Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin sekiranya luahan hati saya ini diterima.
Tujuan saya mencoretkan luahan hati saya disini adalah kerana, saya ingin kan pendapat daripada warga iium confession. Saya ingin keluar daripada belengu masalah yang sedang saya hadapi ketika ini.
Saya harap saya mendapat komen yang positif daripada semua dan cara untuk keluar daripada penjara hidup saya sendiri. Maaf juga jika penceritaan saya ini agak terumbang ambing kerana saya sudah lama tidak menulis sepanjang ini.
Pertamanya, biarlah saya perkenalkan diri saya dahulu, nama saya Nurul. Saya berumur 25 tahun pada tahun ini. Saya sudah bekerja di sebuah syarikat swasta terbesar dan terkenal di kota raya kuala lumpur.
Saya baru sahaja diterima untuk bekerja disini merangkul jawatan sebagai IT analyst. Baru atau tidak, sudah hampir masuk 1 tahun jugalah saya menabur khidmat dan keringat saya disini.
Bekerja di syarikat international adalah satu big escape di dalam diri saya. Sebelum ini, saya bekerja disebuah syarikat kecil di Selangor yang saya namakan syarikah A.
Oleh kerana, saya tidak mahu menjadi choosy dalam memilih pekerjaan, maka saya terima tawaran untuk bekerja disitu kerana saya tidak mahu menganggur hidup lama-lama.
Tambahan pula, tamat sahaja pengajian universiti, saya telah diikat dengan hutang pembiayaan pembelajaran untuk dilangsaikan setiap bulan. Saya cuma mampu bertahan 1 tahun sahaja bekerja di Syarikat A.
Syarikat A cuma mempunyai lebih kurang 30 orang pekerja sahaja dan saya adalah salah seorangnya. Di surat tawaran, saya diterima bekerja sebagai IT staff tetapi, apabila saya siap melangkah kaki untuk mulakan hari saya sebagai IT staff disitu, saya rupanya adalah seorang kuli.
Saya berkerja overtime setiap hari, kami harus memikul tanggungjawab kerja lebih daripada 2 jawatan dalam satu masa.
Ya, saya faham Syarikat A cuma syarikat yang kecil, itu adalah lumrah jika bekerja di sebuah syarikat yang pekerjanya cuma 20 -30 orang sahaja. Syarikat A merupakan sebuah syarikat melayu yang hampir 99% staffnya adalah terdiri daripada orang melayu.
Saya yang paling muda disitu, dan saya juga seorang fast learner tetapi, ketangkasan saya dalam membuat kerja telah diambil kredit oleh semua orang disitu. Saya diberikan kerja yang bukan seharusnya saya dipertanggungjawabkan.
Saya orang baru dan saya tidak suka mencetuskan pergaduhan pada awal jadi, saya anggap sahaja kerja-kerja yang diberikan untuk saya buat sebagai cabaran untuk diri saya, dan saya cuba positifkan diri saya “tak pe, kau dapat belajar banyak benda”.
Hakikatnya, saya rasa saya totally lost berada disitu. Hidup saya terumbang ambing. Belum lagi dengan suasana kerja yang toksik. Staff yang suka memperlekehkan orang lain. Mengumpat sana sini. Saya juga pernah jadi mangsa umpatan mereka.
Mereka kata, saya tiada kerja kerana meja kerja saya sentiasa tersusun bersih dan saya balik tepat di awal waktu.
Saya diam sahaja. Kerana saya malas nak berbalah, saya penat. Padahal, saya struggle siapkan kerja saya dalam satu hari itu sebab target saya untuk balik diawal waktu.
Saya pendiam. Tetapi, saya brilliant. Semua disitu, nampak saya seperti sampah dan tidak membawa apa-apa benefit untuk syarikat kerana saya diam dan saya tidak pandai untuk berkata-kata. Namun, saya boleh gerenti hasil kerja saya sangat baik. Kemas dan teratur.
Namun, apakan daya, disitu tiada siapa pun yang pandang kita jika tidak pandai kipas boss.
Ya, saya tidak pandai kipas boss jadi, boss tidak pernah value hasil kerja saya. Kadang-kadang idea saya dicuri oleh staff lain dan mereka take it for granted to make the boss impressed towards them.
Saya nak fight. Saya tidak pandai. Ya, saya seorang yang lemah lembut. Nak lawan mulut memang tak pandai. Apa yang saya buat ? Ya, saya diam dan terima sahajalah idea saya dicuri.
Setiap hari, saya dapat merasakan saya sudah semakin tidak bersemangat untuk datang ke tempat kerja. Saya suka ambil mc. Sebab, saya malas datang tempat kerja.
Saya rasa marah dengan diri sendiri kerana sifat lembut saya. Saya marah “kenapa kau tak pandai nak lawan? Lawan jelah kau nak takut apa?” “Aku benci perangai kau yang lembut”.
Saya semakin kurang bercakap. Saya seorang pendiam dan kini saya semakin dan semakin pendiam dan sensitif. Oh, saya ada gelaran yang mereka gelarkan saya ” Si bodoh” .
Haha. Ya, bodoh sebab saya ni kurang keyakinan diri. Nak bercakap pun tak pandai. Sampai saya pun rasa saya ni bodoh, bila semua orang gelarkan saya seperti itu.
Mereka ada group chat, tetapi tanpa saya. Saya tidak pernah dipelawa pun untuk sertai group chat mereka itu. Oh, ada . Waktu saya awal-awal masuk di company tersebut.
Tetapi, kemudian group itu diam. Dan mereka create group chat lain. Group chat yang adanya saya di dalamnya itu, dah lama tidak berbunyi. Baru saya sedar, mereka ada group chat lain dan tanpa saya. Kelakarnya.
Ya, saya membosankan. Saya tak pandai bercakap. Saya tahu, saya looser sebab saya tidak pandai bawa diri.
Balik rumah, saya banyak termenung. Saya suka tidur bila saya rasa stress. Untung saya memelihara seekor kucing yang saya namakan “Yoko”. Dia lah peneman saya dan penghibur hati saya.
Perlahan- lahan, saya cuba mencari pekerjaan lain. Saya rasa sudah tidak tahan dengan suasana yang sebegini.
Saya mengadu kepada keluarga dan mereka kata saya ini lembik sangat sebab tidak pandai bertegas. Ya, saya memang lembik dan tidak guna.
Saya semakin diam. Saya mengadu kepada kawan masalah saya. Kawan tidak membantu. Mereka bukannya ingin mengambil tahu masalah saya. Tetapi, masing-masing tunjuk hebat dengan keadaan dan jawatan masing-masing.
Ya, saya bodoh sebab ada kawan macamni. Saya rasa, hidup saya seperti terperangkap dalam penjara sendiri.
Saya semakin sensitif. Saya kerap overthinking. Saya mudah rasa bersalah. Saya semakin kurang keyakinan diri. Saya rasa diri saya teruk. Saya rasa takut kalau saya salah buat sesuatu.
Saya berusaha untuk keluar dari situ. Akhirnya, saya menerima panggilan tawaran temuduga di syarikat yang kini saya bekerja pada hari ini. Ya, saya berjaya temuduga itu over almost 200 fresh graduate student who come over during that day to grab the position.
Over 200 participants on that day, only 10 candidates were selected and one of them was me. Yes. I did it. I passed the video interview. I passed the critical thinkinh test.
I passed the math test. I passed the English test. And I passed the face to face interview. Saya rasa seperti ada sinar baru dalam hidup saya.
Walaupun, kerja yang ditawarkan cumalah fixed term employment. Ya, contract . Hal ini, mendapat tentangan daripada keluarga kerana risky. Saya tahu, it is a risk.
Tetapi, siapa tahu saya berjaya diterima sebagai permanent jika saya bagus disana. Ayah saya membantah. Saya sedih sangat.
Tidak bolehkah setidaknya ayah cuba untuk positif dengan apa yang saya lakukan? Saya disini sudah terlalu negative ayah, bolehkah ayah..cuba percayakan saya.
Berikan saya dorongan? Inikan tidak, bertubi-tubi ayat negatif yang saya terima. Saya sedih. Saya diam. Saya baring. Saya tidur sebab saya penat. Mujur, saya mempunyai ibu yang menyokong dan memberi dorongan kepada saya dan membuatkan saya terus kuat.
Saya perasan, sesuatu perubahan di dalam diri saya. Dahulu, saya tidak pernah tahu tentang mental sickness sehinggalah saya sendiri yang mengalaminya.
Saya kurang keyakinan diri. Saya tidak percaya diri saya seorang yang hebat. Leadership skill saya totally turned out to be zero percent.
Walhal, ketika di bangku sekolah, saya seorang pengawas. Saya ketua darjah. Saya lah ketua kumpulan. Saya dinobatkan pelajar terbaik. Saya dihantar mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan. Ya, hebat saya ketika di bangku sekolah namun, apabila di tempat kerja, I am a looser.
Saya mempunyai trust issue dengan orang sekeliling saya, termasuk keluarga. Iya, ini burukkan? Tetapi, saya tidak tahu kenapa saya sebegini. Saya pernah rasa, saya tidak perlukan sesiapa dalam hidup saya kerana semua orang cuba menjatuhkan hidup saya.
Tidak akan ada yang kekal dalam hidup saya. Semua orang cuma berkawan dengan saya hanya for benefit. Saya semakin berhati-hati dengan semua orang yang cuba hadir dalam hidup saya.
Saya semakin kurang bercakap. Saya semakin tidak pandai untuk membawa diri terutama apabila di majlis keramaian yang melibatkan ramai orang. Saya cepat rasa penat dan tidak suka untuk bercakap dengan siapa-siapa.
Saya mudah rasa marah pada diri saya kerana kekurangan diri saya sendiri. Saya juga perasan, memori saya untuk mengingati sesuatu perkata sangat lemah.
Saya mudah lupa dengan apa yang saya buat walhal perkara itu saya baru sahaja buat 5 minit yang lalu. Saya mudah tergagap apabila berkomunikasi dengan orang. Saya tidak pandai untuk bercakap dengan orang.
Saya banyak mendiamkan diri. Tetapi fikiran saya, tidak pernah diam. Walaupun di waktu tidur.
Alhamdulillah, sudah hampir setahun saya bekerja di syarikat yang saya bekerja sekarang ini. Alhamdulillah, kawan-kawan ofis semuanya baik-baik. Alhamdulillah, working environment yang sangat positif.
Tetapi, saya masih mempunyai trust issue dengan semua orang di sekeliling saya. Saya masih pendiam tetapi disini saya sudah mula menjumpai senyuman dan ketawa yang sudah lama saya hilang.
Namun, overthink , negative thinking , anxiety dan kurang keyakinan diri masih susah untuk saya ubah. Saya cuba, tetapi susah. Saya tahu, pasti ada diantara pembaca disini yang pernah mengalami depression atau anxiety.
Saya sangat hargai jika kisah saya ini disiarkan, saya harap komentar dapat memberikan tips dan cara untuk tangani sifat ini. Saya ingin hidup bahagia. Saya harap 2021 saya dapat menjadi wanita yang bahagia.
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit