat Ar Rahnu untuk dapatkan cash,
Kemudian tebus balik emas tersebut bila dah ada duit atau last option sekali kita jual terus dan dapat cash, prosesnya berapa lama, dalam sehari je kau dah dapat cash. Dengan rumah, incase nak jual untuk daptkan cash, berapa lama prosesnya?
Berapa banyak procedure? Dan yang penting, untuk kumpulkan emas sebagai asset, korang tidak perlu buat loan, beli cash, simpan dengan bajet ada, walaupun sikit-sikit, emas korang tetap asset. Nasihat aku, jangan sesekali beli emas untuk simpanan dengan buat loan, silap besar guys.
6. Emas sebagai modal pusingan berniaga. Seperti yang aku cakap tadi, lepas aku grad UIA, aku terus kerja sendiri, buat bisnes. Untuk korang yang ada bisnes, besar ke kecil ke, mungkin boleh cuba cara aku.
Bila dengan bisnes ni, selalu aku perasan, ya kita dapat untung dari bisnes kita, kita simpan duit untung tu dalam bank,
Tapi bila kita nak guna modal kita akan ambil balik simpanan tu untuk rolling bisnes buat modal, so duit kita dalam simpanan berkurang, nanti untung kita simpan balik, begitulah pusingan seterusnya.
Kita nak beli asset untuk bisnes mcm lot kedai, mungkin tak lepas requirement, so kita simpan je dalam account bank. Tu yang selalu kita buat.
So apa yang aku buat, aku simpan ke untungan bisnes aku sebahagianya dalam bentuk emas. Macam Korang boleh cuba buat macam ni, Sebagai contoh korang untung RM 1000 bulan ni.. 40% kau beli emas dan simpan sebagai asset. Setiap bulan ko buat dengan bajet yang ada.
Incase tiba-tiba korang nk guna cash untuk modal bisnes dalam jumlah yang agak besar, korang boleh pajak emas korang yang ada tu, jangan jual sebab itu asset bisnes korang.
Biasanya pajak dekat Arahnu ni, dia akan charge upah simpan tu, 1%-1.5% sebulan berdasarkan nilai semasa harga emas, berbeza ikut Ar Rahnu, kena survey tempat korang.
Tempoh pajakan biasanya 6 bulan, dengan pajakan korang akan dapat cash antara 60% -80% dari nilai semasa emas tu.
Cumanya dalam pajak emas ini, korang kena berhati-hati 2 perkara, pastikan bila korang pajak korang dapat tebus balik emas tu, kalau x, ar rahnu akan jual emas korang untuk dapatkan balik pinjaman yang dia bag ikat korang, balance dari itu dia akan bagi balik kat korang. 2.
Ada juga tempat pajakkan emas yang mana bila kita pajak emas, nama akan naik rekod dalal CCRIS terutamanya tempat pajak under bank.
Aku bagi contoh mudah macam mana proses pajak ni. Korang dah simpan emas sikit-sikit dari hasil untung bisnes, total jumlah emas tersimpan sekarang 50 gram. Korang nk guna modal untuk rolling bisnes, RM 5000 contohnya.
Korang pergi pajak emas dalam simpanan korang, buat kira-kira berapa gram yang di perlukan untuk dapatkan cash RM 5000, korang jangan pajak semua, pajak apa yang perlu sahaja.
Contoh harga emas sekarang RM 260 1 gram. Setelah kira-kira korang perlu pajak sebanyak 30 gram emas, 30 gram x RM 260 =RM 7800.
Korang akan dapat pinjaman sekitar 70% dari harga semasa iaitu lebih kurang RM 5460 dah cost upah simpan emas korang sekitar 1% sebulan dari harga semasa emas masa korang pajak tu, which is RM 54.60 sebulan.
Biasanya tempoh pajak ini selama 6 bulan, so total upah simpan RM 327.60. Total yang perlu di bayar balik untuk dapatkan emas korang RM 5787.60 .
Andaikata korang dah dapat balik duit pusingan modal hasil bisnes, jika boleh, pergi tebus awal emas korang, korang boleh jimat cost upah simpan kerana kita hanya bayar cost simpan bulan yang kita simpan atau pajak sahaja.
So dengan cara ini, emas sebagai asset bisness korang ada, bisness korang boleh jalan dan dapat lagi ke untungan bisness korang, untung lagi simpan lagi dalam bentuk emas.
By the time korang akan nampak, korang jalankan bisness selama ini, korang sebenarnya tengah kumpulkan emas sebagai asset, walaupun sedikit demi sedikit.
7. Zakat Emas. Untuk persoalan zakat emas ni, sekarang dah mudah banyak sangat.
Kita kena faham, untuk kita dikenakan zakat simpanan emas ni, emas tersebut mestilah cukup haul dan nisabnya. Iaitu 85 gram disimpan tidak di usik selama genap setahun, maka simpanan emas tersebut akan dikenakan zakat.
Bagi barang kemas pula, ia hanya melibatkan emas yang tidak dipakai sahaja, barang kemas yang kita pakai tidak di kenakan zakat. Persoalan zakat ni, boleh rujuk Majlis Agama Negeri masing-masing, calculator zakat biasany ada di web diorg, boleh bayar kat web dah skrg ni.
Ramai orang takut simpan emas sebab nanti kena zakat emas, padahal jika ia tak simpan emas tapi simpan duit. Jika cukup nisab dan haul, makan simpanan dalam bentuk duit juga dikenakan zakat.
Contoh Zakat Emas negeri aku, cukup 85 gram yang di simpan selama setahun perlu di keluarkan untuk zakat 2.5% dari nilai semasa emas tu.
85 gram emas untuk harga hari ini bersamaan RM 23 354, zakat 2.5% bersamaan RM 583.86. Manakala kalau aku simpan duit, cukup RM 15 973 yang aku simpan dan tidak guna, aku dah dikenakan zakat dah sebanyak RM 399.
So simpan emas ke, duit ke, cukup haul dan nisabnya, akan tetap di kenakan zakat. Bila kita menyimpan ni, kita kena letak target, aku dari pada seorang yang tidak mampu bayar zakat, sekarang aku dah mampu bayar zakat, bukanya kita cari jalan untuk mengelak dari kena bayar zakat.
Percayalah, dalam rezeki kita ni, ada bahagian orang lain, dan dengan memberi itulah salah satu sebab rezeki kita bertambah.
Aku rasa sampai takat tu dulu kot perkongsian aku pasal ni, panjang sangat dah aku rasa ni.
Korang kalau nak belajar simpan harta dalam bentuk emas, please banyakkan banyak buku dan mind set kena betul, jangan main terjah je dan jangan sesekali terlibat dengan apa-apa skim emas yang menjanjikan pulangan bulan-bulan.
Selain itu dapatkan guide dari orang yang betul sebelum bermula, agar korang jelas apa yang korang sedang buat, selamat dari sebarang penipuan dan yang paling penting konsisten dalam menyimpan emas. Pastikan bertambahnya ilmu tetang emas seiring bertambahnya gram emas.
Terima kasih.
– Mutawwif Emas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit