Lepas menyemak kalendar Ramadhan untuk tahun 2021, saya teringat tragedi yang hampir berlaku kepada kami, pelajar Malaysia ketika menuntut ilmu di bumi Sepanyol beberapa tahun yang lalu.
Kejadian berlaku pada bulan Ramadan, dan saya serta beberapa pelajar Malaysia yang lain merupakan pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di salah sebuah universiti di Barcelona, Spain. Ada juga student student Malaysia lain yang menuntut dalam jurusan chemical, electrical & mechatronic engineering di sana.
Jadi, flat yang kami sewa (saya dan 2 orang student Malaysia) di sana berbentuk memanjang dengan balcony di bahagian hadapan dan belakang rumah beserta bilik tidur, dapur dan bilik air yang terletak di sepanjang laluan dari depan ke belakang.
Bilik saya terletak paling hujung di bahagian belakang rumah bersambung dengan balcony dan flat kami terletak di tingkat 5 bangunan sebelum open attic di tingkat atas.
Semester kali ni, jadual class kami tak semuanya sama memandangkan ada yang mengambil subject repeat dan subject alternative yang berbeza. Kebetulan masa kejadian adalah di penghujung semester sebelum cuti musim panas di mana kami berpuasa bermula jam 2-4 pagi dan berbuka sekitar jam 9-11 malam.
Musim panas yang bermula pada June hingga September memang siangnya agak panjang dan panas sedikit berbanding musim musim yang lain.
Alkisahnya, suatu hari Diyana ada class petang bermula jam 3 hingga 5 petang manakala saya dan Nuyu hanya study di rumah for the upcoming final exam.
Dalam tengah nak mula study tu, terdengar bunyi pintu diunlock sebanyak 2 kali dan dentuman pintu rumah ditutup menandakan Diyana dah bangun dari tidur dan bergegas ke kelas. Bunyi lock memang agak kuat dan boleh dengar sampai satu rumah.
Flat kami pun kecik saja. Bunyi lif bergerak pun kadang kadang dapat dengar kalau suasana sunyi. Dalam pukul 5 lebih, tiba tiba Diyana whatsapp dalam group rumah “Sapa sapa tolong bukakkan pintu rumah, aku tak boleh bukak dari luar. Kunci tak boleh masuk”.
Eh pelik. Pintu rumah kami jenis nak bukak dari dalam ataupun luar, dua dua kena guna kunci. Unlock kali kedua kena tahan kunci dalam keyhole baru boleh buka pintu. Memang itu caranya. Bergegas saya keluar dari bilik dan bukakan pintu rumah untuk Diyana.
Ah sudah. Kalau tak boleh bukak dari luar, macam mana nak masuk rumah esok kalau semua ke kelas? Tak sempat nak tunggu esok, petang tu juga saya whatsapp Alfonso, tuan rumah kami, supaya datang rumah tengokkan pintu.
Nasib kami baik, Alfonso tinggal di kawasan sekitar, jadinya tak ada masalah untuk contact dia suruh datang pada bila bila masa. Disebabkan Alfonso ni owner restaurant, dalam pukul 6 lebih baru dia free untuk datang ke rumah.
Masatu memang tak fikir apa, cuma curious macam mana keyhole tu boleh rosak sedangkan pagi tadi kami ke kelas semuanya okay takde masalah. Sementara menunggu tu, kami memang dah redha kalau kena tontong duit untuk bayar cost ganti rugi tukar pintu baru.
Rezeki kami, Alfonso ni memang tuan rumah yang sangat baik dan ramah. Figura abah abah yang muda gitu “Hola, qué tal. ¿Cómo estás? Bien? Todo bien? ¿Estudias bien?” Ni memang pakej soalan dia setiap kali berjumpa. “Hi, how are you? Good? Everything is good?
Do you study well?” Etc..etc.. Style rumah kat sana, semua orang memang pakai kasut kat dalam rumah tapi Alfonso ni dah prepare siap siap untuk bukak kasut setiap kali datang ke rumah kami.
Even kalau dia datang bawak technician pun, dia akan tolong convince technician tu supaya bukak kasut sebelum masuk ke rumah kami. Sebab sebelum ni kami ada bgtau, kat Malaysia kami tak pakai kasut dalam rumah sebab nak solat dan sebagainya. Tapi kalau dia tak selesa, nak masuk pakai kasut pun tak apa.
Tapi Alhamdulillah Alfonso respect pendirian kami. Kalau technician tu nak shake hand or give a hug, Alfonso akan tolong explain siap siap batas batas agama kami. Well inform, handshake & hugging tu perkara biasa dekat sini. Signs of greetings. Alhamdulillah rezeki kami, Alfonso ni mmg sangat memahami.
Back to the topic, lepas belek belek pintu rumah setebal 3 inci tu, Alfonso pun pelik macam mana keyhole tu boleh rosak tanpa sebab. Sebelum Diyana ke kelas, pintu dikunci seperti biasa dan tiada sesiapa yang keluar selepas tu. Pintu rumah kami agak tebal dan kena rotate kunci dua kali untuk lock dan unlock, dari dalam ataupun dari luar.
Alfonso try call agent dia memandangkan rumah ni ada insurance coverage, and Alfonso pun well inform yang kami ni student. Dia memang cuba sedaya upaya untuk bantu selagi boleh. Agent call balik, kata insurance tak boleh cover untuk unknown accident, jadi kami pun pasrah kalau kena bayar untuk tukar pintu/tombol baru.
Dalam duduk bincang pasal pintu, melalut juga lah sampai ke topic topic yang lain memandangkan Alfonso ni memang ambik berat pasal kami. Alfonso ni juga suka travel around dengan family dia, by cruise or by flight, buat activity scuba and he’ll share the excitement with us.
Alfonso pernah tunjuk gambar scuba dia dekat Sabah and dia admit laut dekat Borneo memang lawa *sambil tunjuk thumbs up* Kemudian, habis catch up, kami pun buka lah pintu rumah bila Alfonso nak beredar. Terkejut bukan kepalang bila tengok ada 4-5 orang polis depan pintu rumah jiran depan.
Saya kenal jiran tu. Jarak pintu rumah kami hanyalah dalam 6-7 meter dan si isteri sedang menangis teresak esak sambil dipeluk dan ditenangkan oleh suami.
Cuak juga sebab polis di sana agak tegas dan garang. At the same time, masing masing busy dengan phone call, sign borang, tulis statement and snap gambar disekitar rumah.
Alfonso mendekat untuk bertegur sapa. Rupanya rumah jiran kami dimasuki perompak dan mereka hilang EUR3000 beserta barang kemas milik anak perempuan mereka. 3000 Euro is approximately RM 15k.
Oh god. Alfonso cerita masalah pintu rumah kami pada pihak polis and to connect the dots, rupanya ada attempt untuk pencuri masuk ke rumah kami sebelum ke rumah jiran. Saya, Diyana dan Nuyu masing masing tercengang sambil memandang sesama sendiri.
Tak sangka kejadian macam ni boleh berlaku di siang hari dan kami ada di dalam rumah pada masatu. First thing first yang terdetik dalam hati saya, “Allahh, amalan mana satukah yang selamatkan kami ni ya Allah. Terima kasih sebab lindungi kami”
Kami dah meremang tapi tetap tenang sambil dengar the whole story dari pihak polis. Rupanya suspect memang target untuk masuk rumah pada waktu parents pick up anak anak dari sekolah. And dia akan target rumah di tingkat atas supaya bila ada orang masuk ke dalam bangunan dari tingkat bawah, dia sempat lari.
Ketika kejadian, jiran sedang ambil anak dari sekolah dan rumah mereka kosong. Taktik kedua, dia akan ketuk pintu rumah sekuat mungkin untuk make sure takde org di rumah sebelum mula pecah masuk, kalau ada orang buka pintu, dia akan minta maaf dan kata tersalah rumah.
Jeng jeng jeng, kami syak kejadian ni berlaku dalam pukul 3 ke atas masa saya dan Nuyu berada dirumah. Around that time, Diyana dah lock pintu dari luar dan ke kelas while saya and Nuyu pula tengah study di bilik masing masing. Kebiasaannya, kami akan study sambil mendengar lagu.
“Ohh, patutlahh …” Nuyu pun recall yang dia ada terdengar bunyi dentuman ketukan tapi samar samar sebab tengah focus study sambil dengar lagu. Bilik Nuyu pula, terletak bersebelahan dengan bilik saya. Hujung rumah jugalah kiranya. Bila earphone dibuka, Nuyu terdengar bunyi pintu rumah diunlock dari luar, tapi bunyinya hanya sekali.
Kebetulan meja Nuyu terletak di tepi tingkap bilik dan menghadap ke bahagian tengah bangunan. Let’s say blok bangunan adalah berbentuk segi empat tepat, dibahagikan memanjang kepada dua, itulah perumpamaan kedudukan flat kami dan flat jiran depan.
Dari tingkap bilik Nuyu boleh nampak kelibat susuk tubuh disebalik kaca dihadapan tangga blok, bersebelahan dengan pintu rumah.
Rupanya percubaan untuk mencuri tak berjaya, lock pintu rumah kami di bahagian luar rosak because of excessive force on the keyhole. As in, keyhole pintu rosak sebab ada hentakan yang terlalu kuat dekat keyhole bahagian luar rumah.
Saya beristighfar panjang. Bilik saya lah yang paling jauh dari pintu utama dan kebiasaannya saya akan mendengar lagu with noise cancellation semasa study. Jadi memang saya tak dengar apa apa. Dan kalau Diyana ada dirumah pun, pada waktu itu dia sedang tidur dan sememangnya tidur mati. Memang tak dengar apa apa.
Kami terdiam. Alfonso pula pusing sambil tersenyum, “Maybe the insurance can cover this”. And he made another phone call. Kami masih terkejut tapi masing masing still dengan riak tenang. Selesai dengan statements, agent hantar wakil untuk tukar tombol pintu rumah.
For free Alhamdulillah. It may costs hundred euro sebab pintu tu bukan pintu biasa. Setebal 3 inci dengan internal lock dari atas sampai ke bawah. Besar dan berat.
Selesai semuanya, kami pun bersiap untuk berbuka puasa. Masa berbuka, barulah mulut rancak bercerita sebab perut dah diisi. Bersyukur bukan kepalang sebab rumah kami dirahmati dan dilindungi Allah dari kejadian tadi.
Bukanlah sebab kami menyimpan cash beribu ribu, tapi saya tau laptop dan barangan electronic lah yang akan jadi target oleh pencuri kalau mereka masuk. Atau mungkin kami yang akan di apa apakan.
Tak dapat saya bayangkan apa akan jadi bila laptop hilang diakhir semester, dengan dateline assignments yang bertimbun dan nota nota pengajian yang penting. Allah. Bila recall balik, mungkin amalan-amalan kami yang sentiasa berusaha menghidupkan malam malam Ramadhan yang melindungi kami. Saya cuba bersangka baik dengan Allah.
Sepanjang Ramadhan, setiap hari kami akan solat subuh, maghrib, isyak dan tarawikh berjemaah sambil bergilir-gilir menjadi imam. Kami juga berlumba lumba siapa yang akan dapat bendera merah dulu semasa puasa. Saya pula akan cuba menghafal surah surah juz 30 yang jarang dibaca untuk digunakan semasa solat tarawikh.
Bila di Malaysia, saya dah terbiasa mengaminkan surah dari imam tapi bila disini, inilah masanya untuk menghafal surah surah pendek untuk dijadikan amalan dan bacaan solat terawih. Biasanya kami tak tidur malam kerana jarak waktu berbuka dan sahur hanyalah dalam 5 jam.
Kami akan solat malam, baca Quran ataupun study untuk final exam dan diniatkan sebagai ibadah. Walaupun jadual tidur agak tunggang terbalik, tapi inilah peluang yang terbaik dan mudah untuk beribadah. Saya selalu percaya, setiap perbuatan dan amalan, pasti akan ada kesannya. Sama ada baik, ataupun buruk. Mungkin inilah hikmah di sebalik kejadian.
Teringat juga satu kisah lucu semasa kami sedang solat terawih berjemaah di ruang tamu rumah di tepi balcony depan. Blok rumah kami terletak di tepi jalan besar. Solat terawih pukul 11 malam biasanya jalan raya agak sunyi dan lengang, balcony kami pula menghadap jalan besar di penjuru simpang empat.
Dekat kawasan kami ni, pukul 8 malam memang bandar dah mati. Tak ada kedai mamak 24 jam dan hanya club club malam yang beroperasi. Begitulah kebiasaannya di Europe. Jadi, kami solat dengan sliding door yang terbuka dan ketenangan malam memang dapat dirasai.
Tapi pada malam tu, ada satu kereta yang menderu laju sambil memasang lagu dengan sangat kuat. Lagu Symphony by Clean Bandit. Memang famous lagu tu pada masa tu. Style disini, mereka suka pasang lagu kuat kuat sambil membuka tingkap kereta.
Kebetulan pula kereta tersebut berhenti di traffic light merah dihadapan rumah kami, dan lagu yang dimainkan tu dah sampai ke part chorus. Menggigil saya baca alfatihah masa jadi imam. Takut tersalah baca sambil ikut menyanyi.
Baru je beberapa saat takbir tadi. Dalam hati berdoa supaya cepatlah traffic light tu bertukar hijau. Kebetulan pula itu baru rakaat pertama, jenuh juga nak tahan focus sampai habis solat. Habis je salam, terburai ketawa kami bertiga sambil berguling. Itulah surah alfatihah yang paling susah saya nak baca sepanjang hidup saya setakat ni.
Hidup di negara orang memang banyak mengajar kesabaran, menguji mental dan pegangan agama. Lebih lebih lagi bila berjauhan dengan keluarga.
Terkadang bila saya stress belajar dan dah tak boleh go dengan study, saya akan jogging pada waktu malam di taman belakang yang terletak 500m dari blok rumah. Pada waktu siang, saya akan ke gym ataupun bermain volleyball di pantai.
Kalau pukul 10 malam saya rasa nak jogging, pukul 10 malam lah saya bersiap. Paling lewat pun pukul 10.45 malam saya akan keluar untuk night run. Angin sejuk yang menyapa muka memang betul betul menyegarkan. Terkadang kena pakai sport jacket yang tebal and glove untuk berlari. Memang sejuk.
Paling tidak pun, saya akan berkunjung ke rumah student Malaysia yang lain atau berjalan ke pantai yang terletak dalam 1.5 – 2 km dari rumah.
Gaya hidup disini, berjalan kaki sejauh 1-2 km itu perkara biasa. Apabila pulang ke Malaysia saya jadi ketagih untuk berjalan sejauh itu. Biasanya saya akan mendaki tangga atau parking kereta jauh dari pintu utama supaya saya dapat peluang untuk berjalan sejauh itu. Cuma itulah, kat Malaysia ni cuacanya panas sikit.
Banyak lagi pengalaman pahit manis selama hampir 5 tahun di Spain. Semuanya tersemat elok dalam kotak fikiran sehingga kini. Lebih lebih lagi kenangan bersama student student Malaysia yang lain. Yalah, family jauh kan. Kawan kawan lah sumber kekuatan saya, lebih lebih lagi housemates.
Ada juga kejadian bila mana kereta sewa rakan seperjuangan dipecah masuk ketika kami konvoi beramai ramai ke France untuk join Masaf Games yang diajurkan oleh student Malaysia disana. Ada juga kejadian bunuh remaja perempuan yang berlaku di blok kejiranan kami.
Mayatnya pula disorok dibawah katil sebelum ditemui pihak polis. Ada juga bila mana kami teringin nak makan karipap, terkial kial menguli dan mengelim tepung di dapur bersama housemates. Banyak juga kuih kuih Malaysia yang kami buat sendiri di sana.
Teringin punya pasal kan. Kemudian, pengalaman membaiki sinki rumah yang tersumbat dengan berbekalkan ilmu kemahiran hidup semasa di Tingkatan 3 dahulu.
Pengalaman terkial-kial buat appointment, beratur bayar tax and renew visa as international student, masatu baru terdetik rasa syukur selama ni duduk Malaysia tak pernah kena fikir pasal tax as student.
Ada juga kenangan bila kami hantar online assignment, betul betul 5 saat sebelum closing time. Lepas tu memang semua terbaring menyepi macam lepas buat long operation.
Lembik semuanya. Ada juga kenangan bila mana saya tersalah masuk susur keluar laluan bertentangan masa mula mula drive disana. Tercengang pakcik tu tengok saya, rupanya baru sedar yang saya salah lorong.
Di Europe, laluan memandu sememangnya bertentangan dengan Malaysia. Seat driver pun dibelah kiri. Jadi, memang kekok sedikit pada mulanya.
Tapi bila dah familiar, lain pula jadinya. Saya pernah tersalah pusing roundabout semasa di Malaysia kerana saya pusing anti-clockwise seperti di Europe. Jalan raya kosong ketika itu dan tiada signboard yang menunjukkan arah pusingan.
Hanya tersedar apabila susur keluar terasa pelik dan kereta belakang pun ikut pusingan yang sama dengan saya untuk elak bertembung. Setiap kali pulang ke Malaysia, bulan pertama memang saya akan rasa kekok apabila memandu di jalan raya yang kosong. Kena fikir dulu untuk stay di lorong sebelah kanan ataupun kiri jalan.
Ada juga bila kami berseronok bercucuk langit di taman tema, tapi kemudiannya menyepi untuk solat bersama ditepi tong sampah di bawah pokok. Antara pengalaman berharga yang lain adalah saya memandu selama 12 jam merentasi negara dari Barcelona ke Portugal dan menunggang motosikal mengelilingi pulau ketika di Ibiza.
Saya hanya menggunakan international licence/permit yang dibuat semasa di Malaysia. Disana, merentasi negara negara Europe sama seperti merentasi negeri negeri di Malaysia. Tengok tengok signboard, dah lepas border ke negara lain.
Pengalaman yang tak dapat dilupakan pula adalah bila tak dapat pulang beraya dan ketika ada kematian ahli keluarga di Malaysia. Banyak juga event event penting yang saya tak dapat hadiri di Malaysia sepanjang di Spain, lebih lebih lagi bila tak berpeluang untuk berbuka puasa dengan keluarga. Sedih jugalah sebenarnya.
Saya juga terpaksa buat minor operation untuk wisdom teeth extraction ketika disana. Mujur kos boleh dicover dengan insurance tapi, pembedahan tu rasa agak sakit jugalah. Housemates lah yang sering teman ke hospital dan buatkan bubur semasa recover.
Ada juga pengalaman menyambut raya sehari awal dari Malaysia dan kemudiannya bertakbir hiba (dalam hati) di dalam dewan peperiksaan sambil menjawab exam. Tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menjawab exam pada pagi raya.
Pernah sekali tu, saya excited betul apabila terjumpa tempe frozen di kedai Asia (Dong Fang) di Barcelona. Dah lama sangat tak makan tempe goreng. Dan yang paling best sekali, pengalaman masuk ke public toilet dan bayar 50sen menggunakan kad bank.
Balik ke Malaysia, saya jadi ralat untuk bawa cash ke merata tempat sebab dah terbiasa bayar semua benda pakai kad. Yalah, pegi pasar basah beli ikan dan sayur pun kami bayar pakai kad.
Berlari mengejar bas dan train pula perkara biasa dan banyak lagi perkara perkara gila yang kami lakukan disana. Kadangkala tu tersenyum sendiri bila terkenangkan semuanya.
Semasa di semester akhir pengajian pula, saya menyertai program pertukaran pelajar ke sebuah universiti di Poland selama hampir 5 bulan. Sebagai the only Malaysian and Muslim yang join program disana, dugaan memang agak mencabar dan menguji pendirian saya.
Saya berkawan dengan students dari different universities around Europe for that particular program. Dan kebanyakannya tak pernah tahu mengenai cara hidup orang Islam. Mereka juga tak pernah berkawan dengan Muslim dan terkejut boleh get along dengan saya walaupun saya bertudung. Persepsi mereka terhadap Islam ternyata berubah apabila kami berkawan.
Kami masih boleh hangout together, travel bersama dan bertukar tukar pendapat on certain issues. And we did a lot of crazy things too. They have a lot of questions in their head about Islam tapi tak berani nak tanya pada Muslim sehingga lah berjumpa dengan saya.
Apabila saya menolak arak sebab Tuhan, katanya tak sangka ada lagi orang yang patuh agama dan tak minum alkohol pada zaman ni. Tapi, ada juga yang nakal nakal suruh rasa sikiittt je. “Come onn, just a sip. Let’s hide under this table so that the God cannot see you” haha it’s a big NO.
Di Spain, saya juga sering dihujani dengan soalan mengenai Islam oleh kawan kawan Spanish yang rapat, tapi ternyata ilmu agama saya diuji dengan lebih hebat apabila saya ke Poland.
Saya seperti berada dalam satu dunia yang berbeza dan pengalaman tersebut adalah lebih mencabar dari kehidupan di Spain selama 4 tahun. Bermacam macam soalan yang dikemukakan, dari sekecil kecik isu sehingga ke sebesar besar perkara yang ditanya mengenai Islam.
Pernah suatu masa, saya terbaring layu dan menangis serba salah di tikar sejadah kerana tak mampu menjawab salah satu soalan yang ditanya. Terasa gagal menjadi Muslim yang baik dan ternyata saya masih terlalu mentah untuk mentelaah dunia.
Tak dinafikan, belajar di negara orang, memang banyak cabarannya. Dari segi pembelajaran, mahupun dalam kehidupan harian.
Saya percaya, setiap student mesti ada pengalaman suka dan duka yang tersendiri. Baik yang seronok, mahupun yang suram. Baik yang tersenyum di dalam gambar travel, mahupun yang menangis hiba dibawah selimut di dalam bilik (saya la tu).
Membesar dengan jiwa muda yang membara pada environment yang berbeza memang mengajar saya untuk berfikiran dengan lebih matang, terbuka dan lebih tenang mengawal emosi. Lebih lebih lagi dalam suasana critical ketika menghadapi masalah.
Bila pulang ke tanah air, saya selalu tunjuk pada kawan kawan untuk treat people equally, kaya miskin semua sama, jangan jadi judgemental, respect pendirian orang walaupun dia menyembah tuhan yang lain dari kita.
Respect makcik cleaner sama macam mana kita respect orang orang atasan yang lain. Dunia ni tak kemana. Jika ada yang mereka taktau, ajarkan, jangan diketawakan. Waimah sekecik kecik perkara sekalipun.
Pernah suatu ketika di sekolah menengah dahulu, semua student sedang sibuk mengulangkaji pelajaran addmaths utk exam SPM pada esok hari. Dan ada seorang rakan dari aras yang lain dtg bertanya mengenai soalan past years yang tidak difahaminya. Katanya, sudah ditanya kepada ramai org tapi masing masing sibuk dengan ulangkaji sendiri.
Saya juga sibuk mengulangkaji pada masa itu, hari sudah hampir lewat malam dan ada beberapa topic lagi yang belum di cover, tapi tak sampai hati pula untuk menolak. Saya ingat lagi, dengan berat hati saya tolak buku buku saya ketepi, dan tolong selesaikan masalah tersebut.
Kuasa Allah, keesokan harinya, salah satu soalan SPM kami adalah sama dengan soalan yang saya selesaikan semalam. Nombor dan jalan soalan yang sama dengan soalan itu. Terus terlintas nama kawan saya yang semalam itu. Meremang saya menjawab kerana saya masih ingat lagi jawapan dan jalan kira soalan tersebut.
Confirm confirm markah penuh untuk soalan tu dalam genggaman. Habis saja exam, rakan saya yang semalam itu, dari kelas lain datang berlari dan menjerit ke arah saya kemudian memeluk saya sambil berterima kasih. Walhal, dialah yang patut saya ucapkan terima kasih kerana telah datang bertanya. Itulah antara pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka.
Dalam setiap perkara, ada sebab kenapa Allah turunkan ilmu itu pada kita supaya kita dapat ajarkan pada yang lain. Saya percaya ianya sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk sebarkan ilmu.
Diluar negara pula, walaupun berbeza pegangan agama, my atheist friends, my Christian friends, they respect me when I refuse champagne on big celebrations, when I say I dont drink beers, I dont touch a man except my family members, I dont eat pork. Etc etc.
Mereka siap ajar lagi jenis jenis arak & wine yang sesuai untuk beberapa jenis makanan. Sambil bercerita dan membandingkan kehebatan rasa beer di negara masing masing. Saya tolong dengar sajalah, kalau tolong rasa nanti kang lain pula ceritanya.
Kalau buat makan makan, memang mereka dah reserved siap siap halal chicken, juice or soft drink untuk saya. They even asked for an explanation about certain issues without mocking me. Kenapa tak boleh .. kenapa orang Islam .. Kenapa dan kenapa. Saya hanya menjawab mana yang mampu.
Macam anak anak muda yang lain, saya juga kalau berseronok, memang tak ingat dunia. Nakal lah juga sikit sikit. Dari sekolah hingga ke universiti, meja yang paling belakang sekali itulah tempat kegemaran saya.
Pegangan hidup saya, tak salah kalau nak berseronok, tapi seronok seronok juga, Allah & agama jangan dilupa. Apa apa pun, saya sentiasa mendoakan rakan rakan saya disana, & semoga hidayah akan menjadi milik mereka suatu hari nanti in shaa Allah.
Yang merindui durum, bocadillo & kebab di tanah asing,
– Maysee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit