Assalamualaikum. Nama aku Dian. Seorang anak yang sudah dewasa dan sudah mempunyai anak. Aku ada perangai yang aku tak suka tengok ialah ibu bapa yang membiarkan anak-anak dengan jiwa kosong.
Jiwa kosong tu macam mana? Aku pernah melalui fasa kanak-kanak di mana aku tidak mempunyai kawan karib, sering dibuli di sekolah. Di rumah jangan cakap la, asyik kena marah. Marah tapi tak didik apa yang betul dan salah.
Jadi, bila di sekolah aku tak pandai berkawan, rasa rendah diri. Aku tengok kawan-kawan lain selamba berbual dan bergurau dengan cikgu. Bagi aku situasi itu sangat asing. Jangan kata di sekolah, di rumah pun entah macam apa.
Aku pernah labelkan kehidupan kanak-kanak aku paling tak menyeronokkan. Pertama tak ada kawan sangat, asyik kena buli. Malas aku nak cerita panjang buli yang macam mana.
Di rumah pula, aku tak rapat dengan abah sebab garang dan balik kerja akan luangkan masa dengan kawan-kawan. Bab kalau dia marah, langsung tak kawal mulut, banyak ayat tak elok yang keluar. Sedangkan kata-kata mak ayah adalah doa.
Fasa sekolah rendah, aku hanya ada emak sebagai chenta hati. Emak la ajar mengaji, emak la yang susah payah kumpul duit belikan baju. Tak dapat nak senaraikan 1001 pengorbanan emak.
Jadi nampak tak kehidupan keluarga aku tak balance? Abah dalam dunia dia dan emak dengan kudrat yang ada terkontang kanting uruskan kami adik-beradik dan rumah tangga.
Bila masuk sekolah menengah, aku jadi pendendam, pemberontak. Emak pun dah berubah. Cepat marah dan tak lagi melayan aku. Mungkin kerana monopous.
Dunia dan perhatian emak pula beralih kepada menantu barunya. Mungkin kerana pandai ambil hati dan emak sudah letih uruskan keluarga sendirian. Aku?
Ah sudah! Aku nak hala ke siapa? Mujur masa tu aku ada mak saudara yang rapat. Di rumah, dialah kawan karib. Apa-apa aku akan cari dia. Tapi orang lain tetap tak sama macam keluarga sendiri. Mereka pun ada komitmen tak kan nak hadap kita je.
Selang beberapa tahun, aku berjaya sambung pengajian dan miliki kerjaya stabil. Mak dan abah makin tua, hubungan abah sedikit rapat tapi aku masih memberontak.
Dalam usia 20an, aku masih mengemis perhatian emak dan abah. Aku cuba spend masa dengan mereka walaupun sibuk dengan kerja tapi reaksi yang diterima mengecewakan. Sibuk. Sibuk kerana urusan hobi dan minat mereka.
Memberontak masa usia dewasa ni buruk sebenarnya. Aku sedar dan belajar memaafkan. Tapi aku juga manusia biasa. Kadang-kala lagi aku cuba lupa lagi makin ingat.
Aku pernah jadi macam Anakku Sazali. Bila emak nasihat supaya aku berubah, aku balas kenapa sekarang baru nak ubah? Sedangkan dalam agama emak dan abah kena jadi kawan pada anak-anak.
Kalau nak nasihat, ubah buat masa 15 tahun lepas. Kenapa waktu tu emak dan abah tak pedulikan pun?
Sekarang bila aku dah ada anak, aku dan psangan cuba jadi parent yang sebaik mungkin yang boleh. Kami tak sempurna, kemungkinan juga kami juga ulang kesilapan orang tua. Aku tak putus doa supaya anak aku tak alami nasib yang sama.
Jadi bila aku tengok orang lain ada anak, tapi sia-siakan peluang untuk luangkan masa, bagi kasih sayang dan didik anak mereka, aku dapat rasa kesakitan yang anak mereka alami.
Tahu tak anak kau harap kau tanya khabar mereka? Berbual dengan mereka. Luangkan masa, tanya tentang impian mereka. Bukan label anak bodoh dan pemalas. Mereka nak kau bimbing, anak kau membesar sebagai orang, bukan anak lembu.
Yang mana aku boleh tegur aku akan tegur. Aku tak nak budak-budak sekarang membesar dalam keadaan kurang kasih sayang.Tak ada yang best pun . Sakit lagi ada la. Nanti anak dah besar baru nak ingat nak tegur memang terlambat.
Kesian kat budak-budak. Ada yang terpaksa tumpang kasih sayang orang lain. Itu pun kalau ada yang sudi nak sayang la. Kalau tak membesarlah anak tu dengan jiwa penuh kekosongan.
Kadang-kadang kita tak mampu tegur mak ayah mereka, tapi kita mampu nasihatkan anak-anak mereka.
Budak-budak macam ni aku selalu pesan sebaik mana pun orang sekeliling terhadap kamu, tak akan sama baiknya kamu dengan mak ayah sendiri. Dan tak ada orang lain lebih layak jaga kamu selain ibu bapa kamu sendiri.
Jadi aku harap yang mana ada anak jaga la anak masing-masing. Itu amanah Allah untuk kita. Nak harap orang lain jaga anak kita memang tak la, mereka pun ada anak. Setakat nak belikan jajan 20 sen boleh la. Anak kau tak makan nasi, tak kan orang lain pula nak fikir.
– Dian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit