Assalamualaikum semua. Terima kasih admin IIUMC kerana siarkan confession saya. Maaf jika cerita saya kurang menarik tapi saya cuma nak bercerita berdasarkan pengalaman yang saya lalui.
Alhamdulillah.. saya telah berkahwin pada pertengahan tahun 2020 dimana hanya pernikahan yang berlangsung dengan kehadiran ibubapa dan adik beradik kerana waktu itu masih tidak boleh rentas daerah dan negeri,
Saya dan suami masih berhasrat untuk membuat majlis perkahwinan kami tapi rezeki kami mendapat zuriat awal,
Saya disahkan mengandung selepas sebulan berkahwin dan kami berbincang untuk menukarkan majlis perkahwinan kepada majlis aqiqah bila bayi sudah lahir inshaAllah..
Pada awal kehamilan, saya tidak merasa sebarang alahan yang teruk, tidak berasa pening, cuma tidak boleh lewat makan dan perut masuk angin. Saya merasakan perkara itu normal di awal kehamilan.
Pada minggu ke 8 kehamilan, saya hadir ke klinik swasta untuk membuka buku mengandung. Perkara yang dilakukan semasa membuka buku mengandung, darah dan air kencing akan diambil untuk di hantar ke lab.
(Sebelum pembaca menyoalkan kenapa saya buka buku mengandung di klinik swasta dan bukan di klinik kerajaan kerana saya bekerja di syarikat swasta dan kekurang masa untuk menunggu di klinik kerajaan.)
Ok bersambung selepas ujian ambil darah, 2 hari selepas itu result darah telah diperoleh dan saya di minta hadir ke klinik, dan doktor mengesyaki saya menghidap penyakit darah iaitu penyakit talasemia.
Saya hadir ke klinik bersama emak saya dan menyangkal dakwaan doktor yang mengatakan family mempunyai penyakit tersebut.
Saya merupakan anak bongsu kepada 4 adik beradik dan kakak abang saya telah berkahwin dan masing-masing mempunyai anak, normal dan tidak perlu membuat perpindahan darah (bagi talasemia yang teruk).
Kemudian, Doktor meminta saya membuat ujian darah sekali lagi untuk mengesahkan saya talasemia jenis apa dan hanya pembawa atau mengidap.
Seminggu selepas itu, keputusan darah telah diperoleh dan akhirnya saya disahkan pembawa talasemia dan bacaan platlet juga tinggi (900-1000). Suami disarankan untuk membuat ujian darah talasemia dan alhamdulillah keputusan suami semuanya normal.
Bermulalah check up bulanan saya di klinik tersebut dengan bacaan HB di awal kehamilan 9 dan masuk trimester kedua paling rendah HB ialah 7. Ubat yang dibekalkan saya tidak pernah missed, buah-buahan vitamin C turut saya amalkan. Tapi HB tidak pernah naik.
Pada minggu ke 23 kehamilan, saya direfer ke salah sebuah hospital semi-gov kerana saya buat keputusan untuk bersalin disitu.
Layanan nurse dan doktor amat baik. Darah jugak diambil sekali lagi untuk mengetahui HB dan jugak platlet. HB tetap tidak cantik, hanya 8, dan alhamdulillah platlet saya hanya 200 lebih dan normal. Jadi saya tidak perlu risau tentang bacaan platlet.
Cuma kali ini, doktor menerangkan jika HB saya semakin drop memasuki trimester ketiga, doktor menyarankan pemindahan darah dilakukan untuk kebaikan saya dan bayi.
Alhamdulillah detail scan jugak telah dilakukan, baby sangat sihat cuma doktor agak risau kerana HB baby adalah 12. Normal HB baby adalah 15.
Benarlah, Allah tidak akan menguji hamba – Nya jika hamba-Nya tidak mampu. Saya melihat pelbagai situasi disekeliling saya, rakan baik saya sudah 4 tahun mendirikan rumah tangga namun masih menantikan zuriat hadir tapi kehidupan mereka sangat bahagia.
Yang hadir ke hospital untuk check up kandungan juga, mempunyai ujian masing2. Saya bersyukur kerana Allah hadirkan zuriat untuk saya dan suami dengan ujian yang mampu kami tempuhi.
Saya berharap pembaca-pembaca mendoakan kandungan saya sihat selama ia berada dalam rahim saya dan dipermudahkan urusan akan datang.
Saya juga doakan pembaca agak dimurahkan rezeki, dan bagi pasangan yang baru berkahwin atau sudah lama berkahwin dikurniakan zuriat soleh solehah.
P/s : Jika cerita saya dapat sambutan, saya akan cerita pengalaman saya di trimester ketiga sehingga bersalin. InshaaAllah.
– Fieka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit