Graduan Yang Menganggur

Assalammualaikum semua pembaca. Panggil aku Hanna. Aku berumur 24 tahun. Aku merupakan graduan lepasan salah sebuah IPTA terkemuka di Malaysia.

Aku sudah menganggur genap setahun pada harini iaitu Disember 2020. Aku sekarang depressed sangat-sangat sebab aku belum dapat kerja.

Aku belajar kos kejuruteraan. Dan aku alhamdulillah dapat keputusan yang agak cemerlang.

Semasa aku di sekolah dulu aku selalu top dalam kelas dan dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Semua keluarga aku dan jiran-jiran memang selalu memuji dan selalu cakap aku punya masa depan cerah bila dewasa nanti.

Tapi ternyata apa yang diaorang expect salah sama sekali. Aku tak dapat kerja lagi. Walaupun dah banyak resume aku hantar beratus-ratus, interview dan open interview. Aku sedih sangat sekarang. Jadi sementara tunggu dapat kerja aku cuma buat freelancer sekarang.

Bila aku ingat balik betapa susahnya untuk aku survive hidup di university. Dengan ujian kawannya, ujian masa aku buat final year punya report, ujian di rumah sewa, dan bermacam-macam lagilah ujiannya. Aku bersabar je dulu dan pujuk hati aku.

Takpelah bersabarlah nanti kita akan dapat kerja yang elok. Dan boleh tolong hulur duit kat parents.

Aku banyak menangis masa kat university dulu sebab yelah korang pun tahu kan macam mana susahnya hidup zaman belajar. Kita kena berdiri kaki sendiri. Takde orang yang boleh kita harapkan. Jatuh bangun sendiri.

Aku ada jumpa kawan sekolah lama. Dia belum habis belajar lagi. Dia ajak aku keluar makan. Dia tanya aku kenapa tak dapat kerja lagi.

Dan seolah-olah perlekehkan aku bila cakap kawan lain yang satu sekolah ada yang dah dapat kerja. Dia cakap kawan tu tak payah belajar tinggi-tinggi pun dah dapat kerja kan. aku terasa sangat. Tapi aku senyum je. Dah rezeki dia kan.

Aku tahu yang kawan aku ni memang selama ni pandang tinggi kat aku dan iri jugak sebab mak dia selalu compare result dia dengan aku. Mungkin sebab tulah dia cakap macam ni.

Dia jugak bagitahu ada antara kawan sekolah yang kelas belakang dulu di sekolah sekarang dah ada kedai sendiri. Dah kahwin dan dah ada anak dah pun.

Aku sebenarnya selama ni tak peduli pun dan tak suka compare nasib kita dengan orang lain sebab rezeki orang tak sama.

Tapi yang aku tak setujunya bila dia seolah-olah perlekehkan hasil kerja keras aku tuntut ilmu sampai ke menara gading. Salah ke aku buat yang terbaik dalam apa jua bidang? Salah ke aku pandai? Salah ke aku tak dapat kerja lagi?

Ada kawan aku yang satu university, aku contact dia baru-baru ni. Saja lah bertanyakan khabar. Tapi dia reply slow-slow.

Aku pun bersangka baik lah mungkin sebab dia busy. Dia cakap dia dapat kerja engineer sekarang. Aku congrats kat dia. Aku cakap aku belum dapat kerja.

Aku cakap susah nak dapat kerja kat tempat aku. Pastu dia macam nafikan cakap negeri aku kan banyak kilang industry? Alasan je tu.

Dah tak dapat tu tak dapat lah kan.. aku macam sentap gila time tu. “Yelah semua ni rezeki kan. dah belum rezeki aku tapi janganlah downkan aku.” hati aku berbisik.

Aku tengok dia lambat reply setiap mesej. Jadi aku last sekali cakap. Aku doakan dia berjaya dan dapat jodoh yang baik.

Pun dia masih senyap.. aku nangis gila time tu dan aku pun dah delete contact dia. Aku rasa dia bukan kawan yang sama yang aku kenal dulu.

Aku masih ingat lagi kami pernah keluar sama-sama, gelak tawa sama sama. Makan kat kafe sama sama. Belajar sama-sama kat library. Kami selalu bersembang luah masalah masa kat uni.. tapi sekarang?

Aku tak faham kenapa dia sekejam tu. Apa salah aku? Kenapa? Adakah sebab kita dah grad sekarang kita dah tak berkawan lagi? Atau sebab aku tak berjaya macam kau, jadi aku tak layak untuk mesej kau? Aku sedih sangat sekarang.

Aku lah anak yang paling pandai pun dalam keluarga. Jadi tak hairan lah bila keluarga harapkan aku. Mak aku selalu cakap aku ni bakal engineer ni.

Aku pun selalu impikan yang nanti aku dah kerja, aku nak hulurkan duit kat mak ayah aku. Tapi aku sekarang tak berjaya dapat kerja yang aku impikan.

Aku rasa aku jadi anak yang tak berguna. Aku depressed sangat sekarang. Dengan jodoh pun belum kunjung tiba. Aku bukan takde rupa tapi entahlah.

Aku rasa aku takde tujuan hidup sekarang. Tambah-tambah bila tengok kawan seangkatan banyak yang dah kerja. Aku….aku teringin sangat nak ubah nasib keluarga aku.

Tolong doakan aku sebab boleh dikatakan setiap hari aku nangis sekarang. Aku murung dan aku rasa aku sunyi dalam hal ni.

Kadang-kadang aku jugak terfikir supaya Tuhan cabut nyawa aku cepat sikit. Sebab aku takde tujuan hidup lagi. Aku tahu aku salah sebab fikir macam ni.

Hati aku sakit bila dibanding-banding kan. Hati aku sakit bila orang lain perlekehkan hasil usaha aku yang teruk dulu, bukan senang… Jadi jangan lah perlekehkan aku.. Aku sedih sangat sekarang.

Tolong doakan aku berjaya dalam hidup aku dan dapat jodoh yang baik nanti.

– Hanna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *