Pengalaman Mengurus Jenazah II

Assalamualaikum semua. Ini posting kedua daripada saya. Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-mengurus-jenazah/).

KISAH 1:

Perkongsian sebenar pengalaman saya menghantar jenazah yang belum diurus disuatu tempat di pedalaman kampung.

Selepas makan tengahari kat rumah, saya ada terima panggilan dari pihak hospital untuk menghantar seorang jenazah perempuan ke sebuah kampung (kawasan takkan saya nyatakan) lebih kurang 170km dari hospital.

Pihak hospital mintak standby untuk saya terima tawaran ni sebab belum dapat kata putus lagi dari waris2 Allahyarhamah tersebut.

Lepas sejam macam tu pihak hospital call saya balik mintak saya sampai kat hospital dalam pukul 4pm sebab nak hantaq jenazah ni ke kampung tersebut. Saya pon call pakcik driver van yang selalu dengan saya tu.

Elok saya dengan Pak-L sampai kat hospital, jenazah dah siap tunggu kat ruangan penyerahan jenazah di bilik mayat. Sebelum tu saya tanya waris, ”jenazah dah siap urus ka belum?”

Waris jawab, ”belum lagi. Sebab tadi call orang kampung depa nak uruskan kat sana..” saya pon hmm ok la kalau macam tu sambil saya pelawa ”ada sapa2 nak naik van jenazah sekali dak? Belakang boleh dok 3 orang..” Waris 3 orang pon naik untuk teman mak depa jalan jauh buat kali yang terakhir.

Dalam perjalanan ke sana saya ada la tanya waris yang ada kat belakang, ”kak ada nak stop mana2 dak? Kot nak buang hajat ka apa ka?”

Waris cakap ”takpa dik. Jalan ja terus yang penting sampai sebelum gelap. Nanti gelap payah jalan sempit takot nanti terlepas simpang pulak..” Saya pon, ”ok kak saya mintak pakcik ni bawak deraih sikit ya..”

Sampai ja kat kawasan kampung sana dalam pukul 6.15pm macam tu rasa gelap macam dah nak maghrib. Betol la kata waris kalau dah gelap memang payah nak lalu sebab rumah memang pendalaman dengan jalan sempit semua cukup.

Rasa2 saya dalam 500meter lagi nak sampai rumah waris kena lintas kebun getah macam pintu gerbang. Dia punya seram tu dah lain macam masa lalu kat situ. Dah la 1 jalan ja situ la jalan masuk situ la jalan keluaq.

Dah sampai rumah waris ada la 6 orang kampung yang tunggu kat rumah waris. Saya panggil mintak tolong angkat sebab berat tak lepas nak angkat 2 orang. Habis selesai urusan tadi saya mintak diri nak balik sebab hari dah makin gelap takot sesat tah mana hala nanti.

Masa nak balik tu saya tanya pakcik driver tu, ”tadi masa kita lalu kat kebun getah macam pintu gerbang tu tak rasa lain macam ka?”

Elok lepas tanya macam tu ja cermin sebelah driver kena baling bijik getah bunyi macam 10biji sekali gus.. Pakcik driver terkejut ”allahuakhbar..” tak lama lepas tu cermin sebelah saya pulak yang kena.

Saya cakap kat pakcik driver tu ”sabaq Pak-L jangan laju kat sini.. Bahaya dah la jalan sempit..” banyak kali jugak van kami kena baling bijik getah sampai la habis lalu kawasan kebun getah tu.

Elok nak sampai simpang nak hala p jalan besaq tu, Pak-L brek mengejut. Dia kata macam ada orang lintas depan van. Lepas pada tu dah sampai jalan besar saya mula rasa semacam bau yang kurang best dalam van masa tu.

Saya dok ingat saya sorang ja bau, saya diam ja buat2 macam takdak pa la sekali Pak-L bersuara ”hang makan pa tengahari tadi? Padu betoi..” ”bukan saya kentot, benda ni bau dari tadi kot..” saya tengok muka Pak-L dah lain macam masa tu. Dia suruh saya pasang cd surah yassin kuat2.

Saya dok ingat tak kena kacau dah rupanya benda tu main lampu kat ruangan belakang. Pak-L tanya ”jenazah tadi bersih ka kotoq?” Saya jawab ”jenazah tadi kotoq. Waris mintak nak urus kat rumah..” terus Pak-L diam.

Saya jadi rasa kurang senang sebab sat2 benda tu main lampu saya pon toleh belakang saya baca ayat khursi lepas tu saya hembus. Niat dalam hati jangan benda ni ikot sampai rumah sudah. Lepas tu gangguan makin lama makin kurang.

Sampai kat 1 simpang lampu isyarat kat kawasan bedekatan dengan kawasan rumah saya ada kereta belakang hon panjang taktau sebab apa. Kami yang dalam van ni buat taktau ja sebab dok pikiaq keta belakang ni kalut2 nak p mana.

Elok sampai ja kat rumah saya terus mandi kat luaq rumah sebab petua orang2 lama kata ”lepas bawak jenazah kotoq bersih la diri sebelum masuk rumah” habis mandi saya bagi salam masuk dalam rumah saya bersiap terus solat.

Selesai ja solat saya terdengaq suara orang menangis kat tepi bilik saya. Saya malas nak melayan suara tu saya ke ruang tamu sebab nak sembang2 dengan nenek.

Tiba2 saya pelik tengok nenek duduk atas kerusi kat tepi tingkap sambil sembang sorang2. Saya pon tanya, ”ngobrol karo sopo nek?”(sembang dengan sapa nenek) nenek jawab ”kiye karo kancane siro nang jobo.

Areg melebu orak iso lawange wes tutop. Dea ngomong siro orak kae dea melebu. Milu adoh dea ngomong” (ni dengan kawan kamu kat luor. Dia nak masuk tak boleh sebab pintu dah tutup. Dia cakap kamu tak bagi dia masuk. Ikot dari jauh dia cakap).

Allahuakhbar ingatkan benda tu dah tak ikot rupanya dia ikot sampai rumah.. Masa tu jenuh saya pujuk nenek suruh tidoq. Tapi sambil saya pujuk tu saya baca surah ar-rahman dengan surah al-mulk..

Lepas nenek dah lelap saya dengar suara orang menangis lagi. Saya keluar rumah sambil pegang penyapu lidi. Saya baca al-fatihah, 3 khul, ayat khursi dengan ”bismillahisalamun’ala sulaiman fill’alamin 7 kali” lepas tu saya libas depan pintu luaq rumah.

Alhamdulillah gangguan tadi menghilang.

KISAH 2:

Perkongsian kisah seram atas pengalaman sebenar. Benda ni jadi masa saya nak uruskan jenazah disebuah hospital.

Lebih kurang jam 8.30pm macam tu saya dapat call daripada partner saya untuk menguruskan sorang jenazah kat bilik mayat disebuah hospital.

Partner saya kata dalam pukul 10pm nak kena ada sana dah. Saya kata kat dia ”mungkin aku mai awal sebab aku ada kat masjid ni. Lepas isyak aku terus lajak p hospital..”

Lepas selesai solat isyak terus saya p hospital.. Saya sampai dalam pukul 9.30pm macam tu. Saya turun dari keta saya tegur bagi salam kat abang atenden yang jaga bilik mayat tu.

Lepas tu saya terus masuk bilik mayat sebab nak tengok jenazah dah sampai ka belum. Suasana sunyi sepi yang ada atenden hospital sorang ja kat situ. Tu pon dia dok kat luar bilik mayat.

Dalam dok berjalan nak p ruang mandi jenazah dok berasa seram sejuk dah masa tu. Saya pon bukak la pintu ruang mandi jenazah nampak jenazah yang nak urus tu dah sampai. Saya cakap dalam hati ”tunggu dia sampai la..”

Sementara tunggu partner saya sampai saya nak p sembang2 dengan abang atenden tu kat luar, tengok p tengok dia takdak. P la lepak sorang2 kat kerusi ruangan menunggu kat depan tu.

Lebih kurang 10minit lepas tu atenden yang saya tegur tadi lalu dengan 3 orang atenden yang lain depan saya sambil tolak sorang jenazah masuk.

”Kawan hang tak sampai lagi ka? Jenazah dah sampai..” ”Aik kat dalam jenazah mana bang?” atenden tu terkejut ”Hang merapu apa ni mana ada jenazah kat dalam..” saya pon terkelu sat dalam masa yang sama partner saya sampai.

Dah siap2 prepare apa semua barang, sebelum nak bagi mandi jenazah partner saya suruh ambik glove sekotak kat ruangan sebelah. Masa saya nak p ambik glove tu saya ada dengar peti mayat macam ada orang ketuk dari dalam. Peti yang mana 1 saya tak tau.

Terkejut tu jangan dok habaq la dah la sunyi masa tu. Dah ambik glove sekotak saya lalu depan peti mayat tu. Kot mana pon kena lalu jugak. Dan2 tu la dok dengar peti tu bunyi macam ada orang ketuk lagi.

Dalam masa bagi mandi jenazah, saya tanya partner saya ”dalam peti tu ada jenazah ka? Masa aku nak p ambik glove tadi dengar macam ada orang ketuk dari dalam.” ”hang jangan macam2 ni kita dok tengah bagi mandi ni.”

Dah siap mandi kafan apa semua waris datang nak tuntut jenazah. 10 minit lepas tu kami kemas2 barang yang dah guna tadi nak sebab nak buang. Dalam masa dok kemas tu kami dok dengar macam peti mayat tu ada orang main bukak tutup.

Saya pon p la tengok takdak apa pon. Dah siap kemas apa semua saya ada rasa benda dok tiup tepi telinga ni. 3 kali jugak rasa angin tepi telinga. Meremang bulu tengkok ni.

Lepas kemas tu takdak nak tunggu dah masuk dalam keta terus balik. Dalam dok ondewei balik tu rasa macam ada benda dok ikot.

Elok sampai rumah, saya ambik wudhuk siap2 kat luar sebelum masuk rumah. Elok ja bukak pintu melangkah masuk nenek tegur ”kenape tak diajak kawan kamu tu masuk. Sian tengok die sorang kat luor tu.”

Allah dia ikot balik rupanya. Saya suruh nenek tidoq lepas tu saya buat solat sunat. Alhamdulillah gangguan tadi tu dah takdak dah..

** Cerita di atas telah di copy-paste dari group lain dengan keizinan penulis asal. Penulis juga meminta agar dirahsiakan identiti beliau. Ada banyak pengalaman seram & iktibar sepanjang menjadi pengurus jenazah, insyaAllah akan di kongsi pada posting yang lain **

– Pengurus Jenazah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *