Assalamualaikum semua. Cuma nak berkongsi apa yang saya dah belajar dalam hidup, walaupun hidup saya sendiri masih singkat.
Umur baru hujung 20-an. Still, saya rasa dengan perjalanan usia, menimba pengalaman hidup, persepsi hidup kita sendiri akan bertukar.
Sedikit pengenalan diri. Saya datang daripada keluarga yang boleh dikatakan berpegang teguh dengan agama. Hafiz hafizah dalam kehidupan.
Sejak ibu bapa saya meninggal, saya selalu mendapat nasihat daripada kakak yang jaga saya. Kakak saya seorang yang sangat baik, saya selalu bergantung kepada dia untuk mendapatkan nasihat.
Tapi, over time, saya perasan bahawa, walaupun nasihat yang dia beri kepada saya berbunyi baik dan mulia, saya perasan everytime saya dengar nasihat dia, it always get me in troubles or become a victim.
Contoh, kalau kalau kawan bully, dia akan cakap kita tak boleh balas dengan kejahatan, kalau orang tak bayar hutang, dia minta saya maafkan orang tu, dan anggap perkara tu sebagai sedekah, ataupun kita kena sentiasa bersangka baik dengan orang lain.
Itu contoh bentuk nasihat dia (dan dia seorang ustazah, so jawapan dia standard ayat ustazah).
Masalahnya, nasihat dia bila di ikut, tidak menyelesaikan langsung masalah saya, malah menyebabkan saya dianiayai orang dan mengusutkan lagi conflicts.
Sampai satu tahap saya berpendapat, kita patut berhati-hati mengambil nasihat daripada orang lain, kerana yang menanggung akibatnya adalah kita.
1. Percaya dengan diri sendiri, believe more in yourself than others.
Ini adalah lesson yang saya belajar, mungkin terlambat untuk saya, tapi tak terlambat untuk orang lain. Saya seorang yang sangat sangsi dengan diri, setiap kali nak buat keputusan saya akan tanya orang, especially my dearest sister.
Then, saya rasa ini sangat salah. I want to do A, but she said do B, and I do B. Untuk remove doubt, sampai satu tahap saya cuba predict people next move dan letak dalam excel, untuk tahu sama ada saya betul atau tak dalam judge orang.
Contoh kalau saya tengok seseorang, saya akan predict dia kerja, sikap dia macam mana, family background dia apa etc.
Once saya kenal orang tu, saya akan tick sama ada observation saya betul atau salah. Turn out, daripada 1000 prediction, saya betul 87%. Dan saya secretly do the same test to my sister. And she was correct around 31%.
At that moment, saya faham, saya boleh analyse dan judge situation a lot better than her (in fact I’m smarter than her though I’m younger). Kakak saya adalah kombinasi antara baik + naïve.
Dia bercerai banyak kali, suami dia jenis suka ambil duit dia dan abusive, she wasn’t paid well at work place even kerja rajin, selalu kena pinjam dan tipu duit dengan kawan etc. Saya fikir, mungkin saya akan end up mcm dia juga suatu hari nanti.
Once saya break the cycle – saya dah tak dengar cakap dia; contoh dia cakap saya tak patut berhenti kerja tempat lama, saya patut sambung study kos degree saya berbanding ambil master dalam kos yang saya suka – kehidupan saya bebas dan gembira.
I just do what I think is the correct decision, it changes my life a lot. Ini nasihat saya yang paling penting, BELIEVE IN YOURSELF. Jangan biarkan orang lain control hidup kita. Believe in our own judgement.
2. Stand up for yourself.
Dalam hidup, kita harus berpegang dengan reality, bukan fantasi. Kalau kita tak fight untuk diri sendiri, taka da orang yang akan fight untuk kita.
Don’t take crumb, expect something better. Tak salah untuk kita defend diri kita, in fact kita kena berbaik hati dngn diri sendiri. Kalau orang bully kita, fight them back.
Kalau kita fight balik, it gonna stop them, and end our incoming misery, sbb whoever yang nak buat bullshit dngn kita, dia akan banyak kali. Mess up with me, pay the price.
Kalau kita tak boleh master self-protection, someone akan exploited kita. Fikir semua orang adalah baik seperti invite orang to abuse,
Because those aime to harm have become specialized to prey on people who think precisely such things. STAND UP STRAIGHT, WITH YOUR SHOULDERS BACK.
3. Kalau nak berjaya dalam hidup, follow your dream.
Tak ada orang yang berjaya dalam hidup cakap dia tak suka apa yang dia buat. Kalau kita nak ada massive success, kita kena minat apa yang kita buat.
Belum lagi jumpa businessman yang berjaya cakap dia tak suka business, atau penulis buku cakap dia tak suka menulis. FOLLOW YOUR DREAM.
Kalau hari ni kita regret dengan kerjaya kita, lagi 5 tahun kita akan lebih regret. Dan kita akan kehilangan semua potensi dalam hidup sebab buat apa yang kita tak suka. Kita hidup, lepas tu kita mati tapi tak berguna untuk diri dan masyarakat.
Kita akan jadi hidup sekadar hidup je. Tapi bukan bermaksud kita jadi tak practical. Kerja untuk dapat gaji buat masa sekarang, in the mean time belajar and slowly buat apa yang kita suka.
It is not too late to follow your dream, doesn’t matter apa yang orang lain cakap.
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit