Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-si-ibu-tiri/).
Assalammualaikum kepada semua pembaca tegar IIUM CONFESSION. Aku Wani perempuan yang kalian katakan acah hebat, acah bagus, dalam confession aku yang lepas bertajuk Aku Si Ibu Tiri.
Selepas membaca komen dari kalian di komen facebook rasmi IIUM Confenssion, terdetik di hati aku ingin menjelaskan kepada semua beberapa kekeliruan yang buat semua seakan tidak percaya akan status aku yang bergelar sebagai seorang ARKITEK.
Posting yang lepas aku cuba “membawang” dengan kalian semua secara “berhadapan” lebih kepada bercerita santai santai sahaja.
Begitu pun aku turut dikecam hebat kerana ada para pembawang yang mengatakan bahawa penulisan aku untuk confession yang lepas, tak ubah seperti penulisan seorang budak lepasan SPM.
Makanya aku bercadang ingin menjelaskan di confession yang kedua ini secara penulisan yang tak ubah seperti kalian membaca novel. Tetapi tidaklah aku tahu mengarang cerita seperti gaya seorang novelis. Kalian nilai kan lah sendiri.
Aku tidak pasti adakah jika aku menulis di posting kedua ini, aku akan turut menerima kecaman kerana ayat yang aku gunakan seperti gaya seorang penulis novel ataupun gaya seperti seorang penulis cerpen? Adakah aku bakal dikecam? Kita lihat nanti bersama sama ya.
Aku pernah terbaca akan suatu confession yang meluahkan melalui penulisan yang puitis tetapi turut dikecam berjemaah. Aku tidak faham apa yang kalian harapkan?
Bila bercerita dengan gaya santai kalian katakan seperti budak baru habis tamat sekolah menengah. Bila berpuitis sikit kalian mengata penulis tersebut berfantasi.
“Macam drama melayu. Bosanlah baca.”
“Cerita nak gebang je minah ni.”
“Tunjuk hebat la pulak minah ni.”
“Dari apa yang aku lihat macam cerita ini direka la. Tak mungkin orang macam tu wujud. Macam baca novel.”
“Jangan baca. Entah apa apa.”
Kata makcik bawang yang seperti tahu akan kisah mana yang benar, dan kisah yang manakah yang direka, dengan mengatakan bahawa confession tersebut seperti membaca novel fantasi.
Aku tergelak besar apabila membaca komen komen para pembawang di ruang komen untuk confession aku yang lepas.
Bila aku cuba bercerita gaya santai, ada pula mereka yang mempertikaikan akan kewujudan aku sebagai seorang arkitek, hanya kerana penulisan aku yang santai.
Ya tuan puan sekalian alam, tujuan aku berkongsi kisah aku sebagai seorang ibu tiri memang tiada nilai murni yang perlu diambil. Aku sekadar ingin bercerita. Serta aku cukup penat dengan orang sekeliling yang asyik sekali berkata yang tidak elok akan status seorang ibu tiri.
Bukanlah niat aku ingin mendabik dada menunjuk bahawa aku lah yang hebat dalam segala hal, dan aku juga lah yang tidak takut akan semua hal. Tidak sesekali. Aku tidak berniat langsung untuk rasa hebat dengan berkongsi kisah aku di sini.
Ada yang berkata kisah aku ini tak ubah seperti dalam drama melayu. Memang tidak akan ada yang percaya bahawa aku adalah seorang yang sangat berani meluahkan segalanya jika ada sesuatu yang buat kepala aku berasap.
Tetapi dalam segala hal yang melibatkan keluarga atau urusan kerja, aku masih diri aku. Aku akan mempertahankan apa yang aku rasa betul.
Kau rasa aku ni nak tunjuk hebat, cakap besar, aku seorang je yang baik yang lain semuanya jahat, aku nak cakap sikitlah eh tak mendatangkan hasil kepada aku langsung la kalau itu sememangnya tujuan asal aku.
Manusia memang terlalu rumit untuk kita puaskan hati masing masing. Padahal apa yang aku kongsikan di sini pengalaman benar dari aku sendiri. Kalau memang niat aku nak tunjuk hebat sudah lama aku balas semua komen yang mengecam aku.
Untuk apa kalau aku balas komen tersebut? Supaya korang boleh tengok life aku macam mana? Supaya korang percaya yang aku ni arkitek? Tetapi sengaja aku tak balas komen korang hanya kerana aku tak nak disalah anggap.
Hakikatnya menggigil je jari ini aku tahankan dari membalas komen korang yang mengecam aku. Nanti tak pasal pasal aku terfamous pulak. Kalau aku betul nak mendabik dada dah lama aku reveal diri aku sendiri dekat ruangan komen tersebut.
Hah kau aku dah malas dah ni nak bercerita gaya gaya novelis. Memang kalau aku cakap aku arkitek aku kena tulis dengan gaya arkitek lah? Baru korang cakap oh betul lah dia ni arkitek. Macam tu? Hahaha kelakar lah korang ni.
Lagi satu tentang situasi aku ketika berada di sekolah anak tiriku. Memang sukar untuk percaya kan? Tapi itulah hakikat yang sebenar benarnya terjadi antara aku dan guru kelas anak tiriku. Agaknya kalau aku viralkan hari tu dan kecoh satu social media baru korang nak percaya agaknya ya?
Korang tak percaya sebab benda ni tak berlaku dekat korang sendiri. Kalau benda ni jadi dekat korang, dan korang meluahkan rasa tidak puas hati dekat sini, rasa rasanya akan ada orang percaya tak? Tapi guru kelas anak tiri aku tu memang WUJUD dan ini bukan drama.
Memang dia menafikan sekeras kerasnya aku sebagai ibu tiri Lia pada mulanya. Bila aku ceritakan kepada Sofea (ibu kandung anak anak tiriku) tentang insiden tersebut dia tidak terkejut.
Katanya lagi sekolah tersebut memang terkenal sebagai salah sebuah sekolah yang gurunya terkenal dengan mulut yang sangat sangat celupar. And I was like hmm okay no wonder la.
Ada satu komen yang mengatakan bahawa anak tiriku Lia biadap. Biadap celah mana eh? Part Lia melawan Kak Ngah? Eh memang kedengaran seperti biadap, tapi kalau dah terjumpa spesis makhluk toksik ni, kau memang nak duduk diam perhatikan je ke? Budak tu dah besar panjang.
Dia boleh fikir baik buruk. Dia pun dah faham sangat perangai Mak ngah dia. Aku tidaklah sokong sikap melawan dia tu cuma benda tu kalau tak bertempat memang nampak kurang ajar lah. Korang tak ada dekat tempat aku dengan Lia cuba jangan nak judge yang bukan bukan.
Berbalik semula kepada Nad. Apa para pengecam kata? Seperti drama versi 7 hari mencintaiku yang direka reka? Hahaha korang memang kelakar!
Ketahuilah anda semua apa yang dipaparkan di dalam drama tu ada yang saling berkaitan secara tidak langsung dengan netizen yang menontonnya.
Spesis perempuan seperti Nad ni memang WUJUD. Aku penatlah orang dok cakap macam dalam drama la apalah. Kuat sangat tengok drama sampai semua confession yang korang baca, korang kata macam dalam drama. Kurangkanlah sikit tengok drama petang tu ya Kak Ngah semua.
Ada satu komen yang mengatakan aku minah kepoh jenis tak nak kalah? Aku terpempan sekejap. Aku nak je balas komen tersebut.
Part mana yang buat kau rasa aku tak nak kalah semua benda? Aku hanya mempertahankan diri dari dipijak pijak mereka yang cuba memperlekehkan aku. Tak salah rasanya.
Siapa kenal aku tahu lah mulut aku macam mana. Orang nampak aku depan depan akan cakap aku ni mudah mesra dengan semua orang. Tapi aku lebih kepada banyak mendiamkan diri kalau tak ada apa hendak dibawangkan. Tapi sekali aku meletus, orang dah tak kenal siapa Wani.
Aku tak nak lah jadi perempuan yang lembik, yang orang boleh senang senang nak tindas aku. Jadi aku berharap sangat dekat korang yang rasa diri tu ditindas, supaya bangun mempertahankan diri supaya tak nampak bodoh dekat semua yang memperlekehkan diri kau.
Jangan sesekali menampakkan yang diri korang tu lembik. Jangan buat orang ketawakan diri kau. Memperlekehkan diri kau. Mempergunakan diri kau. Cuba bangun pertahankan diri tu. Kesian kat diri tu sikit. Lawan bila perlu. Jangan nak serah je diri tu untuk dipijak pijak.
Bercerita tentang Lia aku agak bangga dengan dia walaupun luaran dia agak kasar. Dia jadi dingin begitu kerana campur tangan keluarga suami aku yang melibatkan Sofea. Mak mertua, adik beradik suami aku memang tidak berkenan langsung dengan Sofea.
Bukan menantu pilihan katanya. Macam aku jugaklah bukan menantu pilihan. Atas sebab apa perkahwinan terdahulu mereka berdua terlerai aku tidak dapat kongsikan di sini.
Nanti pening pulak korang nak membaca. Nanti ada yang kata panjang lah apalah. Pening nak baca la apalah. Lari dari tajuk la apalah.
Baiklah itu sahaja untuk menjelaskan segalanya. Terima kasih lah kepada semua Kak ngah yang mengecam kerana sudi jugak baca kisah aku yang tak ubah seperti membawang ni kan.
Apa yang aku nak sampaikan kali terakhir ni, yang mengecam aku semua tu sebijik macam Kak ngah aku.
Mana tak nya siap ada yang guna akaun palsu untuk kecam aku. Motif? Hahaha baiklah jaga diri semua. And to admin IIUM Confession, terima kasih sekali lagi jika izinkan posting saya ini untuk dibaca Kak Ngah2 di luar sana. Stay safe!
– Wani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit