Stress Seorang Wanita Yang Baru Bergelar Ibu

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan luahan perasaan yang dah lama terbuku dalam hati ni. Kalau korang tengok tajuk pun rasanya dah tau kan pasal apa.

Awal2 sekali aku nak bagitau luahan ni takde kena mengena dengan suami curang time pantang atau kena dera dengan mak mertua masa pantang. Tidak sama sekali. Alhamdulillah suami dan mak mertua aku sangat sangat terbaik.

Sebelum apa2, aku nak kenalkan diri aku sebagai EA, berumur 27 tahun, baru sahaja melahirkan anak 3 bulan lepas. Macam biasala kan perasaan ada anak untuk pertama kali. Nervous. Eh boleh ke aku handle anak ni padahal diri sendiri pun kadang2 tunggang terbalik, hahaha.

Untuk ibu baru yang tak ada pengalaman macam aku ni, group2 “support” untuk ibu breastfeeding, ibu pregnant dan segala jenis forum dekat internet yang berkenaan mmg aku join la.

Ade jugak aku refer dekat mak and mak mertua aku tapi yela kita pun nak kena buat reading sendiri jugak.

Tapi makin lama aku jadi silent reader untuk semua2 group ni makin aku rasa betapa toxic nya kadang2 orang2 dalam group2 tu.

Meh sini aku bagi contoh. Aku berpantang sendiri sebab kebetulan bersalin dalam musim PKP ni tak boleh nak rentas negeri. Aku refer la dekat group2 tu menu berpantang kan.

Ada yang suggest cara berpantang moden, iaitu makan makanan berkhasiat dan seimbang tapi tak kalah jugak yang bantah habis habisan katanya pantang moden tak relevan sebab nanti badan masuk angin laa, luka lambat sembuh laa etc etc.

By the way aku bersalin secara c-sect. Bagi aku, cara menakut-nakutkan bakal ibu yang nak bersalin ni sangat tak membantu dari segi emosi.

Kita nak cara berpantang yang stress free dan happy. Ada sesetengah tips berpantang zaman dahulu kala tu sangat tak praktikal dengan zaman sekarang sebagai contoh tak boleh tido aircond.

Weyyy tobat laa aku tak ikot. Kau boleh bayang tak betapa panasnya malaysia time tu. Lagipun anak aku tak suka panas nnti keje mengamuk je.

Lepastu, aku join pulak group breastfeeding. Konon2 nak dpt tips laa macam mana nak boost milk supply kat anak aku hahaha tapi mostly yang aku dapat adalah momokan dari para para makcik bawang disitu yang mengatakan BAGI SUSU FORMULA ITU SATU DOSA.

Cuba kau bayangkan seorang ibu tu tak boleh nak bagi full komitmen untuk fully breastfeed anak dia sbgai contoh kerja kee takkan la dia nak bagi anak dia kebulur pulak atas dasar bagi susu formula tu satu dosa?

Eh biar betul kau ni makcik bawang. Asalkan anak dia cukup makan, kenyang kira okay la tu tak kisahlah susu mak atau pun formula.

Ye memang aku tak nafikan susu ibu adalah yang paling terbaik (jap lagi tak cakap ni kena kecam pulak haha), tapi kita kena la jugak tengok situation orang tu jangan kau main sembur je cakap sana dosa sini dosa.

Haaa sekarang ni pulak aku tengah in preparation untuk anak aku makan. Yela lagi 3 bulan usia baby dah nak masuk 6 bulan. Macam2 resepi aku dapat. Ada yang dok campur bubur kosong dengan olive oil laaa yada yada yada.

Pertama sekali, terima kasih untuk segala menu2 yang sedap yang mungkin akan dicuba kelak. Tapi kepada akak akak yang suka sangat tekankan yang kita WAJIB MESTI bagi baby makanan2 organik.

Contohnya pasta organik laa beras sumo ke beras jepun tah orang panggil, salmon, sayur2 organik beli kat supermarket besar bukan kat kedai aceh untuk memastikan anak kita dapat optimum nutrient, free from any allergy, etc etc etc.

Eh korang tau tak kalau korang buat macam ni ada je ibu2 yang akan ada perasaan kalau aku tak mampu bagi ni semua dekat anak aku, aku gagal jadi seorang ibu yang baik.

Hello, tak semua orang ada financial yang strong mcm kau yang boleh bagi anak2 kau premium ingredients.

Kesimpulannya, group2 ni semua patutnya menjadi medium sebagai guidance ataupun pertolongan untuk ibu2 yang baru nak belajar jadi ibu ni. Bukannya tempat untuk buat kita rasa down.

Journey ni sepatutnya jadi sesuatu yang indah bukan yang stress untuk semua ibu2.

Okay itu sahaja. Terima kasih sbb sudi baca. Kepada yang baru nak jadi ibu, cuma kau je yang tahu apa yang terbaik untuk anak kau. Yang mana mampu kau ikot, yang mana kau tak mampu ikot, kau olahkan lah benda tu ikot cara kau sendiri.

– EA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *