Terima Aku Seadanya

Assalamu’alaikum dan hai semua pembaca. Terima kasih admin kalau siarkan confession aku ni. Ini sekadar luahan perasaan, bukan untuk meminta nasihat. Aku cuma rasa aku perlu tempat untuk meluahkan jadi aku luahkan dekat page ni sebab nama page ni ‘confession’ kan.

Luahan ni agak panjang jadi aku galakkan pembaca untuk baca sampai habis atau tak perlu baca langsung. Ini cerita aku tetapi dengan sedikit olahan sebab aku tak nak orang tahu siapa aku dan aku tak nak buka aib sesiapa.

Terlebih dahulu, aku minta maaf kalau gaya penceritaan aku berterabur sebab ada banyak sangat benda yang aku nak luahkan tapi taknak korang bosan. lolz.

Aku banyak baca confession dalam ni pasal keluarga dan adik beradik terutamanya yang perempuan dan kebanyakan mereka anak sulung. So, aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku sebagai anak perempuan bongsu.

Aku kenalkan diri aku sebagai Sasha, perempuan, bujang, awal 30-an. Aku anak ke-6 dari 7 orang adik beradik. Ini cerita tentang keluarga aku…

Ayah aku seorang yang sangat garang dan ibu aku tak kurang juga garangnya cuma beza ayah dan ibu aku ialah ibu aku tak pernah naik tangan cuma kalau die membebel boleh sampai 1-2 jam lamanya.

Kalau nak tahu tahap kegarangan ayah aku, sewaktu aku berumur 4 atau 5 tahun, waktu tu lepas asar, ayah aku tidur mungkin sebab die penat bekerja, aku dan adik lelaki aku bermain diluar rumah.

Budak-budak, biasalah, bising kan. Adik aku berlari masuk ke dalam dan aku kejar die dari belakang sebab aku tahu ayah aku tidur jadi aku nak halang die dari masuk dalam rumah dan buat bising dekat dalam. Tiba2, ada satu benda melayang depan aku, sipi-sipi je nak kena aku.

Ayah aku baling botol Ridsect sebab adik aku bising tapi benda tu tak kena dekat adik aku dan hampir-hampir kena dekat aku. Ada satu lagi kejadian yang aku ingat ialah masa umur aku dalam 8 atau 9 tahun, aku cuma agak je tapi yang pasti aku belum baligh masa tu.

Ibu aku minta ambilkan daun kunyit dekat depan rumah, aku malas nak pakai tudung masa tu so aku keluar cepat-cepat, tiba-tiba je rambut aku kena tarik, ayah aku tarik rambut aku dan heret aku masuk dalam rumah.

Of course, aku menangis dan macam biasa kena marah sebab keluar dengan aurat terbuka.

Keluarga aku patriarki. Sejauh mana patriarki tu. Satu ayat dari abang aku yang aku masih ingat sampai sekarang ialah “kalau dalam Islam, ayah boleh bunuh anak perempuan kalau dorang tak ikut cakap.

Kalau ayah takde, aku sebagai anak lelaki paling tua dalam rumah ni boleh bunuh kau kalau kau tak dengar cakap aku”. Kalau tak salah aku, punca sebenar abang aku cakap macamtu ialah sebab die suruh aku buat sesuatu tapi aku tak nak buat.

Ayat abang aku tu sampai sekarang aku masih ingat. Dan of course, benda yang biasa aku dengar ialah “sebab kau perempuan, tu memang kerja kau”. Oh ya, aku pernah kena ‘sexual harassment’ masa aku kecik, time tu aku belum baligh, oleh abang aku sendiri.

Abang aku pernah sentuh kemaluan aku dan suruh aku sentuh kemaluan die. Bila aku dah dewasa, aku confront die mengenai perbuatan die dekat aku sewaktu aku kecil.

Cuba teka apa alasan yang die bagi. Dia kata sebab die kena buli dekat sekolah, die stress, die pernah nak bunuh diri sebab tu die buat benda bodoh macamtu.

Aku confront die sebab aku harapkan at least die minta maaf atas apa yang die buat kat aku dulu tapi ending die, aku yang kena faham situasi die masa tu so aku just minta maaf dan aku tak pernah ungkit lagi benda tu.

Aku mungkin takkan maafkan die kalau die minta maaf sekalipun atas perbuatan die tapi at least aku rasa aku boleh move on dari benda tu.

Ibu aku pernah sakit sebab stress yang melampau, kalau ikut pakar dekat hospital katanya sakit jiwa tapi kalau ikut ustaz, katanya ada orang hantar. Entahlah. Tapi aku tak pelik pun sebab segala tugas dalam rumah ibu aku yang buat dan kedua2 ibu ayah aku bekerja.

Ayah aku bukan kaki pukul macam sesetengah confession yang aku baca dalam ni, tapi ayat dan kata2 die sangat kasar. Segala macam sumpah seranah ayah aku pernah hamburkan dekat ibu dan adik beradik aku.

Bermacam perkataan yang aku pernah dengar dari yang biasa macam b***h, b**i and s**l kepada yang tak berapa biasa dengar macam p*****t.

Jadi mungkin sebab tu ibu aku stress dan die sakit jiwa selama dua tahun. Dan selama ibu aku sakit, die dirawat dirumah dan aku lah yang jaga die. Masa tu aku 14 tahun dan tahun depan tu aku akan ambil PMR.

Aku sendiri yang buat decision untuk ‘homeschooling’, aku belajar sendiri dan time weekend, aku pergi tuition.

Sebelum ibu aku sakit, aku bukan lah anak yang rajin pun, bila ibu aku mintak tolong, baru aku tolong. Tapi selepas ibu aku sakit, aku berubah 360 darjah, aku bangun pukul 4 pagi untuk siapkan sarapan dan kadang2 pukul 12 tengah malam baru aku tidur.

Kenapa aku yang jaga ibu aku? Sebab adik beradik aku yang lain dah berkahwin, masing2 ad keluarga, kakak aku masa tu belajar dekat SBP, adik lelaki aku bersekolah, abang aku bekerja keluar sebelum Subuh, balik rumah bila dah pukul 12malam camtu.

So aku pun buat keputusan, takpalah, biar aku belajar dari rumah dan jaga ibu aku. Aku bukan nak berbangga tetapi aku sebenarnya budak yang agak bijak berbanding adik beradik aku yang lain. Walaupun aku belajar dari rumah, tapi keputusan PMR aku straight A’s.

Cuma masa aku beritahu keputusan aku dekat orang, semua cakap aku dapat keputusan yang baik “berkat jaga mak aku”.

Aku tahu apa yang dorang cakap tu betul tapi ada sedikit perasaan dalam hati aku yang macam memberontak. Aku rasa aku cuma nak orang beritahu aku yang “aku dah buat yang terbaik” or maybe just “good job”?.

Anyway, aku sebenarnya nak cerita pasal ibubapa aku yang narcissist tapi panjang sangat pulak background story dekat atas ni. Kenapa aku cakap dorang narcissist? Sebab semuanya perlu mengikut kehendak dorang. Aku ni dengar cakap, kalau ibu ayah aku tak kasi, aku takkan buat.

Contohnya, aku dapat tawaran kerja dekat 1 company ni, tapi sebab ibu aku tak suka sebab tempat kerja tu agak jauh dari rumah aku. So, aku pun cari kerja lain. Sekarang ni, aku freelancing dan kerja dari rumah. Dah 3 tahun aku macamni.

Dan memandangkan aku kerja dari rumah, aku 24 jam bersama ibuayah aku jadi maybe sebab tu aku jadi ‘puching bag’ untuk ibu ayah aku.

Segala macam benda yang dorang tak puas hati dorang akan cerita dekat aku. Tak kesah ar sama ada pasal adik beradik aku atau pasal ipar2 aku. Ada je benda yang dorang takkan puas hati dan kadang2 benda tu benda yang simple.

Contoh macam abang aku hantar anak die pergi kelas berenang, ibu aku membebel cakap membazir duit, baik hantar pergi sekolah tahfiz, bla bla bla. Tapi yang kelakarnya pasal ibuayah aku ni, dorang tak pernah cakap dengan adik beradik aku ape yang dorang tak puashati.

Tapi kalau ada benda yang dorang tak puas hati dengan aku, dorang akan cakap direct je. Dan macam biasa aku jenis yang ikut cakap jadi aku pun akan cuba ubah, kalau aku tak boleh nak ubah, aku akan buat tapi tanpa pengetahuan dorang.

Oh ye, ibubapa aku bukan setakat narcisssist tapi juga racist especially towards the Chinese. Tapi ni lebih kepada ayah aku ar.

Aku beli barang semuanya online dan kadang2 seller tu hantar guna nama asal dorang kan. So ada ar beberapa seller yang Chinese dan tiap2 kali barang sampai dekat rumah, ayah aku akan bebel, kenapa tak beli dari Melayu, BMF and so on.

Ironically, dorang makan supplement yang dibuat dari Thailand yang founder die for sure bukan Muslim nor Malay.

Ibubapa aku juga tak percaya ubat hospital dan antivaksin tapi kalau sakit masih pergi hospital. Cuba korang bayangkan aku hidup selama lebih kurang 30 tahun dengan ibubapa yang camni.

Dan tiap2 kali aku luahkan dekat adik beradik aku yang lain, ayat yang aku selalu aku dapat ialah “dorang tak lama lagi, berapa minit je untuk berbakti”, “seorang ibu boleh jaga 7 orang anak, tapi 7 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu” dan macam2 lagi lah.

Well, dorang semua dah kahwin dan dorang tak menghadap ibubapa aku 24 jam so yeah.

Lagipun, belum tahu lagi kan siapa meninggal dulu, ibubapa aku atau aku. Atok aku meninggal sewaktu umur die 98 tahun. Sekarang bapa aku 80 dan ibu aku 74 tahun. So maybe, aku kena menghadap dorang lagi 20 tahun? Assuming aku stay single for the rest of my life.

Aku beberapa kali amek DASS test online setiap kali aku stress dan kepeutusan aku selalunya antara stress level aku tinggi atau anxiety level aku tinggi.

Alhamdullillah, depression level aku selalunya ringan atau normal je. Dan setiap kali result DASS aku camni, ape yang aku buat ialah, aku akan menyendiri dari ahli keluarga aku. Aku akan buat semua tugasan dirumah macam biasa, memasak, mengemas etc. cuma aku akan berdiam diri.

Aku pernah confront ibu aku sebelum die sakit dan selepas die sakit pasal aku stress semua, tapi ayat yang aku selalu dapat ialah “ibu lagi stress dari kau, ingat senang ke nak besarkan anak2, ingat kau terus besar je camni” so yeah.

Dan aku pernah beritahu abang aku dan tunjukkan DASS test aku tapi die dismiss perasaan aku totally and just cakap tak boleh percaya sangat DASS test ni.

Bila aku cerita dekat kawan2 aku, apa yang dorang beritahu aku ialah untuk kahwin tapi aku masih rasional. Kahwin tidak menyelesaikan masalah dan aku juga takut kalau aku jadi ibubapa seperti ibubapa aku then adakah aku akan melahirkan satu lagi ‘aku’.

Ada kawan2 yang suruh aku duduk rumah sewa. Aku pernah duduk rumah sewa sewaktu aku intern tapi tiap2 minggu ibu aku akan call suruh balik rumah dan kalau aku taknak balik contohnya die akan ‘trip guilt’ aku dengan ayat “dah tak dengar cakap ibu, dah tak suka dekat ibu…

Ibu rasa lebih baik ibu mati je, anak2 semua tak dengar cakap” dan bermacamlah ayat die…

Dan biasanya ayat2 tu die akan letak dalam group family so adik beradik yang lain akan push aku untuk balik. Adik beradik lain risau sebab die pernah sakit jiwa so taknak sakit jiwa die berulang balik. Aku pun risau jadi aku turutkan.

Sedikit tambahan, aku tak pernah keluar dengan kawan2 aku sepanjang aku kerja sebagai freelancer ni sebab ibubapa aku tak suka. Jadi hidup aku sama mcam hidup rakyat Malaysia yang lain sewaktu PKPB – bilik, ruang tamu, dapur, bilik air dan bilik semula.

Wow, panjang pulak confession aku ni. Hahaha…ok ar aku stop sini, orang dah azan, aku nak solat. Oh ye, sebelum tu, aku baca confession banyak2 dekat page ni dan mesti akan ada 1 atau 2 comments yang menidakkan ape yang confessors tu rasa.

Aku cuma harap orang yang baca confession aku ni takkan menidakkan apa yang aku rasa sebab bagi aku yang paling sakit sekali bukan bila orang pergunakan kau atau maki hamun kau tapi bila orang tu memperlekehkan apa yang kau rasa.

Tak apa kalau korang tak setuju dengan apa yang orang lain rasa tapi jangan sesekali korang cakap “someone else has it worse than you”. Kalau ada orang luahkan dekat korang ape2, dengar je ar, without being too judgemental.

Dan untuk yang dekat luar sana yang rasa korang stress, anxious atau depress, terima ar diri korang seadanya. Its okay to be sad, its okay to be stressed or depressed , what’s not okay is doing nothing about it.

Aku juga dalam proses untuk menerima diri aku seadanya sebab kalau bukan aku yang terima diri aku seadanya, maka siapa lagi?

– Anon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *