Jenis-jenis Kawan

Assalamualaikum dan hai. Aku Ungu. Terima kasih kerana sudi memberikan sedikit ruang untuk aku menulis di ruangan ini.

Setelah hidup hampir 3 dekad, aku jumpa bermacam jenis orang. Ya baru 3 dekad, garam yang aku makan pon masih sikit tapi aku jenis mudah berkawan dengan orang baru. Kawan-kawan aku terdiri dari pelbagai peringkat umur, agama dan bangsa.

Aku suka tengok orang. Jangan salah faham, maksud aku melalui orang lain, kita dapat belajar sesuatu atau pon mengambil pengajaran darinya. Bunyi macam sama kan?

Kalau tengok orang ni, kadang rasa kelakar, kadang happy, kadang pelik, kadang rasa nak berada di tempat dia dan kadang sampai terfikir, wujud ek orang macam ni haha.

Tapi kawan-kawan aku pon mungkin tengok aku dengan pelbagai persepsi juga. Lain orang lain pandangan kan. Cuma cerita ni dari pandangan cermin mata aku.

Aku spesifik kan cerita ini kepada jenis-jenis kawan yang aku pernah jumpa. Aku yakin kalian juga pernah berhadapan dengan kawan yang sebegini. Cuba kalian relate kan jenis kawan ni dengan kawan2 yang ada. Ayuh!

1. Kawan Lama

Selalunya kawan lama ni kita panggil kawan sekolah. Sebab tu lama, kenal dari bangku sekolah. Ada yang jadi bff, ada yang kawan sekadar kawan. Dan selalunya dia sebaya dengan kita. Kalau orang lain tanya ‘tu siapa Ungu?’, aku akan reply ‘kawan lama, nama dia Jingga’.

2. Kawan Susah Senang

Selalunya kita panggil BFF. Boleh jadi kawan lama (rujuk no.1), mahupon kawan yang baru kau kenali. Nama mereka sentiasa terselit dalam doa kau. Mereka sentiasa ada bila mana kau memerlukan. Bukan macam si Chipsmore (rujuk no.3). Selalunya rahsia kau pon dia tahu.

Hargailah kawan sebegini ya, walaupon tak ramai, tapi kau tahu siapa yang akan bangkitkan kau jika kau jatuh kelak. Ok now mesej bff ko cakap ‘i love you, my fwen’.

3. Kawan for Benefit

Kawan bersebab. Kawan macam ni kita gelarkan dia Chipsmore. Dia hanya muncul bila dia nak sesuatu dari kau.

Ada la beberapa kerat je aku jumpa macam ni, tapi aku positif. Mungkin dia betul-betul terdesak. Kot. Hijau, kalau kau baca ni, aku dah halalkan apa yang kau pinjam dulu. Tapi kita masih kawan. Kan..

4. Kawan Bermusim

Kawan macam ni selalunya dia hanya kawan dengan kita bila dia ada mutual interest dengan kita. Contoh satu tempat belajar/ kerja. Tapi once kita/ dia keluar dari tempat tu, we are no longer friends anymore.

Selalunya kawan macam ni dulu breakfast dan lunch bersama, tapi sekarang nak mesej say hi pon jadi awkward. Miss you, Biru. Sobs.

5. Kawan Alam Maya

Ya, contohnya korang yang baca ni lah. Aku ada join group bisnes dan macam2 lagi group yang aku tak kenal siapa member dia, kami tak pernah berjumpa tapi mereka punya support tu masyaAllah, macam kawan susah senang (rujuk no.2).

Aku suka positive vibe dalam group macam ni. Masing2 tak selfish dan nak bantu masing2. Aku rasa pepatah ketam Melayu tu tak terpakai dalam group macam ni. Ni pendapat aku lah.

6. Kawan Makan Kawan

Ni istilah je, nanti ada yang tuduh aku cannibal pulak. Atau dalam omputih kita panggil friend st*bs friend. Korang tau kan macam mana, so tak payah explain dah.

Aku tak suka cerita pasal ni pon, tak best. Moga kawan sebegini diberi hidayah dan moga kita semua dijauhkan dari jadi golongan yang sebegini.

7. Kawan Ukhuwah Fillah Abadan Abada

Pebende tu, kau google la sendiri. Dia macam kawan susah senang, sama tapi tak serupa. Senang cakap, kawan macam ni lah yang nak sama-sama dan akan membawa kau ke syurga. Dia ingatkan kau tentang solat, aurat, hormat ibubapa dan apa-apa yang mendekatkan diri kau kepadaNya.

Tak semestinya ustaz, PU mahupun daie, boleh jadi orang biashe-biashe je. Dan ya, hargailah kawan jenis begini juga ya kawan dan jangan lupa selitkan nama mereka dalam doa kau sekali. Dan jom kita sama-sama cuba jadi kawan yang begini juga.

Sekian celoteh aku tentang kawan, banyak lagi sebenarnya tapi aku rasa cukup la. Mungkin ada yang bersetuju mahupon tak setuju dengan apa yang aku sampaikan. Ini hanyalah pandangan dari aku yang baru hidup setahun jagung ni. Baca boleh, percaya jangan haha.

Pendapat aku, salah satu cara nak mengenali kawan adalah dengan travel/bermusafir dengan mereka. Dari situ, kau dapat lihat bagaimana personaliti dan attitude mereka yang sebenarnya. Dan kau tahu, mana kawan, mana lawan. Gitu.

Aku percaya kawan yang baik akan memberi kebaikan kepada kau di dunia mahupun di akhirat. Seperti yang diriwayatkan dalam Hadith Bukhari dan Muslim,

“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi.

Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.”

Aku tak kata aku kawan yang baik, aku masih cuba memperbaiki diri aku kearah yang lebih baik. Doakan aku ya.

Dan berdoalah juga agar kita berjumpa dengan kawan2 yang baik dan yang dapat mendekatkan diri kita kepadaNya. Dan dalam masa yang sama, sama-samalah kita perbaiki diri agar kita dapat menjadi kawan yang memberi manfaat kepada kawan2 kita.

Wallahualam…

– Ungu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *