3 Sebab Kenapa Jadi Cikgu

Assalamualaikum semua. Aku seorang pensyarah di sebuah kolej.

Di sini aku nak berkongsi sedikit tentang 3 sebab kenapa jadi cikgu. Sebab, sejak akhir-akhir ni profesion perguruan banyak dipertikaikan dan sedikit sebanyak aku pun turut terasa.

1) Passion

Orang yang jadi cikgu sebab passion ni adalah golongan yang paling cool dan mulia sekali. Sebab, merekalah yang tak mengejar APC, pangkat ataupun reward.

Yang mereka peduli samada pelajar mereka jadi manusia berguna atau tak, ada masalah belajar ke tak, ada masalah famili ke kat rumah.

Dapat A satu perkara yang menggembirakan, tambah pulak kalau akhlak pelajar tu pun baik, lagilah cikgu tu akan rasa gembira.

Contoh yang paling baik kalau tengok drama Gokusen ataupun filem Freedom Writers. Mereka tak kisah berhabis duit, masa dan tenaga untuk pelajar. Mereka akan bersungguh2 dalam setiap tugas yang diberikan.

Selalunya cikgu2 macam ni sesuai jadi warden. Pelajar – pelajar pun suka spend masa dengan cikgu-cikgu macam ni.

Dan di sesetengah tempat, golongan cikgu inilah yang akan secara automatik memenangi APC dan reward2 lain tanpa membodek atau menunjuk2 diaorang buat kerja. Mereka memang layak dapat.

2) Karier

Kategori kedua ini adalah cikgu – cikgu yang buat kerja disebabkan pangkat dan karier. Mereka ni sangat ambitious dan mungkin dalam hati target nak jadi guru besar atau ketua jabatan, atau masuk ke PPD atau KPM.

Kualiti kerja diaorang ni sangat bagus dan kadang2 terlalu nak perfect sangat sampai menyusahkan orang lain. Bagi aku, kalau diaorang pursue karier ni ikut laluan yang betul, tak ada masalah.

Yang bermasalah, kalau nak naik pangkat tapi lesson plan dan laporan-laporan lain copy paste orang, kertas kajian menumpang orang dan yang paling teruk asal buat kerja je, selfie dan menunjuk2.

Mereka ni juga adalah golongan yang paling berusaha nak jaga hati baik ibubapa mahupun orang atasan… bagi diaorang, tu akan affect prestasi diaorang yang bersinar tu.

Kalau diaorang ni dapat APC, atau reward2 lain… kadang2 memang sebab diaorang layak (sebab kerja yang diaorang buat bersungguh2 tu) tapi ada juga yang dapat sebab cable atau membodek… huhu.

Tak tau nak bagi contoh cerita apa.. haha.

3) Job

Golongan yang ketiga ni yang paling tak boleh blah. Inilah golongan yang netizen sekarang hangat perkatakan iaitu golongan yang makan gaji buta lebih lebih lagi time covid ni.

Yang mereka peduli, gaji tetap jalan every month. Bagi kerja lebih sikit merungut dan compare2 dengan orang lain. Kalau kena kerja malam atau weekend, pun bising juga. Dapat jadual waktu packed sikit pun bising juga.

Bila students tak dapat score exams, merungut salah students. Kerja pun asal siap. Kelas pun asal masuk. Bila nak tengok teaching portfolio ke apa.. tup2 dah ada. Jangan tanya datang dari mana. Pandai dia cover.

Personally, aku menyampah jugak dengan diaorang ni tapi aku juga berpendapat orang yang hanya kerja sebab job semata-mata bukan setakat wujud dalam bidang pendidikan tapi ada di mana2 je.

Diaorang ni selalunya grab je apa2 peluang pekerjaan yang ada asalkan duit masuk. Orang kan ada cakap, jadilah cikgu.. senang buat duit.

So, tu sahajalah aku nak cakap kat sini tentang kenapa jadi cikgu. Ini bukan pendapat aku semata-mata. Aku cuma sampaikan perkongsian yang pernah lecturer aku share dulu tentang dunia perguruan.

– Pensyarah biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *