Mak Aku Tak Sporting Langsung

Assalamulaikum semua. Bila baca tajuk mesti korang tau maksud tak sporting kan? Ye mak aku langsung tak sporting pada benda-benda yang dia tak boleh tolerate.

By the way, aku Piya anak sulung. Umur dah masuk 30 tahun. Sudah berumahtangga dan mempunyai 3 cahaya mata. Dua perempuan dan seorang lelaki.

Yang aku nak kongsi ni tetang mak aku. Mak aku ni seorang yang agak mengawal semua pergerakan anak-anaknya. Ok aku start dengan beberapa incident yang aku kira frust kenapa mak aku tak macam mak kawan-kawan aku ye.

So siapa mak aku ni sebenarnya. Mak aku surirumah yang berpendidikan. Tapi tak pandai bawak kereta.

Masa aku dalam umur 6 tahun, aku dah mula nak main dengan kawan-kawan kat luar rumah. Masa tu tak lah teruk macam kes-kes sekarang ni.

It’s common orang main-main kat luar. Tapi mak aku dia tak benarkan aku keluar kecuali ke sekolah tadika. Tu pun dia hantar ambik aku. Siap bawak adik-adik lagi. Jalan kaki tau. Tapi dekat jelah dari rumah aku.

Sampailah satu hari aku memberontak menangis-nangis nak main kat luar. End up mak aku bawa aku ke taman permainan. Bermula lah episode aku dan adik-adik dapat main kat taman dengan ditemani mak aku.

Sampai jadi bahan ejekan kawan-kawan sebab hari-hari mak aku ikut duduk kat taman. Aku tak peduli asal dapat main. Jarak taman permainan dan rumah aku cuma 50 meter je. Senang kata taman tu betul-betul depan rumah aku.

Ok, masa cuti sekolah semua orang nak bercuti balik kampung rumah nenek kan. So sepupu-sepupu aku pun buat plan nak bercuti kat rumah nenek aku. Memang bestlah, meriah sebab ramai kan.

Tapi malangnya, mak aku tak pernah bagi aku nak bercuti sekolah kat rumah nenek.

Aku ingat lagi pakcik aku, abang mak datang nak ambik aku adik beradik bawak balik kampung. Bapak aku dah bagi green light. Suka sangat hati aku masa tu. Tapi mak aku, langsung tak izinkan.

End up abang mak aku yang agak kecewa balik je bawak anak-anak dia yang beria ikut nak jemput kitaorang.

Macam tu juga masa dah masuk sekolah menengah, mak aku tak pernah izinkan aku nak kerumah kawan untuk study group. Kalau nak study group, kawan-kawan aku kena datang rumah.

Sehinggalah satu hari masa cuti sem (universiti), aku terdetik nak korek rahsia pasal masalah mak aku yang semua tak boleh ni.

For all the questions, mak aku jawab, sebab dia suka baca ‘surat khabar’. Dalam tu hampir setiap hari ada berita pasal pedophilia.

Mak aku paranoid sangan dengan isu tu. Maka mak aku buat kajian pasal isu pedo ni. Kajian ualss.

Mak aku cakap, kebanyakan kes adalah berlaku dari orang yang kita kenal. So sebab tu mak aku tak nak anak-anak baik lelaki atau perempuan tak ada depan mata dia.

Mak aku kata, dia sanggup sediakan ruang-ruang belajar bila aku dan adik-adik mula nak study dalam group. Mak aku ingat lagi ada sorang kawan aku tak nak datang rumah aku dengan alasan asyik dia je datang rumah aku.

Apa mak aku buat masa tu, mak aku call kawan aku cakap esok mak aku nak masak laksa. So kawan aku ni favorite dia laksa. Jadi esoknya dia datang sebab laksa tu. Hehehehe. Mak aku pancing setiap kawan-kawan aku dengan makanan kegemaran diaorang.

Patutlah mak suka interview kawan-kawan aku. Siap pada buku catatan tau pasal birthday kawan-kawan aku, warna kegemaran, makanan kegemaran, snack kegemaran.

Actually bila mak aku tunjuk buku tu aku nangis dan nampak bukan senarai kawan-kawan aku je ada dalam tu. Semua kawan-kawan adik-adik aku pun ada dalam tu.

Kalau kami bercuti satu family, mesti ada buah tangan untuk kawan-kawan aku. Walaupun cuma sekadar keychain. Sebab tu sampai sekarang kawan-kawan aku akan visit mak aku walaupun aku tinggal di luar daerah.

And ada satu hari kat rumah makcik aku, abang sepupu aku ajak kitaorang main sorok-sorok. Dia bawak aku sorok dalam bilik dia kat bahagian atas rumah. Tak sempat nak mula main mak aku dah sampai tempat nak menyorok tu.

Mak aku kata main benda lain. Mak aku tak suka main sorok-sorok ni. Siap cakap, nanti hantu sorokkan kita. Aku biasalah nak argue siap cakap, mana ada hantu kat dunia ni. Hehehehe. Bodoh je jawapankan.

Tapi bila ingat moment tu aku memang seram. Yelah, kenapa abg sepupu aku ni nak menyorok dengan aku kan. Bukan boleh ke pilih tempat masing-masing. Sesungguhnya Allah telah selamatkan aku dengan sikap tak sporting mak aku.

Dan mengikut kata mak aku, tahap paranoid mak aku ni, sampai pakcik-pakcik aku pun mak aku tak percaya. Biar dia gaduh dengan semua orang asal anak-anak mak selamat. Hari ni, aku pun mula faham perasaan mak aku bila aku ada dua anak perempuan.

Nampaknya sikap paranoid mak aku ter waris kat aku pula. Tapi manageable sebab banyak info-info berkenaan isu ni dikongsikan di internet. Zaman dulu tak ada. Mak aku cipta teknik dia sendiri je nak elak pedo.

Ya Allah kesian mak. Dan aku rasa sebab sikap mak aku yang paranoid tu, semua nak-anak mak aku jadi bestfriend dia. Sampai sekarang lah semua nak kongsi dan tanya pendapat kat mak aku walaupun semua dah kahwin.

Oklah tu jelah aku nak kongsi and Piya sayang mak. You are my best friend forever.

– Piya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *