Assalamualaikum pembaca iiumc.. Aku bapak anak empat. Andai coretan ini tersiar, bererti ianya kali kedua aku menulis di sini.
Coretan pertama mengisahkan tentang Allah permudahkan isteriku di setiap kelahiran zuriat kami (https://iiumc.com/kemaafan-yang-terindah/).
Kalini kisah hidup aku berkait dengan rezeki seiring dengan doa yang tidak putus-putus.
Mac 2020 tiada siapa yang mampu membaca bahawa ianya merupakan titik tolak perubahan secara total masyarakat seluruh dunia.
Kesan global pandemik Covid-19 ini cukup dahsyat dan di luar kotak pemikiran manusia. Sekecil2 makhluk Allah, mampu menggugat seisi Alam.
Tidak kah kita ambil iktibar bahawa tiada yang lain yang maha hebat melainkan Ya Rabb? Masihkah kita alpa dengan tipu daya dunia? Nauzubillahiminzalikh.
Percaya lah. Setiap rezeki kita milik Allah. Teruskan berusaha dan berdoa InsyaAllah ada jalannya.
Kembali kepada tajuk coretan aku kali ini. Rezeki milik Allah. Aku bekerja sebagai seorang jurutera swasta. Berumur pertengahan 30 an. Tahun 2020 benar2 mencabar buat diri ku sekeluarga.
Kurang lebih aku telah berada dalam alam pekerjaan selama belasan tahun. Namun, segalanya bermula semasa ramadhan 2020.
Aku disahkan terkena PID (prolapsed invertebral disc) @ slip disc. 4 lokasi disc berbeza kesemuanya dalam satu masa. Sakit? Ya sangat sakit. Bed rest adalah rutin harian. Kaki kebas/ lenguh, bawah tengkuk sakit yang menyucuk.
Mendapatkan rawatan suntikan steroid dan rawatan susulan fisioterapi, Alhamdulillah. Setelah hampir 3 bulan cuti sakit, aku kembali bekerja di penghujung August 2020.
Namun, panas yang diharap hingga ke petang, rupanya taufan melanda di pertengahan hari. Aku terpilih oleh syarikat untuk retrenchment scheme.
Pampasan? Hanya mampu bertahan selama 3 bulan kerana aku newly joined di syarikat tersebut. Allah. Berat ujian ini.
Long story cut short aku jobless bermula sept 2020. Minggu pertama jobless isteri mengalami komplikasi buah pinggang setelah menjalani pembedahan laser batu karang. Komplikasi nya memang unexpected.
Buah pinggang membengkak double size, serpihan batu masuk ke dalam buah pinggang, demam menggigil 40 darjah.
Keluar masuk hospital 11 kali. 2 hospital kerajaan selebihnya swasta. Rawatan alternatif? 3 pengamal yang berbeza. Kos rawatan? Just a few thousand before hit 6 figures.
Syukur Alhamdulillah aku sekeluarga mempunyai kesedaran membeli insuran kesihataan peribadi. (Jika sahabat2 ada rezeki lebih, nasihat saya, belilah insuran kesihatan /medical card).
Berdasarkan pengalaman, rawatan swasta lebih pantas. Dalam masa sebulan setengah anak2 sangat terabai. 2 dengan ibu bapa ku lagi 2 dengan pengasuh.
Ibu bapaku sangat2 membantu. Hanya Allah mampu membalas jasa mereka.
Masaku banyak habis di hospital. Terkadang hanya tidur di dalam kereta di parking hospital disebabkan penjaga tidak dibenarkan masuk musim pandemik ini. Diganggu semasa tidur? Mangli sudah.
Permulaan ujian september ini menjadikan aku jatuh terduduk. Banyak muhasabah diri.
Secara tidak sengaja aku terdengar ceramah ustaz syamsuri di zonkuliah. Doa untuk menghilangkan kepala yang ‘kerosot’, melapangkan yang sempit dan melangsaikan hutang.
Doa yang mulanya berbunyi ‘Allahummainni auzubika minal hammi wal hazan… Berakhir waauzubikaminqalabataddainiwaq
Alhamdulillah. Bulan september rezki datang tanpa disangka. Bekas rakan kongsi bayar hutang 5 angka, claim socso dibayar untuk mc 3 bulan, skim insuran pekerjaan (eis) socso juga diluluskan dan bayaran pampasan retrenchment dikreditkan kedalam acc.
Assebab berdoa dan ujian yang menimpa, Allah ganti sesuatu yang lebih baik secara tidak disangka
Pertengahan oktober Alhamdulillah. Wife semakin pulih setelah prosedur terakhir dijalankan. Selesai smua urusan perubatan isteriku dan kesihatannya beransur baik, aku kembali mencari kerja.
Permulaan mencari kerja aku melakukan kesilapan. Mengharap pada MANUSIA. Habis semua kenalan industri di dalam kontek telefon aku bertanyakan khabar serta kerja kosong.
Namun hampa. Tersedar dari kesilapan besar ini, aku kembali kepada Allah mohon Allah memudahkan urusan ku.
Doa yang sama masih diamalkan. Tidak semena2, rakan sekolah menengah yang tidak pernah bersua secara tiba-tiba menghubungi aku mengatakan ada position berkait pengalaman aku yang lepas di syarikatnya.
Alhamdulilah, pertengahan November aku kembali ke alam pekerjaan. Setelah disorot kembali natijah dibuang kerja, sakit, ujian,
Sebenarnya on the other hand, Allah telah aturkan hidupku untuk berbakti dan memberi sepenuh perhatian di masa isteri ku sedang sakit. Jika aku masih bekerja, mngkin ada ‘limitation’ dari segi cuti dan masa.
Benarlah, Allah sebaik2 perancang. Sekarang dah hampir sebulan aku kembali bekerja.
Doakan aku, isteri dan seluruh umat yang diuji kesihatan kembali sihat sepenuhnya dan dipermurahkan rezeki seluruh keluarga. Aamiin ya rabb.
– Bapak 4 anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit