Untuk beberapa tempoh aku bertahan, aku dapatkan jua jawapan. Akhirnya aku tahu. Aku yang bersalah. Mohon admin siarkan, kerana ini curhat terakhir dariku.
Salah aku bila aku tegur pakaiannya. Katanya aku perlu terima siapa dia. Katanya luaran nampak sebegitu, tapi siapa tahu amalan diam2 yang dilakukannya. Mungkin lebih banyak dari aku.
Aku tahu zikir dan istighfar nya sampai puluhan ribu sehari, tahajud jarang sekali tinggal.
Akhirnya, aku juga yang bersalah. Salah menegur pakaiannya. Tidak banyak kupinta, cukuplah sopan, sedap mata memandang sepet mertua yang dambakan menantu yang berpakaian sopan dan sedap dipandang.
Salah aku bila aku minta dirinya menanggalkan hair extension untuk solat. Katanya solatku ini amalan aku dengan Allah. Hanya Allah yang tahu amalan diterima atau tidak. Akhirnya, salah aku mengingatkannnya.
Salah aku bila aku tegur contengan mekap diwajahnya masih banyak tersisa selepas berwuduk walaupun dia ingin solat. Katanya, dia lupa untuk membawa pencuci makeup.
Bahkan aku ditanya semula, perlukan dia cuci makeup nya guna sabun pencuci tangan yang ada di tempat wuduk? Bagiku itu satu perlian. Akhirnya salah ku, sebab katanya aku perli dirinya tidak mencuci muka dengan betul.
Salah aku menolak suruhannya, lantaran aku terkejar kejar untuk tunaikan solat.
Mungkin aku tersikit tinggi suara baginya, padahal aku hanya ingin cepat. Lagi berapa minit habis waktu solat. Padahal aku sudah ingatkan sebelumnya. Akhirnya, salah aku kerana tinggi suara menolak suruhannya.
Peristiwa ini berlaku seketika tadi. Tatkala ralit membeli belah, berkali aku ingatkan asar hampir ke maghrib.
Sehingga lagi 5 minit masuk waktu maghrib, mertuaku panggil untuk memilih barang. Tatkala aku dalam kereta, aku jawab ” nanti dulu, asar belom lagi”.
Baginya aku tinggi suara. Mungkin ya, mungkin tidak. Aku rasa bodoh, aku salah. Aku salah tinggi suara.
Aku tertanya, apakah dia tidak sedar waktu? Akhirnya suamiku dipersalahkan. Katanya kenapa tidak dari awal mengingatkan nya. Bagiku soalan itu bodoh.
Aku bersamanya, tiap masa aku ingatkan, “jom ibu, kita tak asar lagi” dirinya masih ralit.
Dek kerana aku tinggi suara, habis emosi dirinya. Campak2 barang, hempas pintu kerata. Anaknya juga disalahkan. Akhirnya? Aku lah manusia paling bersalah.
Apa solusi anaknya? Anaknya berpihak pada ibunya. Minta aku memohon maaf kerana tinggi suara pada ibunya. Jika tiada waras aku ingin katakan, ” kenapa aku perlukan minta maaf?
Adakah ibumu mahu minta maaf dengan aku sedang dia mencuri masaku sampai habis waktu? ” Tapi aku masih waras, sebab akhirnya sedar, walau apa yang berlaku, aku yang salah tidak mencari solusi awal.
Semuanya salah aku. Salah aku yang menegurnya, salah aku yang mengingatkan dirinya. Aku rasa aku tak berguna. Aku rasa Tuhan tak sayang aku.
Aku dah lakukan terbaik, tutur kataku cukup aku kawal. Kadang bukan aku hendak tinggi suara. Tapi itu hanya refleksi diri ketika diri kekalutan.
Terima kasih pada semua atas nasihat. Ada yang membangangkan aku, kata aku bodoh, kata aku tak bersyukur, kata aku tak layak tegur dan mengingati mertuaku.
Terima kasih semua. Kini aku sedar, manusia jangan ditegur jangan diingatkan, kelak dia juga dipersalahkan.
Pada suamiku, maaf. Aku tak kuat. Cukuplah aku dipersalahkan. Tidaklah aku melihat dirimu tersepit di tengah memilih aku atau ibuku. Pastinya aku yang mengundur diri, tiada lagi aku di bumi ini.
Kini aku sedar, bagaimana sebuah penceraian itu masih dalam kedamaian antara bekas suami isteri. Kerana puncanya adalah keluarga terutama ibu yang terus guna kuasa “reda Allah terletak pada reda ibu walau tiada taat dirinya pada Tuhannya”.
Selamat tinggal, akulah Maisarah dari kisah “antara tegas dan taat” (https://iiumc.com/antara-taat-dan-tegas/).
– Maisarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit