Nama aku Siti (bukan nama sebenar). Aku berusia 28 tahun. Confession aku ni takde la pasal nak confess ke luah ke apa, just nak cerita dan bagi semangat dekat orang luar sana yang sedang mencari jodoh.
Aku ni boleh dikatakan menantu pilihan laa untuk mak2 kat luar sana. Hehe. Aku seorang penjawat awam di sebuah negeri di pantai timur.
Alhamdulillah aku baru saja mendirikan masjid seminggu yang lepas, walaupun perkahwinan aku banyak ujian, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Disebabkan aku ni boleh dikatakan calon menantu pilihan, jadi sebelum aku dikenalkan dengan suami aku ni, aku dah berkenalan dengan lelaki lain (boleh dikatakan cinta pertama sebab aku tak pernah bercinta dengan mana2 lelaki),
Namun tiada jodoh dengan lelaki tersebut atas beberapa faktor, keluarga dan kawan2 aku tidak setuju aku dengan lelaki tersebut,
Aku pun jadi tak keruan masa tu, aku lebih kepada rasa bersalah untuk memutuskan hubungan aku dengan dia, aku pun tak pasti perasaan aku terhadap dia lebih kepada kesian atau pun sayang.
Namun selepas ditimbang tara, solat istikharah, perbincangan dengan parents aku, aku memutuskan hubungan aku dengan lelaki tersebut. Dan aku tekad untuk melapangkan fikiran aku untuk beberapa ketika sebelum membuka hati aku untuk lelaki lain.
Untuk pengetahuan semua, suami aku ni adik kepada rakan sekerja aku. Rakan sekerja aku ni memang dah lama plan nak kenenkan aku dengan adik dia. Aku ingat lagi kali pertama pertemuan aku dan adik lelakinya itu sewaktu annual dinner tempat keje aku.
Waktu tu adik dia tolong ambilkan gambar kenangan kami rakan sekerja. Tapi aku tak tahu pun tu adik dia, aku ingatkan tu pekerja restoran, haha. Tapi hal tu terhenti sebab dia tahu yang aku sudah berpunya.
Dan bila kawan2 aku tahu pasal aku dah putus dengan lelaki sebelum ni, kawan2 aku duk bercerita sesama diaorang masa aku tak datang kerja (cisssssss tapi alhamdulillah berkat kawan2 tolong, hehe bertemu jugak jodoh),
Jadi rakan sekerja aku tu (ipar aku la sekarang) bila dia tahu aku dah single, terus dia memulakan langkah, dipendekkan cerita adik dia add aku di facebook dan kami mula mesej di situ.
Perhubungan kami ni bukan macam couple kat luar sana. Suami aku ni jenis old school sikit waktu di awal perkenalan. Siap mintak biodata penuh.
Korang bayangkan laa. Kalau aku bagi biodata ni semua terus, lepas tu dah tak ada modal nak bersembang. Sebab semua dah tulis kat biodata.
Awal2 perkenalan tu, kami memang mesej di facebook messenger je. Dia tak mintak nombor aku dan aku pon tak mintak nombor dia. Mesti korang rasa aku dan suami aku ni membosankan kan? Hehe. Betul la tu. Aku tak salahkan korang. Memang dia membosankan.
Dan aku pun memang jenis yang membosankan kawan2 aku cakap, so kira memang kitaorang betul2 jodoh kot haha.
Dipendekkan cerita, suami aku ni pun ajak berjumpa. Tempat first kitaorang dating adalah Manhattan Fish Market. Walupun oldschool, korang jangan ingat suami aku ni kolot.
Haha. And pertemuan tu pun alhamdulillah berjalan lancar. Kiranya kami merasakan kami secocok dan ingin teruskan perhubungan ni. Hehe. Dia ada bertanya, bila boleh jumpa dengan mak aku. Aku cakap terpulang.
Then nak menguatkan lagi tajuk jodohku dekat, suami aku ni sebelum ni bekerja di kuala lumpur. Namun ditugaskan untuk melaksanakan projek di pantai timur.
Dan korang tahu tak, dia kerja di daerah tempat tinggal aku. Nampak tak. Kuatnya jodoh kami, aku harap jodoh ni sampai syurga la hehe insha Allah,korang doakan lah ye :)
Tapi aku frust juga walaupun dia dah kerja dekat dengan rumah aku, tapi sepanjang projek dia kat situ, tak pernah pulak dia ajak berjumpa makan2,
Tapi aku faham dia seorang lelaki yang amat menjaga ikhtilat, tapi tu la aku nak juga rasa feeling2 bercinta tu aisehhh, tapi takpe, aku respect dia.
Persediaan kahwin pun banyak dia yang buatkan, dia siap ada check list lagi, kawan aku cakap kebiasaannya perempuan je yang ada check list mcm tu, so aku terharu sikit dengan suami aku ni :’)
Oh kitaorang kenal masa bulan 3 macam tu time pkp, lepas tu raya haji bertunang, kiranya 3 bulan bertunang, kitaorang nikah.
Jodoh tu cepat je bila tiba masanya, jadi aku harap korang jangan berputus asa untuk berdoa, semoga korang yang masih mencari juga akan dipertemukan dengan jodoh yang baik2! Aamiin insha Allah.
Tapi tak semestinya kita kena kahwin je untuk bahagia, ada banyak benda lagi kita boleh buat untuk bahagia, so enjoy dulu hidup korang as single, nanti sampai la tu jodoh bila dah sampai masanya yang tepat, korang jangan risau ok dan jangan putus asa berdoa :)
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit