Step Untuk Dapatkan Rawatan Mental

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aku terpanggil untuk kongsikan pengalaman aku kena penyakit depression ini.

Aku sebenarnya baru sahaja didiagnosis oleh doktor yang aku ada depression dan sekarang sedang mendapat rawatan dan perkhidmatan kaunselor. Aku rasa semua orang yang ada depression ini ada perasaan macam aku.

Aku sebenarnya seorang yang tak berapa banyak bercakap, tapi aku jenis aktif berprogram dan pengucapan awam.

Pelik pula rasa aku aktif pengucapan awam tapi aku tak banyak bercakap. Tapi itulah realitinya aku akan banyak bercakap di atas pentas dan dengan kawan-kawan rapat sahaja. Orang nampak kehidupan aku semua baik-baik.

Orang ingatkan aku orang senang tapi mak ayah aku dah meninggal, orang lihat aku ni banyak duit sebab aku pandai buat bisnes padahal untungnya tidaklah seperti yang disangka.

Orang ingat aku ni pandai semua benda tapi tidak juga aku pandai. Orang Nampak aku gah di luar tetapi aku ada traumatic issues.

Aku rasa tak perlu kowt aku cerita cukuplah korang tahu disebabkan satu peristiwa tu (dah dua tahun berlalu) aku jadi takut nak jumpa orang, aku tak percaya pada orang. Sampai ke tahap teruk tu aku rasa keluarga aku sendiri nak menjatuhkan aku. Aku takut nak jumpa lecturer.

Satu hari aku duduk diam-diam. Aku fikir juga apa masalah diri aku ni. Aku rasa diri aku tak berguna, aku pernah tau pandang gunting atas meja then aku imagine aku kerat pergelangan tangan aku. Terus aku simpan gunting dalam laci.

Waktu PKP ni memang paling banyak aku ada suicidal tought tapi aku bersyukur, bila aku rasa macam tu aku akan tersedar sendiri atau ada kawan-kawan aku tiba-tiba whatsapp. Bukan whatsapp apa pun, whatsapp nak berborak je.

Ada kawan aku seorang ini dia suggest aku pergi jumpa doktor. Lama dah dia suruh aku daripada tahun lepas lagi.

Tapi aku fikir, tak payah kowt. Bukannya teruk pun. Korang yang ada symptom-symptom depression mesti ada rasa macam ni.

Then, takut nak jumpa doktor takut nanti orang tahu then judge kita ada sakit mental. Ataupun lemah iman sebab tu lah emosi tak boleh kawal. Ataupun korang rasa masalah korang kecil je nak dibandingkan dengan masalah orang lain.

Aku ni even dah dipaksa-paksa pergi jumpa doktor macam banyak fikiran aku. Last-last tak nak pergi. Ini aku dah start pergi sebab aku dah sampai tahap tak boleh tidur.

Sepanjang PKP ni dua hari je aku tidur dalam keadaan normal 8 jam straight tak bangun. Kalau tak, setiap jam bangun berpeluh-peluh. Aku dah macam orang tak betul dah.

So, ini step yang aku buat untuk aku didiagnos sebagai pesakit depression

1) BUAT UJIAN DASS ONLINE

Ujian DASS ni stand for (Depression Anxiety Stress Scale). Korang google je mesti jumpa. Then kalau result korang pada skala teruk ke atas. Its better pergi jumpa doktor.

Untuk anak Johor ada portal yang kerajaan negeri Johor sediakan. Nanti terus link kepada Hospital di Johor. Search DASS JOHOR

2) PERGI KLINIK KESIHATAN

So far klinik kesihatan je yang boleh diagnos pasal penyakit berkaitan mental ni. Kalau klinik swasta tiada melainkan memang dia ada rawatan berkaitan mental.

Kalau klinik biasa dia akan suruh rujuk Klinik Kesihatan juga. Korang jangan risau tentang nurse yang garang, servis lambat ke apa. Itu hanya mainan fikiran korang je.

Aku dulu macam tu juga. Takut sangat dengan nurse yang tak mesra alam, malas nak tunggu ramai and yadayadayada. Tapi bila aku pergi klinik kesihatan semua ok je. Takde pula aku kena tengking-tengking seperti yang dibayangkan.

3) NAK CAKAP APA BILA SAMPAI DEKAT KAUNTER KLINIK KESIHATAN?

Cakap je nak buat ujian DASS. Then, nanti dia akan rujuk kepada doktor. Doktor akan tanyalah perkara-perkara berkaitan. Lepas tu baru decide nak rawatan macam mana. Jumpa kaunselor atau ambil ubat. Settle.

4) BAWA KAWAN TAK?

Kalau aku untuk first time aku bawa kawan. Tapi 2nd appointment aku datang sorang je. Aku ni spesies malas nak menyusahkan orang. Tak pe pun kau datang sorang-sorang. Naik grab kalau rasa panic sangat tak boleh drive.

5) Jumpa Kaunselor

Boleh mula dengan jumpa kaunselor dulu. Kalau kaunselor suruh rujuk Klinik Kesihatan refer Step 1-4. Rawatan untuk kesihatan mental ni kena dua-dua sebenarnya kaunselor pun ya, ubat pun ya.

Cuma kena sabarlah kalau dapat doktor yang tak mesra alam hehe. Tapi pesan dekat diri sendiri. Kau nak sihatkan? Kau nak dibantukan?

Jadi kau kena serah diri untuk dibantu. Kalau menyorok, memendam rasa sampai bila pun masalah takkan selesai.

Bagi sesiapa nak pergi jumpa doktor untuk dapatkan rawatan pergi sahaja. Fighting!

– AA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *